HAIHH~

13 May 2009

sekarang pukul 4:15am...

aku dengar lagu Lily Allen-Who'd Have Known yang aku letak di blog aku ini...

"it's 5 o clock in the morning..conversation got boring . . ." bait2 lagu berkumandang, seperti menceritakan tentang diri aku kan?

aku ingat kembali apa yang aku lakukan hari ini... ouhh, bangun lambat setelah tidur semula. kakpaah kejutkan aku, pergi mandi, makan bersama kak elmi di cafe.. mencari dan muat turun video klip tarian... tidur petang [sudah lama tidak tidur petang...orang kata tidur petang buleh membawa kepada gila...aku tidak mahu itu sebenarnya...] makan malam, menonton Bee Movie, maen lari2 di dalam studio... maen baling selipar sebenarnya! agak kelakar dan menyemputkan. membaca komik online. . . ahh, tidak ada perkara besar yang aku lakukan hari ini. hanya hari yang biasa. bosan seperti biasa. aku teringat satu iklan Singapura...begini,

watak utama, seorang remaja lelaki keluar rumah dan menuju ke pondok bas dan terlihat watak pipih 1, sedang membaca surat khabar. salah satu iklan pada surat khabar ialah wayang yang ada gambar watak utama!! belum habis rasa terkesima, bas sampai. dinding bas ditampal dengan poster wayang terbaru, tertera gambar si watak utama dalam poster itu!! owhh . . .
babak seterusnya, watak utama berada dalam panggung wayang untuk melihat sendiri wayang tentang dirinya.
wayang tersebut menunjukkan dirinya sedang melakukan rutin harian yang biasa2 sahaja seperti bangun tidur, gosok gigi, pergi pondok bas, bekerja, et cetera... watak utama terlihat orang di sekeliling dan dapati mereka semua tertidur, huu... diari hidup watak utama sangat membosankan [seperti aku] tiada yang extraordinary . . .

bagaimana dengan hari engkau??

hari ini aku belajar perkataan baru
REVERIE = day dreaming

No comments:

Post a Comment