let's be part of THE WORLD

31 May 2009






aku selalu dapat email dari CARE2 PETITION selepas aku pernah sign petition sekali dahulu..kini aku selalu sign petition seperti ini. walaupun aku tak nampak faedahnya pada diri aku sekarang, suatu hari nanti tentu akan ada suatu macam balasan yang aku akan dapat.

"just have a little faith..."

michael scofield cakap ini dalam Prison Breaks

ps: jangan segan2 untuk klik pada gambar teddybear ngan ikan bilis tuh

adehh~

30 May 2009

aku ingin membuat entri panjang sekarang ni tapi otot badan sengal2.. bisep dan trisep kiri sakit...tak biasa menggerudi dan menukul, tiba2 je lakukan program ini...terkejut tubuh i taw...

ahaa,
ye..
aku bertukang dari petang tadi dan malam ni hingga menuju ke pagi. ni skang nih tengah ponteng pastu laju je ngadap pc...walhal dak2 laen tungkus lumus bertukang lagi. Deng, Kache, Azri, Piei...dak2 rajen bertukang sampai sesi
pagi bute. adek2 junior dah kene kerah ngan aku untuk buat kerja pertukangan masa sesi malam hingga tengah malam. ada Atiqah Nisfu [saje aku letak namanye awal2 untuk jeleskan kowang], Ahnaf, Deli...sape lagi ha? Gadis2 laen buat banner..ade Elmi, Paah, Yasin, Nab, Jah, Qil... Capik multimedia.Ajim sibuk dengan design competition.. aku sibuk2 kan diri dengan kerja design2 depan pc saje. aku suke design2 gune photoshop...
sape2 nak khidmat wat poster, banner, logo, papelahh...aku on je. untuk semester ni, memang banyak kerja cani aku kene dan akan lakukan... penat perah otak dan penat mata ngadap pc tapi puass hati kalau hasilnya terpampang kat dada kowang..tepi pusat..atas punggung [ahh kau fikir kotor je..aku maksudkan design pada baju lahh]...kat beg kowang [ini badge/button].. kat dinding2 bangunan [ini poster]..
'wiiwiii' rasanya!! 'yeeba' pon rase gak!!

haha..
dah panjang dah ni aku menaip walaupon awal2 tadi cam tanak tulis pape sebab sakit otot.


tadi saket pale..pening, perut rase xsedap, tekak mual2... rasa ngidam nak minum 'ais belendet Mocca'
hmmm... aku seorang jejaka,getus hati aku perlahan bila teringat sindrom wanita mengandung... kakak aku suruh aku makan gula2 pedas...huhh??perisa sambal??
gegula hacks oren ajim bagi dah lame dulu ade dalam poket salah satu baju aku lagi!!hahaha...

aku terfikir,
setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, ada lanjutan peristiwa yang membawa kepada sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan... perkara remeh hari ini mungkin akan menyelamatkan kau pada esok hari. perkara remeh hari ini mungkin akan membawa impak besar pada kau suatu hari nanti. aku hampir pasti dengan teori ini. orang putih gelarkannya BUTTERFLY EFFECT.

dari pengetahuan sejengkal aku ni, 'Kesan Rama2' ini datang dari teori seorang profesor yang cakap cani [tapi aku tak ingat sangat taw...kau carilah sendiri di internet untuk penjelasan lanjut]
"seko rame2 yang berkepak di *belakang umah ko, akan menyebabkan ribut taufan kat area **Costa Rica"
* dan **[nama tempat telah diubahsuai mengikut citarasa penulis]

stop..
aku dah saket tangan kiri.aku sedang mnaip gune tgn knn sj,tata

21st architectureWORKSHOP '09

29 May 2009

sila support ye...

jemput laa datang ke UiTM SHAH ALAM
pada 7-12hb JUN 2009

kite same2 gegarkan UiTM dengan kehadiran dak2 UIA..

PERFORMANCE NITE ialah pada 8 dan 9hb JUN 2009
datang lah sapot aku . . .


RUMI architectureworkshop'09

www.rumi2009.com

SEKSI kan ? ~

27 May 2009

ahaaa...
ahahaa . . .
hahaha ha

anonymous yang cemburu pada AKU~

26 May 2009

apsal ko bodoh sgt?ha?
dah la muke buruk
muke cm tayar lori berkaca mata aje

*ini komen dari 'anonymous' kepada aku melalui blog ini, dah lame dulu...

takpelah aku buruk macam tayar lori berkaca mata pon... engkau pon bukan ada hak untuk mengutuk ciptaan ALLAH.. hal kutuk2 belakang2 cani ko memang berani laa kan~ manusia tipikal. hahaha

tak sabar aku nak tau sape yang tulis ini...
aku tunggu kau kat akhirat nanti ye

SI HODOH, SI MISKIN & SI BADUT . . .

25 May 2009

selamat pagi.

hari ini seperti hari laen... ahad yang penuh dengan masa lapang yang tidak diisi apa2 perkara berfaedah....macam ahad2 yang selalu2 juga.

latihan menari masih dilakukan . . . tapi tanpa adek2 junior dan tanpa choreographers [cikgu mira] & [cikgu nash]. esok adek2 ade perkara besar perlu dilakukan... takpe, malam tadi ialah sesi berlatih riak wajah dan kelenturan tubuh sahaja.

sekarang dah lebih kurang pukul 0440...
aku pandang kiri...
[kak] elmi dah tertidur di kerusi
kaknab dan kakpa'ah dan kakjah dah nak balik ke bilik selepas puas menonton video klip tarian korea, jepun, et cetera . . .
____________________________

"jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab keelokan dapat menyesatkan,
jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah,
tertariklah kepada senyuman seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerana hanya senyum yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah
.."
*ini aku ambil dari status seorang rakan gadisku . . .

aku ekstrak ungkapan di atas...

bunyinya begini,

cari orang yang tak hensem,
cari orang yang tak berduit,
cari orang yang sentiasa rajin membuat lawak hingga kau boleh tersenyum...

~berfikir seketika~
kruk . . .kruuk . . . kruk . . .[bunyi cengkerik]

orang itu AKU . . .

BERPELUH2 SETIAP MALAM~ohhh ohhh saket2 badan

23 May 2009

selamat pagi semua..
[ok, sebenarnya sekarang ini tengahari . . . tapi aku baru saja bangun dari tidur] jangan salah sangka ya. aku tidur selepas solat subuh pukul 530am tadi.

sudah beberapa hari aku amalkan gaya hidup sehat dengan beriadah dan mengeluarkan peluh setiap malam.[ouhh, jangan fikirkan yang bukan2] otot2 tangan, kaki dan tengkuk pon sudah mula terasa membesar dan sengal2. yupp! bangun dari tidur bukan seperti dulu lagi, kini satu badan terasa saket2 dan pergerakan semacam semakin terbatas. semuanya bermula apabila aku berlatih untuk membesarkan otot badan untuk memikat hati seorang gadis ini...

err, semuanya bermula apabila aku melibatkan diri dalam rutin harian yang aku lakukan setiap malam tepat jam 9malam jam 9 lebih2 membawa ke pukul 1o malam sehingga terlebih sikit dari pukul 12 tengah malam.

apa yang aku lakukan tiap2 malam dengan penuh istiqamah ni??

MENARI . . .

aku menari sampai berpeluh peluh. menari sampai sakit sengal2 satu badan. menari sampai tengah malam. menari sampai perut jadi lapar semula walaupun makan lebih kurang pukul 8malam, elok2 sebelum memulakan rutin harian...

untuk apa??

saja2 nak jaga kesihatan~


[aku memang suka menulis tentang rutin harian aku dalam blog aku. jika ada sesiapa yang macam ada masalah dengan ini, mungkin kau patut stop melawat ke sini. aku anggap blog aku sebagai diari aku]

aku RELAX je k~

19 May 2009

kalau aku tulis ini nanti orang pasti kata aku desperate kan?? ahh... selama ini aku tidak kesah sangat dengan status bujang solo aku ini.. lagipun aku perasan ada ramai rakan2 seperjuangan yang sama2 solo... hahaha, 'comfort zone' kate orang putih.

"by the time you're in final years, you should have gf/bf"
[disusuli dengan sebab2 yang mungkin munasabah pada telinga kami, jejaka2 available]

. . . jaw dropping moment . . .

ok..
kalau ini datang dari mulut orang yang sedang bercinta, aku memang takkan termakan sedikit pon dengan ayatnya. tapi. . . turns out ianya terpacul dari mulut lecturers...yup, ade 's' kat ujung tu...plus yang seorang tu ialah 'senior lecturer'. dan sekurang-kurangnya seorang lecturer pernah katakan ayat di atas dalam keadaan formal. owh shut...

"bukan ke kite nak grad taun depan??"

soalan simple cani pun boleh buat aku dan rakan seperjuangan terkedu seketika.

[aku tidak nervous pon taw...]

. . . . .
sungguh lapar sekarang ini...
dan seperti ada bertimbun timbun pula kerja yang perlu diselesaikan. tentatif program bersama KAED kelihatan semakin sendat dan padat walaupun aku tidak ambil shortsem.

pagi yang DEMM~

demm

bangun2 pagi dah ada perasaan nak sendal bibir seseorang dengan selipar.

aku dah la ngantuk overnight.. tambah lagi ngan keempukan bantal baru [consider laa siket...bantal baru nih!] ..buleh lak pagi indah aku bertukar menjadi demm dengan kewujudan makhluk pengganggu. makhluk ini kaler de hijau2 kelam, muke nak ada aura2 ganas, suara kasar macam kertas las... kalau setakat nak kejut aku bangun pagi tu takpe lagi...yelah kan, aku bukan pasang alarm enset atau ada awek untuk misscall setiap pagi... hikhik, macam engkau dengan patwe kau lah~

tidak cukup melihat aku merangkak bangun dari lena, makhluk pengganggu nih buleh lak nak halau aku suh balik bilik kalau nak tidur.

EHH??!!
INI MEMANG BILIK AKU LAHH...
masuk tak bagi salam~
lagi mau halau aku dan rakan2....

haihh..

nak tak nak aku terpaksa akur dengan kehendak makhluk pengganggu. toleransi dan sifat cekal hati je yang buat aku mampu hadapi segala rintangan. berbekalkan kudrat saki baki malam tadi, aku berkemas dan melakukan perubahan drastik untuk mengaburi mata pihak musuh. matlamat aku satu, agar setiap orang mendapat bahagia yang mereka cari selama ini.

selain makhluk pengganggu, ada juga watak2 tempelan yang seperti meminta minta di cilikan bibir atas dan bawahnya.. panas hati aku, aku tak susahkan kau..kau tak usahlah nak susah2kan diri kau susahkan diri aku.

ibarat kata pujangga, 'What goes around comes around'... haa, yelah kan? aku ingat ini...Justin Timberlake yang bagitau pada aku. Alicia Keys pon ade gak cakap nih tapi cam belit2 sket mase de bitau aku tuh. cani, 'What goes around goes around goes around comes around'. aku sedikit sebanyak berharap segelintir masyarakat, seperti yang aku telah sebutkan di atas, akan sedar dan saling memahami, bijak berrfikir, wujud rasa toleransi, penuh sifat kasih sayang, bertindak mengikut hati budi seperti seorang manusia. . . apa yang penting?
K E R J A S A M A

aku perlu fikirkan strategi baru dan bertindak mengikut situasi... ahh~

BALANCE~

18 May 2009

"awek tu senyum kat aku!" Kecik membangga diri depan kami.

"senyum balance je tuh, ko toksah perasan laa" balas Si Buncit.

Hahahaha... Cikgu Si Buncit yang beritahu : jika seseorang yang tidak dikenali tiba2 senyum pada kau, sila jangan mudah perasan... mungkin ia hanyalah senyuman lebihan yang masih terpacul dari reaksi si dia ketika bersama rakan2nya. sentiasa pastikan persekitaran kau sebelum kau tidak pasal2 memberikan ayat jampi penunduk pada orang yang salah...haha

_______________________________

Beli bantal??
pergi jauh2 memalam cani beli bantal??
hihi...

dah tu je yang murah...
_______________________________

mengikut perkiraan aku, kadar perbelanjaan aku ini akan membawa kepada satu senario sahaja. . .

"mama, duit dah nak habes aaa . . ."

aku terfikir, kalau kau anak gadis, xpe lagi laa nak mintak2 duit dari ibu bapa...tapi kalau anak lelaki yang dah besar panjang nih, segan laaa... adehh~

duit dah tinggal balance2 je nih

peluh-peluh SEJUK membasahi dahinya . . .

17 May 2009

bodoh...bodohh...

carut2 kecil bermain di benaknya.

asal lak aku kene jalan memalam nih??!!

fikirannya menerawang sambil kakinya melangkah laju meredah kepekatan malam. lampu2 neon menerangi jalan dan deretan rumah kedai di kanannya. semuanya nampak tak kena malam ini. cahaya kekuningan dari lampu, bulan mengambang yang dilitupi awan kumulonimbus, deruan angin, dan keheningan malam ini. persekitaran yang kelam ini mengingatkannya kepada cerita2 seram rakan2 tentang . . . ahh, kau sengaja nak buat aku ingat kisah seram tu semula kan?!

langkahnya laju, bunyi tapak kakinya membelah kebeningan malam. matanya sekali sekala melilau ke sekeliling. fikirnya, tentu sahaja lebih lega jika ada orang lain di sekitarnya... TIDAK! lebih selamat jika sendirian, getus hati kecilnya.

lorong yang dilalui terasa begitu panjang malam ini, sesekali dikerlingnya jam di tangan kanannya...

11:54pm

sedikit pun tidak dapat membantunya melegekan gejolak di hatinya...

Tap..Tap...Tap . . .
err..bunyi orang berjalan . . . ??
ahh, sudah!

__________________________ _ _
bersambung

n i - k o n - d i - n a i n - t i


rakan-rakan yang comel dan suka bergaya dengan aksesori jantina lawan


aku...yang di belakang. watak pipih di depan ini sekadar tempelan je..biarkanlah dia berangan dengan harta aku tu.hahahaha

ZAMAN KANAK-KANAK

[err..jangan baca jika kaw tidak suke cerita yang melibatkan perasaan sakit]*

aku tiba2 saja teringat tentang diri aku ketika sebelum berumur 7 tahun...

portal masa lampau aku terbuka

aku dapat lihat diri aku sedang bermain bersama rakan2 mase petang2 di depan rumah ku. ini rumah di Johor Bahru, Taman Johor Jaya.

kawan baek ketika itu, Khairul, jiran sebelah rumah.. aku ingat ini :

kali ini turn aku tolak basikal dan khairul yang naek basikal. basikal ini tiada rantai, sebab tu kene tolak. tolak..tolak...tolak.. makin lama makin laju aku tolak,

DUSHH!!

aku tersungkur jatuh atas jalan tar . . .

ya Allah saketnye sampai sekarang nih pon aku masih mampu rasakan..

bayangkan, seluar aku koyak kat bahagian lutut, kiri kanan...kulit lutut aku dah tade...buleh nampak daging kaler pink2... dan pastu buleh nampak darah2 mule keluar ...adehh, aku dah xmampu nak pandang lutut aku, aku terbaring telentang menangis tahap tak beragak dah. tapi still aku tak meraung sangat. ingat, Fiqa ngan kuage de tengah pandang aku tuh!!

babak seterusnya yang masih aku ingat ialah aku baring telentang kat atas tilam dalam bilik parent aku. aku xleh luruskan kaki aku, kau bayangkan laa, ape jadi pada lutut kalau kita luruskan kaki...de kedut2 kan?? haaa...so aku bengkokkan sedikit kaki aku. mama tengah sapu2 minyak gamat sambil cuba2 tanggalkan batu2 kecik2 yang melekat kat lutut aku...terpacak dalam daging...memang sadis. abah ada, de suh aku jangan nangis sangat dah. mama ngan abah kat kiri kanan aku tanya aku nak ape2 tak.. bagi aku air... lap2kan muka, badan aku guna kaen basah...

2 3 hari aku punye kaki bengkok je...bile platlet dah start beku, lagi laa susah nak luruskan kaki kan? keras2 kat lutut, rase cam nak kopak2 je mende tuh. alaa, kowang pon bile ade bekas luke tuh pon kowang punye tangan gatal nak kopak2 kan??... haa, ye. aku x g klinik pon. duk umah je mama ngan abah jage. . .

mama ngan abah jage . . .

PERTANDINGAN untuk ENGKAU

13 May 2009

klik sini kalau rase tercabar dengan aku.hahahaha...

HAIHH~

sekarang pukul 4:15am...

aku dengar lagu Lily Allen-Who'd Have Known yang aku letak di blog aku ini...

"it's 5 o clock in the morning..conversation got boring . . ." bait2 lagu berkumandang, seperti menceritakan tentang diri aku kan?

aku ingat kembali apa yang aku lakukan hari ini... ouhh, bangun lambat setelah tidur semula. kakpaah kejutkan aku, pergi mandi, makan bersama kak elmi di cafe.. mencari dan muat turun video klip tarian... tidur petang [sudah lama tidak tidur petang...orang kata tidur petang buleh membawa kepada gila...aku tidak mahu itu sebenarnya...] makan malam, menonton Bee Movie, maen lari2 di dalam studio... maen baling selipar sebenarnya! agak kelakar dan menyemputkan. membaca komik online. . . ahh, tidak ada perkara besar yang aku lakukan hari ini. hanya hari yang biasa. bosan seperti biasa. aku teringat satu iklan Singapura...begini,

watak utama, seorang remaja lelaki keluar rumah dan menuju ke pondok bas dan terlihat watak pipih 1, sedang membaca surat khabar. salah satu iklan pada surat khabar ialah wayang yang ada gambar watak utama!! belum habis rasa terkesima, bas sampai. dinding bas ditampal dengan poster wayang terbaru, tertera gambar si watak utama dalam poster itu!! owhh . . .
babak seterusnya, watak utama berada dalam panggung wayang untuk melihat sendiri wayang tentang dirinya.
wayang tersebut menunjukkan dirinya sedang melakukan rutin harian yang biasa2 sahaja seperti bangun tidur, gosok gigi, pergi pondok bas, bekerja, et cetera... watak utama terlihat orang di sekeliling dan dapati mereka semua tertidur, huu... diari hidup watak utama sangat membosankan [seperti aku] tiada yang extraordinary . . .

bagaimana dengan hari engkau??

hari ini aku belajar perkataan baru
REVERIE = day dreaming

WHAT's THIS ??

11 May 2009


ini aku buat pukul 3pagi. dah nak tido...tetibe leh lak bukak photoshop dan nak design bende laen sebenanye.... last2 ade tulisan WHAT's ART...

niat asal aku nak design mural kat sekolah tadika abim area perumahan mama aku...

well,
aku pon tataw laa kowang nak cakap ape pasal mende nih... tapi aku suke warna warni ini! wiii~

nak aku gorengkan makna untuk setiap objek pada logo ini??? hihi...nantilah. aku nak tido dah ni

____________________________
aku lupe ingin beritahu ape ini..
What'z art ialah motto untuk KAEDfest 09 yang bakal menjelang nih..

perempuan TERHEBAT !

10 May 2009

ahhh~

perempuan hebat ialah bila beliau mampu berdikari dan menjalani kehidupan dengan baek setelah ditimpa musibah. perempuan terhebat ialah perempuan yang dapat mengatasi emosinya untuk membuat pertimbangan yang terbaek dan rasional. perempuan terhebat ialah seseorang yang banyak belajar tentang kehidupan dari hari ke hari. perempuan terhebat perlu belajar dari kesilapan orang lain, bukan sekadar diri sendiri. perempuan terhebat ialah perempuan yang mampu membahagikan masa 24 jam sehari dengan sangat efektif. untuk menjadi perempuan terhebat, perlu ada daya kesabaran yang tinggi dan tidak mudah melatah. perempuan terhebat bijak membuat perancangan tentang masa depannya.

engkau perempuan terhebatkah??

aku telah jumpa seorang,

MAMA...
pergilah tanya beliau tentang diari hidupnya . . .

KAU INI BODOH KE HAPE ? ? ! !

satu sikap yang aku tidak suke engkau semua lakukan ialah membuang puntung rokok merata2 tempat. entah kau memang bodoh atau jadi bodoh selepas hisap rokok itu aku tak tahu tapi aku tak mahu dengar ada sesiapa yang cuba berani2 back up orang pengotor seperti ini...
aku kurang hormat sama orang yang begini.

aku tahu ada saja orang baik yang merokok... baeklah, aku tidak halang itu..cukup sekadar aku beritahu bahawa merokok membahayakan kesihatan dan selanjutnya kau sebagai seorang yang telah akil baligh patut tahu langkah seterusnya.

yang bikin aku hangin ini apabila engkau merokok di tempat awam dan asap rokok itu siap lalu2 kat area ventrikel, paru2, vena pulmonari dan laen2 tempat dalam badan aku...
aku akan batuk2 lah..
.jahat kau!

lagi satu aku tak puas hati dengan orang yang buang puntung rokok merata2...berbau lah, bo**h!! kat lantai ceruk2 KAED . . . kat tepi tangga. . . KAT DALAM TOILET!! ini memang menyakitkan hati aku... sila buang dalam tong sampah lah!! kau kan dah akil baligh, ini pon taktaw ke?? [
imaginasikan aku mencarut sekarang...]

kalau kau tidak hormat orang lain hari ini, esok lusa orang akan pijak kepala engkau pula

KADANGKALA ~

08 May 2009

kadangakala kita rasa seperti kita telah jumpa orang yang begitu sepadan dengan kita... tapi tidak sebenarnya...

wow...agak berat dan emosi penulisan kali ini bukan?? haha.. sebenarnya bukan semua benda berkisar tentang diri aku sahaja. aku hanya terasa ingin bercakap tentang ini secara kebetulan . . . [anggap saja begini ok??]

aku lihat siri komedi tadi dan ia berkisar tentang hubungan antara pasangan yang seperti 'perfect' di mata masing2 namun sebenarnya dari sudut pandangan yang lebih luas atau dengan pemikiran yang lebih jauh ke hadapan [tentang hubungan tersebut pada masa hadapan setelah sampai satu masa...], sebenarnya hubungan itu akan menemui jalan buntu...

perlu berfikir panjang dahulu...

lihat perkara dari setiap aspek...kelebihan, kekurangan, kesan dan akibat. . .apa lagi??hmmm...

wahh, pemikiran aku matang kah??~ lalalaaa

korek-korek gambar lame ~

07 May 2009



aku & elmi [lihat betul2 dan kau akan nampak aku]


ini fawi sedang nyanyi

dan kenape tetibe nak letak kat sini?? . . .
mmmm...
eh,sukeati akulah

hahaha

perbualan hari SABTU ~

06 May 2009

"adehh, owang karen nih, patutnye nak tup karen tuh bio r mase hari bekerja...ini time owang sume ade kat umah, nak lepak2, tup eletrik!" aku mulakan perbualan dengan pakcik aku, pukul 11pagi hari SABTU.

"eh, bukan macam tu Yus"


aku pandang tepat ke muka Acik
minta penjelasan . . .

"kalau de keje mase ari bekerja, rugi... kalau de wat kerja mase SABTU AHAD, lepas abeh waktu keje ke, dowang leh dapat duit lebih wat O.T."
jawab Acik, belia yang matang

DEMM~ he's rite!

[btw, de baru dapat bebi pompuan yang pipinye sangatlaa gemokk!! baru beberape bulan lepas...aku takde gambo laa, xde kemere. . .hukhuk]

seronoknya hari SABTU ! ! ~wii wii

aku memang menanti2 kan hari SABTU ketika di rumah. setelah 5 hari aku menunggu, hari sabtu tiba... jika sebelum ini aku beritahu yang aku tidak minat menonton televisyen di pagi hari, pengecualian bagi hari ini. aku sudah lama tidak menonton kartun dan anime, aku tidak tahu lagi apa yang bakal aku tonton... munkin ada anime best, ujarku.

o9:ooam
sabtu

aku sudah mandi! hahha~
bajet2 nak menonton televisyen r nih

TAKDE KAREN - - - - - - - - - - - - kruk,kruk [bunyi cengkerik...]

demmmm~



BINATANG !!

binatang peliharaan aku yang mudah dibela ialah ikan puyu dalam ekorium kat umah kampung tuh~

seko je
aku rase nenek x bagi de makan banyak...
badannye slim2 je mase aku balik rumah aritu..
tapi,

dalam mase seminggu je dah buleh nampak perubahan besar pada ikan puyu aku nih...hihi

aku bagi makan macam...macam... setiap kali aku makan aku bagi de makan!

hasilnye...
"ikan tuh nampak macam dah makin kembung kan?"
ujar mama yang balik pada hari sabtu, 5 hari selepas aku di rumah...hahhahha

[aku rase ikan tu cam da susah nak terapung taw... aku tengok ikan aku tu cume lepak2 kat dasar je, badan de cecah lantai...hohoho]

0h ye, aku namakan ikan puyu aku . . .IKAN...haa, panggil ini je, senang ingat

marah lelaki, MARAH PEREMPUAN, dan marah laen2

05 May 2009

aku lihat jika lelaki marah pada seseorang.. mereka akan lepaskan sahaja di depan orang itu. aku tidak terkecuali. minta maaf. tapi memang begitu, kami tidak begitu suka memendam dan menyimpan di dalam hati lama2... nanti penuh hanya menyerabutkan lagi diri sendiri. oleh itu lelaki biasanya akan bertekak, berkerongkong, bertrakea...ber esofagus dan organ2 lain.

hmmm... maksud aku, lelaki akan bergaduh, cakap lepas, tumbuk2 sket kalau perlu...dan selepas itu mungkin akan kosong2.

nampak teruk bukan?
tapi bagi aku, kadangkala bila kita beritahu ketidakpuasan hati kita, nanti orang tu paham dan de mungkin akan ada penjelasan yang dapat kita terima. kadang2 kita xdapat terima penjelasan de waktu kita marah tuh.. tapi nanti bila dah makin reda mungkin kita dapat terima, siapa tahu. dan kadangkala pergaduhan dan ketidakpuasan hati berlaku disebabkan salah faham sahaja. bila masing2 dah lepaskan apa yang terpendam tuh, okey lah tu nanti. . .

TAPI . . .

on the other hand, women are different. they tend to keep their anger to themselves. thus, sometimes hurt them more than what they can bear. . .

KUASA MUTAN MASING-MASING . . .

aku tetiba terasa ingin menulis ini...

lelaki dan perempuan...memang berbeza jauh. tapi, ade saja yang kata aku ini macam perempuan...aku xnafikan. bongekk~ aku bukan lembut k!hahha... aku emosi seperti perempuan... hahaha. lantak lah, aku memang begini dan aku suka juga kerana kadangkala rakan aku yang seorang itu kata aku lebih dekat dengannya, lebih memahami dan mudah dibawa berborak. aku anggap ini kelebihan ...kadang2 laa. namun bila aku sedang emosional, aku terasa ini adalah beban. natijahnya, aku nampak kelebihan dan kekurangan memiliki ini. kau juga akan ada sesuatu yang berbeza daripada kebanyakan orang, dan jika kau lihat itu sebagai semata2 kekurangan. . . rugilah... sebagai contoh, kau mungkin bersedih kerana kuasa mutan yang kau peroleh hanyalah kuasa laju menaip papan kekunci komputer... kau fikirlah secara positif! kau boleh menjadi secretary/setiausaha yang bagus sehingga bila2... [emmm..ok, ini mungkin tidak menggembirakan hati kau..tapi maksud aku, tentu sahajaada kebaikannya bukan]

jadi jangan malu untuk beritahu aku apa kuasa mutan kau k?

[sempena minggu2 XMEN nih, aku memang begini. . .]

monolog dua minggu dalam satu malam~tersimpan tersemat erat di benakku

assalamualaikum w.b.t.

setelah lama tidak membuat sebarang penulisan, akhirnya malam ini jari jemariku dipertemukan semula dengan papan kekunci Logitech milikku ini. dua minggu aku tinggalkan komputerku di kawasan urban dan aku pula menuju ke kawasan sub urban...

aku balik rumah lambat sedikit berbanding rakan2 laen,

minggu pertama aku di rumah, aku berehat rehat saje... menonton televisyen nampaknye bukan minatku di waktu pagi hari bekerja...pagi ISNIN - JUMAAT. pagi aku bangun subuh awal kerana tidur di ruang tamu saje [aku memang tidur di area ini semenjak menjadi remaja, bilik tidurku yang penuh dengan komik itu walaupun ada katil, tetap xdapat menarik perhatianku...nenek pula akan bangun pagi awal dan terus kejutkan aku kerana keluar2 bilik de je dah nampak aku tengah tidur...bagus untuk diri aku...],bersarapan [di area yang seakan akan beranda, dengan atuk..atuk setia duduk di area itu...mudah memerhati laman rumah dan pokok bunga tanaman nenek. atuk aku lumpuh dari pinggang ke bawah, dan kami tiada wheelchair pun...sejak dulu lagi atuk sentiase duduk dan mengesot...ye, memang dah lama], bagi ikan makan [ikan dalam rumah dan luar rumah], aku makan, bagi kucing makan [dua ekor sahaja...nanti aku ceritakan tentang binatang belaan aku pula ya], aku makan, lepaskan ayam dari reban, bagi ayam makan.. aku makan [ye aku memang banyak makan ketika di rumah...banyak sangat2 sehingga tadi kakfarahnadiahshauqi kate aku sedikit berisi!! demm~ aku tidak sedar pon tentang ini...] halau monyet...ade banyak monyet di sekitar rumah buat masa ini, sentiasa memerhati dan mendekati buah nangka dan jambu air di belakang rumah... aku menjerit jerit melepaskan tension pada monyetlah bila di rumah...tak, tak tension pun...saje ingin menjerit... puaskan hati yang satu ni...

kadang2 aku tidur semula...sempat aje nak tido pagi2 dah nak masuk tengahari nih...

dah tengahari, kau akan nampak kelibat aku sedang menyidai pakaian malam tadi di tengah panas kat tepi rumah. jangan tengok lelame!!aku tak pakai baju tuh kan~
basuh baju cume pakai tangan... orang kampung memang laa x gune washing machine macam kamu.. terase cam jimat air..yup! memang jimat air rumah kampung aku ini...bil air sampai, aku pergi ke depan rumah ambil kertas yang terselit pada daun pintu.. jumlah perlu dibayar : RM 3.90..menarek perhatian engkau x??hikhik...

aku akan mandi dan jerang air dan betul2 lepas aku siap pakai deodoran REXONA for woman kaler ungu [ yang botol de kalau kite letak berdiri de cm terbalik ke bawah tu...haaa, aku suke bau de, so aku belilah!lalalaaa~], aku siap je... bunyi motor honda EX5 nenek kedengaran... haa, dah balik dari menoreh dah nenek..yea~ aku dah mandi...takdelah nampak cam tido semula dan aku bangun lambat cam haram,takdelah nampak cam aku malas nak mandi pagi...yelaa, rumah kampung aku ni mane ade alat pemanas dalam bilik air tuh...bukan macam engkau, aku ini sangat kampung taw~

air tadi dah siap jerang je trus aku wat air teh o panas. ahaa, ini air feveret aku bile kat umah... puas hati aku buat air teh ni taw...letak kat area beranda tempat atuk selalu duduk. nenek masak2 kat dapur. ini aktiviti yang nenek akan lakukan setiap hari, aktiviti2 aku yang di atas tuh still tertaktuk kepada sebarang perubahan~

makan tengahari bersila je kat beranda laaa, supaye senang atuk takyah gerak2 sangat...

dah petang nih kalau hari2 bosan aku aktivitinye ialah tengok televisyen. yang kurang bosan ialah baca novel, baca komik, melukis, naek motor keliling kampung, jalan ke bandar [ini biasanya dari pagi lagi dah start aktiviti ini...tapi jalan sesorang mane best sangat kan??]

baca novel...
yup.
Dan Brown's ANGELS & DEMONS
lame dah beli novel nih, baru je ade mase nak bace n tanpa gangguan

petang kene kejar2 anak ayam kecil yang comel2 suh masuk reban.hahaha
halau monyet kalau ade...
bagi ikan makan tak tentu mase, asal aku tabur makanan ikan yang kaler ijau ngn merah tuh je kompem de sambar...hihi
kadang2 teman nenek siram pokok bunge de yang banyak sangat kat keliling rumah tuh...

"ayus, angkatinahpasunikasitu" sambil menuding ke arah kumpulan pasu bunga tidak jauh dari situ.
nenek nak aku angkat pasu bunga besar tuh ke tempat laen...nenek becakap bahasa banjar, ade sikit berbeza dari bahasa melayu yang kau tuturkan tuh...aku yang memang membesar kat sini pahamlah

aku trus translate ke bahasa melayu> "dah lame dah nenek nak suruh ayus pindahkan, tunggu ayus balik... nenek sakit pinggang je skang nih susah sket nak angkat pasu besar" sebak aku dengar...lame nenek tunggu aku, lame dah aku tak balik~

ade satu petang tuh tolong nenek beli ayam kat rumah jiran...jiran tuh wt perniagaan jual ayam laa, ayam siap proses dah potong2 lagi.. jauh gak laa. naek moto..aku sampai rumah orang tu, xde laa plak kan pakcik nih...adehh, dah bagi salam tiga kali xjawab... balik je la... naek bukit, sebelah kanan aku kubur...ALLAH!

tayar belakang pancit...
haihhh... [ kau mesti dah berpeluh sejuk kat dahi dan ketiak mase bace nih kan??err...kau bace kah??ade yang bace kah??]

xde kene mengena dengan kisah seram langsung, memang aku trase cm motor tu xsedap d bawa lepas blah dari rumah pakcik tadi lagi tapi xprasan, dah sampai area kubur tu memang da kronik baru aku prasan..
adehh~ nak kene tolak motor. . .
bukit yang area kubur nih da lepas tapi betul2 lepas ni ade lagi satu bukit yang lagi tinggi...adehh..memang menguji stamina dan kesabaran aku. tapi atas bukit tu ade makcik** tengah sapu sampah depan rumah banglo de. aku pernah ade affair ngan anak perempuan de yang cun melecun + dak sekolah agama + tahfiz + STAM dapat MUMTAZ tuh..huh3, perlu cover macho.senyum dan menjawab dengan polite, penuh sopan santun. makcik itu baek saje, tentu sajelah... yang mintak clash tuh anak de, bukan aku~ huu... penat tolak motor sampai rumah, lagipun tiada ayam untuk makan malam ini,ujarku sendirian.

tapi nenek memang sayangkan aku, cucu paling matang yang de ade setakat nih..yang dah banyak ngabehkan beras kat umah tuh...yang penat dijaga sejak dari umur 7tahun, dihantar diambil dari sekolah rendah setiap hari...yang manja banyak kerenah...et cetera.
nenek tangkap ayam kampung yang kami bela tuh, sembelih, buat sup ayam malam tu... ngan nasi himpit skali! huhuuu~ paling menyentuh hati, sambal kicap yang cukup2 saje pedasnye dan manisnye, sesuai dengan selera aku yang suka makan pedas!

malam aku suke tengok televisyen.

dulu mase kecik pon same, tapi nenek marah nanti de bising2 suh aku tidur...yelah, sok nak sekolah!!rase nak lempang je diri aku yang mase kecik tuh,tido lambat je keje! sekarang tak kesah dah aku nak tidur pukul berape pon...lagipon aku cam tolong jage kan rumah...bahaye gak taw memalam..mane laa taw ade owang jahat ke nak masuk umah, ade ular masuk dalam reban pastu ayam bising2 dan mati2 [ini pernah berlaku, dan sebab aku je xtido lagi malam2 tuh, aku laa yang kejut nenek, suluh ke dalam reban, panggil jiran suh de tangkapkan...ularsawabesarnak mamposs], musang kt atas bumbung laa, cekkan pintu tingkap sume bkunci tak...air paip tup rapat tak...ade nyamuk ke tak,kalau ade pasang ubat nyamuk la untuk nenek

pukul 12 malam atau lebih lagi, aku akan start lapar semula...ini perkara biasa. aku makan je ape2 yang ade. nasi dengan lauk malam tadi, mi, megi, roti telur, keropok ikan, naget, fries... lepastu tido..heaven sungguh~ hihi

tidur~

hmm...dah pagi dah ni, aku perlu tidur...nanti aku ceritakan lagi ape2 yang ingin aku kongsikan. kadangkala aku bukan ingin kongsikan atau beritahu orang lain tentang diri aku yang 'lame' dan tidak hebat serta kuno, batak, et cetera ini. aku menulis sebagai ingatan untuk aku di masa depan. supaya satu hari nanti, bila aku lihat semula penulisan aku, aku sedar dan dapat rasakan semula perasaan aku ketika itu. supaya aku tahu bagaimana cara aku berfikir ketika itu. supaya aku tetap sedar yang aku ini budak kampung, walaupun aku hidup di kawasan urban, jauh dari tempat asal aku...