balik kampung

31 July 2011

gudbai everybody~

_________________________

xsabar nak jumpe kawan yang tolong hantarkan aku g LRT nih~~~
heee XD

_________________________

selamat berpuasa semua, panjang umo jumpe lagi.

RAWR RAWRR~

28 July 2011

baju


tiket


banner.. pfft~
DP FB lahh!


(*0*)/

LEVEL OF KONFIDEN~

27 July 2011

jam 8 malam

"pecel lele, teh o panas" ujar gua cool tidak menampakkan sikit pun riak2 perut yang lapar~
"ayam, anggur" ringkas dan padat je bentuk oder dari member gua. orang lama.

pung pang pung pang gua sambung borak bersama member di sebuah kedai makan tepi jalan yang dah sinonim ngan kehidupan gua. kedai makan ni merupakan tempat feveret gua dan kroni2 gua dalam waktu2 tengah sengkek ingin berjimat. kenapa?

dua perkataan beb! 'kualiti dan kuantiti'. err haa...

makanannye sedap, mampu dihadam dan dicerna..
harga murah~ this is the closest i'll ever get to free food right now.. hahah

sambil2 gua ngadap tv, tengah berita,
gua pung pang pung pang mesia lawan singapore...

*makanan sampai*

pung pang pung pang world cup 2014... pung pang pung pang najib nanti tengok bola dari kedah...

*makan makan makan*

pung pang pung pang eh orang belasah kucing tayang kat tv...
pung pang pung pang sambil gua pandang awek2 yang juga sedang menjamu selera di sekitar gua.. konfiden level gua tinggi sket sebab rambut gua cam xserabut malam ni~

*siap makan*

.
.
.

eh!
seraya itu jugaklah pung pang pung pang gua terhenti
suasana hening seketika gua rasakan~
gua dah rasa xsedap hati . . . member gua ikut sama.

"xpe, bole setel nih" member gua menenangkan.



________________________________

"ayam, jus anggur" sambil si member menghulur duit 6ringgit. setel

"lele, teh o panas" gua xnak tergesa-gesa hulur duit, gua tunggu jawapan kakak tu

"4ringgit" balasnya straight forward dan ringkas.


"nah 3hengget dulu.. err xcukup duit la kak, nanti esok saye bayar bakinye ea kak..heee"

memang gua keluar kedai xpandang laen dah gua meluru masuk kete je terus! konfiden level tinggi konon~ *tolong la jangan ade awek2 yang perasan kehadiran gua kat kedai tu tadi*

MACAM KAMBENG~

24 July 2011

malam tadi,
________________

jari jemari gua bersemangat menaip-naip kata kunci 'isohunt'.. tempat paling kerap gua lawati bile nak mencari movie yang gua nak download. semenjak gua dah berjinak2 dengan dunia jalur lebar yang serba pantas ni, gua memang rajen memuat turun movie.

pap pap pap! *bunyi kibod berperang dengan jari*

gua sebenarnye baru je layan movie nih kat wayang seberang jalan dari tempat kediaman gua nih semalam. kalau ikutkan hati gua, xde la nak bersemangat sangat tetiba nak terus cari kat intenet pastu beria nak download pulak kan~ tapi sebab cekgu boling gua dah kecik ati gua layan movie sorang2 (lagii~) . . . gua xbole la kalo cekgu gua kecik ati nih.. nanti ilmu yang gua belajar semua xmasuk. cekgu ni ibarat pelita, hot ehemm.. maksud gua, cekgu ni penerang hidup laa disebabkan ilmu2 dan jasa2nya yang tidak terhingga. haa!

okeh so gua taip elok2 tajuk movie nih . . .

gua search elok2, scroll baekkk punye gune mouse baru gua.. Gygabyte GM 6800 Mouse For Gaming; 'Upgrade Your Life'.. <--macam iklan dia kat low yat tu~

HAHH!!!


gua jumpe satu link yang tersangat winrar! wowwooh! wowwohh!!

'Hanna 2011...bla bla bla...Bluray...bla bla bla..'
eishh macam xpercaye... tengok skett saiz!
4.8 Giglabab!!

owh!! klikklikklik! <--aktiviti menklik pada kadar yang terlalu laju dek kerana keterujaan tahap tinggi gua

*tunggu....tunggu lagi . . . tunggu . . . *

.
.
.
tinggalkan g tido~
________________



hari ini,
________________

gua bingkas bangun mencari konklusi.. eh x, gua cek bittorent gua, dah abeh muat turun ke lom.. YESS!!! SUDAHH!! gua cepat2 dabel klik kat ikon muvi Hanna. . . format '.mkv'...

gua forward2 nak tgk kualiti . . .
memang tidak mengecewakan~


(seperti dalam visual berikut . . .)



dalam hati gua yang berbunga2 nih, gua dah dapat bayangkan dah cemana gempaknya soundtrack movie nih, pastu gua berpeluang layan banyak kali ngan video yang super cool nih..

*haa trivia sket; muzik dalam citer Hanna ni sedap weh! bagi gua laa... dia cam penuh ngan beat2 rancak yang cam retro2 sket (amende gua cakap pon gua xpasti, lu orang cek sendiri lah~)

dalam keterujaan, gua capai earphone..(a ah ye, pc gua xde speaker dah bezaman dah semenjak ilang dulu.. entri taun bile tah gua penah tulis dulu~) gua sematkan elok2 dalam cuping telinga gua. fuuu... sedap2 je sound dia . . . xsabar nak dengar suara Yohanna lakonan Saoirse Ronan, awek protagonis dalam muvi nih~

"stohl zick vareichs aggqwerefca enske scienikitz..."
"eshhhoell"
"dfguhaoifuwhhefrge rohtprtbwg lfnebs trhjreaes"

.

.

.

.

(0_O)
Oww menn!!! Saoirse Ronan cakap bahase ape daaa~

fuuu...



_________________________________________

ini entri dan gambar berkenaan speaker gua yang hilang tu <--bole klik

JERIT2

23 July 2011

hai cekgu boling.

hahaha..^^

_______________________________

emm, tadi tengok bola.. jerit2 kat NZ sampai saket tekak.. heee~

uhuk2 *emm mane gule2 eclipse blekkaren nih... lalalaa*


_______________________________

tengok citer No Kasey... eishh habuk ni banyak plak masuk mate aihh~
ohh em.. Adam punye saket tu macam Tony Stark~ kalo dia pakai bende kat dada Tony Stark tu bole baek tu... *sambung tengok lagi*

serabut wehh

22 July 2011

rase cam nak g terjun bangunan jap.. okbai

MARI MENJADI RAKYAT MALAYSIA YANG KELAKAR

17 July 2011

tadi gua tertonton video konon seram kat youtube . . .

konon2 cam ade nampak makhluk ghaib lah dalam video yang diambil dari henset tersebut.



gua tak amek pot sangat ngan video tu.. mase video tu maen gua dah scrol bawah bace2 komen.. gua memang suke membaca. tahap pembacaan gua kalo dimasukkan sekali dalam 'peratusan pembacaan rakyat malaysia', gua rase peratusan tu dah boleh naek dalam 17 peratus gak la. hahahahahah~ pfft.

tapi gua bukan nak cerita pasal tu..
niat asal gua ialah gua nak bagitau yang gua suke tengok komen2 berikut;



supportive sungguh komen2 lu orang nih! hahah

HAI LUNA~


oh oh! Luna Lovegood!!
si pelik yang banyak membantu!! fewwit3~
kaler baju tolong vibrant lagi plz~ *btw, reminds me of someone* hahah

_______________________________

*first time <--bole klik sini

SENGAL K KORANG NI~

perbualan sengal antara besday boy ngan seorang besfren~



PAGI SABTU YANG COMEL

16 July 2011

hari sabtu yang comel dah lama xkunjung tiba..

tapi,

tiba2 pagi ni ialah pagi sabtu yang comel!!! eh wiwiwiwiiii~

em bagi aku, definisi pagi sabtu yang comel ialah pagi hari cuti yang tibe2 kau boleh bangun awal sorang2 tanpa alarm camharam yang menjengah ruang pelusuk bilik tidur.. contoh minggu ni, bangun betul2 sebelum alarm bunyi jadi sempat tutup alarm enset dan tetiba rasa nak mandi awal pagi.. cehcehceehhh~ hari2 bekerja nak bangun lambat aje tahap selimut bertukar menjadi kulit vavi..

entah mimpi ape tah harini tetiba semangat lak nak bangun awal dan tetiba muke segar, macam babak2 bangun pagi dalam cerita2 kat tv tu, bangun aje tido dah ceria dah siap mekap rambut pon macam bergaya. otomatik camtu~

hari ini si penulis pagi2 dah hemsem2 macam nak pegi jumpe gadis idaman.. kahkahkah padahal penulis masih single. ehemm.. malu la cakap tu.. padam2. padahal penulis hanya mahu bersarapan awal seperti manusia normal yg bukan berprofesion sebagai seorang student architecture~

ittadakimasuuuuu~

(bismillah.. allhumma bariklana fima razaqtana wa qina azabannar)

melantak.. mentekadaghah . . . ehem2. . . menjamu selera dengan hati yang girang seorang diri. mau join? mau join xtvt2 hari sabtu yang comel?? hahaha

________________________________

"selamat pagi sabtu yang comel semua."

walaupon kau pergi bersuka ria tanpa ingatkan aku pon xpe.
harini bukan hari emo aku~ lalalaAaa

PHOTOSHOPPE~




memula dia bangang je, tapi bile persekitarannya sesuai, dia dah x kelihatan bangang.. (xde la cantek sangat, tapi xdela kelihatan bangang sangat dah..)

perlu sentiasa seiringan dengan situasi semasa dan keadaan sekeliling...

___________________________________

aa baru siap render dan edit2 perspektif.. pagi nanti bos nak~ lalalaAaaa

NOW

15 July 2011

COMMON SENSE BAGI AKU BELUM TENTU COMMON SENSE BAGI KAU..

13 July 2011



orang muda darah panas...
xsebulu sikit dah melenting.
ingat sket,
kita ni kekadang bukan bawak nama sendiri,
kita ni kekadang bukan berdiri sebagai individu,

cakap siang pandang2,
cakap malam pon kena pandang2 jugak.

fikir sebelum buat
kau tu satu kelompok,
kau tu satu komuniti,
kau tu bawak nama satu institusi,
kau tu bawak nama satu organisasi

ingat ni,

kita ni manusia,
biar bergaya seperti seekor seorang manusia

_________________________________

09:49
* seyes gua sayu betul mase nih

DEWAN YANG COOL~

12 July 2011

salam,
harini macam blur2 kat opis..
jap lagi, member gua tetiba ajak gua g jejalan kat Shah Alam, malam sket katenye.. gua dalam serabut2 tu pikir, best gak nih lepak2 jauh sket malam nih..

oke set!

berikut merupakan aktiviti2 yang gua sertai malam tadi.




Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (Presiden IKRAM) tengah cakap2 melayu.



orang ramai yang ramai.




lighting best~



aa.. gua duk kat atas karpet je, kat tangga. macam
orang depan tu. minggu depan gua nak datang awal



selesai sesi cakap2, sesi bersalaman dengan penceramah.. bestnye






Daripada ceramah bahasa arab yang gua dengar tadi, antara benda penting yang gua dapat tangkap ialah kepentingan Solat yang sempurna untuk memupuk diri menjadi individu yang best~ *a ah ye, ceramah cakap arab.. nasib bek gua belajar rajen2 mase kecik dulu*



sekian.
assalamualaikum

gutnait!

WHAT'S NEXT?

11 July 2011

salam,
bermula 1 julai hingga 9 julai lepas, bersempena dengan

DATUM:KL
Kuala Lumpur Architecture Festival 2011


1st PAM MASTERCLASS WORKSHOP
telah berlangsung, di Fakulti Alam Bina, UM.

There were UIA, UM, UiTM, UTM, USM and UPM representatives joining this workshop.
We were divided into 5 groups. emm..actually, we were never divided.. PAM decided not to mix the students and just stick to each U team... since that was the majority vote, its okay then~

*ohh, since there's only 2 students representing USM, they've been asked to collaborate with UIA (4 members) and UPM(4 members), thus ours and UPM got 5 members each, the rest got 6 members..

WHAT'S THE FUTURE OF KL ?

The task is to design and think of the future of Kuala Lumpur.


__________________________________________

UM came up with green solution; park at every LRT terminal.




UTM got this idea of linking the Masjid Jamek with this installation, creating a multi-functional space around Masjid Jamek and the river.




UiTM's approached on Kampung Baru's urbanization;



UPM+USM's Health Connector; a bridge, basically a green link on top of ground level, connected to different areas.



UIA+ USM bringing the new feature of KL, 'KL as an art city' through KL:VOID; an installation modules, put around KL, that give artists (such as buskers, painters, x-gamers, exhibitionist, dancers, etc) a space equipped with what they need.


__________________________________________

UIA+USM team members
hanis-renderer
piei-composer
filzah-researcher
kai ping-writer
me- . . . i did the diagrams and those small icons . . .huhuu.. thx god i have 'em as my teammates!

PENGUIN COMELLLLL SANGAT3!!! arrgghhh..... gigit penguin!!!

10 July 2011



hai semua,
semenjak saya single nih, saya selalu tengok wayang sorang2 macam seorang loser yang tiada siapa2 peduli~

pfft~

hahaha.. sebenarnye masa free aku terhad, dan aku yang nocturnal ni memang aktif waktu malam , so menonton wayang tetengah malam memang la sesuai ngan diri aku. hohoho.. dan malam2 minggu cani memang ramai orang lahh nak tengok wayang. kalau nak g beli tiket ramai2, on the spot lak tu, memang susa la.. kalo sorang2 kan senang~~~~ wiiwii. (btw, awek duk sebelah tadi comel.. ohh, emm patutnye puji penguin yg comel dalam muvi Mr. Popper's Penguins!)

*PANAS BADAN*

09 July 2011

kadang2 orang lelaki ni tak tau.. tak pasti pon dia dah jatuh cinta ke belum.. dia mungkin macam minat2 kat seseorang.. tapi macam xdapat confirm kan.. kekadang sebab ego, kekadang sebab gadis tu dah lama kawan ngan dia, kekadang sebab. . . sebab dia belum rasa perlu untuk bercouple.

tapi satu benda yang setiap lelaki tak boleh nak tipu ialah degupan jantung dan suhu badan yang tetiba meningkat bile dia bersama* dengan seseorang yang dia suke.. demmit!

* kekadang tu bukan 'bersama' as in berjumpa pon, just chat dalam facebook or ym or skype dan ape segala jenis social network lagi lah.. dan kekadang tu hanya dengan terlihat gambar si gadis tu aje. dan pada level yang lebih tinggi ialah hanya dengan mendengar nama si gadis tu disebut aje dah mampu buat si lelaki berdegup laju dan panas badan~

emm.. so kekadang lelaki macam blur2 tak tahu dia suke ke tak kat pompuan ni kan.. cani,
kalo kau alami sindrom di atas tu, maknanye kau dah jatuh cinta kat dia lah! haha.

gudluck~

VOID






"The great city is that which has the greatest man or woman: if it be a few ragged huts, it is still the greatest city in the whole world"

VIDEO COMEL

03 July 2011



by Munn & Zamri ; junior aku yg penuh bakat.

Enjoy! (^O^)/

DATUM

01 July 2011

wiiiwiii~ (*0*)/

harini aku dapat join conference DATUM, kat KLCC..
tenkiu KAED sebab pilih aku, tenkiu PAM sebab support~
dengar2 talk dari arkitek satu dunia cite2 pasal firm masing2. projek2 dorang, hala tuju firm, ape yang dorang fikirkan dalam proses mendesign..

Ole Scheeren bercerita pasal CCTV Building, Beijing.
Alfredo Brillembourg dengan design yang tackle permasalahan penduduk setempat, di Caracas Venezuela.
Pitupong Chaowakul dari Bangkok ngan design2 yang ade upe cam UFO, lembu besar bole gerak2 kepala, spiral staircase bentuk panda yang orang akan masuk lalu bontotnye punggungnye belakangnye.. design yg cam berinteraksi ngan remaja2 masa kini..
Laurence Loh, yang into heritage conservation, Penang, Malaysia.
Hiroshi Nakamura yang bercakap jepun aje..

overall, untuk hari pertama aku join DATUM 2011 nih, makanan dia oke, tapi allocation masa untuk makan terlampau singkat dan sebenarnye ini mungkin berpunca dari orang yang ramai dan booth2 mengambil makanan terhad. seyes orang ramai gile beratur panjang2, masa makan 15minit camtu ha. sian aku dapat tambah makanan 2 kali aje untuk setiap sesi. OHH~

aku terjumpa ramai kawan2 gak tadi, ramai senior lah sebenarnye, senior2 yang dah bekerjaya dan di support oleh firm masing2.. bestnye~




oh, dua gambar ni aku amek mase sessi last sgt2.. orang dah start keluar, tu yg nampak kerusi banyak kosong tu.. sebenanye penuh sangat2. haa gamba amek gune nset aku, turns out aku punye memory card rosak la.. so bile tanggalkan memory card, gamba ni save kat phone memory, bole lak save~

huuu ade sesape nak belanje aku microSD 8gig sebagai hadiah besday x?? huu


wink2~

_____________________________________


dalam perkara yang tidak berkaitan,
design tandas paling bodo ade kat klcc.. fullstop.

2 WEEKS VACATION


semoga bende ni buat aku seronok . . .

majlis meriah gilang gemilang

salam semua... heritage studies 2011 memang gempak tadi. siang tadi launching, aku berkesempatan untuk join sekaki memeriahkan majlis lah konon2nye.. video best2.



HERITAGE STUDIES EXHIBITION 2011
p e k a n . s u r a b a y a . d h a k a . e s f a h a n

KAED GALLERY, IIUM | 28th june - 1st july 2011




sori aku lupe nak post pasal exhibition nih kat sini awal2.. <--alahh bukan ade orang bace pon~ ahaha

emm henset aku ade problem lah wehh.. aku tangkap gamba tp dia xsave kat mane2..geram pulak aku.. so xde lah gamba exhibition siang tadi.. xpe2 nanti la aku mintak2 dari member yg datang sekali tadi.. huuu

emm... k lah, aku tengah jeles xdapat tengok trenpomes nih... nak sambung jeles jap, salam.

______________________________________


Pekan, Pahang



Sunan Giri, Surabaya



Sunan Ampel, Surabaya



Dhaka, Bangladesh



Esfahan, Iran

shhh... aku tgh emo~

thanks
.

.

.

.

(-___-")>