PERASAAN ITU DATANG KEMBALI

31 March 2009

[aku tekan butang besar pada jam digitalku, lampu terpancar...01:26AM. sebuah cerita bermula di pagi hening itu]

aku sendirian di sini, menghadap flat screen 22inci monitor BENQ..siapa punye lagi kalau bukan aku kan?.. jari jemari aku pantas menaip..sekali sekala aku menjenguk ke luar kamarku..terang tapi tiada sesiapa, getus hati kecilku. aku terpandang pula tingkap luar...gelap betul,sudah!sila pandang tempat lain.

tap! tap! tap!

bunyi papan kekunci ku deras dek kelajuan menaip si empunya LOGITECH KEYBOARD. mungkin sedikit culture shock bagi engkau jika terlihat aku menaip. aku tidak galakkan itu. entri blog aku memang seringkali di update pada pukul 1 pagi dan ke atas..

bila berseorangan seperti ini, terasa semua benda di sekeliling lebih bermakna. walaupun aku cuba untuk bersikap endah tak endah terhadap keadaan bunyi2 di sekeliling, aku tetap mengerling sekali sekala ke kiri kanan ...entah apa yang aku harapkan ntah...

hmmm...perut terasa lapar..kali terakhir makan tengahari tadi, dengan seorang gadis ayu baya2 aku..memang seronok. tapi itu tadi, sekarang ini dah tak seronok sebab sudah lapar semula...

kreeeexx
. ..ini bunyi daun pintu kamar aku yang mula terkuak, menukar posisi.

ahh,sudah...peluh sejuk kat area2 dahi aku keluar. aku tidak suka ini. ini semacam badan engkau memberitahu ade sesuatu yang tidak kena dengan keadaan sekeliling. aku cuba tenangkan diri aku,jangan bagi minda kurang rasional yang mengawal aku dan jangan bagi imaginasi2 bodoh seram mengganggu gugat perilaku ku..

seraya itu, PERASAAN ITU DATANG KEMBALI...aku seboleh bolehnya tidak mahu perkara seperti malam semalam berulang..aku tabahkan hati..aku kuatkan semangat.. doaku pada Allah tentu sahaja minta dipermudahkan segalanya malam ini...

dan akhirnya minda luar kawal aku seperti telah bertindak! aku tak tahu kenapa ini seringkali terjadi ke atas aku.. aku seperti diseret ke lorong itu...kaki lima yang panjang itu terasa pendek aje malam ini...aku melewati kaki lima dengan gaya yang berdezup. tujuan aku satu...

langkahan kaki aku tak keruan,rasa tak tertahan ...aku tak pasti sama ada aku yang memberi arahan pada kaki aku atau kaki aku yang memberi arahan pada... pada kaki akulah, yang aku sedar semakin lama aku semakin dekat dengan penghujung jalan dan aku lantas memilih untuk masuk ke dalam bilik terakhir itu... terasa diriku diperhatikan.. aku lantas memandang ke kiri.. terlihat banyak kepala berderet di satu penjuru... aku tahu apa yang aku lihat, dan aku tahu apa tujuan aku ...aku tak endah lagi walaupon wujud rasa tidak keruan. aku sedar aku hanya perlu masuk ke dalam tandas di bahagian hujung itu dan berak, seperti malam semalam...seperti malam malam sebelum ini...seperti biasa.

DRAGONBALL EVOLUTION countdown

30 March 2009



____________________________________________

hahah...xsabo nk tgk live action Dragonball Evolution nih...ade yang bagi komen negatif, ade gak yang menyokong pembikinan filem nih...aku pon xpasti tentang kualiti cerita nih tapi papepon kene la tengok dulu baru buleh komen kan?

tarikh tayangan kat belah barat... : 10 APRIL 2009

tarikh tayangan kat belah asia : SEKARANG!!

AKU SUKE ENGKAU . . .

aku suke bile lihat engkau gelak2 dengan lawak aku...hahaha

AKU BENCI ENGKAU !!!

29 March 2009

baek...mari aku beritahu serba sedikit tentang perangai atau sifat gadis yang tidak akan diminati oleh lelaki..
aku agak, ramai yang mungkin telah baca tentang ini... dan lagi ramai yang baca entri seperti ini berulangkali...cuba mengenalpasti sama ada kau punyai ciri2 seperti itu...

mari bace same2 k...

1. banyak cakap...banyak sangat. sehingga kadangkala si lelaki tiada ruang untuk berbicara. atau kadangkala hanya si perempuan sahaja yang bercerita tentang dirinya sepanjang masa. engkau ingat lelaki akan sentiasa tertarik dengan cerita tentang engkau memilih baju??engkau sangka lelaki akan teruja mendengar cerita tentang engkau start enjin kereta pagi tadi?? engkau sangka lelaki akan bersemangat mendengar tentang makanan sarapan pagi engkau?? lebih2 lagi jika cerita itu sama saja tiap2 kali engkau cerita...

2. terlalu mengambil berat. ini berbeza dengan concern yang biasa,ini lebih kepada sebok2 ingin ambil tahu tentang semua yang berlaku ke atas diri seseorang lelaki itu. kebiasaannye dimulakan dengan bertanya bertubi tubi mengharapkan jawapan dari si lelaki tentang apa2 sahaja hal si lelaki.. maaf, jika si lelaki ada masalah dan dia mahu suarakannya,kau tak perlu bertanya, dia akan datang pada engkau dan beritahu...jika dia ade masalah dan senyap sahaja maka kau juga perlu senyap sahaja. cukup sekali kau bertanya tentang kemurungannya, dan kau offer diri untuk berkongsi masalah.lepas itu kau hanya perlu beri ruang untuk si lelaki berkira2 sebentar. kau tidak perlu mengharapkan jawapan serta merta daripadanya...

3. miss know-it-all. lelaki tidak suka ini. tak usah engkau beria2 ingin tunjuk pandai depan lelaki sehingga menggugat kewibawaannya. lelaki ego. apabila engkau seperti pandai sangat atau memandai mandai sangat, lelaki akan bosan dan tidak ingin buka cerita di depan kau lagi.

4. sentiasa mengharapkan pendapat daripada si lelaki. lelaki tidak suka ini...kau juga punya otak bukan?? kau juga boleh berfikir bukan..jangan sentiasa mengharap orang laen untuk membuat keputusan engkau. lelaki suka gadis yang pandai berdikari sebenarnye dan bijak mengatur hidupnya.

5. perempuan murah yang sentiasa berdampingan dengan lelaki...ramai lelaki, dengan anggapan diri engkau lebih cool atau diminati ramai..INI BODOH. sebagai perempuan...kau tidak perlu membuktikan betapa kau hot, dengan mendampingi ramai lelaki. dan aku cukup tidak suka jika ade perempuan yang dengan mudah2 sahaja dapat menuturkan bait2 'rindu', 'sayang', dan laen2 lagi, dengan mudah...ini sungguh murah. maaf, lelaki akan pandang rendah pada engkau.

6. suka melawan. tentu sahaja tiada siapa yang suka dengan sikap ini bukan?? apabila seorang lelaki sedang marah dan baru sahaja melepaskan ketidakpuasan hatinya..kau tidak perlu bersemuka dan ingin menjernihkan keadaan dengan membalas hujah si lelaki. kau hanya perlu diam dan berlalu pergi. seperti yang aku telah perkatakan suatu masa dahulu, jika si gadis bersikap mengalah pada lelaki yang sedang marah meluap2...apabila sudah reda nanti, akan terbit rasa hormat si lelaki pada perempuan itu kerana sebentar tadi mengalah dan berundur. mungkin si lelaki akan meminta maaf pada engkau jika kau apply ini. sebenarnya ketika lelaki marah, semua nampak betul di matanya sahaja. semua yang laen salah...engkau salah..walaupon kau betul, kau tetap salah. tapi apabila minda rasional si lelaki telah wujud semula, si lelaki akan minta maaf pada engkau tanpa perlu kau berkata sepatah pon. ini adalah keistimewaan perempuan; semakin senyap engkau ketika pergaduhan, semakin tinggi rasa hormat lelaki pada engkau di kemudian hari.

7.

makanan paling sedap yang baru saje aku rase sebentar tadi...DONAT BIG APPLE...dan sejenih objek sfera dipanggil TAKO...aku suke!!

28 March 2009






timekaceh kakmin and zahrin...anda dialu-alukan untuk selalu datang ke BILIK SERONOK..lebih2 lagi ketika anda memiliki makanan2 sedap yang free untuk saye..wiiiwi

ADAKAH INI ENGKAU?

artikel di bawah ini berbahasa inggeris...saje aku buat begitu agar engkau pandai berjenaka dalam bahasa inggeris kelak...hahha,maaf aku tidak buat ini sebenarnya. aku copy paste saje dari rakanku..

JIKA ENGKAU ITU ARCHITECTURE STUDENT, MAKA ENGKAU SEPATUTNYA ADE CIRI2 DI BAWAH INI...

* The alarm clock tells you when to go to sleep.

* You're not ashamed of drooling in class anymore.

* You know what Superglue tastes like.

* You celebrate space and observe your birthday.

* Coffee and Red Bull are tools, not treats.

* People are nauseated just by smelling your caffeine breath.

* You are surprised when you see an art piece in your school.

* You've fallen asleep in the bathroom.

* You've listened to all your CDs in less than 48hours.

* Your laptop or pc never shut down.

* You're not seen in public.

* You lose your house keys for a week and you don't even notice.

* You've brushed your teeth and washed your hair in the university's bathroom.

* You take notes and leave messages with a point-six and expensive Prisma colour.

* You combine breakfast, lunch and dinner into one single meal.

* You see holidays only as extra sleeping time.

* You've got more photographs of references than of actual people.

* You can live without human contact, food or daylight, but if you can't print, it's chaos.

* When you're being shown pictures of a trip, you ask about the human scale, the lighting, taken of what cam, bla bla bla…

* You can use Photoshop, Illustrator and make a web page, but you don't know how to use Excel.

* You buy 50 dollars worth of magazines that you haven't read yet.

*girlfriend or boyfriend is not important anymore when u busy doing your work.

* You will know what time your mouth started to smell bad in the MORNING.

* You will forget what the meaning of sleeping is.

* You will be STONE when you run out of ideas. (This is TRUE)

* Exam means nothing to you. Study is no longer your priority.

* Assignments and projects are more important than your life. Late submissions = DEAD.

* You dragged yourself back to hostel in flip flops, shirt of yesterday, and 3/4 asleep face just in time others were marching their way handsomely to morning lectures.

* You go for a shopping spree for papers, markers, model boards, glues, cutters, pc rams and printer inks instead of shoes n clothes even there is no mega sale.

* When you go to a new place, you tend to stare at the roof for several hours.

* You don't care if people see you in your scruffiest torn shirt and pajamas at
work. But if there's a formal dinner, you'd be the one competing to look the best.

* You have to put up with egoistical "Its-MY-idea/design" sort of people who see only what they want to but can draw amazing perspectives on paper.

* You notice people "take pride" in staying up and working late nights but pretend it's a burden.

* You don't watch movies at the cinema. You watch them in a minimized window on your pc while you do 3D rendering.

* My studio, my kitchen, my bedroom!!!

* You can make sense out of nonsense and make people believe it all makes perfect sense!

* When you doodle on paper, it is usually a 3D object with rendered shadows.

* You know the exquisite feeling of running your hand across a tracing paper that was drawn on with technical pen.

* You talk about your colour pencils, markers and drawing pens like they're your best friends.

* Your mum sends you text messages like you're studying oversea, when in truth you're just 20 minutes away....

HAHA...INI MEMANG DIRI AKU
entri aku sebelum ini agak emosional kerana memang aku dalam keadaan agak bengkek, tapi xpe... aku sudah lebih gembira bila bace penulisan di atas ini...

_____________________________________________

aku tidak ambil ini dari entri rakan aku. aku memang telah lama ambil ini dan simpan sebagai word dalam pc aku ini...dan tiba2 hari ini aku pergi menjenguk2 blog rakan2..dan hendak dijadikan cerita, aku terjumpa blog boss aku dan beliau juge ade ayat2 omputih seperti di atas...aku ini ambil dari facebook beliau lah suatu ketika dahulu...

aku dah xnak tolong orang dah lepas ni

sindrom kelahiran bulan ketujuh

siapa lahir pada bulan Julai?
mari kita lihat betapa tepatnya ramalan tentang sifat mereka2 yang lahir pada bulan Julai ini...

* Sangat suka didamping.

aku tidak tahu kenapa ini diletakkan di tempat teratas...hmmm. tapi aku dapat rasakan yang ini betul. aku seorang ysng EKSTROVERT, aku suka ade ramai orang di sekeliling aku..aku suka juga jika ade ramai gadis di sekeliling aku...

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

aku rasa ini tidak berapa sesuai dengan diri aku.. aku tidak kisah untuk becerita tentang diri aku pada sesiapa pon...lalalaa~

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

yup aku pendiam...hahaha!! salah. bagi sesiapa yang kenal aku, mereka tentu sahaja akan kata ini TIPU! aku sangat banyak bercakap dan kuat melawak. atau mungkin aku sentiasa terangsang sepanjang masa??haha. hmmm...aku berfikir sebentar. apabila di rumah, aku memang pendiam sebenarnya. ini kerana aku tidak berada dalam kelompok orang ramai. aku seorang diri bila di rumah.


* Ada harga dan maruah diri.

sesiapa pon akan kata mereka ada harga dan maruah diri.. aku juga dengan mudah akan mengakui sikap positif di atas. ini permainan psikologi agar anda semua mula percaya pada sesebuah ramalan.. aku lihat diri aku sebagai ego. kadangkala apabila aku sudah merajuk dan aku katakan tidak mahu pada sesuatu objek, aku tidak akan ambil objek itu.. walaupon sebenarnye aku sangat inginkannya.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

aku bukan ingin memuji diri sendiri tapi ini memang aku. contoh paling jelas sekali ialah aku tidak minta sesiapa untuk hantar aku pulang ke hostel bila aku di KAED. apabila aku terasa nak balik, aku jalan kaki saja sudah.. memang penat tapi aku sentiasa terfikir tentang kepayahan orang lain jika mereka terpaksa hantar aku sehingga ke hostel.. lagipon harga minyak tinggi. ini yang bermaen di minda aku bila aku terfikir untuk minta orang hantar aku pulang ke Hostel. kadangkala aku hanya berjalan kaki ke Hostel Usman hanya untuk bejumpa rakan di mahallah sana dan gunting rambut... ini tentu sahaja agak menyusahkan diri aku, tapi aku puas hati kerana aku tidak menyusahkan orang lain. aku tidak makan sayuran..ya! tapi aku tidak pula order makanan dengan permintaan yang pelik2 sehingga menyusahkan tukang masak..aku memang begitu

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

ini seperti kelemahan aku..aku kuat merajuk dan sukakan perhatian. oleh itu , sifat mudah dipujuk ini memang dah terang2 ade dalam lubuk hati aku sebagai counter attack kepada sikap kuat merajuk. haha


* Sangat menjaga hati orang lain.

seperti yang aku ceritakan tentang aku yang lebih senang bersusah payah sendiri daripada menyusahkan rakan...ini ada kaitan. aku kerap memikirkan apa perasaan orang lain terhadap sesuatu situasi atau perilaku. selalunya ia menyusahkan aku...tapi aku boleh hidup sebegitu

* Sangat peramah.

hahah...aku sangat suka berkenalan..dan sangat suka didampingi.. oleh itu, sifat ini adalah selari dengan sikap ekstrovertku itu.

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

emosional adalah aku...aku tidak nafikan ini. dan ya, aku kuat merajuk...

* Berjiwa sentimental.

wow..haha,tidak dapat disangkal lagi

* Jarang berdendam.

ini perlu dibaca dengan sifat di bawah ini..

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

yup..betul ini! aku emo, oleh itu sampai satu tahap aku akan marah. marah aku agak melampau juga... kadangkala kebudak budakan pon ade aku ini,bende remeh temeh juga mahu emo.. tapi jangan risau, marah aku tidak lama..jika kau hadapi situasi dimana kau dimarahi aku...aku suka jika kau diam sahaja kerana sekejap lagi aku akan pergi pada engkau dan minta maaf. aku sangat menghargai rakan2 aku, aku mungkin hilang rasa hormat ketika aku marah kamu tapi jika attitude kamu baik ketika aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku dalam nada yang mungkin menjerit2, selepas seketika, aku akan hormati engkau semula. waktu itu aku akan minta maaf.

aku akan minta maaf atau memaafkan, tapi aku tidak cakap aku akan lupakan perkara itu. otak aku ini seperti sentiasa menyimpan data2 tentang kelakuan dan sikap engkau terhadap aku. sekali engkau buat aku terluka misalnya, walaupun aku akan maafkan dan perhubungan sebagai rakan akan pulih..aku akan tetap berjaga2 dan beringat2 tentang kesalahan yang pernah engkau lakukan itu. dan kadangkala, atas sebab inilah kau akan dapati hubungan yang pulih semula biasanya sudah tidak sama dengan hubungan sebelum itu. itu bermaksud aku masih teringatkan kesalahan yang kau lakukan pada aku itu.

* Tidak suka benda remeh-temeh.

yeke?? aku tidak terfikir ape2 tentang ini...


* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

aku tidak tahu berapa tinggi sikap aku yang ini tapi apabila aku sudah sayangkan seseorang aku akan sanggup lakukan hampir apa sahaja untuk dirinya. selain ahli keluarga, ini juga tidak terbatas kepada awek aku sahaja ( aku tiada gadis sebenarnye..aku ini single sahaja ), tetapi ia melitupi rakan2 yang rapat dengan aku dan yang ada nilai2 sentimental yang tinggi..


* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

aku rasa aku apply ini pada kaum hawa,hahah.. sesiapa pon jika minta tolong aku, selagi aku buleh tolong, aku akan tolong....


* Tinggi daya simpati.

sebab sikap simpati aku, barulah aku sentiasa menolong orang...tapi orang selalu saje lupakan aku ...aku selalu sedih sebab ini..

* Pemerhatian yang tajam.

aku tidak pasti tentang ini...tapi aku rabun sebenarnye

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

aahaa... aku memang suke memerhati orang ramai dan menilai mereka dari pemerhatian aku.

* Mudah dan rajin belajar.

aminn...


* Suka muhasabah diri.

ini apabila aku bersendirian sahaja. bila bersendirian aku akan lebih matang dan mula berfikir panjang tentang macam2...aku akan recall semula kejadian2 yang berlaku dalam hidup aku.


* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

ini pulak ade kene mengena dengan sifat aku yang tidak mudah lupakan sesuatu perkara walaupon aku mudah nak maafkan.


* Suka mendiamkan diri.

tidak

* Suka duduk di rumah.

ya


* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati dan lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

bile aku memaki

Aku jadi rajin memaki orang lain bila aku rase nak memaki mereka.. tidak bagus bukan??yup aku tahu itu..

Aku cukup benci bila orang ambil kesempatan terhadap diri aku..aku tidak maen2 bila aku cakap ini..
Aku jarang menolak pemintaan orang laen yang inginkan pertolongan aku.. Ini memang lumrah aku. Tapi tolonglah jangan dengki aku pulak. ini celaka. Aku cukup panas hati jika ketika aku minta tolong pula mereka terus sahaja lupa..

situasi :

Aku ada nota untuk diri aku. aku kongsikan nota itu melalui YM kepada rakan yang aku anggap seperti kakak aku.. dan sebagai tambahan aku minta dia buat satu salinan lebih untuk aku jika dia mahu membuat salinan. dia menjawab "ok", yang pada aku dan engkau semua bermaksud "YA"...kan??

Dan apabila aku datang untuk mengambil salinan aku, tiba-tiba katanya tiada salinan untuk aku walaupun ade 5 salinan di hadapan aku. semuanya untuk rakannya sahaja. ini buat aku melenting... maaf, ini sifat aku. aku cukup tidak suka jika aku seperti dipermainkan atau aku ade semacam perasaan dipinggirkan setelah ape yang aku lakukan untuk orang lain. ini antara sebab yang jelas untuk aku mencarut.

mengharapkan balasan??

Mungkin ini pandangan engkau terhadap aku. aku tidak kesah itu.. awal2 aku sudah jelaskan yang aku inginkan satu salinan jika mahu buat salinan. sudahlah engkau menggunakan nota yang aku beri, kini engkau seperti menganjing aku dengan sikap pentingkan diri engkau itu. serius aku tidak suka manusia macam ini.

Dan aku apabila ade perasaan sakit hati seperti ini, aku akan bersikap emosional...maaf, ini bukan masa untuk engkau membuat lawak di hadapan aku. nanti aku tampar bibir atas dan bawah engkau serentak. lebih elok rasanya kamu semua hanya berdiam diri sebentar dan cuba menenangkan keadaan dengan membetulkan segala kesilapan atau bersikap mengalah.

mengalah??

Huh.. Aku boleh agak engkau engkau ini akan bertanya ; kenapa perlu mengalah dengan sikap berang jejaka ini??

Aku tidak suka mengalah. ini salah satu sifat semulajadi alam jika engkau adalah anak tunggal dalam sesebuah keluarga.tidak pandai mengalah kerana pada kebiasaannye kau tidak punya sesiapa untuk kau mengalah.jika kau adalah anak sulung tentunya kau ade sifat mengalah yang tinggi... Sepatutnyalah, kerana adik2 kau lebih memerlukan perhatian berbanding kau yang sudah dewasa itu...


aku sedar sikap emosional aku ini kadangkala agak tinggi. tapi aku juga ingin engkau dan yang lain-lain sedar yang sifat manusia ini memang sentiasa berlainan dan engkau tidak boleh kawal itu. engkau tidak boleh suruh aku berhenti menjadi emosional dan aku dengan tiba2 sahaja kehilangan sifat itu dan . . . dan semuanya hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

aku juga akan sentiasa mengingatkan diri aku bahawa...

" bukan semua orang bersikap suka membantu orang lain seperti diri aku, ada yang mudah lupa walaupun tidak sampai 5minit... dan sikap itu memang sikap yang sudah tersemat erat dalam diri mereka.."

"mereka memang bersifat mementingkan diri sendiri dan kurang mengendahkan perasaan orang laen"
monolog ku lagi

pedaskah telinga engkau dengan monolog aku??

______________________________________

ini entri yang aku buat ketika aku marah.sekarang dah tak marah...

SILA GELAK

17 March 2009


Maaf aku tiada masa untuk menulis...aku beri kamu gambar agar otak kanan kamu berfungsi walaupun ketika ini mungkin anda sedang stress...berehatlah sebentar dan gelak2 lah sekejap











MARI AKU AJAR KAMU BAHASA INGGERIS

BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??

BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

SHARON : Have you ever had a hot passionate, burning kiss??
TRACY : I did once. He'd forgotten to take the cigarette out of his mouth.

MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.

WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

MARY : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly.What do u think,
Peter?
PETER : A bit of both. I think you're pretty ugly.

Girlfriend : "...And are you sure you love me and no one else ?"
Boyfriend : "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

Teacher : "Which is more important to us, the sun or the moon?"
Pupil : "The moon".
Teacher : "Why?"
Pupil : "The moon gives us light at night when we need it but the sun gives us light only in the day time when we don't need it".

Teacher : "What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?"
Pupil : "A teacher".

Waiter : "Would you like your coffee black?"
Customer : "What other colors do you have?"

My father is so old that when he was in school, history was called current affairs.

Teacher : "Sam, you talk a lot !"
Sam : "It's a family tradition".
Teacher : "What do you mean?"
Sam : "Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher".
Teacher : "What about your mother?"
Sam : "She's a woman".

Tom : "How should I convey the news to my father that I've failed?"
David: "You just send a telegram: Result declared, past year's performance repeated".

Teacher : "Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?"
Student : "Brotherly love"

Teacher : "Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?"
Sam : "No sir, I don't have to, my mom is a good cook".

Patient : "What are the chances of my recovering doctor?"
Doctor : "One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died".

Teacher : " Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
One Student : "Sir, my Mother and Father got married on the same day and at the same time."

Teacher : " George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it.
Now do you know why his father didn't punish him ?"
One Student: " Because George still had the axe in is hand."

AKU BACE NOVEL??!

14 March 2009

ANGELS & DEMONS
novel written by DAN BROWN

Aku bace novel ini...woww.... sebenarnye aku ade buku ini dan dah bace sikit...sikit je...setelah mula sibuk dengan kerja2 studio, aku mula alpa dan meninggalkan hobi membaca aku..hmmm...mungkin hobi aku bukan membaca novel tetapi sebenarnye prolog sesebuah novel...hahaha


"When world-renowned Harvard symbologist Robert Langdon is summoned to a Swiss research facility to analyze a mysterious symbol — seared into the chest of a murdered physicist — he discovers evidence of the unimaginable: the resurgence of an ancient secret brotherhood known as the Illuminati… the most powerful underground organization ever to walk the earth.
"


Movie yang bakal keluar nih membuatkan aku lagi malas membaca novel ANGELS & DEMONS aku tuh...yelah, tgk movie dah laa...(pemikiran tipikal anak muda zaman sekarang...sebab tu lah peratusan rakyat Malaysia yang membace rendah...hmmm)

SESSI PRATONTON UNTUK SEMUA

X-MEN ORIGIN:MAGNETO



HELLBOY 3

???



IRONMAN 2

Pelakon utama masih lagi ROBERT DOWNEY JR. dan ade watak baru name BLACK WIDOW lakonan SCARLETT JOHANNSON...mmm



STREET FIGHTER THE LEGEND OF CHUN LI

Kristin Kreuk
tuh bagi aku dah comel dah (first aku terpikat tengok de mase de blakon sebagai innocent girl,
Clark Kent's secret crush, Lana Lang dalam SMALLVILLE)...tapi movie ini cam x best pada pandangan mata aku sebab kostum mereka semua sudah berbeza...topeng VEGA pon x semacho yang sepatutnye...cam xreti design je... Pastu, xde watak2 penting.. Watak M BISON pon cam tangkap muat je pelakonnye tuh..langsung tidak seperti M BISON...hmmm

INI SIAPA??

09 March 2009



kau beginikah??

TENGKUK ENGKAU


hari ini tengkuk aku agak saket...vertebrata aku pon terase sengal-sengal...hmmm...sindrom penat mengadap drawing aku dah datang semula...

mari aku ajar kau satu senaman regangan otot tengkuk...

just simply follow my movement above...lalalaaa~

BAIT BICARA SEORANG GADIS

08 March 2009

aku tidak buat entri sebegini...aku tiade pengetahuan dan pengalaman tentang gadizz..(mungkin itu sebabnye aku sentiase tidak bernasib baek bila bersama gadis...hukhuk.tapi xpe, hari ini bukan hari membincangkan tentang hal peribadi aku ini..) entri ini aku copy paste saje dari tempat laen yang jauh...anggap saje ia dari dimensi yang berbeza.

bace dan bacelah...

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

ape kau ingin katekan??

AKU DI PERPUSTAKAAN, TAPI SERONOK???

04 March 2009

hari ini aku bangun lewat...aku tiada mood untuk ke kelas STRUCTURE... memang begitu mood aku setiap kali kelas structure..tapi kali ini aku malas betul ditambah pula lambat bangun...

aku mandi dan manghensemkan diri, bersiap- siap untuk ke... ke... ke perpustakaan...yup, aku ke tempat bosan itu lagi setelah sekian lame menjauhkan diri daripadanya... dalam perpustakaan, aku menguap banyak kali..mungkin bagi lelaki ekstrovert seperti aku, perpustakaan sangatlah tidak menarik...

tapi hari ini ade sesuatu yang menarik!!
woww...mungkin aku patut selalu ke perpustakaan selepas ini...haha

emmm, begini...

suasana hening di perpustakaan...aku ternguap-nguap dari langkah pertama aku di tingkat empat lagi...entah kenapa. [ mungkin ini balasan atau sumpahan bagi mereka yang bersifat ekstrovert...kau perlu tahu terlebih dahulu apa itu ekstrovert. mari aku ajar kau sedikit... EKSTROVERT ialah sifat yang jika dimiliki oleh HANS misalnya,(bukan nama sebenar...name sebenarnye MUHAMMAD BURHANUDDIN SAID) HANS akan menjadi sangat bersemangat dan terkinja2 sepenuh masa jika dia dikelilingi orang ramai...sebagai contoh apabila dia berada di majlis keramaian...]

sudah...aku perlu ke kelas sebentar... papp!
_____________________________________________

C#@&*%!^$~ KAU

03 March 2009

WTF??
ade juge gadis berperangai macam ini??memang DEMM habes... aku seperti ingin saje tanyekan persoalan ini depan2 kau..

"perlukah kau ____________??aku sikit pon xpaham dengan sikap kau ini.. entah ape yang kau fikirkan waktu kau katekan____________ pade aku tempoh hari?? jangan lah sesuka hati kau ingin ____________ lalu ____________! aku seperti tidak percaye ini rupenya wajah sebenar kau bila topeng tebal di muka kau itu aku pecahkan... _________dan ________... mungkin kau memang sukakan _________... jika kau sukehati...maka aku juge mungkin patut sukekaki aku lah menerajang kau?? tapi maaf, aku tidak pukul perempuan..."

_________________________________________
entah ape yang difikirkan oleh penulis di atas...

mungkin sekadar ingin bercakap2 kosong......

maklumlah kadangkala bukan semua dapat diperkatakan...

hmmm..

dah! kau pon sebok nak berfikir jugak...gi wat kerja tuh!! hahah

DENGAR SINI

02 March 2009


GAZA SONG
Lagu ini dinyanyikan oleh orang bukan Islam
MICHAEL HEART

dengarlah dan hayati...

WOW...ape ni??

NOVA c o r p o r a t i o n

ini ialah LOGO syarikat aku...

_______________________

teringat aku pade sorang kawan lame di sekolah lame...
de dulu pon rajin cipta2 logo nih...yg paling melekat kat pale otak aku nih ialah...

CREANOVA
creative inovation...

menarik gk kn??
ha ah...lagi menarik dari design aku nih...
hukhuk