BEREHAT

20 April 2009

aku kene stop jap menulis blog...sibuk dengan hal2 di rumah. maklumlah, sekarang ini musim cuti.. aku pon perlulah bercuti kan??kan?? haha...

cuti2 ni aku akan lepak2 di rumah...
makan2 di rumah...
tidur2 di rumah...
bace komik di rumah...

pendek kate, semua aktiviti pon di rumah...di kampung halaman aku, Johornesburge.

kebiasaannye apabila di rumah aku akan banyak tidur dan banyak makan, sedikit bercakap. lagipun, di rumah aku itu hanya ada atuk dan nenek sahaja. takkan aku ingin berlawak dengan mereka sepanjag masa bukan?? sikit-sikit saje sudah memadai bagi mereka...

mama akan ade di rumah kampung itu pada musim2 cuti seperti hari sabtu dan ahad. hari laen?? sudah tentu sahaja beliau sibuk dengan kerjayanya selaku saintis di makmal di Melaka. [kerja mama ada iras2 pekerjaan seperti di makmal CSI...ini saja yang buleh aku beritahu, lebih dari ini, kau boleh disoal siasat dan lebih padah lagi.. kau mungkin akan diturunkan gred untuk subjek studio*...]

*apply only to KAED students

hmm...

jadi, hidup aku membosankan..ya aku sedar itu...
aku tahu kau fikir itu..
tapi aku memang begini bila tidak di samping rakan2...
ini salah satu sebab aku lebih suka balik lambat dan dapat bersama rakan2.. aku dapat lakukan aktiviti secara berkumpulan.. aku suke

di rumah aku akan lakukan aktiviti secara solo seperti makan solo, tidur solo, menonton tv secara solo, menelaah komik secara solo. untuk jangka masa selama 5 hari aku akan gembira dengan aktiviti ini.. kerana dalam masa 5 hari aku akan puas membaca komik tanpa diganggu. baca novel juga seronok. tapi jika sudah terlalu lama tidak bergelak ketawa dan membuat lawak, ini akan menimbulkan rasa bosan dalam diri aku. ini tidak bagus untuk diri aku... kadangkala aku akan ada banyak sangat lawak yang ingin aku kongsikan dan kadangkala aku akan ada banyak teka-teki yang aku ingin sampaikan...tapi aku terpaksa pendam sahaja. dan kadangkala aku akan kongsikan saja dengan atuk dan nenek...hihi.. mama juga tidak terkecuali. [hmm...lihatlah tu, ini saja keluarga yang aku ada...kau janganlah asik merungut dengan ahli keluarga engkau, kau patut hargai mereka k??]

in a nutshell, i love to be around my friends.. yup! friends...the more the merrier

HEAVEN HABESS~wii

16 April 2009

hmm...hari ini aku tiada apa2 lagi yg perlu dilakukan pada malam hari...examinasi telah habes, kerja rumah dah buat, ...

jap ye...tolong ewa tampal board jap..sian de

WAH~

12 April 2009

kakmar dah selamat bersalin... aku dah ade member yang dah ade anak, kene bersikap matang nih..haha

LAST ONE IS THE MOST IMPORTANT ! ! !

11 April 2009

Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood.Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. Not revengeful. Forgiving but never forgets.Dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying

KENAPE HAA??

mmmm....

PAGI - PAGI BUTE

05 April 2009

aku lapar..

aku menuju ke gerai Emo. Jam 0245... sejuk malam ini seronok, membuai aku ke sana... sempat juga aku menghantar satu mesej kepada seorang rakanku yang sedang diulit mimpi..saje2

ANJING...
demm, ini buleh menjadikan aku orang paling malang pada pagi2 buta ini.. mata aku melilau melihat pokok. sudah tentu aku akan berlari dan memanjat pokok jika dikejar anjing.. Alhamdulillah, anjing cume berjalan - jalan sahaja, melihat - lihat keindahan malam mungkin..

makan...makan lagi..makan lagi...err, cukup! empat sahaja..aku ini tidak kuat makan

dalam perjalanan pulang, beli air botol oren..owh ya, aku habiskan air botol oren Naju aritu nak kene ganti ke?? mungkin nanti

seorang forenger berdiri di tengah jalan tar sambil tangan kiri memegang komputer riba yang terbuka dan memainkan lagu.. sedikit pelik namun apa2 sahaja boleh jadi jika melibatkan forenger..

aku senyum dan mengangkat tangan sedikit.. oh, friendly sungguh

"yeay, hawwayu"
[kau tidak faham... 'how are you?' ini sebenarnya mesej yang ingin disampaikan...]

aku senyum dan mengangguk sahaja..

terus berjalan

SEMUT yang kebetulan lalu dengan motosikalnya mempelawa aku, aku bersyukur...

bile bosan mengulangkaji pelajaran . . .

04 April 2009

hmmm...
sekejap saje sudah bosan mengulangkaji pelajaran... bak kate peribahasa,

"berat mata memandang nota, berat lagi ketika ingin menyelak helaian seterusnya"

_________________________

ahhahaha...

aku terpandang wajah seseorang melalui kaca pintu itu... waktu - waktu begini mana ada sesiapa di studio, porsoalan jauh bermaen di benakku. aku memerhati dengan agak lama, cuba mengenalpasti...

oh, itu aku [reflection upenye]

_________________________
baek, 2 minit dari sekarang, aku sedang mengulangkaji pelajaran...

sila imaginasikan ini...

SIKAP SUKA MENGULANGKAJI PELAJARAN . . .

sejak dulu lagi,
aku
dan mengulangkaji pelajaran adalah dua perkara yang tidak berapa sesuai bersama...

hahaha...

macam - macam aku ini...

NAK JUGAK!! NAK JUGAK!!

03 April 2009

ini jarang aku lakukan ...tapi rakan aku suruh aku mengalah jugak...dan jangan ego sangat...hmm

MINTAK MAAP YE...

mama

tibe tibe aku teringat ibu aku...

aku panggil ibu MAMA.. mama seorang yang sangat best di mata aku. sudah tentulah kan? mama sangat sporting...

mama keluarkan dan beri duit hanya untuk aku membeli majalah hiburan dan komik2...wiiwi. ini akan berlaku tiap2 kali aku bawa mama ke kedai buku. aku memang gemar komik dan majalah architecture... mama pule gemar majalah tentang menghias rumah, dan laman rumah... memang aku akan dapat duit belanja untuk membeli majalah dan komik2. [dragonball, detektif conan, onepiece budak getah, penyiasat remaja kindaichi, ah!megami sama/oh! my goddess, doraemon...]

ini tidak termasuk majalah ujang, kreko, gempak, starz, utopia...

dan pernah sekali,salah satu komik aku tertanggal helaiannya kerana gam tidak kuat, mama bawa ke tempat kerjanya dan suruh rakannya betulkan...gamkan semula seperti baru beli. aku suke perhatian seperti ini...tiade yang remeh baginya bila melibatkan aku...sangat2 memahami aku... aku rindu mama

SELIPAR BARU AKU & SELIPAR LAMA RAKANKU

SPIDERMAN meninggal dunia

02 April 2009

02 APRIL 2009 - Foto yang berjaya ditangkap dan disebarkan kepada orang ramai. Foto diambil oleh jiran sebelah rumah Peter Parker, Mak Cik Jessie, sejurus terdengar bunyi orang jatuh terlentang di depan pintu rumah Peter Parker. Menurutnya lagi, dia ketika itu sedang sibuk menyembur racun serangga ke arah gerombolan semut di depan pintu rumahnya..

Sehingga kini polis tidak mengeluarkan sebarang teori bersabit kes ini. Punca kejadian masih belum dapat dikenalpasti tetapi pihak polis dan paparazi masing - masing tidak menolak kemungkinan bahawa dalang di sebalik kematian SPIDERMAN ialah POISON IVY, berikutan kadar racun dalam badan SPIDERMAN yang lebih tinggi daripada biasa.

EXAM kite kite nih

_______________________________
AAR2297 BUILDING SERVICES II
TUESDAY
07th APRIL 2009
0900am
KAED GALLERY

_______________________________
AAR2282 STRUCTURE II
THURSDAY
09th APRIL 2009
0900am
KAED GALLERY

_______________________________
AAR2233 HISTORY OF ARCHITECTURE III
TUESDAY
14th APRIL 2009
0900am
FOYER 3 [CAC]

Sila study ye sume...n notes tuh plz la kongsi2...hukhuk
semoga berjaya, sume


DAJJAL

01 April 2009



Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadangkala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari, kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami.

Tanya Rasullullah : "Apa khabar kamu semua"

jawab kami : "Baik, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?
"

Jawab Rasullullah : "Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!"
Tanya kami : "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?"
Jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami : "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?"

Jawab Rasullullah : "Tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya
"

"Berapakah kecepatannya di bumi ?"

Jawab Rasullullah : "Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan".

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seorang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu dilempar sejauh anak panah dipanahkan.

Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara.

Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s.

“Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.

Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatanmu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka sangat berkat, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu seekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki diri mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.

Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti keldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

"(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."(Al-Waqiah ayat 4-6)


p/s : Artikel dipetik dari buku "Himpunan Cerita-cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis"

_____________________________
Artikel ini aku ambil dari sini

SIKAP SUKA BERTANYA yang tidak patut diamalkan

assalamualaikum...

dah lame aku ingin membangkitkan hal ini namun mase tidak mengizinkan dan aku juga kekurangan bahan rujukan..baeklah,

seorang rakan aku bercerita kepada aku tentang sikap yang tidak bagus di amalkan... iaitu suka bertanya. relaks...aku bukan maksudkan sikap suke bertanya di dalam kelas apabila cikgu suruh bertanya...ini kes jika telah diberi penjelasan, engkau masih lagi bertanya dan inginkan sesuatu yang lebih lanjut.. sehingga sesuatu perkara itu menjadi sangat spesifik, sangat rumit. tidak begitu jelas?? xpe, aku beri situasi . . .

_________________________
cikgu suruh buat karangan tentang diri sendiri..panjang tidak lebih dari 2helai.ceritalah tentang diri anda.hantar minggu depan. ini arahannya

jason : cikgu nak cerita yang macamane ye?? dramatikkah?? kekeluargaankah??imaginasikah??

jason : cikgu, minggu depan tuh sebenarnya hari isnin ke hari selase ketika waktu kelas??

jason : cikgu, kalau saye nak tulis gune pen kaler hijau buleh??atau cume pen biru??atau cume pen merah??

jason : cikgu, mesti gune kertas putih yang line biru ke??kalau kertas biru line putih??

jason : cikgu,

_________________________

maaf, aku tidak suke soalan begini, aku tidak suke soalan Jason...ini menimbulkan limitasi dalam karangan aku. setiap kali soalan Jason itu dijawab sudah tentu requirement akan bertambah, atau spesifikasi tentang kerja rumah itu bertambah...bertambah rumit. pada aku, biarkan saje arahan yang atas itu dan kau buatlah sesuka hati engkau...tidak perlu kau tanyakan bermacam2 persoalan sehingga menjadikan sesuatu kerja yang mudah itu leceh..

aku bukan cakap ini suka2...

ini ada dalam AL QURAN surah AL BAQARAH

Surah Al-Baqarah [sapi/lembu betina] adalah surah kedua dalam Al Quran. terdiri dari 286 ayat, 6221 perkataan, dan 25500 huruf. kategori surah Madaniyah. Surah terpanjang dalam Al Quran, dinamakan al Baqarah atau Sapi Betina kerana di dalam surah ini terdapat kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israel [ayat 67-74].

menurut ceritanya, arahan Allah ialah sila sembelih sapi. ini mudah bukan? kaum ini ingin tahu lebih lanjut pula, jantan ke betina?? lepastu tanya lagi, kaler ape? lepastu tanye lagi, nak yang umo camne,baye ape??

akhirnye dah jadi leceh sebab kene cari sapi betina kaler keemasan...

___________________________________
ini aku ambil dari penjelasan orang laen...

"Ketika kaum tersebut diperintah menyembelih sapi, maka masih menanyakan, sapi jenis apa, jantan atau betina. Setelah dijawab, masih bertanya lagi, tentang warna sapi yang harus dibembelih itu apa. Setelah itu diberi jawabnya, masih bertanya lagi, tentang umurnya. Kisah itu menggambarkan betapa makhluk ini / manusia sangat menyusahkan. Jika mereka tidak diberi mengeluh dan protes, sedang jika diberi nikmat tidak juga bersyukur."

"NAK GADUHLAH" monologku seorang diri,setelah teringat kate orang tua tua...

ehemm..ehemm...

assalamualaikum...
[amboi, ade pula pembuka bicara kali ini ye...aku ini memang di luar jangkaan..]

ok, orang tue2 kate jangan gado2...nanti suke...

WOW
, aku ingin tahu ini dengan lebih lanjut! hahah [memang ini gaye jejaka yang tiada gadis sendiri...]

DONT JUDGE WOMAN BY ITS CUTTING

hmm...ini menarik!

ok, seorang kawan gadis aku memang kelakar hari ini. kami berbual-bual...atau sebenarnye dia bercakap dan aku pula mendengar...ini definisi berbual jika bersama dengan gadis ini. hahaha...bagi yang kenal aku tentu saje kau akan kenal gadis ini. lalalaaa~

'perbualan' kami berlanjutan sehingga mana aku menegurnye tentang sifat suka bercakapnya...

"kau nih memang banyak gile bercakap kan??" ujarku lembut lagak seorang jejaka matang... kau mungkin jarang melihat aku dengan gaya mahal ini...lalalaaa!~ hahha

"hmm..bile aku kat bilik aku tak bercakap langsung...lagipun aku jarang ade kat studio...selalu lepak kat bilik je...so, nih maksudnye aku takdelah banyak bercakap kan??"
nada spontan tanpa ragu sambil senyuman melirik ke arah aku...

demm...kau bijak menjawab ye..aku tergelak besar