someone came to me and said "kenapa mesti nak tunggu aku?"

27 February 2010

tibe2 rasa terpanggil untuk menulis tentang . . . mmm, sifat manusia. pada aku, bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi leader. ada yang selesa menjadi follower. aku follower. jadi aku ingin back up follower kali ini.

leader ialah orang yang mampu membimbing dan membawa banyak perubahan dan benda2 baru. kalau kau buat sesuatu yg baru, xsemestinya kau leader, kau leader jika kau buat benda baru dan kau tunjukkan pada orang ramai. mau tak mau akan ada orang yang mula mencontohi kau. ini belum masuk bab baik atau buruk sesuatu perkara tu, ini hanya menyentuh bab kebolehan dalaman individu untuk menarek perhatian orang untuk mengikut jejaknya. ok, dalam usaha seorang leader untuk membawa individu laen mengikut jejak langkahnya, macam aku cakap tadi, leader ada kelebihan yg kadang2 de sendiri tidak sedar, kelebihan menunjukkan sesuatu yg baru itu. itu baru jadi leader.

as for followers, they're the side kick, they're the helper for the leader in achieving the main objective, such as conquering the world or saving Gotham City. in the real world, i found that people follow not because of it is the right thing to do, but rather following those who can make them looks better + they think the same. dah kalau kau follow orang yg kau tak suka, dalam hati kau pon pasti ada terdetik rasa gusar dan ragu, kan?? haa~

kepada leader, jangan lah kerek sangat dan anggap diri kau segalanya pulak. x x, aku xmaksudkan kau, jangan mudah perasan. dalam diam2 kau sebenarnya memerlukan sidekick kau tu. so hargailah follower yg ada di sekeliling kau sebab pada aku mereka2 inilah yg kalau kau mintak tolong, with no hesitation, dowang tolong ko.. sesuai dengan sifat follower, mereka gemar membuat sesuatu bersama leader atau sekurang2nya, dalam pengetahuan dan pengawasan leader. ini membawa kepada sikap menarik diri jika leader menarik diri. ahaa.. dah makin jelas tentang hal yg macam ni?? macam mula2 leader cakap 'jom makan', ramai gile yg angkat tangan nak ikut.. [dalam situasi ni kau patut sedar kebolehan mengajak orang bukan ada pada semua orang.. orang macam aku ni xmampu pon nak kumpulkan orang..so bersyukurlah kau ada kelebihan itu] berbalik pada situasi tadi, leader cakap 'aku xjadi g makan'. kau rasa apa rasa hati follower? ok kepada leader yg baca post ini, tolong berfikir secara rasional dari pandangan mata seorang follower.. follower itu follow kau sebab kau centre of attention yg mereka mahukan. kalau xde kau dah hambar dah keadaan, dah bosan dah. dah xde rasa connection dengan follower yang laen.. sebab connection nye itu through leader.

natijahnya, kita tidak boleh salahkan sesiapa. bukan salah leader kalau mereka tidak faham perasaan seorang follower. bukan salah follower kalau mereka bersifat kurang keyakinan diri dan tiada sifat seperti seorang leader. benda ini perlu dipupuk. sedikit sebanyak, apa yang aku mampu katakan ialah, kita beri peluang untuk follower tonjolkan atau belajar menjadi leader, dengan bantuan leader itu sendiri. perkara paling penting sekali ialah sifat yakin diri.

ok habess bab bosan. petikan umum macam ni perlu aku selitkan kadang2. sebab label kat bawah ni selalunye cuma 'bercerita tentang masa kini, dulu2 dan masa depan', sekali sekala aku perlu update under label 'corak pemikiran kanak2..'

-tamat-
_______________________________


"V [bukan nama sebenar], kau xdatang ke tadi??" sayup2 je suara member aku kedengaran, macam maen bisik2 dalam kelambu.

aku diam.
aku tau aku tido xhengat dunia pagi tadi, dan xjoin femili dey... aku hantar anak bini je wakil, sudahlah~

"patutla xbising sangat batch kite tadi . . ." member mengakhiri perbualan satu halanya denganku.

adehh! ini serius buat aku terasa. aku rasa macam aku lari dari tanggungjawab aku selaku watak riuh rendah dalam batch. aAaaa...

maafkan aku rakan2
aku akan cuba sedaya upaya lepas ni

susah jadi leader nih, kalao xdatang satu batch terasa. hahaha *wink2*

aktiviti sosial malam jumaat maulidur rasul ~

26 February 2010

konsert2 malam jumaat memang menarek perhatian ramai. lebih2 lagi kalau konsert free. sebelum ni gua berkira2 jugak sama ada

A] nak menapak ke UKM bangi tengok konsert Nazrey Tahfiz Syahadah atau
B] loncat2 sampai bangunan sebelah ni, CAC UIA untuk tengok Ramli Sarip~

gua buat pertimbangan rasional ; gua fikirkan baik buruk setiap pilihan, baik dari pandangan mata pihak pertama kedua mahupun ketiga; gua bayangkan situasi semasa; gua dapatkan cadangan dan gua dengar luahan rakan2. info2 dan pengetahuan global gua gunakan dan manipulasikan mengikut peredaran arus kemodenan masa kini.

macapada menyaksikan jawapan kepada semua permasalahan di atas ialah C.
ya, C, menuju ke warung tepi jalan untuk melantak melahap mentekadaghah makan menjamu selera.

bercakap soal selera, beberapa hari ni gua hilang selera makan makanan tradisi gua... entah kenapa selera makan gua terhadap makanan ruji penduduk semenanjung Malaysia dah kurang . . . semenjak kelmaren, gua asek bantai melantak melahap mentekadaghah makan jamah Double Cheese Burger je~

tapi malam ni gua kawal nafsu, gua dah nekad untuk xlayankan aje gejolak nafsu dalam diri macam malam2 selalu.. aAa.. yelah, malam, siang pagi petang punye nafsu makan bege~

malam ni gua try to make it simple. <-- tips menjadi blogger femes, memasukkan sepatah dua kata2 dalam bahasa penjajah untuk mengumpan gadis. ini gua dapat dari tabloid~

malam ni gua jamah burger oblong. xpenah dengar ke?? saiz de macam bege prosperity mcD, tapi disebabkan ade yg xberapa bersetuju dgn penyaluran wang gua ke dana israel, gua beli bege macam ni, jual kat warung je tapi rasa sedap boleh tahan. sama sedap sama kenyang! boikot mcD, beli bege buatan Malaysia laa wey

sejurus menghabehkan bege gua, dan bege member gua yg xabes tu pon gua tolong jamahkan...

gua menuju ke CAC untuk program seterusnya. gua rasa terpanggil untuk menjenguk2 ke-havoc-an keadaan konsert malam jumaat ini. ternyata kedatangan malam ini adalah tahap pecah panggung. orang ramai dilihat teruja macam hari pertama pembukaan cereka sains fiksyen AVATAR haritu. ibu ayah & anak kecil berpusu2 memenuhkan kerusi. tak kurang juga anak2 gadis comel2 belaka baya2 gua yang duduk sebelah ehemm2, secara generalnya, CAC penuh kemaenn~

konsert yg gua tunggu2 xkunjung tiba lagi. ada lakonan bercorak penuh keinsafan yg diselang selikan dengan persembahan harmoni dan islamic dari penuntut2 universiti islam antarabangsa yg terdiri daripada pelbagai bangsa. tak lari dari kemeriahan menyambut maulidur rasul gua tengak persembahan malam ni, gua setuju sangat. dalam usaha kerajaan untuk mengetengahkan dan memperbanyak cerita2 berunsur keagamaan, ini dilihat sebagai salah satu medium yang paling tepat, mengambil kira bilangan penonton dan sasaran umur yang tepat, beserta bacaan bait2 ayat suci Al Quran yang bisa buat gua lembut hati.. memang baguih!

kemuncak persembahan, tidak laen dan tidak bukan selepas watak utama mati di atas kerusi roda di tepi pantai ketika melihat matahari senja... Ramli Sarip ikon rock zaman berzaman membuat kemunculan bergaya di atas pentas dan memberikan lantunan vokal 200% untuk peminat2 nya! YEAHH!! gua selaku peminat sejati beliau memang ada rasa macam nak terkinja2. tapi gadis di sebelah buat gua xhilang rasional diri. cukup sekadar tepuk2 tangan dan jerit2 serak hilang suara je. gua kenang2 semula saat gua mula2 minat suaraRamli Sarip... masa tu gua tengah pejam mata dalam buaian, pakai lampin kaen yang kena basuh tetiap pagi tu lagi.. mama gua enjut2 sambil nyanyi lagu Kamelia + bonus track, Bukan Kerana Nama~

gua dah ngantok, sok ada aktiviti hari kekeluargaan; hari keluarga/ femili dey~. gua sekeluarga, anak bini, kena siap sedia untuk cabaran2 yang bakal mendatang. ok, gua nak g cari bantal~

matlamat perlu jelas

24 February 2010

hari ini aku ingin bercerita sedikit tentang matlamat hidup. macam tajuk post kali ini, matlamat hidup perlu jelas. ok kadangkala tidaklah jelas sangat tapi sekurang2nya perlu juga berfikir sikit2 macam kau ingin hidup lama lagi. . . ok bosan kalau panjang sangat berceramah macam ini, perlu isi gambar



yeyeeeyyy~


yeyeyy lagi~





xberape nak yeyeyy lagi.. tidak ada duit untuk ini~




ini matlamat jangka masa panjang ~




bersikap humble, dapat ini lagi sekeping pon sudah cukup~
[nVidia GeForce 9600GT]


dan rase macam nak pakai processor i7... tapi motherboard xsupport la plak... membawa kepada angan2 ingin membeli motherboard baru~ ahahaaha.

ok stop berangan skang!

ehem..ehemm "hai awak"~

18 February 2010


mm... sowang2 je ke??

plan perbankan remaja lelaki [bahan bacaan santai tidak perlu berpeluh sejuk]

16 February 2010

keluar makan tengahari ~

borak2 tentang kawen berlanjutan dari dalam perodua kembara sampai ke meja kfc sampai ke kaed semula. duit hantaran merupakan salah satu subtopik, selain subtopik mencari pasangan.ohh~ memang perlu buat plan sekarang . . .

tap! tap! taptap! tap! [bunyi button kalkulator]

ok, perlu puasa bermula esok + kerja sambilan tapi tidak sambil lewa + bakal isteri maintenance rendah

selamat mengumpul duit kawen semua

si kecil pulang petang ~

15 February 2010

ok, perlu balik ke rumah ketika cuti raye cina ye~

so, pagi2 sabtu tu aku dah ready dah segala, dari persiapan mental, fizikal, jasmani, rohani, rohayu dan rozana . . . err~

sarapan nasi lemak sg. pusu free, courtesy of ajim-punye-duit-besar-makcik tokey kedai-takde-duit-pecah ~

menuju ke Pudu naek LRT. pagi2 cuaca cerah.. mood terasa senonoh dan elok pagi ini ye

ohh ye, sebelah aku gadis separuh umur,
aku xambil kesah sangat, . . . err, maksud aku, aku xambil kesah langsung.
kecuali aku memang terperasan dia ni gadis yang duduk depan aku dalam bus T231 tadi.
yang naek mase kat bus stop depan engin tu.
yang namenye elok lah kalau aku sekadar sebutkan di sini sebagai 'Zura', tanpa perlu nama penuh seperti dalam kad pengenalan, atau nombor telefonnya sekali.
xperlu.
yang bole..STOP! dahh!
de g klcc bertiga
ok janji xsebut lagi pasal ni.
lalalaaaAa<--berpeluh, harap2 x dibabab oleh awek aku
___________________________________

berbalik kepada motif asal ; membeli tiket bas ekspres di Puduraya

tiket pukul 630pm??!!

urghh...
ini memang bahana buat mereka yg xrajin untuk beli tiket awal. cehh, jangan salahkan aku, aku seorang lelaki~

wait, jangan pandang rendah pada sikap lelaki terlampau awal, aku juga punya perkataan 'optimistik' dalam kamus hidup aku. sifat tidak mudah mengalah memang sesuai kalau aku nak apply dalam situasi macam sekarang ini. tengok tu, xsia2 aku pupuk sifat ni semenjak kecil2 lagi.

bas pukul 630pm..
apa barang bai? [nada sinis macam kau biasa tuturkan pada rakan sebaya kau]

aku keluarkan iphone dari poket kanan seluar jeans ketat ngan koyak2 kat lutut, jam 11pagi sekarang ni. otak aku ligat memikirkan jalan.. jalan ke platform bas aku, orang ramai gile! kamon laa... aku bukan nak pon berhimpit2 ngan bangsa laen yg ntah ade permit ke tak duk kat Malaysia nih..

xbuleh jadi,

aku kena kawal sifat rasional aku. Tingkahlaku luarkawal seperti menggelabah xtentu pasal memang jauh sekali dari diari hidup aku, itu aku memang pasti. Sekarang pukul 1130 pagi dan aku ada satu peluang xlama lagi. Apa perlu aku lakukan?? Ok, aku perlu berada di tempat yg betul pada masa yg tepat dengan bait2 ayat yg penuh santun!! Wohha~

awal2 lagi aku dah berada di pintu depan bas ekspres pukul 12 tengahari. lalalaaAa~
bagi orang laen naek dulu. . . xpe, jangan berebut... lalalaaaAa

ok dah lengang, dah xde orang nak naek bus.

"err assalamualaikum, bang.. cam ade tempat kosong je tu saye tengok nih,pekate saya penuhkan seat ni . . ."


tak payah tunggu lama untuk dapat jawapan dari abang konduktor bas, dan jawapannya positif~

yeayy.. naek bus pukul 12pm!!

ok, tidur~
___________________________________

uhh..huarghh.. macam dah tertidur [ter?? sengaja tidur okay~] selama 45 minit...
. . . . .
asal cam still kat kolumpo?? arghhh jemmmmmm~

aku dah laa duk seat paling depan [sebelah aku lelaki, baguslah,kang awek aku jeles lak], betul2 belakang driver aku. oleh itu, memang jelas lah aku boleh nampak keadaan persekitaran. dalam sekilas pandang, aku dah dapat ramal masa depan aku. . .

situasi : pergerakan bas slow sikit kalau nak dibandingkan dengan semut api time bawak makanan besar lapan kali saiz badan de... wuuu~

ini memang nak kena keroke nih!
dan sememangnya status lagu dalam bas ni macam sesuai dengan rima hidup aku. driver aku pasang radio suria fm. xpernah lak aku layan channel nih, tapi lagu2 yg diputarkan cambest lahh! ok, nyanyi je jangan kesah ngan dengkuran atau ngauman enjin di sekitar anda.

"mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki.. berilah tanda bla bla bla ~"
[spider - mungkinkah terjadi]
___________________________________

must.. stay . . . awake . . . (x__x")

11 February 2010

design macam xgerak2.. macam xberkembang.. idea ade, tapi stucked lama gile bila dah start berfikir...

adib bagi aku tips ringkas,
"kena cepat buat keputusan.. desicion making bebb~"

ok ok (-__-")>

dan masalah bila asek ngantuk je nih..
yelaa, pagi bute makan nasi lemak je tetiap hari~

aAAaaaaaa

takboleh jadi nih . . .
aku kena start ambik dadah ni
sape ade jual dadah aku nak beli 2kati

cermin tinted dan N.O.S. ~

06 February 2010

hari terakhir bertemu ngan naqib usrah aku. dah berbahagia dah de, harini majlis resepsi kawen2 kat rumah belah keluarga lelaki. memang terasa seronok sebab kat majlis kawen2 tu aku dapat jumpe ramai senior2 yang juga dah kawen~

macam biasa, ini masa sesuai untuk mengeratkan keakraban hubungan ukhuwwah sesama geng kaed. opss, bukan kaed pon kena eratkan jugak! alhamdulillah la, aku join usrah dan join kem2 islamik yang naqib aku buat, so ada gak laa kenalan celah2 course laen. sewonokk wo kalau ada ramai orang tegur2!! sewonokk gile sebenarnye tadi jumpe kawan2 lame~ wiiwii


tapi gua memang hangen kat satu benda !!

nasib la gua nih orang islam yang beriman dan dapat mengawal nafsu amarah dan nafsu2 laen insyaAllah~

gua panas hati ngan sikap pemandu belakang keta gua, masa dalam perjalanan pergi rumah orang kawen tadi!

gua rase kalau keta lu tetiba cium bontot keta gua dalam jem2 ni, patut gua yang kua dari keta rasa nak maki2 . . . tapi dalam konteks situasi siang tadi, pemandu kereta belakang [selepas ini akan digelar 'Kerek'], bersikap lebih bodoh daripada hari2 laen dengan tetiba keluar dari kereta dan ketok cermin tingkap kereta gua baekk punye!
gua pandang tepat ke mata Kerek, Kerek terus masuk dalam kereta semula. dalam hati gua memang ada terasa nak mencarut tapi gua pendamkan biar jadi bara. gua sangat pasti kereta gua langsung xsentuh kereta Kerek, cuma kalau si Kerek tu dah menggelabah, memang xleh watpa a..

tu la, kecik2 dulu tangan xbedung! gua baru pandang belakang, si Kerek tetiba angkat tangan tunjuk fuck.

ehh pahal lu??!


nafsu amarah bukan sekadar bergejolak dalam diri gua, driver gua pon naek hangen jugak!

sabar . . sabar . . .


gua malas sangat nak layankan nafsu waktu tengah2 hari bute camni. gua teringat, cuaca panas merupakan salah satu faktor individu boleh hilang rasional diri dan jadi marah2 xtentu hala. grrr~ xhabes setakat tu, buleh lagi tu nak potong kereta besar gua pastu nak tunjuk muke kerek..

ini gua anti, gua suh driver tekan NOS . . .

3 saat lepas tu gua pandang belakang dan nampak kereta Kerek dah macam bijik nasik je...and the rest is history~
___________________________________

kesimpulannya, aku suke gi kenduri kawen2 kalau ada ramai orang yang aku kenal~ semua pon nak tegur aku, siap kuage penganten pon mintak autograph mahal aku diabadikan dalam album kenang-kenangan dowang. itu aku suke~ ^^


^^


sweet sangat2~



banyakk giler dak2 nih melantak -__-"

berkarat~ [ ape kau pikir?aku cakap pasal blog nih! bukan pasal aku jiwang karat !!]

ohh..blog dah tersadai macam bangkai kereta berkarat kat workshop2 murah. adehh laa~ kalau macam ini baek kau tukar saja nama blog kau ni... x 'hahaha' langsung, lebih kepada hahahancur~

rase macam xde benda berlaku dalam hidup aku.. ohh sungguh xde life ini budak ye!

ok ade bende best sangat2 berlaku pada diri aku, tapi xboleh pulak nak tulis kat sini. kang jadi gosip lak dan yang lagi best bile satu dunia mula tau tentang saat2 bahagia aku. wehh, aku sukakan privasi bila ia menyentuh bab hidup aku. hahaha, biar aku korek rahsia bab hidup orang laen saje~

wiiwii *joget2 seorang diri saje sudah memadai bagi aku yang nerd ini~*

ok berbalik kepada point utama gua menulis malam ni!
. . . .

jap, gua tengah cari point~

ahah! gua tengok video ceramah pasal jodoh2 kelmarin.. [pehal? lu ingat gua ganas2 rambut pacak seluar jeans koyak2 tangan parut2, xlayan ceramah ke? novel 'Habiburrahman El Shirazy - Di Atas Sajadah Cinta' pon gua layan gak, sembunyi2 bace dalam kelas..yang cm mate berkaca2 tu bukan sebab gua sedih ea! tu gua ngantuk!]

ape yang gua belajar?

dr. masyitah kate mase balajo kat U pon kena berusaha cari pasangan hidup gak dah. sebab kang dah kerja cam susah la plak.. pastu lagi payah kalo lu sambung master laa hape nanti, makin sikit kau punye peluang tu.ahaa.. patut pon lecturer gua pon pernah bagitau benda lebih kurang same nih...

bla bla bla [kalau lu orang nak video nih kontek gua.. blackbenny gua tu sentiasa on tetiap mase, kalau mesej manje2 memang gua xlayan.. malam2 baru gua call semula] cari gua kat studio laa senang.. bawak pendrive yg buleh muat 436mb skali~

dah, gua kena gi bersukan supaya stamina sentiasa tinggi, kecergasan tubuh meningkat dan kasi badan keluar peluh2 macho. gua perasan ramai awek usya member gua yg berpeluh2 tu, dalam hati gua pikir 'ini xbuleh jadi!' gua pon kena tarek perhatian anak gadis jugak! [<--ayat tu memang nak bagi awek gua jeles.. lu orang pon doa2 laa de jeles k, gua bahagia nanti~]

*berlari kecil ke depan studio dan bermaen pingpong~*

baru lu taw ganas tak ganas gua nih!

assalamualaikum~

3 2 1 0 . . . the countdown ends ~

03 February 2010

lama btul aku tunggu hari ni untuk tiba.. macam2 aku bayangkan akan terjadi hari ini.. pagi2 pukul 4 lagi aku dah mulakan hari aku ngan menonton video ilmiah, Jodoh - Dr Fadzilah Kamsah dan Dr Mashitah Ibrahim [hahahah..mimi r nih yg bagi aku nengok...xde pulak aku kumpul duit nak kawen...bukak video ni sebab teman mimi tengok r~].. membawa ke subuh dan solat subuh awal waktu.ohh~

semua ni xlaen xbukan untuk persediaan mental dan fizikal aku untuk menjalani satu hari yang insyaAllah akan elok2 aje

huhh huhhh...

3 februari 2010

3 2 1 0 ~

doa2 laa mintak murah rezeki dilapangkan dada dipermudahkan segala urusan dunia[urusan akhirat pon kena mintak dipermudahkan dari sekarang gak nih]. rezeki memang murah hari ini, kakpaah nak belanje makan!! wiiwii jom jom g makan mahal2!! piza ke subway ke dua2 nih?? ok aku nak gi makan free~