cool, cool jugak beb~

31 August 2010

bile nak buat sweeping versi Malaysia?

aku tanye elok2 ni.. KALAU BENDE CANI BERLAKU KAT KAU, KAU CAKAP APE?!

30 August 2010

hari ini dapat hadiah hari raya dari kawan. hepi aku. berbunga2 hati aku, bukan selalu dapat hadiah cani~

"ntah aku tibe2 trase nak beli utk kau" <--imaginasikan ini suara gadis hot


cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

member aku send ym panjang pada aku tadi ;

Jangan terlalu menghitung apa yg hilang dari hidup kita,
Jangan pula terlalu melihat sesuatu yang diimpikan kita namun telah dimiliki oleh org lain,
tapi hitung dan lihatlah apa yang sedang kita nikmati dan miliki,
insyaAllah pasti jiwa akan bersyukur,
hati akan terasa bahagia..
Kerna terlalu sedikit org2 yang bersyukur dan jarang sekali menemui hati yang bahagia..~



cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

buke tadi teman pakwe makwe makan,
nak makan kat Restoran Rumah Thai aje ~ (-__-")>
set keluarga bahagia plz



air bandung cincau





nasi sepinggan
ayam pandan
udang butter
brokoli cendawan sebagai penghias meja
tomyam ayam
dan nasi lagi sepinggan (-__-")>



*buurp*
alhamdulillah

em? piei belanje? ehh eyy yeyy~ (^O^)/


cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

ini definisi hari murah rezeki~

cakap ape?
cakap alhamdulillah

when i get sad . . .

29 August 2010


"When i get sad, i stop being sad and be awesome instead. True story."
-Barney Stinson-







dari kiri : Barney Stinson, Robin Scherbatsky, Ted Mosby, Lily Aldrin, & Marshall Eriksen

hohoho.. aku memang suke gile sitcom nih~
asal boring je aku layan.. ulang tengok banyak kali pon xpe. dan baru2 ni aku dah copy season 5.. habehh dah aku ulang dari 1st season nih~

SUIT UP!!

aku orang paling bahagia dalam dunia~ ahahaha

26 August 2010

rated : exagerate

bukan setiap hari ialah 'hari heaven~' kerana kadang2 anda mungkin menghadapi 'hari dem'. aku dah pernah beritahu definisi hari dem mase awal2 penubuhan blog nih.. jap aku cari jap.
klik sini kalau teringin~ <--sini aku cakap!

oke,
oleh itu hari ini aku nak tunjukkan dalam bentuk gambarajah berwarna, apa itu 'hari heaven' dan/ atau 'hari-hari heaven'.



'HARI HEAVEN DIN'


oke, ini bukan aku. ini Din dengan muke hepi sebab ini ialah hari heaven beliau.


'HARI HEAVEN YAM'

ini pula KakMaryam Hamzah aka Pemenang tempat kedua bSc dapat seribu hengget dan orang tempat kedua kategori bArch pula.


'HARI BIASE2 BAGI PIEI tp bagi aku kire heaven gak tu'

piei dapat saguhati mase nih. de cool je xnanges kuat2 pon~


oke, so apebende yang heavennye dengan aku nih??
jap2~


haa nih de, juadah buke pose kat Royale Chulan Hotel, 5 stars. makanan belambak2 ape sume ade. gambar satu je aku kasi kat sini kang kurang pahala puasa kang tengok bar2 sushi, kambing2 panggang, ntahhape segala jenis makanan manis2 sume ade!







HARI HEAVEN seterusnye berlaku pada keesokan harinye plak~


hari pergi jalan2 ke balai seni lukis negara


ini penyanyi


ini dr. masyitah dan orang laen


haa ni orang, datang dari spesies homosapien




ini budak2 kecik nak g beraya ~


ini ape yang tinggal bile makanan dah habehh sume masuk dalam perut~

*part2 makanan mmg sket je gambar de even makanan tu banyak gile2. sebab aku bz makan dan takde masa nak amek gambar~*


oke . . . ni ade lagi satu 'hari heaven kami'~




buke pose kat sini


*ni aku kompius sket.. bukan adib ke yg luv nab?? ntah, bia jelahh~*


"ting tang ting tang.. alexander~"


ni kawan aku nih, hepi kemaenn dapat slice yg besar~


orang yang lepak situ jenguk2 je macam terliur tengok party ktowang tu. tengok la gadis tu usya xagak2 kan? mamat tu sempat pandang tempat laen mase aku tgkap gmbar nih,cess~



Nab jemput gak orang sekiter makan same kek de tu.. tu tgk tu kemaen gadis ujung kiri tu makan, abang baju ijau tu pon makin dekat je ngn kek aku tengok, alasan nak masuk dalam gambar~


bukan hari2 heaven, dan bukan hari2 dem. . .
itu yang buat hidup terasa sempurna~

nak berjaya kena laa pandai 'kipas lecturers'~

24 August 2010

member archi aku cakap "eco friendly~"
cikgu2 aku anggap "pihak berwajib lupe nak jalankan tugas"
pencinta bumi gelarkannya "global warming"
golongan ekstremist percaya "the end of the world is near"
orang kebanyakan memberi respon "panas gileee"

ahaa,
ni LITERALLY KIPAS LECTURERS~ semalam mase presentation masterplanning


ni kipas kat lantai.. kasi sejuk kaki cikgu~



ni kipas pendek, letak kat atas kerusi tepi cikgu part timer~



ni ade nampak sket nampak kipas panjang pulak . . . masih dapat diperhatikan kipas pendek sedang duduk di atas kerusi di seberang meja sana~



hmm... waktu2 submission kalo xde aircond susah gak. nak gebang lama2 pon bole kantoi kalo cikgu2 nampak peluh2 kat dahi~

dah besar nak jadi ape? "NAK JADI MODEL, CHEKGU !!"

"pai, jadi ketua grup model !" ketua darjah aku bagi arahan, awal sem aritu~


ahaa, yang kuning2 nih sitemodel.. buat awal2 aritu.. buruk. aku tau, aku punye idea tu (-__-")>





haa ni design group aku, ni model yg dah siap ade ombak [mungkin xclear sgt dari gambarajah di atas]
730 am . . . tuang pelaka kaler biru dan putih sampai penuh satu kolam~ ahaha.. seminggu pon xkering pelaka tu rasenye~

jemput laa dtg studio tgk



ohh! tengok tu.. xde pon letak name aku kt board . . .

submissionnn!!!

23 August 2010

best betul kalau kawan lama datang jumpe dan masih ingat kite . . .

"gud luck paiiii!!!!~" suara hati aku menjerit... (-__-")> xde sape nak wish, kang xde semangat lak.. nasib baek ade suara hati sendiri~



nah gambar dari enset aku~



ni model yang aku
sentiase ngadap tu . . . v(-__-)v

pukul 9am present.. ni gambar kul 730 am, xde 'laut ombak besar' lagi dalam sitemodel nih.. [kalo kowang perasan, tasik tu still xde kaler lagi~ lom pikir nak gune material ape nak buat air]

ngehehehe.. tunggu jap lagi aku tunjuk~ hihi



p/s : aku tau aku xmenyumbang banyak dalam group ni... tapi xsangka lak kowang xletak nama aku dalam presentation boards kite . . . xpe, xpe [maen pasir sowang2]

HAH!! TU DIA !!

22 August 2010

kuik apdet je yang mampu aku buat skang nih.. xde laa nak kate aku bizi sangat ngan studio project's submission esok..

btw, aku buat model . . . lagi~

semua orang pon bz kat kaed skang nih. semua stay up sampai pagi2 terus sahur pastu baru setiap satu pergi balik dan tertidur sampai tengahari kat bilik atas tilam empuk sedap gile arghh jeles pon ade gak bile memikirkannye...

pagi tadi kul 5am lalu depan studio 1st year ;

junior 1 : apa yang penting? [gaya wonderpet laa kan, pe lagi~]
junior 2 : KERJAAAA SIAPP!


hah! tu dia~

"I SEE DEAD PEOPLE"

18 August 2010

semalam member aku ternampak kelibat yang anonimus kat toilet pompuan sebelah studio aku kat level 4 ni kat area yang tidak perlu disebutkan dengan spesifik. takut mengganggu emosi dan perasaan sesetengah pihak lak nanti...

______________________________________

bulan2 puasa pon ade hantu ke?

ahaha.. aku rase ade lahh~
sebab yang kena ikat tu setan je.. yang spesis laen ade je. makhluk2 laen macam jin ke, ade je

daripada pengetahuan seciput aku, bacaan ayat yang ke-255 dalam Surah al-Baqarah tu mampu mengelakkan kite dari sebarang gangguan. jom bace jomm~

antaduktif

17 August 2010

ANTADUKTIF (sebutan : ân-ta-dük-t샃~)

di baca jelas dan nyata, 2harkat


adj. antaduktif

1. tidak berupaya atau tidak boleh mengeluarkan hasil yg banyak;
2. tidak mencapai banyak hasil, tidak berhasil;
3. tidak berupaya membiak, tidak melahirkan anak atau tidak menyebabkan kelahiran, tidak subur.

antonim : produktif

________________________________

contoh ayat :

malam ini semua dak2 studio aku jadi sangat antaduktif dan tibe2 balik tidur di bilik awal gile. semua ni berlaku gara2 penangguhan masa submission kerja studio,
KAMPARDISTRICT HEADQUARTERS
master planning

terlampau banyak iklan dalam laman web BERITA HARIAN ONLINE~

16 August 2010

ni nak bace hal ehwal semasa ke nak beli alat stamina dan penguat tenaga untuk lelaki sahaja??

semua isi borang nak nak jadi kakak angkat ~

15 August 2010






* gambar dapat dari orang random di fb. gua syak awek yg tengah tu yang upload. ntah. jangan salahkan gua kalau gua xdapat nak ingat semua peminat gua~ ahahaa

concept yang cool ~

14 August 2010

hal2 kecil yang orang lain pandang remeh pada hari ini namun sebenarnye membawa kepada sesuatu yg lebih besar pada hari esok.

emm, rasa macam mahu bercakap tentang ini.

butterfly effect. pernah dengar ini? aku macam pernah bercakap tentang ini mase muda2 dulu . . .

*raba2 kat dalam stor gelap penuh sawang . . . *

oke dah jumpe. brief je aku cakap pasal butterfly effect nih~ <--buleh klik sini

_____________________________________


kisah setahun lepas, ptptn aku tiba2 stop. semua berpunca dengan sepucuk surat yang sepatutnya sampai ke rumah aku dan perlu di reply. surat tu sepatutnye sampai ke kawasan pedalaman seberang sungai ade buaye, Kampung Seri Mendapat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

macam bese lahh . . . xsampai~

so ttibe je xdapat ptptn, mase tu bulan pose. ahahah~

sedih2 pon xgune. perlu buat strategi tertentu agar hiudp aku sentiase ceria. selama satu bulan berpuasa, aku sentiasa rajen pergi ke masjid bile petang2 kul 630pm. ngee~

ADE MAKANAN FREE KOTT!! WOHA~

sebulan makan free kat masjid, bukan setakat berbuka, time2 balik masjid lepas solat aku siap bawak nasi bungkus lebih lagi, untuk sahur. gile jimat time tu~

seingat aku, 2kali je kot aku xmkn buke kat masjid...

sekali mase member studio ajak buke pose sesama kat studio, makan pizza.. kowang ingat x?? mkn piza duk atas lantai ramai2 mase tu... aku pinjam duit sape mase tu? timekaseh ye~

n lagi satu mase majlis khatam quran batch architeX.

haa ni jelah rasenye sebab untuk aku xpergi masjid bile maghrib~
memang laa mungkin ada yang akan cakap, aku punye niat nak g masjid bukan betul sangat pon, sebab nak makan buke free je~

memang tak dinafikan, tapi aku percaya setiap perkara yang berlaku ada sebabnya, setiap perkara yang kite lakukan, kita mengharapkan sesuatu sebagai balasan. seikhlas mana pon kau, mesti kau harapkan balasan pahala dan syurga kan?

haa.. alhamdulillah kau ada level ketakwaan yang tinggi macam tu. tapi kite kene ingat bukan semua orang lahir dan membesar dalam environment yang islamic macam tu. ada orang yang perlu booster untuk melakukan sesuatu.

contoh, nak suh anak kecil belajar berpuasa, mak ayah bagi duit ikut bilangan hari puase. betul x? sampai satu mase, anak kecil itu start digelar sebagai anak besar, dah xdapat duit dah mase tu.. tapi amalan puase tu still de teruskan jugak.. kan?

macam tu lah jugak anak remaja sekarang.
ada yang malas nak gerak gi masjid [macam aku]. jauh kot. tadi aku lalu masjid sebelum maghrib, aku tengok . . .

kruuk kruuukk <--bunyi cengkerik. kosong gile bebb~

nak tau kenape?

sebab sume orang pon buke pose kat bilik atau cafe masing2.[lom amek kire aku nih yang buke pose kat studio~]
sebab skang masjid uia dah xde provide makanan buke pose.
sebab uia xde bajet untuk buat semua tu skang.

aku sedikit sedih. skang orang akan tetap pergi ke masjid, tapi lepas solat maghrib laa kot baru ramai. untuk solat isya' ngan tarawikh. aku ingat dulu, time2 maghrib pon ramai.

sebab ape?

ohh ye~ sebab ramai yg buke pose kat masjid then terus solat maghrib, stay sampai ke tarawikh~

so pada aku, makanan berbuke puasa free mampu menarek perhatian orang ke masjid.

perlu lakukan sesuatu ye~

_____________________________________

emm... lagi satu, jangkamasa untuk manghabehkan solat tarawikh pon jadi salah satu sebab untuk orang menuju ke masjid atau tidak.

contoh,
keje studio belambak xagak2, submission bersepah,
studio kene kunci kul 11malam,
solat tarawikh abeh kul 10 ...

boleh emo gak kalau fikir2 bende cani kan?

terus jadi malas nak menunaikan solat sunat, dan terus aje dipandang serong lalu dikatakan sebagai "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia"

lalu si "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia" ini akan berkata : kau nak fail studio?? nak kene maki ngan lecturer esok?? xnak submit kje??

oke2, mari berbalik kepada konsep equilibrium aka keseimbangan. jangan terlampau ekstrim sangat dalam hal2 macam ni. x cool lahh~ berdakwah itu perlu berhemah dan cool~ (^-^) <--dan senyum2 cani jangan emo sangat~


err... anggap je aku tidak merujuk kepada sesiapa~ err ehh. x.. memang xmerujuk pada sesape pon.. umum je nih~

solat solat jugak, hal dunia jangan sampai terlupe lak~

11 August 2010

relaks2, jangan gelabah sangat. 'reverse psychology' je tuh~

ni nak btau nih, bagi sape2 students kaed yg rase hal duniawi memenuhi segenap pelusuk hatinye sampai xde mase nak solat tarawikh kat masjid sebab rase solat tarawikh tu lama dan memerlukan masa yang panjang [macam aku], ni ade berita gembira buat korang [dan aku]...

SOLAT TARAWIKH EKSPRESS STAIL KAEDIANS
bertempat di SURAU KAED
masa BETUL2 LEPAS SOLAT ISYA'

insyaAllah ade tetiap malam

imam pon bertauliah dan akhlak terjaga. insyaAllah kite2 yg kaedians ni bole join penuhkan saf. sekejap je ponn~


*macam ni punye iklan kalau xteruja nak join aku pon taktau lahh (-__-")>*

aku tau, skang ni anak gadis mesti dah start nak tengok2 kaen, usya2 baju, google2 tudung.. hah klik sini try~

dalam musim2 Ramadhan ni kompem2 laa ramai dah start usya2 nak pakai baju raye ape, kaler hape... kalo yang kapel2 tu, kemaen eksaitet laa nak baju kaler same sedongdong..

haa ni aku ade jumpe satu set pakaian yang agak menarek perhatian aku. . .

xsabar lahh nak pakai baju cani! aku rase kowang2 yang seangkatan ngan aku, baya2 umo muda remaja, xkesah laa lelaki ke pompuan ke, yang nak ngaku matang berbanding aku ke.. sume pon rasenye tertunggu2 baju nih . . .

KLIK SINI SEKARANG!

amacam? ada bran? jomm ramai2!

sempena bulan mulia

aku nak mintak maap sebab selalu saketkan hati orang laen dan hanya mementingkan diri sendiri. mintak maap sebab aku selalu bersikap sarcastic. mintak maap sebab kekadang lawak aku menyakitkan ati orang laen. mintak maap atas segala salah paham..

UBON

10 August 2010

sesi makan2 bersama junior 1st year telah berlangsung malam tadi.

ARCHITEX+ZENITH & 1st YEAR ARCHI STUDENTSUKHUWWAH BONDING NIGHT

berbekalkan perut kosong, senior 4th dan 5th year turun padang menggoreng ayam bbq ntuk adek2 junior. sesi makan2 dan borak2 dalam group2 kecil berjalan lancar. tapi seketul ayam memang xcukup, sosej pon xde kali nih.. next tym mmg kene perbaiki lagi, bincang dalam postmortem~

*tunggu junior add fesbuk, ym . . .*

______________________________

UBON = Ukhuwwah BOnding Night ~

mitos tentang lelaki dan perempuan

09 August 2010

ade orang cakap.. pompuan aje yang multi task... lelaki biasenye cume boleh buat satu kerja dalam satu2 masa. bajet cam fokus laa.. ntah laa.. xde laa nak cakap bendeni apply pada semua orang..

contoh laa..

situasi 1 :

sekumpulan lelaki gi kedai makan.
order makanan dan air.
cakap2 hal ehwal semasa, gelak2.. maen mesej . .

*pastu makanan sampai*

ngap... ngap... ngap... <--fokus gile ngadap makanan sendiri, kalau perlu alihkan perhatian pon, mungkin kepada brader-amek-order, untuk nasi tambah~

*habeh makan*

sambung borak mungkin, pastu bayar dan pergi jauh~
________________________________________

situasi 2 :

sekumpulan perempuan gi kedai makan.
order makanan dan air.
cakap2 hal ehwal semasa, gelak2.. maen mesej . .

*pastu makanan sampai*

ngap... borak2

ngap... borak2 lagi

ngap... borakkkk

*lame baru habeh makan*

sambung borak mungkin, pastu bayar dan pergi jauh~

multi-task nih contoh yg mudah laa.. hahah~

contoh laen tu macam mak2 kite punye keje yg belambak kat umah tuuu~
________________________________________

so hari ni aku try nak jadikan diri aku lebih efisien,
aku pon nak buleh buat banyak keje dalam satu mase jugak!
so, aku . . .

basuh baju gune washing machine
charge henset nokia 5130 xpressmusic
tidur lenaaaa sangat2 lepas kenyang makan kat umah madam hanita dari pagi sampai petang~

serentak beb
amacam?oke x?

kalo xde mood....

untuk elak aku start emo2 sangat, aku tido ~

nak isteri solehah plz ~

06 August 2010

rabu.pukul lapan malam.. gua dah lapar gile.

emm, recall jap. ape gua makan tengahari tadi??
nasi ayam keramat.. err oke laa~

piei ajak gua gi warung wong jowo. adi on, gua pon on~

_______________________________

nasi + pecel ayam. bismillah. ngap ngap ngap. gua angkat tangan. Piei terus bagi hint gua terus dapat tangkap,
"nasi tambah 2 pinggan kak"

ngap ngap ngap. habes lagi. Piei stop.

gua nak stop, sebelum tu gua pandang Adi makan cam xlalu..
"nasi xabes ke Di?"

serentak tu jugak laa tangan gua kaut nasi baki Adi.

kesimpulannye, gua bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

_______________________________

p/s : orang tua2 kate, makan sampai bersih bole dapat isteri solehah. haa ni gua bersihlicinkan 3pinggan ni~

sape free?? jalan2 jom... aku dah lupe betapa seronoknye ade kawan yang ramai

04 August 2010

"ehh kau nak gi mane tu?" seorang remaja urban bertanya pada rakannye yg tiba2 berdiri dari tempat lepak2nye.
sambil naek atas sketbod, mamat stylo tu jawab "aku nak g lepak la"

terpinga2 rakan tu. dalam fading view tu, bole nampak member tadi follow
_____________________________

seorang makcik tua menuju ke kaunter LRT.
"ye, makcik nak pegi mane?" sapaan mesra dari awek jual tiket LRT sambil tersenyum.
"makcik nak gi lepak"
_____________________________

kat area centre UIA,
5 orang gadis bertudung labuh jalan sama2. ade yang tup muke siap.
"emm, awak nak gi mane nih sebenanye?" tanya salah seorang dari mereka..
"saye nak gi lepak laa awak..jomm" beserta isyarat tangan..
_____________________________

seorang ibu dan anak kecil beratur untuk membeli eskem dari penjual eskem pakai motor. tiba2 si anak kecil menuding jari ke satu arah.
"kenape sayang?"lemah lembut suara si ibu
"bu..bu.. nak lepak..."jawab anak kecil, pelat2
_____________________________

seorang pekerja sektor kerajaan yg tersekat dalam jem di lebuhraya, tiba2 keluar dari kereta...
"aAaahh..*menggeliat* LEPAK JOMMM~" ujarnya sedikit menjerit..
orang ramai mule keluar kenderaan dan mengikut jejak langkah lelaki tadi, menuju ke hadapan.
_____________________________

adakah anda sebahagian dari mereka ??
lepak laa jom~

LEPAC jommm~
l e a r n . p l a y . c h i l l





_____________________________

ohoho... mengarut je atas tuhh...
aku terfikir mase berjalan turun tangga kaed menuju ke gerai LEPAC aritu. siddiqi kate idea cambest...

mm..
KAEDFEST tahun ni xdibuat dalam kaed. wat kat luar. kat tepi2. untuk menarek perhatian orang dari luar laa kot.

emm, ape yang best?

err... aku bz ngan sitemodel laaa...huuu [tapi aku rase aku la senior yg paling kerap ade kat bawah tu ngadap dak2 nih, borak2... sorilah kalo aku annoying (-__-")>]

aku memang suke berkenalan dan bercakap..

bagi aku, berkenalan dan ramah dengan banyak orang buat kite lebih mudah menjalani kehidupan seharian.

tym kaedfest aritu, duet pon xbanyak.. ptptn xdapat lagi.. tapi usya2 barang banyak laa plak yg menarek perhatian kan!

malam first aku jenguk lanscapefest punye area... borak2 sambil pilih baju. seronokk~ *beli kemeja hitam jalur2 yg tipikal jenama padini rm 30 dgn diskaun 5hengget+buah2an tempatan free*...hari berikutnye, borak2 dengan fami si penjual jeans... dapat diskaun dari 45 jadi 37hengget.. beli sua nesh, mura je.. beli tshirt pon diskaun dapat 2 badges ngan stiker. beli makanan ngan air ribena boleh refill sampai kembung perut . . ohoho.. timekaseh kawan2 sume sangat sporting~

huarghhhh...ngantok dahh~
330am, studio still penuh.. sume dah jadi expert wat video. petang tadi xinstall pon lagi ulead~
tengok laa esok pagi punye video performances dari setiap group subjek Urban Studies upe ape. . . zZ z z