peluh-peluh SEJUK membasahi dahinya . . .

17 May 2009

bodoh...bodohh...

carut2 kecil bermain di benaknya.

asal lak aku kene jalan memalam nih??!!

fikirannya menerawang sambil kakinya melangkah laju meredah kepekatan malam. lampu2 neon menerangi jalan dan deretan rumah kedai di kanannya. semuanya nampak tak kena malam ini. cahaya kekuningan dari lampu, bulan mengambang yang dilitupi awan kumulonimbus, deruan angin, dan keheningan malam ini. persekitaran yang kelam ini mengingatkannya kepada cerita2 seram rakan2 tentang . . . ahh, kau sengaja nak buat aku ingat kisah seram tu semula kan?!

langkahnya laju, bunyi tapak kakinya membelah kebeningan malam. matanya sekali sekala melilau ke sekeliling. fikirnya, tentu sahaja lebih lega jika ada orang lain di sekitarnya... TIDAK! lebih selamat jika sendirian, getus hati kecilnya.

lorong yang dilalui terasa begitu panjang malam ini, sesekali dikerlingnya jam di tangan kanannya...

11:54pm

sedikit pun tidak dapat membantunya melegekan gejolak di hatinya...

Tap..Tap...Tap . . .
err..bunyi orang berjalan . . . ??
ahh, sudah!

__________________________ _ _
bersambung

6 comments:

  1. ea?? yeke??
    huu??

    cite cmne nih??

    lalalalaaa~

    ReplyDelete
  2. pasni aku akan bercerita cinta2 pula.. tapi oleh kerana kekurangan pengalaman dan pengalaman [??], aku akan copy paste saje dari novel cinta...haihh~

    ReplyDelete
  3. taknak la copy paste, apa kata ko pasang angan-angan macam mana ko nak bersama pasangan.

    kadang2 kite tidak perlukan pengalaman untuk berimaginasi.

    haha, aku suka cite cinta.. kamon!!!

    ReplyDelete
  4. cerita cinta aku sentiase berakhir dengan sesuatu yg tragik...

    cth 1 : si lelaki dilanggar komet dan menjadi tempang, si gadis tinggalkannya

    cth 2 : si gadis berkenalan dgn rakan si lelaki dan jatuh cinta...lalu tinggalkan si lelaki

    cth 3 : si lelaki pergi ke tempat jauh, lalu gadis terjumpa lelaki laen yang padanya, lebih mengambil berat ttg gadis dan sentiasa ada d cc gadis, gadis jatuh cinta...gadis berpisah...

    cth 4 : [vice versa kepada setiap cerita di atas]

    ReplyDelete