macam keretapi malam.

12 August 2012






aku nak post ni kat fb, terase cam cepat sangat.. nak post minggu depan, rasenye minggu depan aku xde ntenet.. hee.

selamat.

2:216

11 August 2012

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. 

2:216




good bye | assalamualaikum



Because he's the hero the world deserves, but not the one it needs right now. So we'll hunt him because he can take it. Because he's not our hero. He's a silent guardian, a watchful protector. An equalist.


'Dishonored Amon' by V

JANGAN WUJUD WALAU SEKELUMIT PUN RASA SANGSI DAN WASPADA DI HATIMU. SETIAP DARI NYAWAMU ITU BERHARGA. KEHADIRANMU SENANTIASA DIRASAI..

08 August 2012




ARCHITECTURE HERITAGE EXHIBITION 2012
The Light of Hidden Legacy | Cirebon . Pekan . Xi'an
Department of Architecture
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED)
International Islamic University Malaysia | UIAM Gombak

6th-12th August 2012
KAED GALLERY

all are invited :)
________________________

datang laa weyhh~

wiiwii seronotnye~


ANNOUNCEMENT YANG TAK KU ENDAH

06 August 2012

setelah berhensem2, gua menapak ke masjid petang tadi. sesampainye di pintu masjid, gua belek2 kurma dalam plastik yang memang dah terhidang untuk orang2 muslimin yang ingin berbuka puasa di masjid.

"Yey! Alhamdulillah harini ade kurma yang gua suka! canteklah!" getus hati kecil gua.

(gua suka kurma jenis kering, kalau gigit macam liat2 sket.. orang arab panggil 'Tamar'. lagi satu jenis tu yang basah, orang arab panggil 'Ruttab'.)

dah 3 hari straight masjid xbagi kurma jenis nih, gua dah mula runsing sebelum ni. namun alhamdulillah, penantian membuahkan hasil. Tanpa membuang masa dan tenaga, gua capai plastik kurma yg dalamnye ade 3 bijik, xlupa jugak air mineral free.

gua duduk dalam masjid kat tepi2, nak sandar kat dinding. ade entah berapa minit lagi sebelum waktu berbuka tah.. gua belek2 tafsir al quran.. xbace quran pon, bace terjemahan bahasa melayunye aje harini..

"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.." suara azan sedap, suara budak2..

Harini gua lapar lebih, gua xsahur pagi tadi gua terlajak tido tapi gua xnak bitau tu kat sini..
Dengar je azan gua terus ngap ngap ngap kurma gua dan gluk gluk gluk air mineral gua. tapi jangan risau, gua sempat bace doa berbuka sebelum makan tu.

sesekali gua pandang jemaah2 laen yang ade dalam masjid, gua nampak mereka memandang jauh ke hadapan, ke arah mihrab masjid.. gua x ambil pusing sangat. lepas dia tiga minit gitu, ade bro foreigner bercakap kat depan... sayup2 je gua dengar sambil gua gluk3.

"salam, sorry . . .. adzan.. 5 minutes.." (yang gua dapat tangkap ketika gua ngap2 dan gluk2)

emm... xde ulang suara la pulak, ape tah abang tu cakap.. gua keluar masjid jap basuh tangan guna air botol yang punca airnye dari bekalan air paip yang dirawat (proses reverse osmosis).. gua masuk masjid dan tengok kat area depan masjid ade ramai orang berdiri bincang2 serius.. ??

jap lagi baru la clear di hati dan minda gua, azan tadi tersilap.. tercepat 5 minit dari masa yang sepatutnye. ade kesilapan teknikal la kirenye harini. hoho..

orang masjid memberi penerangan dengan lebih jelas kalini, dalam bahasa penjajah (omputih) dan dalam lingua franca (melayu). menurutnya lagi, jangan risau, puase x batal.. hehe

azan maghrib kedua berkumandang, iqamat, dan diikuti dengan solat maghrib. lepas tu macam biase, ramai2 gi makan free kat tepi masjid. menu harini, nasi beriani + kari ayam dan kentang + kari daging pekat + keropok papadem.

OLIMPIK LONDON 2012

05 August 2012

hmm... teori konspirasi dah belambak dah kat blog, facebook, youtube dll..
aku tertunggu2 bile nak meletopnye . . .




































BUKAN LAGI SEKADAR PEMBERAT POKET!

01 August 2012

Setelah beberapa lama tepon aku sekadar menjadi pemberat poket, tetiba semalam aku dapat call. bile tengok caller . . .

29000

?

Sape pakai nombor cani?

Jangan cakap aku dihubungi oleh 'organisasi rahsia yang menyelamatkan dunia dari huru hara dan penjahat bertaraf antarabangsa'. ape nih? jangan cakap dorang nak rekrut aku jadi agen rahsia macam James Bond.

Oww men! diz iz owsem!

*oke lepastu aku angkat tepon ...emm, aku jawab tepon*

Gegendang telinga aku dapat menangkap suara seorang gadis dengan nada suara yang lantang dan meyakinkan bersuara,
"Dapatkan nada dering terba"

PAPP! aku hempas gagang tepon ... aku baling tepon ke dinding  aku putuskan panggilan.

wow..
sebelum ni dapat mesej je untuk bende2 macam ni . . .
skang dia dah reti call pulak??