COOLER THAN ICE COLD

27 January 2011

cuba-cuba je..
kalau dapat baguslah,
kalau xdapat pon xpe . . .

"sekurang-kurangnye dah cuba" kate mama

yeahh.. mama memang cool lah. kite try la nih~

MARI MELUKIS

25 January 2011

Boat Quay



Marina Bay Sands


.

.

.

AKU BUKAN VAMPIRE !!

23 January 2011

walaupon aku nocturnal / aktif waktu malam

xmakan sayur

dan

.

.

.

alah pada bau bawang putih dalam sos thai.. (-__-")>

*hilang selera bile member tuang sos thai time makan KFC same2~*


p/s : tapi snack plate aku tetap abes.. jangan risau

"hai semua".. oh silap.. "hai sedikit sahaja"

rating orang ramai ke blog dah semakin menurun sebab facebook dah berwajah baru.

skang ni dah xde terpampang link blog kat bwah profile picture. skang de jauh2 kat bawah sekali dalam ruangan info..

hohho

CITYSCAPE - SILA GORENG SAMPAI 2000 PATAH PERKATAAN SEKAGHANG!!

21 January 2011

spidey new costume and new cosplayer~


ahaha aku dapat gambar resolusi tinggi untuk first photo of upcoming spiderman movie~
boleh klik pada gambar kalau xpuas nak tengok baju baru beliau...

____________________________________


ehem2..

kawan perempuan aku pernah tanya, kenapa orang lelaki tiba2 diam. si gadis tahu teman lelakinya marah tapi xnak cakap pape, xmesej pape. eeii xpaham lahh..

aku cakap "biarkan.. cukup sekadar kau cakap 'sori' atau 'i ade kalau u perlukan pape' "

lelaki memang ego. kalau de salah pon de xnak ngaku kalah. kalau de ade masalah pon bukan senang2 de nak bukak cerita. cukup sekadar kau bagitau kau ada kalau2 si lelaki nak berkongsi pape.. atau kau diam aje jugak. lagi2 kalau kau, si gadis bergaduh dengan lelaki. kau nak mintak maaf ke kau xnak ke, tu sukehati kau, tapi xpayah ulang2 banyak kali sebab nak reply atau nak si lelaki bagi respon. diam bile orang lelaki dah start diam.

dan satu sikap orang lelaki nih, kalau kau perasan, lelaki ni jarang mintak maaf; ego punye pasal. salah satu cara kau nak tengok lelaki tu sedar de buat salah pada kau ialah, pada keesokan harinya (ya memang akan tunggu sampai besok!) si lelaki memulakan perbualan yang ringan2 tanpa sedikit pon mengungkit pasal semalam.

masa ni, para gadis di luar sana kena paham, maksudnya lelaki tu dah lupakan dah perkara semalam gado2 ke emo2 ke ape2lah.. de dah moved on. de nak starts new macamlah semalam itu tidak berlaku langsung. jangan nak sebut2 ungkit2.. cakap 'mintak maaf pasal semalam' pon xpayah. go with the flow aje.. kalau si lelaki start perbualan pagi tu dengan pertanyaan, jawab je dengan hati yang riang. kalau respon si gadis adalah positif, perkara seterusnya akan berlaku seperti hari normal yang laen..

jika respon si gadis agak sinis seperti ada ura2 ingin membangkitkan hal semalam yang kononnya si gadis betul, ini akan membawa kepada sikap dingin lelaki. mungkin juga hangin. masa ni, kite tengok betapa penting si gadis dalam hidup si lelaki itu. kalau penting mungkin lelaki akan mengalah dan mengambil pendekatan berjenaka atau meminta maaf sambil tersengih2 macam its not a big deal..laa, chill laa, xkan marah lagi kottt. tapi kalau si gadis kurang penting dalam hidup lelaki itu, lelaki tidak akan merendahkan egonya, lalu laju aje si lelaki akan menyirap semula. impaknya, mungkin lelaki akan beredar pergi.. atau akan ada marah2 keluar dari mulut lelaki sikit. sikit aje. sikit aje kalau xdicurah minyak.

hmm.. bila lelaki dah mengambil inisiatif untuk memulakan komunikasi pada hari berikutnya, itu bermaksud si lelaki dah moved on. itu cara lelaki ego mintak maaf. oh ye lupe nak btau, semua lelaki ego! yang buat mereka rendahkan ego ialah siapa di hadapan mereka. makin sayang pada orang tu, makin rendah egonya.

so, untuk tidak memanjangkan sesuatu perselisihan, eloklah kau tunggu esok pagi dan buat aje macam xde pape. kalau rasa2 macam si lelaki terlalu kaku pagi tu.. xnak tegur pon apahal nih ego gile??!.. kau boleh tegur de dulu TAPI BUKAN BERKENAAN PERKARA EMO SEMALAM atau MEMBERI TEGURAN SINIS SARCASTIC.. mungkin boleh tanya pasal 'ada nampak mana charger aku x?' atau 'buku dragonball yang ilang aritu dah jumpe semula x? nak pinjam laa'

dari jawapan si lelaki nanti, kau boleh baca sendiri ape mood de. samada de jawab bersungguh2 macam xde pape langsung.. atau de still jawab layu2 aje. ahaha. biarkan... nanti hilang la layu de tu.

____________________________________


salah satu polisi hidup gua ialah gua xpukul pompuan so langkah terbaek masa tu ialah berambos dari tempat kejadian dan tidur.


____________________________________


ustaz mase gua gi kursus kawen aritu ingatkan,
"sabar.. lepas sabar, sabar.. lepas sabar? sabar lagi.."

serius gua kena selalu ingat nih

CAM COMEL-COMEL JE

15 January 2011


INTERCULTURAL ACTIVITY

d e a k i n . u i t m . i i u m

______________________________________

malam tadi, ade makan2 ngan dak2 nih.. macam cultural nite la nih. malam hepi2 makan2 buat persembahan sket. hahah. seronok~

acee aku cakap ni macam la aku join kan?

hoho, aku xterpilih pon untuk program nih. oke2, mari bercerita secara ringkas tentang program selama 2minggu la lebih kurang.. yang berlangsung di KAED, UIAM.

ni 1st time punye program, iaitu 10 pelajar blondes and brunettes deakin university, Australia, datang ke Mesia dan bersama2 ngan 10 pelajar KAED dan 1o pelajar archi UiTM ; mendesign Gallery/ Australian Centre. mereka ni sume dicampur adukkan dan di bahagikan kepada 3 group. lepas tu . . . . design lahh~

best gile tengok presentation boards dorang, nanti la aku dapatkan kebenaran untuk upload kat sini ke mungkin.. atau aku bagi link.

p/s : group piei menang~ (aaa kawan2 aku tau la sape de nih)

______________________________________

berbalik kepada sesi makan2 malam tadi, sebenanye aku patutnye xjoin la kan, dorang2 30 orang je la ngan lecturers sket2.. tapi tetiba mamber aku call, tanye aku kat studio x.. kalo ade kat studio, turun Kaed Gallery cepat~ ahahahaah.. makan free bersama2 mereka, dan akhirnye berpeluang tengok dorang punye performance. dak uitm wat video dah siap2, so xde la nak naek2 pentas menari2 xpayah dah. video tunjuk dorang ketika mendesign, memaen, berjalan2, dan present..sambil diiringi lagu nyanyian seorang awek. aa kompem awek nih.

pastu dak2 deakin punye persembahan lagi cool siap ngan prop. cikgu dorang yang siang tadi jadi assessor malam ni dah jadi kenggeru ngan ... lagi sorang jadi burung kot.. emm. ade joget2 clubbing sket.ahaha. ade tunjuk keadaan berhepi2 di tepi pantai.. senonoh je sume~

pastu dak2 kaed yg terlibat nih naek pentas pegang kertas ade lirik, nyanyi lagu 'Count On Me - Bruno Mars'... jangan risau, kat blakang dah pasang lagu nih siap2, so kalo nak miming je pon dah oke dah~ comel...

______________________________________


haa.. boards dak2 nih akan di exhibit kat PAMCENTRE esok. datang la tengok sendiri dan hayati kehebatannya!

______________________________________





ni mase welcoming and briefing session awal2 dulu



kenggeru.. nampak x?



deakin nyanyi2 lalalalaAa



Pourtant quelqu'un m'a dit... Que tu m'aimais encore

13 January 2011

petang rabu gua penuhi dengan aktiviti riadah di pasar malam berdekatan. disamping gua ialah beberapa member / watak pipih, abaikan. seperti tiap2 kali berada di pasar, gua akan bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan anonimus2 yang mengenali gua secara ringkas. contohnya sapaan dari member semukhayyam tahun lepas.

"nape xjoin mukhayyam aritu? xde dak kaed langsung"

memang dah dijangka. kami bizi dengan hal duniawi~

usai berjenaka ringan, gua meneruskan perjalanan menelusuri pasar yang kian sesak dengan masyarakat setempat.

dari kejauhan gua mendengar si penjual air kelapa menghebahkan tentang air kelapanya..

elok2 sedang gua melepasi brader penjual air kelapa 1, beliau melaungkan kalimat "air kelapa satu seringgit.. ops" gua lantas tersedar kekhilafan si penjual dalam meletakkan harga minuman.

"betul seringgit? heheh"
selamba gua beraksi memerli sambil melepasi kedai air kelapanya. gua kerling papan tanda harga.. Seringgit Lima Puluh Sen.

dalam kekalutan si penjual air kelapa 1 membetulkan kata2, rakannya, si penjual air kelapa 2 lantas menawarkan gua air kelapa seringgit.

"bang sini bang. oke bang, seringgit! xpe bang, ni rezeki abang" <--lebih kurang macam tu lah

_________________________________


gua meneruskan perjalanan sambil menghirup air kelapa murah lima posen daripada orang laen, gua bangga

_________________________________

alhamdulillah

hantu kua dari tv ade dah.. hantu yang kua dari pc screen ade x??

12 January 2011




















hee~


____________________________________

post aku sebelum nih panjang gile.. bagi yang tak minat membaca tu xpe, ni ade comic strip aku dapat dari . . .ahaa xbole btau dah. sebab aku hamba yang hina ini baru disedarkan yang kalau berkongsi bende2 xelok nih, nanti kongsi dosanye jugak.. hoho.

alhamdulillah ade yang komen. tenkiu~

aku hilang minat nak menulis nampaknye... huu~

11 January 2011

ape khabar semua?


aku hilang mood nak menulis lah. xtau kenapa... nak kate xde bende2 best atau besar berlaku dalam hidup aku pon xbole gak.. ade trip g singapore, ade dak deakin datang studio.. ade kasut baru ada tengok muvi sorang2 ada case study kesana kemari ada macam2...


oke lahh, sume member aku dah start upload gambar singapore, menulis mengenai pengalaman di singapore.. aku??


emm


bole tahan besar beg sume orang ye.. yasin xbawak beg yang sandang kat belakang tu, de ngan ajim bawak beg yang ade roda.. maen tarik2 je~


first time gune pasport mase kat imigresen singapore, kakak tu tanye aku first time travel ke.. bukak cap plz, nak cek upe aku sama x ngan gambar pasport.. aa lalu kat scanner.. xde bende sangat.. ha aku jadi imam subuh kat open space kt tempat imigresen tu weh. best la jugak kan macam orang ramai tetiba follow join, kan ke elok tu camtu


singapore bagi aku macam maju berbanding malaysia. pertama kali masuk singapore aritu, memula tu kat area KTM singapore, bapak la kuno nye bangunan de, tu bukan la masalah kan? kire macam heritage ke papelah pandai2 lah kau goreng kan nak bagi nampak macam bagus, tapi kalau dah bau kencing kucing merata pastu buruk xde nak bersih2kan dinding lantai pe sume, ape citer? kamon la Mesia..jangan bagi jatuh my water face plz.


lepas tu dah masuk kul 8setengah pagi camtu dengan beg besar2 tu terus maen lari2 keliling singapore xde nak letak2 dulu kat tempat menginap ke ape ke.. hampeh. kejap je sume dah pancit. aku yang paling depan mase follow Mr Ben. Mr Ben ialah orang berasal dari Penang yang duk di Singapore dan menjadi pemandu arah kami ketika di singapore.. bagi beliau, semuanya perlu laju! berjalan perlu laju, bercakap juga perlu laju! nasebbaek aku follow belakang de betul2, ade gak la input aku dapat mase de bagi pengenalan terhadap Singapore.


Satu perkataan tentang Singapore yang aku boleh cakap bile first time tengok, ialah BARU. semua bende nampak baru. bangunan baru, interior baru, cat baru, kereta baru, jalan tar pon nampak baru! baru belaka. ada jugak kawasan deretan bangunan2 lama macam heritage gitu, tapi kaler de baru, or ade touchup2 sket bagi nampak baru. paham x? baru. dan semestinya bersih.


aku masih lagi berjalan dengan laju bersama Mr Ben, dan rakan2 pancit di belakang.. berjalan lalu depan bangunan, lalu kaki lima, lintas jalan.. rasa selamat. nak lintas jalan misalnya, xde pon fly over nak lintas jalan macam kat Negaraku, cume ade line2 kuning kawasan melintas, pastu kekadang ade lampu yang bitau bila masa untuk melintas. yang bestnye ialah, prioriti melintas jalan kat kawasan yang xde lampu tu! kat area yang cume ada line2 kuning tu, kereta sume akang berenti dan bagi laluan pada pejalan kaki. haa, macam aku tetiba je berdiri kat tepi jalan, pastu kereta berenti untuk bagi aku lalu. xde plak kereta belakang tu nak hon2.. oke la dorang kewl je~


kat singapore xde jalan jam.. <--ni Mr Ben 10 cakap nih. aa ye la tu kot aku percaya je. sebab memang agak laju pon perjalanan semua bende kat Singapore nihh~ pastu siap ade signboard elektronik yang boleh detect bape banyak kete ke ape tah, pastu bole bitau bape minit boleh sampai ke satu2 destinasi tu.. WOHA!


tengok betul2 ape tulis kat dinding tu~



WOHA ialah salah satu firm arkitek yang femes di Singapore. femes sesangat, menang banyak award; Aga Khan pon ade hah hambekk kau!


so kami berpeluang tengok opis WOHA yang gempak tu. bangunan 3tingkat ngan dinding kaler itam ade open space tempat lepak2 kat atas. pantry macam kat umah orang kaya. ade bilik untuk kitorang sume 30 orang duduk tengok corporate video dorang..ah best lah senang citer. mase orang WOHA tayang video dan bercerita penuh tekun tu, aku kat belakang sekali, aku saje xduduk kat kerusi, aku baring kat tilam! muahaha. mase tu dah tengahari penat gilebabs lepas jalan2 dapat kusyen besar cam tilam, dapat aircond.. aku tidur xhengatt! ntah sape sebelah aku tido skali pon aku dah x amek pot dah..


lepas tu ade sesi makan2 free kat SIA. SINGAPORE INSTITUTE OF ARCHITECT. macam Mesia peunye PAM la nih. boleh tahan best gak. makanan de memang aku bantai semua, dalam kuantiti yang banyak. ye saya berpuas hati dengan layanan anda plus dapat goodie bag ngan buku2 lagi memang aku sayang lebeyh lahh! bertambah berat dah beg sume orang lepastu.




Singapore ade MRT ; MASS RAIL TRANSIT. bayangkan LRT (Light Rail Transit) Mesia tapi ni versi angkut orang tahap 'mass' punye. get it? de besar sket, lebar sket.. maju sket.. dan rasenye laju sket.. oh lupe, senyap sket dari bunyi2 besi bergeser macam yang Mesia punye. lagi? emm, MRT nih ade masa lalu atas, ada masa lalu bawah tanah. macam biase la kan Mesia pon same je weh toksa la nak bitau pasal ni pai oi! ok2.. MRT nih bile de lalu bawah tanah , de punye bawah tanah tu tahap ntah bape lapisan petala bumi tah, yang aku ingat ade la turun escalator dalam 4tingkat kot.. setiap tingkat lak bole tahan tinggi de punye floor to floor height, so memang aku bajet dalam gile lahh kat core bumi, dah macam nak terpijak teras bumi gak la nih oke memang exagerate sket nampaknye ye. maksud aku tu, planning pasal nak buat bende dalam tanah nih kena teratur.. dorang bole korek tanah dalam2 pastu bangunan highrise kat atas tu steady je xruntuh. plan singapore memang teratur.




oke tadi ade sebut pasal escalator, aa escalator kat singapore bole tahan best gak! sesuai ngan budaya laju mereka... escalator kat area public bole tahan laju! berdesup je kau ttibe dah samapai atas. bagi Mesian tu macam nak dekat2 ngan culture shock gak la masa awal2 tu, nak dekat jelah, xde la sampai nak terjerit2 nervous plak kan~. seronok gak la. escalator dalam shopping mall cam bese je xde la laju mane, bersesuaian ngan sikap pengusaha yang inginkan warga manusia melilau2kan pandangan ke segenap ruang kedai.


peak hour, orang memang ramai gile, semua nak bersesak2 naek MRT nih.


plan singapore memang teratur. mane aku tau nih? nih mase aku dan rakan2 gi URA ; URBAN REDEVELOPMENT AUTHORITY. kat tempat nih dapat tengok macamane mereka membangunkan Singapore. daripada apa yang aku faham la, dalam bahasa senangnye kalau nak bandar atau negara yang teratur nih, kene START NEW! kalau kau dah ade satu bandar atau kawasan yang berpotensi, tapi sayangnya tempat tu dah ada settlement yang agak caca marba/ celaru/ camharam.. kau bom je licinkan satu kawasan tu. hahah, maaf kalau kelihatan macam kurang sopan di situ. tapi itu apa yang berlaku: mereka jentolakkan sahaja bangunan2 lama heritage ke hape ke tu nanti dulu pikir. skang nih kene bagi tempat tinggal dulu, dan dalam keadaan tempat kecik sempit tu, mereka start belajar pasal teori taman Ebenezer Howard, dan teori bandar Le Corbusier. apply dan pap! Singapore today. masa awal2 tu memang culture shock jugak orang Singapore sebab dari idup kat umah macam kampung Mesia, pastu tetiba duduk kat highrise! hammbekk! tapi dah memang manusia nih adapt ngan persekitaran.. so lama2 berjayalah. kat URA nih, dorang sentiasa fikir tentang Singapore pada masa hadapan, 50 tahun akan datang misalnya.. kalau air makin naek ke.. orang makin ramai, sektor industri kena dibesarkan ke.. perlukan lagi banyak air ke..


bangunan2 kat singapore nih kebanyakannya highrise lah kan dah tempat kecik je.. so bile hari first tu aku rasa memanjang mendongak je lahh. tapi yang best bile dapat naek THE PINNACLES@DUXTON. private residential apartment yang ada open space yang nice kat atasnye!

aa.. cani! ahahaha

tempat tinggal? kat hostel murah je lelaki sume satu bilik je isi penuh..20 orang ea? roughly la tu kan? kat bawah tu kedai minum2 arak, bau de pon masam je.. kat tingkat atas ade budak2 kaed uia bertasbih, solat jama', berzikir bermuhasabah dan mengingati Allah sehingga terlena. tidur satu malam je ponn kat singapore. sebelum sampai ke hostel, dah jalan jauh gile gile punye malam pukul 10 camtu la kot.. abes satu Little India tu kitorang lalu kot.. xde la Little sangat, haus gak la tapak kasut baru aku nih~


selingan sikit ye, kasut baru (kak elmi pilih; 'kalo aku suke tu maknenye orang sume suke la tu' <--ayat de mase tu, pastu kakjah yo-yo-o la support cakap kasut nih cantek je even xde tali.. pastu bile aku dah pakai time kat S'pore, keje nak sakat aku je.. tanye2 apesal pelik sangat kasut aku xde tali tu~ grr)


dah sampai tu, memang kaki aku dah melecet, ade macam benjolan buih air kat area jari kaki aku.. erghh de punye pedih tu, malas nak describe, kau paham2 je lah. so sesampainya di bilik yang sesak dengan dak2 nih, aku terus naek ke katil atas; aku pilih katil atas, dan terlena... sejurus selepas bermuhasabah dan mengingati Allah. ehem2. pukul 4pagi aku bangun, baru terpikir nak basuh kaki.. aku gi mandi shower air panas seronok gile xde sape jerit2 kat luar pintu suruh cepat.. hensem2 dalam kegelapan bilik hostel.. dan bertemu Allah. (aku xsolat maghrib ngan Isya' lagilahh.. naseb bek aku tetibe terbangun pukul 4pagi sebab Siddiqi katil bawah aku mase tu baru nak baring semula, katil gerak2, de baru pas solat sunat kot.. bagus de tu) Pagi hari kedua kat Singapore, sementara aku bersarapan roti dan kopi di area bar kedai, kat tingkat bawah hostel la, aku sempat conteng dinding/ kedai tu.. kena la tinggalkan 'mark' omputih cakap~ hohoho.


vandalisme~



kedai arak tempat aku bersarapan


aa.. aku xpasti sangat ade bape ramai orang yang sanggup baca entri nih, sebab aku pon sedar, entri nih panjang kemaen! aku cakap nih berdasarkan pengalaman aku sendiri lah, aku bile ngadap entri panjang dari mimie contohnye, aku baca atas tu sket.. aku skrol laju2 ke bawah aku baca bawah tu sket.. pastu kalau cerita de masih lagi berkisar tentang perkara yang sama, aku xbace dah yang tengah2 tu.. hahaha! so dalam penulisan panjang nih, penutup tu sebenarnya memaenkan peranan yang penting untuk menetukan sama ada orang akan skrol ke atas semula atau tutup je page nih..


Konklusinya, walaupon cerita tu berkisar tentang agent CIA nak menangkap pencuri terhebat, muvi The Tourist tu bagi aku biase2 aje. walaupon ada Angelina Jolie, movie tu biase2 aje. sesuai la kalau kau nak tengok dengan bini kau. dengan bini aku cakap! bukan dengan awek/pakwe (sebab nanti aku jeles korang sume bawak awek bawak pakwe je..wekkk!). de cam romentik2 aje xde aksi2 pon.. biase je. lebih kepada hiburan santai. so aku pon layan jelah tengok muvi macam tu sorang2~

WOHA!!

POST TENTANG PERASAAN

07 January 2011

I'm sensing something.. *something good, don't worry* something about my studio mates.. more of a feeling.. not quiet sure bout this, because i think it's still early. but when the times comes, I'll be the one grinning saying

"i told you"

hahah~



p/s : in case you're reading this.. goodluck there mate!

ketika di singapura

05 January 2011

wiiwii...

kaki melecet la asek marathon je~

mencari chenta di singapura

03 January 2011

tata

WEHH, TENGAH BORING KE?

ape kate ko try bende nih~

MALAYSIAN SPEEDTEST <--klik la sini

berapa laju kau menaip perkataan yang diberikan . . .

Cuba setakat mana pencapaian anda. Hanya tulis semula perkataan yang diberikan. Anda rasa anda cukup pantas? Antara perkataan yang sering digunakan! setiap kali anda cuba memecah rekod, anda akan alami peningkatan yang menakjubkan :)

RAHSIA DI KAMAR TIDUR

ini seringkali menghilangkan kesabaran budak archi~





kerap kali aku tunjukkan dan beritahu kau semua tentang kehidupan aku dan rakan2 di studio, ruang selesa kami. tentang macamane kami tak tidur malam ngadap model, ngadap design, ngadap drawings... dan bile dah besar2 nih, ngadap esaimen tulis2, reports..



model zaman dulu2 (amacam? real x air aku buat? hahahh)



drawings aku zaman dulu2




masa baru2 belajar pakai pc



melukis atas kertas saiz A1, saiz A0...




mengadap pc bukak software AUTOCAD, SKETCHUP, ARTLANTIS, 3Ds MAX, PHOTOSHOP . . .



& et cetera


ASEK TERPERUK KAT STUDIO JE, bile mase duk kat bilik nye?
pastu, ape je yang dibuat kat bilik wehh??

untuk mengetahui keadaan warga kaed di bilik, aku pergi menjengah geng2 aku, malam selepas presentation..

disebabkan nature kami yang segar di waktu malam, di tambah pulak ngan sikap suka tidur selepas presentation tahap balas dendam punye, haa... pukul 12 mlm nanti mula laa.. terjaga dari lena dan lepastu dengan tidak menghensem2 kan diri terus aje menuju ke cafe untuk makan2. makan tu xde lah banyak mane pon, sekadar membalas dendam sesi makan tengahari + makan malam + supper + brekfest untuk pagi berikutnye aje~

lepas tu,

disebabkan pc dah dibawak ke studio... bile duk bilik upe cani lahh~

tekun duk kat meja study...



sebab maen solitaire kat enset, memakan masa dalam sejam dua~




duk bersandar sambil pegang2 dinding . . .
borak-borak . . bergosip . .



ade jugak yang ambik inisiatif untuk tidak bangun dari tidur langsung..




bagi yang berjaga, perbualan diselang selikan dengan kehadiran makanan ringan



dan maen2 gitar sket..




*ingin diingatkan, suasana agak hambar bila student archi tidak berada di habitatnya~

PEKERJAAN AWAL SEMESTER : MODEL SEPENUH MASA

watak pipih dan proses pemetaan




route




structures




workers (watak pipih Bella dan watak pipih Adi)







proposed site




hahahh!




site model + presentation boards

___________________________________

Jumaat | 31 Disember 2010

emm... dengar citer hari jumaat ni cuti..
emm... sempena ape tah.. aAaa mesia menang sumthing kalo xsilap.. ntah

tapi setahu aku, kat
KAED | Kulliyyah of Architecture & Environmental Design
,
International Islamic University Malaysia
hari jumaat 31 dec nih xcuti pon. pagi jumaat ade presentation site analysis~ wiiwiii

:)