ade ke yang nak bace artikel tazkirah dikarang pagi2 bute oleh budak yg diragui ke'islamic'annye?? haihh

27 August 2009

hmm... aku selalu terfikir kan perkara ini semenjak dua menjak ni tapi aku macam tak tahu sangat macam mane nak mulakan...macam mana nak beritahu ye... xpe, mungkin macam kelam kabut sikit perbincangan kali ini tapi aku rasa kau mungkin akan dapat tangkap jugak ape yang aku cube nak sampaikan. *tetiba aku terperasan yang aku dah semakin laju menaip dan dah buleh menaip tanpa pandang keyboard kekadang~ wahahaahah* baek..teruskan~

boleh ke kau cakap "saye xpaham dengan sikap sesetengah orang yg xnak memperbanyak kan ibadah mereka ketika mereka ada di dunia..."
ini dalam konteks menyampaikan dakwah laa... bagi aku, kalau kau masih ada pertanyaan macam ini ketika kau menyampaikan dakwah, kau perlu banyak mengkaji diri sendiri juga. kenapa aku macam bersikap sekular nih?? ok, ok kau dah nak pandang serong aku dan kata aku x islamic..

macam ni, bagi aku manusia ada pelbagai ragam dan bukan semua sama macam kau atau pemikiran si pendakwah di atas. bukan semua terdedah dengan budaya islamic. ini satu hal. dan kenapa kau tak boleh tanye soalan macam di atas?? sebab kalau kau tanya macam tu maknanye kau cuma mempunyai pemikiran kolot kau aje, kau tidak cuba berada dalam situasi mereka. kau tidak rasa macam mana mereka rasa.

"penting ke aku tau apa yang mereka rasa kalau benda tu tak betul??"


mungkin ini yang ramai orang jawab...
penting ke kite berfikir macam orang yang suke buka aurat?? penting ke kite mempunyai pemikiran macam orang yang suka solat lambat2? penting ke kite mempunyai ideologi macam orang yang malas solat tarawikh??

aku jawab "penting". penting sangat untuk kita tahu apa yang mereka fikirkan... jangan syok sendiri dan condemn orang laen dan anggap diri kite bagus sangat bile ibadah kite lebih berdasarkanb apa yang kite nampak dari perlakuan kite setiap hari [perlakuan ibadah]. err...paham x?? ayat macam belit2 sangat ke??

maksud aku, kalau kita lihat diri kita baca quran..dan lihat orang xbaca, jangan ada sikit pon rasa macam bajet bagus sebab kita tak tau pon kite nih dapat pahala ke tak atas perlakuan ibadah kite tuh. dan yang lebih penting kite xtau pon kalau2 orang yg kelihatan bajet xbagus tu ntah2 lagi hebat dari kite tp de lakukan ibadah sembunyi2. [Islam memang suh kite lakukan ibadah senyap2 utk Allah, bukan utk menunjuk depan member...]

ok..rasanye aku nak bercerita tentang kepentingan mempunyai pemikiran macam orang yang malas beribadah...

supaya kau tahu apa sebenarnya masalah mereka..kenapa mereka ada ideologi macam tu dan last sekali kau akan tahu cara mengatasinya.

contoh paling mudah, bukan semua orang tergerak untuk baca Quran di bulan Ramadhan walau betapa banyak poster atau ajakan atau ape2 medium laen yang cakap 'baca quran bagus'.

kan??kan??

kenapa :
xde booster untuk mereka tetiba stop ngadap intenet pastu tetiba bukak Quran yang xde depan mata pastu tetiba baca pon xlancar xde sape nak ajar bile dah stuck~

langkah mengatasi?? :
tetiba ada abang yg bagus dalam pembacaan AlQuran ajak rakan2 duduk dalam bulatan kat tengah studio, buat sesi baca quran sowang 1mukesurat 2 3 kali sehari ketika semua masih ada wudhu' lepas solat dan ada sesi pembelajaran tajwid sket kat akhir2, semua ini dilakukan dengan cara dan riak wajah yang sangat berhemah, penuh lemah lembut dan sopan santun dan sangat mengalakkan agar takde rasa malu, segan atau bosan dalam diri rakan2.

dapat bayangkan situasi di atas?? *ini kisah benar taw

maksudnye,
jika mereka ngadap intenet xhengat waktu > abg tersebut tetiba cakap atau bagi multi recipient kt LAN "jom bace Quran kt tgh studio"

ada individu xde Quran > abg tu provide dan kongsi2 Quran, membawa kepada duduk rapat2 sesama rakan...macam para sahabat duduk rapat2 mase nak dengar Rasulullah bercerita kat bawah pokok rendang pastu bile daun jatuh xsampai tanah pon sebab jatuh atas riba je sebab rapat sangat duduk. tau kan??

baca sekat2 xlancar > abg tu dan rakan2 laen sume sama2 tolong beritahu kalau ada salah silap dan sedikit sebanyak belajar benda baru yang selama ni terlepas pandang atau ungkin dah belajar tapi dah lupa sebab lama sangat dah xjenguk mukjizat Rasul kite yang terakhir tu.

di sini apa yang aku nak bgitau ialah kite kena tahu apa yang individu tu fikir, rasa, faham...dan kemudian kite keluar dengan penyelesaian yang paling bijak. yelah, cuba fikir ini, kau sampaikan dakwah nak ajak orang baca Quran tapi kau ajak mereka pergi ke masjid.[jauh] kau pon xde untuk dengar mereka baca[kau baca sowang2, laju, sebab kau pro dan xtunggu member pon]. ini macam ajak2 ayam..aku tak kata sesiapa, ini cume contoh aje..seyes. aku perlu bagi contoh supaya semua paham, kalau nak dapatkan impak dari satu2 individu atau komuniti pertama sekali perlu berfikir macam mereka... baru kau tahu ape yang mereka perlukan..booster yang macam mana.

apesal aku bercakap serius tentang hal ni?? aku marah seseorang ke??

xlah..
kalau nak puji seseorang tu adelah.. bagus pendekatan de dalam berdakwah ni...seyes~

apesal aku bercakap serius tentang hal ni??

aku cume nak beritahu kenapa aku bergaul dengan macam2 jenis orang yg kau mungkin pandang serong dan xteringin pon nak kawan dengan orang tu sebab penampilan atau sifat de. kalau kau macam tu macamane nak sebarkan dakwah?? kau cume bergaul dan berdakwah dengan orang yang dah memang baek aje di sisi kau... kan??kan??

aku mungkin cume watak kecil dalam penyebaran dakwah [aku terpanggil untuk berdakwah pon sebab aku lepak2 kat 'usrah santai boleh baring2 dan kacau2 member serta melawak' anjuran Ajil].
aku mungkin xubah pemikiran sesiapa langsung tapi aku sentiasa observe orang di sekitar aku yg mmg berbagai ragam dan ade macam2 sifat, sikap, ideologi, pemikiran, cara mereka lakukan sesuatu, et cetera~ bagi aku, aku perlu dekatkan diri dengan macam2 jenis orang supaya aku lagi paham mereka2 ni. kau pandanglah serong pada aku sebab aku berkawan dengan orang yang kau xmau kawan...aku xkesah. aku tau apa aku buat dan kau pon patut tahu apa peranan kau sebagai khalifah kat bumi, menyampaikan dan saling mengingatkan~

sekian dahulu...kalau aku salah buleh tunjukkan aku jalan lurus, aku pon tengah mencari2 nih~ assalamualaikum + senyum

rase macam . . . 'yarghh..yargh..yarghh...pijak bangunan kat jepun!!' . . . ni punye jeles~

26 August 2009

ape yang aku dengar mase usrah dengan ajil minggu nih?? haihh~

hari ini belajar Sirah... Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mengembangkan ajaran Islam. Masa tahun pertama hijrah, Rasulullah menyebarkan ajaran Islam dengan cara mengukuhkan akidah dan pegangan orang ramai kepada Allah. Masa ni macam belum ada tuntutan untuk berpuasa bagi umat Islam. masa ni cume perlu percaya pada Allah dan Rasul... lebih kuranglah.

tahun berikutnye, 2Hijrah...Allah dah suruh umat Islam berpuasa. masa ni walaupun secara umumnya Baginda macam bawa satu perubahan besar dalam kehidupan orang2 yg baru peluk Islam ni, xde pon yg membantah atau persoalkan kenapa perlu berpuasa. ini sebab mereka memang dah percaya sepenuh penuhnye pada Rasulullah.

kalau kau ade pada masa tu, kau rasa kau tergolong x dalam orang2 yg beriman tahap macam ini?? maksud aku terima aje, xde sikit pon rasa curiga atau membantah atau cube nak persoalkan itu ini...fikirlah, kuat ke iman kite nih kalau kite hidup masa zaman Rasulullah? sanggup berubah dengan pembaharuan yg Rasulullah bawa atau kite kat group yg hidup senang lenang dengan adat nenek moyang..hidup ikut suke hati kau xde peraturan Allah.
bersyukur laa lahir2 aje dah agama Islam...

tahu x ape perkara besar yang berlaku masa Ramadhan 2hijrah??

Ramadhan first time punye nih... owang Islam sume lom penah lagi xmakan di siang hari selama sebulan sebelum nih... kau tau x ape yang berlaku mase bulan pose tuh??

Pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Sebenarnya Perang Badar ni terjadi sebab orang kafir Quraisy kat Mekah dah ambil harta benda orang Islam yg ditinggalkan sebab pergi berhijrah. Orang2 kafir ambik pastu dowang buat berniaga. oleh itu, Rasulullah pon kate buleh je nak rampas balik harta hasil perniagaan dowang tu sebab dowang laburkan harta orang laen, harta orang2 islam yg gi berhijrah tu. memula bukan nak perang Badar tau. target asal Rasulullah ialah rampas harta dengan menghalang kabilah orang kafir tu masa kat tengah perjalanan balik ke Mekah lepas dowang berniaga tu. nak halang dan rampas laa kirenye, tapi xberjaya la idea tu atas sebab2 teknikal. Kabilah orang kafir ni berjaya balik ke Mekah dan pi habaq kat depa suma...err, pulang dan beritahu laa pada member2 dowang, dan dari situ aa start rancang untuk perang Badar...


Peperangan ni suatu yang luar biasa sebab tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.


"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125


hmm...banyak lagi cerita aku dengar tadi tapi nanti kau bosan pulak kalau panjang sangat nak bace...nanti2 aku post lagi~

aku macam nak cerita tentang usrah aku...tapi aku xde mood bile masuk studio. rase cm xbest~

kepale otak kaw masih berfungsi macam normal??~

23 August 2009

COLUD YOU RAED TIHS? IF YOU COLUD TEHN YUOR BAIRN IS FNCUIOTINNG POLREPRY. IF YOU CNOANT RAED TIHS TEHN YOU SLOUHD GO SEE A DCOOTR.


OUR BAIRN FNOTCUNIS BY RANEIDG THE SNNTEECS WROD BY WROD. NOT LKIE WAHT WE UESD TO TINHK – LTEETR BY LEETTR. OUR BAIRN CAN RAED WRODS LKIE TIHS AS LNOG AS IT’S FONRT AND RAER LTREETS ARE IN THE CREROCT PISOTOIN. THE RSET OF THE LEETTRS COLUD BE SMRBALCED ALL YOU WNAT BASUCEE YOU CAN SILTL RAED IT LKIE THE WRODS ARE NVEER WNORG!!


OUR BAIRN IS JSUT AMZAING!!!

*haihh..owang yg menaip objek atas ni memang ade masalah besar... ini akibat kalau sentiase escape kelas BI mase darjah 2 dulu...

kalau kau nampak aku makan waktu siang, jangan hiraukan...aku lupe tuh~

22 August 2009

aku hepi tul tengok member2 aku punye profile picture kat FB... ramai gak laa yg gune gambo yg aku edit sebagai profile picture dowang..wiiiwii~
*terase bersemangat nak edit gambo lagi...lightroom...lightroom....

haha..aku tengok ramai rakan archi aku yang sentiasa cakap "penat...ngantokk....nak tido.... huuu, zombiee..." tapi masih mengadap FB berjam2 before they act collapse.. haha, aku pon... hmm, aku rase lah kan, ini disebabkan kami sedar kalau kami tido, kompem2 laa tido itu adalah lama xberingat!! hahaha~
*aku tido bile aku lapar pastu xde duit nak beli makanan~

jom~


kau + aku = ??~

Q : kenape perlu letak bende ini di sini??
V : saje...satu hari nanti mungkin berguna untuk aku...nanti nak cari note ini senang~




Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia,

carilah pasangan yg berbeza posisi dengan anda.
Semakin jauh, semakin baik,
"begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya bertolak belakang,
biasanya saling menarik antara satu sama lain.
Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.

Berikut adalah informasi mengenai kombinasi
pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga
serta saranan penting sebagai panduan.


SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.
Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lebih berkuasa dalam apa juga perkara.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.
Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.

Jangan suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.
Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia
pasti berlaku.
Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.
Ini adalah sikap yg sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dengan jelas. ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.
Berbincang
dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.
Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.

Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda.
Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini."

_________________________________


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan.
fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah 'paradoks' (kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan.
Sebagai anak yg memiliki kakak/abang dan
adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.
Jangan biarkan pasangan anda berkata,"semuanya ok" tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.
Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.

Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.
Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.

Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.
_________________________________

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dengan prinsip hidup dan
rancangan masa depan.
Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah isteri sulung sementara suami bongsu.
Wanita yg lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi.
sementara lelaki yg lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi.
namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahhwinan bukan 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jangan terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus, diperbaiki dengan cara sebaik mungkin.
Jangan terlalu drastik, tetapi pasti.

Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.
Pastikan bahawa peranan anda dan
pasangan tetap seimbang dalam posisi yg wajar.
_________________________________

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.
tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan
sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar untuk bercakap cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.
Seperti surat ,kad atau pun sms.

Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan dan sebagainya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dengan rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.
Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara2 yg negative.

Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.
_________________________________


TENGAH + BONGSU = AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial.
Satu kombinasi yg baik dalam segala aspek.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru.
Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan
lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
Jangan menangis atau ketawa sendirian.

_________________________________

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.
Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan
kewajiban masing2.
Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan.
Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini.
Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.
_________________________________

*Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah

**ini aku copy paste dari sini[buleh klik] dan ubah warna sahaja~

ape yg paling penting untuk diri aku??

20 August 2009

ape yg paling penting untuk diri aku??

ape benda yang aku nak sangat sekarang ni??

duit..
seyes aku nak duit..

sekarang ni, pukul 01:58 tghari dan aku xde duit langsung..
terasa sadis. kau pernah x xde duit untuk menjalani kehidupan kau?? aku dah pernah rasa dan aku sedang rasakannya lagi sekarang... memang dari malam tadi aku dah berada pada tahap nazak cani... semalam aku cume makan sekali je. makan malam... makan nasi. lepas tu aku sakit perut.. mungkin sebab makan xikut waktu.

semalam jugak ade buat majlis makan2 kek untuk harijadi nab ngan kakpaah. aku join untuk baling2 kek... lepas tu aku terpaksa undur diri buat2 kenyang dan x join orang makan.. ngadap pc macam budak belagak.. mintak maap. aku terperasan aku hampir xmampu nak join makan kek tu sebab kena bayar rm5 sowang. xpe lah, kecik ngan kakfawi bagi aku jamah gak. timekasehh kowang...

pagi tadi aku sarapan kue tiaw baki makanan kakfawi.. pastu nk g makan tengahari, tapi member nk g makan kfc je..xpelah aku macam biasa jadi budak belagak xnak join makan sesama...belagak~

kakfarah datang ngan plastik kfc nye...waaa...ini memang sedap! ini memang dugaan aku.. aku bajet2 cam nak tido. haa ye aku memang tido kalau aku lapar tapi xde makanan.

penting ke untuk aku ambil tahu?? huhh~

19 August 2009

penting ke untuk aku ambil tahu?? [edisi tanya hati sendiri]

21 Ogos 1969
salah satu tarikh hitam bagi umat Islam. Kerana pada tarikh ini, 40 tahun yang lalu, maruah umat Islam tercalar dengan satu penghinaan. Seorang pelampau Yahudi bernama Micheal Denise Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar hangus dan meruntuhkannya. Kejadian itu dianggap sebagai jenayah musuh yang paling menyakitkan bagi kita. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi. Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi. Begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Micheal Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab di sisi mereka. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari Allah SWT.

Micheal Rohan mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu, sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Micheal Rohan ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Micheal Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negara-negara Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu
21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia
.

21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.


dah baca??
penting ke untuk kau dan aku ambil tahu??


jeritan kau buat aku bertenaga...seyes x tipu~

18 August 2009

14 hingga 16 ogos 09'
KAEDfeSt 09' what'z ART ?

aku hanya watak kecil dalam setiap event.. memang macam tu, leceh sebenarnye bile jadi watak utama...kalau kau hero xpe, memang layak laa kau jadi watak utama kan.. aku terasa penat, sedih, cam haram, sampah, dan macam2 lagi perasaan bila xberjaya buat event dinner aritu sesuatu yg gempak... heishh, xnak cakap dulu pasal ini, xelok perkara sedih pasal diri aku seorang aku cerita kat sume orang nanti xbest..

ok kite berbalik kepada benda best di atas !!
KAEDFEST o9 sangat seronok kan?? hahahaah... aku jadi hantu!! wakakaka~
tahun ni, macam dulu2 jugak, aku jadi commitee untuk rumah hantu... err...bukan rumah hantu, twilight zone... name laen untuk mengelirukan pihak musuh~

tahun lepas name de Pandora's Box... dan jadi kontroversi lepas ade hantu berkeliaran kat area HS...muahahaha. tahun ni xkontroversi sangat sebab ade objek laen yg lebih kontroversi dan lebih panas yg berlaku!!

ahaa..
tahun ni Liyana Estrella diundang untuk buat performance masa malam ART FUSION / macam konsert laa... tapi macam biasa laa mane buleh buat bende2 xsenonoh macam ni kan... tapi xpe, selepas SRC MAARUF CLUB dijemput join konsert ni free[erkk...ini bahaya...blog aku mungkin di ban lepas ini..muahahaha~], dowang bagi konsert ni berlangsung dengan jayanya. kayant pon dah ngabehkan kredit pujuk Liyana sebelum tu...yelaa ade macam2 perkara berlaku kan... tapi apa yang mampu aku katakan ialah aku berpuas hati dengan konsert kali ni. best!! seronok dan pada pendapat aku, event malam tu berjaya laa...rugi laa sape yg kua awal xtunggu sampai abess..rugi!! seyess rugi!! wahahahaha~

alhamdulillah, pada aku semuanya ok dan best...

oh ya, dari perspektif seorang hantu dalam twilight zone, kami rasa bersemangat bila owang yg masuk tu menjerit2 terkejut!! kalau kau belagak2 pastu pukul2 kami hantu pastu kacau2 hantu gadis, itu aku panas hati... seyes. kalau jerit kuat2 takpe sebab makin kuat kau menjerit makin bersemangat kami nak lakukan yg terbaek sebagai hantu~

senang cerita, kita semua perlukan pendorong..kalau kowang xsupport ktowang xkan jadi bersemangat dan x akan ada inisiatif untuk perbaiki diri... ini mungkin cume apply pada aku, aku xtahu isi hati orang laen. sesiapa saje yang rasa down sebab apa2 aje, aku rasa kau perlu sedar suatu masa nanti kita akan dapat tebus balik kesilapan tu dan dapat bangkit semula. aku xsabar nak tebus balik kesilapan dan naekkan semula nama...bukan nama aku seorang, bukan nama aku langsung pon...tapi nama komuniti aku.. nama rakan2 aku. mungkin kita bukan siapa2 kalau kita sorang2... tapi ingat, setiap dari kita adalah satu watak dalam satu2 komuniti. setiap dari kite penting sebenarnye. memang kadangkala kite tersilap dan jatuh jauh sangat ke bawah...tapi seyes laa.. ada jalan untuk kita bangkit semula. dan aku dah nampak jalan tu. insyaAllah kalau semua berjalan lancar kami akan dapat tebus semula kesilapan dan bersihkan kembali nama kami.

kamon guys!! yeahhh~
*semangat abes dah ni...tolong laa menjadi plan kali ni!!!

aku present site analysis dalam keadaan separa sedar siang tadi...aku puas hati dgn rupe site model~

11 August 2009

spontan..
pernah tonton rancangan 'Whose Line Is It Anyway' ?? cari laa di youtube, sangat kelakar. aku maseh ingat lagi aku suke tengok rancangan ini tengah2 malam bute...pukul 1230mlm rasenye kat channel 5, channel singapore... ahaa, rumah aku ade antenna besar buleh tengok channel luar negara...sume2 laa, Burma, Zimbabwe.. Azerbaijan . . .

ok aku bukan nak berlagak dengan antenna kat atas bumbung umah nenek, aku nak bitau yg sekarang ni rancangan melayu yang dapat aku terima ialah SPONTAN!! kat astro warna~ aku tengok lepas member nih bagi. memang best tahap xhengatt!!! lawak cipan tahap nak bagi kau gelak sampai senak diafragma~ [sebelum tengok sila mengucap...kau buleh pengsan]

cacai yg buat poster xdapat diskaun ke oii??

06 August 2009



*menyampah aku tengok gambar yang x sharp nih... sila klik pada gambar jika ingin puas hati~
**cube klik pada tajuk di atas tu...cube jelaaa~

kekadang kau hadapi masa2 susah.. waktu2 camtu kau cume kena yakin yg ALLAH ade di sisi kau & mendengar segala rintihan hati kau

02 August 2009

apakah definisi hari bertuah kau??

aku...mmm.. ada banyak hari yang aku anggap sebagai hari bertuah aku. sebagai contoh mase kecik2 dulu, zaman sekolah rendah.. aku ini budak rajin taw..lagipon aku top student dalam bilik darjah aku. owh ye, aku sekolah kampung aje, satu darjah ade satu kelas aje dan students pon xlebih 40 orang kalau xsilap aku... aku macam biase suke duduk paling depan..tengah. waaa, ini memang ciri2 budak baek!! imaginasikan aku berambut pendek bubuh brylcream yg penutup de warna hijau, rambut tu sikat belah tepi kiri~

memang laa aku suke siapkan kerja sekolah awal2.. kalau boleh tanak buat malam..malam aku nak tengok tv!! tak kire! nak jugak!! nak jugak!! takkan nenek aku nak marah pulak kalau aku nak tengok tv bile kerja sekolah dah siap!! waahhh~

tapi aku pernah jugak terlupa nak siapkan kerja sekolah taw. ini bukan alasan, ini memang terlupa tul2 punye.. adehh~

gelabah habes aku banyak laa pulak kan keje matematik nih.. Cikgu Maiden tak garang tapi mampu bikin aku jatuh saham nanti kalau tetiba kene berdiri dalam kelas. aku tak kesah sangat dengan semua kawan2 aku yg sekelas ni tapi kehadiran anak cikgu Maiden, rakan sekelas aku yg comel kiut miut menawan tu buat aku bersungguh2 nak siapkan keje matematik tu laju2... demi anak Cikgu Maiden~ yeahh

"haa, xsiap keje umah ea.. ayah xde laa hari ni~" sampai hari ni aku masih buleh ingat senyuman de*~ [maaf nama de aku terpaksa rahsiakan sebab kang aku tulis aku segan..pastu kalau aku tulis pangkal name yg awal2 tu nnti same cam kawan aku yg sekarang, nnti de pulak ngat aku sengaje reka2 cerita sebab nak ngorat de...]

hari bertuah aku mase kecik2 dulu ialah aku selalu terlepas bile aku ade masalah~
______________________________________

hari sabtu
1 Ogos o9'

aku bangun lambat... kul 930am..arghh dah terlepas Skill Class aku - Kelas Hot [aku malas nak cerita lebih2 pasal kelas ni, nanti kau jeles..cukup sekadar aku cakap kelas ini hanya untuk hot student~]
sambung tido samapai pukul 12 di studio... bangun mengadap pc, mengadap internet..kakfawi ajak makan, aku buat muke mengantuk~ [sindrom malas mencari makanan aku memang pada tahap kritikal] xmakan tengahari ke aku nih?? tibe2 kakfarah datang studio bawak mee kari 3 bungkus..lalalalaa~ rezeki itu aku makan dengan penuh lahapnye~

petang sikit Yasin datang studio sambil tetiba letak pisang goreng sedap atas meja tepi pc aku nih.."pai, aku memang belikan pisang ni untuk ko makan ..memang untuk ko lah ni~" sarkastik ke tidak aku tak ambil peduli...aku makan, aku puas hati~

maghrib je aku dah start lapo... 'tenenenett tet tenneneet' [ringtone monophonic the strokes - 12:51] Kecik call aku mintak tolong sumthing, aku mintak de belikan makanan..ahh, de baru je gerak meninggalkan gerai makan..arghh~

tapi kecik datang jumpe aku dengan sebungkus sate kat tangan de.. aku taw berat je hati de nak pass sate tu kt aku sebab patutnye de nak bagi pade awek de..*sowi weyh* aku makan sate tu skali laa ngan awek Kecik..lalalalaaa~

syafik hishamudin bawak plastik makanan besar ke atas meja.. keluarkan pinggan kertas siap agih2kan pada aku dan rakan2..ade nasi ngan lauk sayur masak lemak + ikan sambal + durian, didatangkan khas dari rumah de~ yeaaa..

elmi keluarkan mee rojak...fawi laju2 tunjuk kepakaran memotong buah limau bali yg de bawak.. robect bukak biskut cekolat munchy's sedap . . .

WALLAWEYYYHH~
heavenn! waaa~ time kacehh weyhh~
______________________________________

YA ALLAH,
terima kasih atas segala kurniaan rezeki dan rahmatMu . .
ampunkanlah segala dosaku kerana selalu melupakanMu