concept yang cool ~

14 August 2010

hal2 kecil yang orang lain pandang remeh pada hari ini namun sebenarnye membawa kepada sesuatu yg lebih besar pada hari esok.

emm, rasa macam mahu bercakap tentang ini.

butterfly effect. pernah dengar ini? aku macam pernah bercakap tentang ini mase muda2 dulu . . .

*raba2 kat dalam stor gelap penuh sawang . . . *

oke dah jumpe. brief je aku cakap pasal butterfly effect nih~ <--buleh klik sini

_____________________________________


kisah setahun lepas, ptptn aku tiba2 stop. semua berpunca dengan sepucuk surat yang sepatutnya sampai ke rumah aku dan perlu di reply. surat tu sepatutnye sampai ke kawasan pedalaman seberang sungai ade buaye, Kampung Seri Mendapat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

macam bese lahh . . . xsampai~

so ttibe je xdapat ptptn, mase tu bulan pose. ahahah~

sedih2 pon xgune. perlu buat strategi tertentu agar hiudp aku sentiase ceria. selama satu bulan berpuasa, aku sentiasa rajen pergi ke masjid bile petang2 kul 630pm. ngee~

ADE MAKANAN FREE KOTT!! WOHA~

sebulan makan free kat masjid, bukan setakat berbuka, time2 balik masjid lepas solat aku siap bawak nasi bungkus lebih lagi, untuk sahur. gile jimat time tu~

seingat aku, 2kali je kot aku xmkn buke kat masjid...

sekali mase member studio ajak buke pose sesama kat studio, makan pizza.. kowang ingat x?? mkn piza duk atas lantai ramai2 mase tu... aku pinjam duit sape mase tu? timekaseh ye~

n lagi satu mase majlis khatam quran batch architeX.

haa ni jelah rasenye sebab untuk aku xpergi masjid bile maghrib~
memang laa mungkin ada yang akan cakap, aku punye niat nak g masjid bukan betul sangat pon, sebab nak makan buke free je~

memang tak dinafikan, tapi aku percaya setiap perkara yang berlaku ada sebabnya, setiap perkara yang kite lakukan, kita mengharapkan sesuatu sebagai balasan. seikhlas mana pon kau, mesti kau harapkan balasan pahala dan syurga kan?

haa.. alhamdulillah kau ada level ketakwaan yang tinggi macam tu. tapi kite kene ingat bukan semua orang lahir dan membesar dalam environment yang islamic macam tu. ada orang yang perlu booster untuk melakukan sesuatu.

contoh, nak suh anak kecil belajar berpuasa, mak ayah bagi duit ikut bilangan hari puase. betul x? sampai satu mase, anak kecil itu start digelar sebagai anak besar, dah xdapat duit dah mase tu.. tapi amalan puase tu still de teruskan jugak.. kan?

macam tu lah jugak anak remaja sekarang.
ada yang malas nak gerak gi masjid [macam aku]. jauh kot. tadi aku lalu masjid sebelum maghrib, aku tengok . . .

kruuk kruuukk <--bunyi cengkerik. kosong gile bebb~

nak tau kenape?

sebab sume orang pon buke pose kat bilik atau cafe masing2.[lom amek kire aku nih yang buke pose kat studio~]
sebab skang masjid uia dah xde provide makanan buke pose.
sebab uia xde bajet untuk buat semua tu skang.

aku sedikit sedih. skang orang akan tetap pergi ke masjid, tapi lepas solat maghrib laa kot baru ramai. untuk solat isya' ngan tarawikh. aku ingat dulu, time2 maghrib pon ramai.

sebab ape?

ohh ye~ sebab ramai yg buke pose kat masjid then terus solat maghrib, stay sampai ke tarawikh~

so pada aku, makanan berbuke puasa free mampu menarek perhatian orang ke masjid.

perlu lakukan sesuatu ye~

_____________________________________

emm... lagi satu, jangkamasa untuk manghabehkan solat tarawikh pon jadi salah satu sebab untuk orang menuju ke masjid atau tidak.

contoh,
keje studio belambak xagak2, submission bersepah,
studio kene kunci kul 11malam,
solat tarawikh abeh kul 10 ...

boleh emo gak kalau fikir2 bende cani kan?

terus jadi malas nak menunaikan solat sunat, dan terus aje dipandang serong lalu dikatakan sebagai "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia"

lalu si "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia" ini akan berkata : kau nak fail studio?? nak kene maki ngan lecturer esok?? xnak submit kje??

oke2, mari berbalik kepada konsep equilibrium aka keseimbangan. jangan terlampau ekstrim sangat dalam hal2 macam ni. x cool lahh~ berdakwah itu perlu berhemah dan cool~ (^-^) <--dan senyum2 cani jangan emo sangat~


err... anggap je aku tidak merujuk kepada sesiapa~ err ehh. x.. memang xmerujuk pada sesape pon.. umum je nih~

No comments:

Post a Comment