penting ke untuk aku ambil tahu?? huhh~

19 August 2009

penting ke untuk aku ambil tahu?? [edisi tanya hati sendiri]

21 Ogos 1969
salah satu tarikh hitam bagi umat Islam. Kerana pada tarikh ini, 40 tahun yang lalu, maruah umat Islam tercalar dengan satu penghinaan. Seorang pelampau Yahudi bernama Micheal Denise Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar hangus dan meruntuhkannya. Kejadian itu dianggap sebagai jenayah musuh yang paling menyakitkan bagi kita. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi. Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi. Begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Micheal Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab di sisi mereka. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari Allah SWT.

Micheal Rohan mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu, sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Micheal Rohan ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Micheal Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negara-negara Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu
21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia
.

21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.


dah baca??
penting ke untuk kau dan aku ambil tahu??


2 comments:

  1. yup...sebab mengenang kan peristiwa pembakaran masjid al Aqsa yg berlaku pada tarikh ni.. kenape?? tarikh ni besday kaw ke??

    ReplyDelete