rase macam . . . 'yarghh..yargh..yarghh...pijak bangunan kat jepun!!' . . . ni punye jeles~

26 August 2009

ape yang aku dengar mase usrah dengan ajil minggu nih?? haihh~

hari ini belajar Sirah... Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mengembangkan ajaran Islam. Masa tahun pertama hijrah, Rasulullah menyebarkan ajaran Islam dengan cara mengukuhkan akidah dan pegangan orang ramai kepada Allah. Masa ni macam belum ada tuntutan untuk berpuasa bagi umat Islam. masa ni cume perlu percaya pada Allah dan Rasul... lebih kuranglah.

tahun berikutnye, 2Hijrah...Allah dah suruh umat Islam berpuasa. masa ni walaupun secara umumnya Baginda macam bawa satu perubahan besar dalam kehidupan orang2 yg baru peluk Islam ni, xde pon yg membantah atau persoalkan kenapa perlu berpuasa. ini sebab mereka memang dah percaya sepenuh penuhnye pada Rasulullah.

kalau kau ade pada masa tu, kau rasa kau tergolong x dalam orang2 yg beriman tahap macam ini?? maksud aku terima aje, xde sikit pon rasa curiga atau membantah atau cube nak persoalkan itu ini...fikirlah, kuat ke iman kite nih kalau kite hidup masa zaman Rasulullah? sanggup berubah dengan pembaharuan yg Rasulullah bawa atau kite kat group yg hidup senang lenang dengan adat nenek moyang..hidup ikut suke hati kau xde peraturan Allah.
bersyukur laa lahir2 aje dah agama Islam...

tahu x ape perkara besar yang berlaku masa Ramadhan 2hijrah??

Ramadhan first time punye nih... owang Islam sume lom penah lagi xmakan di siang hari selama sebulan sebelum nih... kau tau x ape yang berlaku mase bulan pose tuh??

Pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Sebenarnya Perang Badar ni terjadi sebab orang kafir Quraisy kat Mekah dah ambil harta benda orang Islam yg ditinggalkan sebab pergi berhijrah. Orang2 kafir ambik pastu dowang buat berniaga. oleh itu, Rasulullah pon kate buleh je nak rampas balik harta hasil perniagaan dowang tu sebab dowang laburkan harta orang laen, harta orang2 islam yg gi berhijrah tu. memula bukan nak perang Badar tau. target asal Rasulullah ialah rampas harta dengan menghalang kabilah orang kafir tu masa kat tengah perjalanan balik ke Mekah lepas dowang berniaga tu. nak halang dan rampas laa kirenye, tapi xberjaya la idea tu atas sebab2 teknikal. Kabilah orang kafir ni berjaya balik ke Mekah dan pi habaq kat depa suma...err, pulang dan beritahu laa pada member2 dowang, dan dari situ aa start rancang untuk perang Badar...


Peperangan ni suatu yang luar biasa sebab tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan.


"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125


hmm...banyak lagi cerita aku dengar tadi tapi nanti kau bosan pulak kalau panjang sangat nak bace...nanti2 aku post lagi~

No comments:

Post a Comment