kau + aku = ??~

22 August 2009

Q : kenape perlu letak bende ini di sini??
V : saje...satu hari nanti mungkin berguna untuk aku...nanti nak cari note ini senang~




Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia,

carilah pasangan yg berbeza posisi dengan anda.
Semakin jauh, semakin baik,
"begitulah pendapat yg diberikan oleh Kevin Leman.
Pasangan yg urutan lahirnya bertolak belakang,
biasanya saling menarik antara satu sama lain.
Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.

Berikut adalah informasi mengenai kombinasi
pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga
serta saranan penting sebagai panduan.


SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.
Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yg inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lebih berkuasa dalam apa juga perkara.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.
Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.

Jangan suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.
Contohnya perkara yg belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan ia
pasti berlaku.
Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras, bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.
Ini adalah sikap yg sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dengan jelas. ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.
Berbincang
dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.
Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.

Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda.
Belajarlah untuk berkata "Cara kamu juga baik. Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini."

_________________________________


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan.
fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah 'paradoks' (kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan.
Sebagai anak yg memiliki kakak/abang dan
adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Selalu-selalulah berbincang.
Jangan biarkan pasangan anda berkata,"semuanya ok" tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.
Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.

Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.
Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil kerana kebiasaan anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.

Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama.
_________________________________

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dengan prinsip hidup dan
rancangan masa depan.
Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah isteri sulung sementara suami bongsu.
Wanita yg lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi.
sementara lelaki yg lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi.
namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahhwinan bukan 'dilahirkan' tetapi 'diciptakan'.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jangan terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus, diperbaiki dengan cara sebaik mungkin.
Jangan terlalu drastik, tetapi pasti.

Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.
Pastikan bahawa peranan anda dan
pasangan tetap seimbang dalam posisi yg wajar.
_________________________________

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.
tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan
sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jika sukar untuk bercakap cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.
Seperti surat ,kad atau pun sms.

Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan dan sebagainya.
Luaskan pergaulan. Bergaullah dengan rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.
Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara2 yg negative.

Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.
_________________________________


TENGAH + BONGSU = AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial.
Satu kombinasi yg baik dalam segala aspek.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan sesekali memperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru.
Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan
lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah untuk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal.
Jangan menangis atau ketawa sendirian.

_________________________________

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.
Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan
kewajiban masing2.
Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ianya diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.


SARANAN UNTUK PASANGAN INI
Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan.
Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah.
Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini.
Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.
_________________________________

*Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jangan lupa bersyukur walau di mana posisi anda dalam keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dengan kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk, bukannya anak panah

**ini aku copy paste dari sini[buleh klik] dan ubah warna sahaja~

3 comments:

  1. haha..boleh lak main copy2..
    kne bayaran ni..huhu

    ReplyDelete
  2. ini berbeza dengan plagiarisme sebab aku dah beritahu aku copy dan ade link pada tuan asal sebagai rujukan dan penghargaan aku pada mereka[kau]...

    timakacehh lee pade kaw~

    *senyum sambil angkat2 kening*

    ReplyDelete
  3. haha..yela tu..
    copy ajela..blog lain2..peminat ko pn lain dari aku yng xde peminat ni..
    hee~~

    ReplyDelete