MEMORI SEMALAM . . . ehh jap, kelmarin sebenanye.. aa 2 hari dah..kan?kan? aa ye la..aa kompem!

06 December 2010


kena layan lagu nih sambil baca post nih baru feel bebb~




pagi itu aku bangun awal, seperti pagi2 yang laen juga.. 630am merupakan waktu yang sesuai untuk aku mulakan hari2 aku ketika berada di rumah. aku hilangkan kusut rambut dengan wudhuk, aku persiapkan mental dengan solat subuh. aku persiapkan diri dengan mandi pagi. kesejukan air pagi itu membuatkan aku segar. suasana kampungku mendung pagi itu. rintik2 kecil hujan bergemersik menimpa atap zink. aku suka alunan itu, mengingatkan aku pada memori ketika membesar di dalam rumah kampung ini.

pagi itu, nenek lebih awal bangun dari aku, macam hari2 laen jugak; di dapur menanak nasi, membancuh kopi o. sayu.

_________________________________

nasi lemak dah siap dibungkuskan, cukup dengan ikan bilis rangup, sambal pedas yang aku xpernah muak, telur mata dengan timing masak yang tepat, dan nasi tambah. bekal buatku.

_________________________________

"sejuk pagi ni"
atuk aku bersuara lepas aku peluk erat. semenjak lumpuh kaki, atuk setia menunggu di anjung saban hari melihat alam.

_________________________________

pukul 9am - hujan kian lebat, ibarat bersedih mengiringi pemergianku kali ini. sudah tiba masa aku untuk menuju ke kawasan urban.

930am limosin aku meluncur laju membelah hujan. tiada siapa menemaniku.












macam yang aku btau, xde sape2 menemani aku dalam limosin aku pagi itu~ perjalanan dari johor ke kuala lumpur sunyi hening. sekali sekala terdengar muzik dari radio feveret driver aku.. muzik fm kalo xsilap aku..




p/s : best gak sekali sekala sewa 1 bas ekspres untuk diri sendiri nihh~

6 comments:

  1. haha...bosan kot satu bas sorg2...dhla jauh..kdg2 balik seremban pun cmtu gak kalau bukan peak hours..bape kerat je ade..haha

    ReplyDelete
  2. ape bosan lak.. maen lari2 dalam bus la! ahahah. mase saye naek bus nih, cume ade 2penumpang je. gile~

    ReplyDelete
  3. wahahahaha.. sorg je..aku suka cmtu..style2

    ReplyDelete
  4. tenang gile..tambah lagi ngan ujan kat lua.. ahahha

    ReplyDelete
  5. eh best ah kalau xramai..tambah plak titik2 air hujan mengalir kt tingkap...perghh layan

    ReplyDelete