2 cawan air teh krisantemum untuk perjalanan pergi balik~

29 July 2010

blueeekkk~ *muke serius*



aturan langkah gua agak kurang bermaya pada mulanya...
maghrib2 cani, tambah2 lagi dengan ketiadaan rakan seperjuangan menemani gua.. erghh
nak tak nak, gua kuatkan hati menuju ke pasar malam sorang2.

selesai lintas jalan, gua terpandang anak gadis di atas motorsikal dengan minor eksiden, terpulas minyak mase gear satu.. pelanggaran kecil dengan motor yg di park berdekatan. gua pandang gadis tu. gua concern.

keadaan pasar memang agak sardin. gua suke. mood gua macam kembali mekar. gua jadi seronok. sengal2 badan dah tak terasa. dalam suasana happening tu, gua terpandang individu dengan eskem potong kaler ungu, perisa keladi laa tu. jumlah kekerapan terlihat eskem potong tersebut semakin meningkat secara berkadaran dengan perjalanan gua. gua jadi teruja.

sedap sangat ke?
ini ke trend baru rakyat Gombak?
sape gerangan penjual eskem yg true gile nih?
berapa keuntungan bersih si penjual dan berapa umur anak gadisnye?ehh.. ehem2

gua tak bazir masa, gua capai duit dalam dompet. ada 'Ringit Malaysia Sembilan Sahaja', tapi gua still cool. abang lingkungan umur belia melayan kerenah ramai pembeli eskem potongnye. seraya beliau menjeling gua,
"eskem keladi satu" jelas dari peti suara macho gua.

komen spontan gua : sedap macam biase2, macam dulu2.. bagus~

gua teruskan perjalanan menelusuri pasar maghrib malam. ramai remaja di kiri kanan gua.. macam2 perangai macam2 selera. sekali sekala gua sapa member, ade yg buleh tahan lama xjumpe. senyum sana senyum sini. gua rasa ada betulnya perbincangan dalam kelas Urban Study minggu lepas ; rakyat Malaysia lebih tertarik untuk berada di satu2 kawasan yang dipenuhi orang ramai. orang ramai mungkin lebih berminat untuk meneliti orang laen.. mungkin jugak ni salah satu peluang untuk mereka bertemu rakan2.

sambil2 minda gua menerawang, gua tak lepas pandang pada individu2 manis dan comel di sepanjang perjalanan. kalau timing tepat, memang ramai anak gads yg jalan dalam arah bertentangan nih~ ngeeE

tiba2... dah kat area ujung2 pasar malam
(o_O) . . .
gua tersedar sesuatu..


.
.
.
gua tak pandang lagi gerai makanan untuk buat pemilihan makanan utk makan malam gua!


err...
gua pon taktau apesal gua dah terlupa dengan objektif utama gua datang ke pasar malam!

oke2...
jangan bazir mase,

gua order 'nasik-lemak-nasi-lebih-tambah-telur-mata-kuning-cair-ngan-ikan-keli-sambal-lebih-sayur-taknak'


_________________________________________

p/s : untuk tambahkan selera gua, gua beli jugak keropok lekor nipis yg rangup tu singgit! *gua memang minat benda2 yang rangup nihh*

No comments:

Post a Comment