sindrom kelahiran bulan ketujuh

28 March 2009

siapa lahir pada bulan Julai?
mari kita lihat betapa tepatnya ramalan tentang sifat mereka2 yang lahir pada bulan Julai ini...

* Sangat suka didamping.

aku tidak tahu kenapa ini diletakkan di tempat teratas...hmmm. tapi aku dapat rasakan yang ini betul. aku seorang ysng EKSTROVERT, aku suka ade ramai orang di sekeliling aku..aku suka juga jika ade ramai gadis di sekeliling aku...

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

aku rasa ini tidak berapa sesuai dengan diri aku.. aku tidak kisah untuk becerita tentang diri aku pada sesiapa pon...lalalaa~

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

yup aku pendiam...hahaha!! salah. bagi sesiapa yang kenal aku, mereka tentu sahaja akan kata ini TIPU! aku sangat banyak bercakap dan kuat melawak. atau mungkin aku sentiasa terangsang sepanjang masa??haha. hmmm...aku berfikir sebentar. apabila di rumah, aku memang pendiam sebenarnya. ini kerana aku tidak berada dalam kelompok orang ramai. aku seorang diri bila di rumah.


* Ada harga dan maruah diri.

sesiapa pon akan kata mereka ada harga dan maruah diri.. aku juga dengan mudah akan mengakui sikap positif di atas. ini permainan psikologi agar anda semua mula percaya pada sesebuah ramalan.. aku lihat diri aku sebagai ego. kadangkala apabila aku sudah merajuk dan aku katakan tidak mahu pada sesuatu objek, aku tidak akan ambil objek itu.. walaupon sebenarnye aku sangat inginkannya.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

aku bukan ingin memuji diri sendiri tapi ini memang aku. contoh paling jelas sekali ialah aku tidak minta sesiapa untuk hantar aku pulang ke hostel bila aku di KAED. apabila aku terasa nak balik, aku jalan kaki saja sudah.. memang penat tapi aku sentiasa terfikir tentang kepayahan orang lain jika mereka terpaksa hantar aku sehingga ke hostel.. lagipon harga minyak tinggi. ini yang bermaen di minda aku bila aku terfikir untuk minta orang hantar aku pulang ke Hostel. kadangkala aku hanya berjalan kaki ke Hostel Usman hanya untuk bejumpa rakan di mahallah sana dan gunting rambut... ini tentu sahaja agak menyusahkan diri aku, tapi aku puas hati kerana aku tidak menyusahkan orang lain. aku tidak makan sayuran..ya! tapi aku tidak pula order makanan dengan permintaan yang pelik2 sehingga menyusahkan tukang masak..aku memang begitu

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

ini seperti kelemahan aku..aku kuat merajuk dan sukakan perhatian. oleh itu , sifat mudah dipujuk ini memang dah terang2 ade dalam lubuk hati aku sebagai counter attack kepada sikap kuat merajuk. haha


* Sangat menjaga hati orang lain.

seperti yang aku ceritakan tentang aku yang lebih senang bersusah payah sendiri daripada menyusahkan rakan...ini ada kaitan. aku kerap memikirkan apa perasaan orang lain terhadap sesuatu situasi atau perilaku. selalunya ia menyusahkan aku...tapi aku boleh hidup sebegitu

* Sangat peramah.

hahah...aku sangat suka berkenalan..dan sangat suka didampingi.. oleh itu, sifat ini adalah selari dengan sikap ekstrovertku itu.

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

emosional adalah aku...aku tidak nafikan ini. dan ya, aku kuat merajuk...

* Berjiwa sentimental.

wow..haha,tidak dapat disangkal lagi

* Jarang berdendam.

ini perlu dibaca dengan sifat di bawah ini..

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

yup..betul ini! aku emo, oleh itu sampai satu tahap aku akan marah. marah aku agak melampau juga... kadangkala kebudak budakan pon ade aku ini,bende remeh temeh juga mahu emo.. tapi jangan risau, marah aku tidak lama..jika kau hadapi situasi dimana kau dimarahi aku...aku suka jika kau diam sahaja kerana sekejap lagi aku akan pergi pada engkau dan minta maaf. aku sangat menghargai rakan2 aku, aku mungkin hilang rasa hormat ketika aku marah kamu tapi jika attitude kamu baik ketika aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku dalam nada yang mungkin menjerit2, selepas seketika, aku akan hormati engkau semula. waktu itu aku akan minta maaf.

aku akan minta maaf atau memaafkan, tapi aku tidak cakap aku akan lupakan perkara itu. otak aku ini seperti sentiasa menyimpan data2 tentang kelakuan dan sikap engkau terhadap aku. sekali engkau buat aku terluka misalnya, walaupun aku akan maafkan dan perhubungan sebagai rakan akan pulih..aku akan tetap berjaga2 dan beringat2 tentang kesalahan yang pernah engkau lakukan itu. dan kadangkala, atas sebab inilah kau akan dapati hubungan yang pulih semula biasanya sudah tidak sama dengan hubungan sebelum itu. itu bermaksud aku masih teringatkan kesalahan yang kau lakukan pada aku itu.

* Tidak suka benda remeh-temeh.

yeke?? aku tidak terfikir ape2 tentang ini...


* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

aku tidak tahu berapa tinggi sikap aku yang ini tapi apabila aku sudah sayangkan seseorang aku akan sanggup lakukan hampir apa sahaja untuk dirinya. selain ahli keluarga, ini juga tidak terbatas kepada awek aku sahaja ( aku tiada gadis sebenarnye..aku ini single sahaja ), tetapi ia melitupi rakan2 yang rapat dengan aku dan yang ada nilai2 sentimental yang tinggi..


* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

aku rasa aku apply ini pada kaum hawa,hahah.. sesiapa pon jika minta tolong aku, selagi aku buleh tolong, aku akan tolong....


* Tinggi daya simpati.

sebab sikap simpati aku, barulah aku sentiasa menolong orang...tapi orang selalu saje lupakan aku ...aku selalu sedih sebab ini..

* Pemerhatian yang tajam.

aku tidak pasti tentang ini...tapi aku rabun sebenarnye

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

aahaa... aku memang suke memerhati orang ramai dan menilai mereka dari pemerhatian aku.

* Mudah dan rajin belajar.

aminn...


* Suka muhasabah diri.

ini apabila aku bersendirian sahaja. bila bersendirian aku akan lebih matang dan mula berfikir panjang tentang macam2...aku akan recall semula kejadian2 yang berlaku dalam hidup aku.


* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

ini pulak ade kene mengena dengan sifat aku yang tidak mudah lupakan sesuatu perkara walaupon aku mudah nak maafkan.


* Suka mendiamkan diri.

tidak

* Suka duduk di rumah.

ya


* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati dan lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

No comments:

Post a Comment