bile aku memaki

28 March 2009

Aku jadi rajin memaki orang lain bila aku rase nak memaki mereka.. tidak bagus bukan??yup aku tahu itu..

Aku cukup benci bila orang ambil kesempatan terhadap diri aku..aku tidak maen2 bila aku cakap ini..
Aku jarang menolak pemintaan orang laen yang inginkan pertolongan aku.. Ini memang lumrah aku. Tapi tolonglah jangan dengki aku pulak. ini celaka. Aku cukup panas hati jika ketika aku minta tolong pula mereka terus sahaja lupa..

situasi :

Aku ada nota untuk diri aku. aku kongsikan nota itu melalui YM kepada rakan yang aku anggap seperti kakak aku.. dan sebagai tambahan aku minta dia buat satu salinan lebih untuk aku jika dia mahu membuat salinan. dia menjawab "ok", yang pada aku dan engkau semua bermaksud "YA"...kan??

Dan apabila aku datang untuk mengambil salinan aku, tiba-tiba katanya tiada salinan untuk aku walaupun ade 5 salinan di hadapan aku. semuanya untuk rakannya sahaja. ini buat aku melenting... maaf, ini sifat aku. aku cukup tidak suka jika aku seperti dipermainkan atau aku ade semacam perasaan dipinggirkan setelah ape yang aku lakukan untuk orang lain. ini antara sebab yang jelas untuk aku mencarut.

mengharapkan balasan??

Mungkin ini pandangan engkau terhadap aku. aku tidak kesah itu.. awal2 aku sudah jelaskan yang aku inginkan satu salinan jika mahu buat salinan. sudahlah engkau menggunakan nota yang aku beri, kini engkau seperti menganjing aku dengan sikap pentingkan diri engkau itu. serius aku tidak suka manusia macam ini.

Dan aku apabila ade perasaan sakit hati seperti ini, aku akan bersikap emosional...maaf, ini bukan masa untuk engkau membuat lawak di hadapan aku. nanti aku tampar bibir atas dan bawah engkau serentak. lebih elok rasanya kamu semua hanya berdiam diri sebentar dan cuba menenangkan keadaan dengan membetulkan segala kesilapan atau bersikap mengalah.

mengalah??

Huh.. Aku boleh agak engkau engkau ini akan bertanya ; kenapa perlu mengalah dengan sikap berang jejaka ini??

Aku tidak suka mengalah. ini salah satu sifat semulajadi alam jika engkau adalah anak tunggal dalam sesebuah keluarga.tidak pandai mengalah kerana pada kebiasaannye kau tidak punya sesiapa untuk kau mengalah.jika kau adalah anak sulung tentunya kau ade sifat mengalah yang tinggi... Sepatutnyalah, kerana adik2 kau lebih memerlukan perhatian berbanding kau yang sudah dewasa itu...


aku sedar sikap emosional aku ini kadangkala agak tinggi. tapi aku juga ingin engkau dan yang lain-lain sedar yang sifat manusia ini memang sentiasa berlainan dan engkau tidak boleh kawal itu. engkau tidak boleh suruh aku berhenti menjadi emosional dan aku dengan tiba2 sahaja kehilangan sifat itu dan . . . dan semuanya hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

aku juga akan sentiasa mengingatkan diri aku bahawa...

" bukan semua orang bersikap suka membantu orang lain seperti diri aku, ada yang mudah lupa walaupun tidak sampai 5minit... dan sikap itu memang sikap yang sudah tersemat erat dalam diri mereka.."

"mereka memang bersifat mementingkan diri sendiri dan kurang mengendahkan perasaan orang laen"
monolog ku lagi

pedaskah telinga engkau dengan monolog aku??

______________________________________

ini entri yang aku buat ketika aku marah.sekarang dah tak marah...

No comments:

Post a Comment