AKU BENCI ENGKAU !!!

29 March 2009

baek...mari aku beritahu serba sedikit tentang perangai atau sifat gadis yang tidak akan diminati oleh lelaki..
aku agak, ramai yang mungkin telah baca tentang ini... dan lagi ramai yang baca entri seperti ini berulangkali...cuba mengenalpasti sama ada kau punyai ciri2 seperti itu...

mari bace same2 k...

1. banyak cakap...banyak sangat. sehingga kadangkala si lelaki tiada ruang untuk berbicara. atau kadangkala hanya si perempuan sahaja yang bercerita tentang dirinya sepanjang masa. engkau ingat lelaki akan sentiasa tertarik dengan cerita tentang engkau memilih baju??engkau sangka lelaki akan teruja mendengar cerita tentang engkau start enjin kereta pagi tadi?? engkau sangka lelaki akan bersemangat mendengar tentang makanan sarapan pagi engkau?? lebih2 lagi jika cerita itu sama saja tiap2 kali engkau cerita...

2. terlalu mengambil berat. ini berbeza dengan concern yang biasa,ini lebih kepada sebok2 ingin ambil tahu tentang semua yang berlaku ke atas diri seseorang lelaki itu. kebiasaannye dimulakan dengan bertanya bertubi tubi mengharapkan jawapan dari si lelaki tentang apa2 sahaja hal si lelaki.. maaf, jika si lelaki ada masalah dan dia mahu suarakannya,kau tak perlu bertanya, dia akan datang pada engkau dan beritahu...jika dia ade masalah dan senyap sahaja maka kau juga perlu senyap sahaja. cukup sekali kau bertanya tentang kemurungannya, dan kau offer diri untuk berkongsi masalah.lepas itu kau hanya perlu beri ruang untuk si lelaki berkira2 sebentar. kau tidak perlu mengharapkan jawapan serta merta daripadanya...

3. miss know-it-all. lelaki tidak suka ini. tak usah engkau beria2 ingin tunjuk pandai depan lelaki sehingga menggugat kewibawaannya. lelaki ego. apabila engkau seperti pandai sangat atau memandai mandai sangat, lelaki akan bosan dan tidak ingin buka cerita di depan kau lagi.

4. sentiasa mengharapkan pendapat daripada si lelaki. lelaki tidak suka ini...kau juga punya otak bukan?? kau juga boleh berfikir bukan..jangan sentiasa mengharap orang laen untuk membuat keputusan engkau. lelaki suka gadis yang pandai berdikari sebenarnye dan bijak mengatur hidupnya.

5. perempuan murah yang sentiasa berdampingan dengan lelaki...ramai lelaki, dengan anggapan diri engkau lebih cool atau diminati ramai..INI BODOH. sebagai perempuan...kau tidak perlu membuktikan betapa kau hot, dengan mendampingi ramai lelaki. dan aku cukup tidak suka jika ade perempuan yang dengan mudah2 sahaja dapat menuturkan bait2 'rindu', 'sayang', dan laen2 lagi, dengan mudah...ini sungguh murah. maaf, lelaki akan pandang rendah pada engkau.

6. suka melawan. tentu sahaja tiada siapa yang suka dengan sikap ini bukan?? apabila seorang lelaki sedang marah dan baru sahaja melepaskan ketidakpuasan hatinya..kau tidak perlu bersemuka dan ingin menjernihkan keadaan dengan membalas hujah si lelaki. kau hanya perlu diam dan berlalu pergi. seperti yang aku telah perkatakan suatu masa dahulu, jika si gadis bersikap mengalah pada lelaki yang sedang marah meluap2...apabila sudah reda nanti, akan terbit rasa hormat si lelaki pada perempuan itu kerana sebentar tadi mengalah dan berundur. mungkin si lelaki akan meminta maaf pada engkau jika kau apply ini. sebenarnya ketika lelaki marah, semua nampak betul di matanya sahaja. semua yang laen salah...engkau salah..walaupon kau betul, kau tetap salah. tapi apabila minda rasional si lelaki telah wujud semula, si lelaki akan minta maaf pada engkau tanpa perlu kau berkata sepatah pon. ini adalah keistimewaan perempuan; semakin senyap engkau ketika pergaduhan, semakin tinggi rasa hormat lelaki pada engkau di kemudian hari.

7.

8 comments:

  1. sape kate aku x abes tulis?? memang kekadang penulisan aku akan fade cenggitu aje...hahaa

    ReplyDelete
  2. hasil penulisan yg x abis nih mesti terpengaruh dari blog aku..ahahaha

    ReplyDelete
  3. tak habis tulis sebab ade no 7 tapi tak tulis apa apa.

    ada post pasal lelaki yang perempuan tak suka plak?

    5. perempuan murah yang sentiasa berdampingan dengan lelaki...ramai lelaki, dengan anggapan diri engkau lebih cool atau diminati ramai..INI BODOH. sebagai perempuan...kau tidak perlu membuktikan betapa kau hot, dengan mendampingi ramai lelaki. dan aku cukup tidak suka jika ade perempuan yang dengan mudah2 sahaja dapat menuturkan bait2 'rindu', 'sayang', dan laen2 lagi, dengan mudah...ini sungguh murah. maaf, lelaki akan pandang rendah pada engkau.

    bagaimana pula dengan lelaki yang belum apa apa dah ckp riundu sayang? adakah mereka murah juga?

    ReplyDelete
  4. ye..sememangnye..mereka juga murah..hanya dengan perkataan sedemikian dpt menggugur jantung seorang perempuan dan kadangkala mereka merasa bangga untuk menyakiti seorang perempuan..tapi, perempuan juga tidak patut berkata sedemikian kepada lelaki hanya untuk main2..kerana laki akan pk sebaliknya..laki lebih mudah berperasaan dan perempuan lebih mudah perasan..dan tidak semestinya perempuan yang berganding dengan ramai lelaki merasakan diri mereka hot, cool dan sebagainya..hanya..mereka merasakan lebih mudah bergerak dengan lelaki berbanding perempuan yang byk kne jage..perkataan dan sebgainya..bagaimana pula dengan laki yang sentiasa berdamping dengan wanita?adakah mereka merasakan diri mereka hot dan cool? ini juga BODOH..kesimpulannya, sama sahaja mane2 jantina..

    ReplyDelete
  5. "laki lebih mudah berperasaan dan perempuan lebih mudah perasan"

    haha aku suke ayat anda d atas..

    dan betul, jika lelaki itu beria2 mendekati gadis hanya untuk kepentingan diri sendiri, supaya nmpak bergaya..itu juge same bodoh

    ReplyDelete