PERASAAN ITU DATANG KEMBALI

31 March 2009

[aku tekan butang besar pada jam digitalku, lampu terpancar...01:26AM. sebuah cerita bermula di pagi hening itu]

aku sendirian di sini, menghadap flat screen 22inci monitor BENQ..siapa punye lagi kalau bukan aku kan?.. jari jemari aku pantas menaip..sekali sekala aku menjenguk ke luar kamarku..terang tapi tiada sesiapa, getus hati kecilku. aku terpandang pula tingkap luar...gelap betul,sudah!sila pandang tempat lain.

tap! tap! tap!

bunyi papan kekunci ku deras dek kelajuan menaip si empunya LOGITECH KEYBOARD. mungkin sedikit culture shock bagi engkau jika terlihat aku menaip. aku tidak galakkan itu. entri blog aku memang seringkali di update pada pukul 1 pagi dan ke atas..

bila berseorangan seperti ini, terasa semua benda di sekeliling lebih bermakna. walaupun aku cuba untuk bersikap endah tak endah terhadap keadaan bunyi2 di sekeliling, aku tetap mengerling sekali sekala ke kiri kanan ...entah apa yang aku harapkan ntah...

hmmm...perut terasa lapar..kali terakhir makan tengahari tadi, dengan seorang gadis ayu baya2 aku..memang seronok. tapi itu tadi, sekarang ini dah tak seronok sebab sudah lapar semula...

kreeeexx
. ..ini bunyi daun pintu kamar aku yang mula terkuak, menukar posisi.

ahh,sudah...peluh sejuk kat area2 dahi aku keluar. aku tidak suka ini. ini semacam badan engkau memberitahu ade sesuatu yang tidak kena dengan keadaan sekeliling. aku cuba tenangkan diri aku,jangan bagi minda kurang rasional yang mengawal aku dan jangan bagi imaginasi2 bodoh seram mengganggu gugat perilaku ku..

seraya itu, PERASAAN ITU DATANG KEMBALI...aku seboleh bolehnya tidak mahu perkara seperti malam semalam berulang..aku tabahkan hati..aku kuatkan semangat.. doaku pada Allah tentu sahaja minta dipermudahkan segalanya malam ini...

dan akhirnya minda luar kawal aku seperti telah bertindak! aku tak tahu kenapa ini seringkali terjadi ke atas aku.. aku seperti diseret ke lorong itu...kaki lima yang panjang itu terasa pendek aje malam ini...aku melewati kaki lima dengan gaya yang berdezup. tujuan aku satu...

langkahan kaki aku tak keruan,rasa tak tertahan ...aku tak pasti sama ada aku yang memberi arahan pada kaki aku atau kaki aku yang memberi arahan pada... pada kaki akulah, yang aku sedar semakin lama aku semakin dekat dengan penghujung jalan dan aku lantas memilih untuk masuk ke dalam bilik terakhir itu... terasa diriku diperhatikan.. aku lantas memandang ke kiri.. terlihat banyak kepala berderet di satu penjuru... aku tahu apa yang aku lihat, dan aku tahu apa tujuan aku ...aku tak endah lagi walaupon wujud rasa tidak keruan. aku sedar aku hanya perlu masuk ke dalam tandas di bahagian hujung itu dan berak, seperti malam semalam...seperti malam malam sebelum ini...seperti biasa.

No comments:

Post a Comment