HINT - HINT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

25 November 2010

huuu... semakin tidak sehat... selsema, hingus meleleh- leleh.. batuk- batuk kronik.. ni bukan batuk2 macam ehem2 nak tarik perhatian orang ramai atau gadis hot.. ini batuk berkahakptuihh.. huu, nak layan usya awek kat carrefour pon xtenang laa tadi! huh~

________________________________


cuaca hujan.. kalau tiada kerja yang nak diselesaikan, hujan memang lahh antara cuaca kesayangan rasa nak timang2 aje, tapi bile hujan mula membuatkan banyak kerja tergendala.. sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa tidak senang di hati.. sikit je lahh, sebab aku tetap suke pada hujan walau macamane pon.. macam kau suke kat perempuan tu tapi xdapat, kau takkan tetiba benci pulak?? mesti kau admire pandang dari jauh2 di sebalik tingkap tinted.. ohh~

cuaca hujan.. biasenya akan buat perut jadi lapar. aku rasa mungkin sebab badan memerlukan haba lebih kot.. tu yang ttiba rasa macam perlu untuk melantak, mentekadaghah . . .err.. menjamu selera~

kruukk kruukk<--perut dah lapar, sedang tunggu tuan rumah memasak. hihi~

________________________________


tibe2 aku teringat nenek aku aritu ade memulakan perbualan.. err... sebenarnye lebih kepada komunikasi satu hala.

situasi : aku ngan atuk tengah makan tengahari
posisi : bersila
perlakuan : ngap ngap ngap~

nenek datang dari dapur,

"Anas tu tua setaun dari Ayus kan.."


"a ah" aku jawab ringkas, dalam samar2 antara dengar dan tidak aje.. aku fokuskan diri pada nasi dan sup ayam.

"dah nak kawen dah Anas tu.." nenek menyambung.

aku teguk air, tambah nasik




*Anas ialah salah seorang sedara kat area kampung
*Ayus ialah seorang remaja yang masih single~

3 comments:

  1. lepas tu???? tolong sila sambung plezzz..... ^__^

    ReplyDelete
  2. lepas tu ayus pon tersedak..haha...g r cari awek phy...

    ReplyDelete
  3. cumil la panggilan ayus tu. hihi..hai ayus :)

    ReplyDelete