56.4 kg & 165.5 cm ~

26 March 2010


hari ini hari jumaat.

pagi2 ada internal portfolio.. secara umumnya, madam hanita hepi dengan anak2 studionye. aku join hepi skali. mudah2an semuanya elok2 belaka. macam orang barat kata, berjaya dunia akhirat~


aku bukan manusia sempurna,
but im trying

______________________________________

solat jumaat..
khutbah cam bese minggu nih khatib bersemangat xhengat dalam usaha menyampaikan mesej ke seluruh pelusuk hati ahli2 masjid. jerit2 semangat khatib aku tak tolak tepi hari ni, aku dengar satu persatu. . . memang boleh buat hati kau berdegup kencang jugak laa kalao kau ambil inisiatif untuk xtidur dan khusyuk duduk bersila mengadap kiblat dengar bait2 kata2 penuh hikmah dan pengajaran tersebut. memang boleh buat kita rasa nak dekatkan diri dengan Yang Maha Esa, buatkan diri ini terasa kerdil.. sentiasa perlu mengingatkan antara satu sama laen, kalau tak kite2 ni yg rugi.

jap, lupe nak bitau, khutbah dalam bahasa arab tadi aku xpaham pape pon, layan game susun2 sushi dalam iphone Yas, kalo dapat wat sushi sederet 3 atau lebih nanti de hilang... tadi aku dah berjaya dapat highest score..seratus lebih, ok laa tu minggu depan try lagi~


aku bukan manusia sempurna,
but im trying

______________________________________

balik solat terus ke IKEA~
wohha!
xpayah susah2 nak cover2 line pakai baju orang barat, baju melayu biru gelap + selipar tapak haus aje dah cukup.

rm10 - 10 meatballs

ok not bad~

tambah sket kek da'im sebagai side dishes . . . dan beberapa jenis kek laen courtesy of kawan2 yg banyak duit lebih. tenkiu2~

ngap3 laju je toksah kao nak pertikaikan. xkesah laa g kua makan ngan gadis lapan orang ke hape ke, emosi dan selera makan aku tak sikit pon terganggu. aku konsisten~




perut kenyang!
ok kite ke tentatif seterusnya...

maen boling!

prestasi aku semenjak awal2 lagi dah memberangsangkan. di pertengahan aku lihat sekeliling ramai cube mengejar dan merapatkan jurang di antara kami. aku hepi je dengan perlumbaaan sehat macam ni, aku hormati semangat setiap anak gadis dan anak teruna. bola boling kali ni macam biasa aku pakai yg ringan2 aje 7 ngan 8... lubang2 jari tu sempit xhengat aku sumbat je.. ni skang ni dah saket2 dah ni kuku tapi aku berpuas hati dengan kemenangan tempat ketiga dengan poin ala2 budak baru belajar 104~.

farah nadiah memang persis profesional - 111
ewa diam2 berlatih dengan zura[bakal bininye] memang mengejar rapat aku - 105

ahahaha.. tahniah semua, bersemangat betul walaupun semua pakai baju kurung n skirt labuh~ ahahaha


reviu keseluruhan tentang hari ini, alhamdulillah semua perkara berjalan dengan lancar dan insyaAllah semuanya akan baek2 belaka.


yang penting kite dah berusaha kan?

2 comments:

  1. tambah gamba lg la bro. we want more!

    ReplyDelete
  2. perlu minta kebenaran dari tuan kamera terlebih dahulu...zaman sekarang ni salah sikit aje kena saman juta2. mane ade duet weyh!!

    ReplyDelete