yang salah tu semuanya datang dari aku.. ye

01 March 2010

entri emo sesaje rasa nak tulis. tapi aku ok je sebenarnye skang nih...

kau jenis yang lebih suka berdiam diri atau mudah melenting??

aku ada satu masalah berkenaan diri aku yang aku suka beritahu pada semua, biar semua tahu apa perasaan orang jenis yg macam aku ini. macam ni.

orang sekitar kita akan mudah aje salah faham. situasi sebenar bukan seperti yang mereka bayangkan dan daya penaakulan mereka dah terpesong sebab mereka cuma dengar satu pihak punye cerita aje, atau yg lebih parah, mereka tak tau pon cerita sebenar tapi sudah buat andaian. aku xnafikan ini dah macam norma masyarakat. aku sendiri pon xterkecuali dari membuat penaakulan sendiri nih.. [bongokk!]

tapi dari sini akan ada dua jalan berlainan yang akan diambil oleh 'orang yg disalahfahamkan'.. err ape ayat aku ni??

aAa.. mm, cani,

aku xboleh betul laa kalau kau salah anggap pada aku. nak taknak, aku akan cuba cari jalan untuk bagitau jugak perkara sebenar, taknak perkara tentang salah faham tu berlanjutan. aku memang tak reti diamkan aje.

mama aku laen,
mama aku sangat cool.
orang salah faham?? cakap2 belakang tentang perkara yg kite xbuat??
biarlah, mereka tidak tahu perkara sebenar dan, biarlah kite berdiam diri dan bersabar aje..
janji kite taw perkara yg kita buat tu betul, dan Allah sesungguhnya yang lebih tahu tentang perkara sebenar yg berlaku, biarlah orang nak judge..misjudge macamane pon...

cool mama nih

aku lak hangenn je..
mm.. pada aku macam xsah laa kalau aku xbitau perkara sebenar konon2 macam nak clearkan benda2 yg salah la. aAaa... ideologi manusia memang berbeza. dan aku rasa macam aku perlu contohi orang2 cool macam mama. diamkan aje laa, biar aje orang pandang buruk pada aku mungkin. [tu balasan dunia gk tu kot.. aku buat jahat kat orang, aku pon kene laa~]

__________________________________

ok meeting!

No comments:

Post a Comment