si kecil pulang petang ~

15 February 2010

ok, perlu balik ke rumah ketika cuti raye cina ye~

so, pagi2 sabtu tu aku dah ready dah segala, dari persiapan mental, fizikal, jasmani, rohani, rohayu dan rozana . . . err~

sarapan nasi lemak sg. pusu free, courtesy of ajim-punye-duit-besar-makcik tokey kedai-takde-duit-pecah ~

menuju ke Pudu naek LRT. pagi2 cuaca cerah.. mood terasa senonoh dan elok pagi ini ye

ohh ye, sebelah aku gadis separuh umur,
aku xambil kesah sangat, . . . err, maksud aku, aku xambil kesah langsung.
kecuali aku memang terperasan dia ni gadis yang duduk depan aku dalam bus T231 tadi.
yang naek mase kat bus stop depan engin tu.
yang namenye elok lah kalau aku sekadar sebutkan di sini sebagai 'Zura', tanpa perlu nama penuh seperti dalam kad pengenalan, atau nombor telefonnya sekali.
xperlu.
yang bole..STOP! dahh!
de g klcc bertiga
ok janji xsebut lagi pasal ni.
lalalaaaAa<--berpeluh, harap2 x dibabab oleh awek aku
___________________________________

berbalik kepada motif asal ; membeli tiket bas ekspres di Puduraya

tiket pukul 630pm??!!

urghh...
ini memang bahana buat mereka yg xrajin untuk beli tiket awal. cehh, jangan salahkan aku, aku seorang lelaki~

wait, jangan pandang rendah pada sikap lelaki terlampau awal, aku juga punya perkataan 'optimistik' dalam kamus hidup aku. sifat tidak mudah mengalah memang sesuai kalau aku nak apply dalam situasi macam sekarang ini. tengok tu, xsia2 aku pupuk sifat ni semenjak kecil2 lagi.

bas pukul 630pm..
apa barang bai? [nada sinis macam kau biasa tuturkan pada rakan sebaya kau]

aku keluarkan iphone dari poket kanan seluar jeans ketat ngan koyak2 kat lutut, jam 11pagi sekarang ni. otak aku ligat memikirkan jalan.. jalan ke platform bas aku, orang ramai gile! kamon laa... aku bukan nak pon berhimpit2 ngan bangsa laen yg ntah ade permit ke tak duk kat Malaysia nih..

xbuleh jadi,

aku kena kawal sifat rasional aku. Tingkahlaku luarkawal seperti menggelabah xtentu pasal memang jauh sekali dari diari hidup aku, itu aku memang pasti. Sekarang pukul 1130 pagi dan aku ada satu peluang xlama lagi. Apa perlu aku lakukan?? Ok, aku perlu berada di tempat yg betul pada masa yg tepat dengan bait2 ayat yg penuh santun!! Wohha~

awal2 lagi aku dah berada di pintu depan bas ekspres pukul 12 tengahari. lalalaaAa~
bagi orang laen naek dulu. . . xpe, jangan berebut... lalalaaaAa

ok dah lengang, dah xde orang nak naek bus.

"err assalamualaikum, bang.. cam ade tempat kosong je tu saye tengok nih,pekate saya penuhkan seat ni . . ."


tak payah tunggu lama untuk dapat jawapan dari abang konduktor bas, dan jawapannya positif~

yeayy.. naek bus pukul 12pm!!

ok, tidur~
___________________________________

uhh..huarghh.. macam dah tertidur [ter?? sengaja tidur okay~] selama 45 minit...
. . . . .
asal cam still kat kolumpo?? arghhh jemmmmmm~

aku dah laa duk seat paling depan [sebelah aku lelaki, baguslah,kang awek aku jeles lak], betul2 belakang driver aku. oleh itu, memang jelas lah aku boleh nampak keadaan persekitaran. dalam sekilas pandang, aku dah dapat ramal masa depan aku. . .

situasi : pergerakan bas slow sikit kalau nak dibandingkan dengan semut api time bawak makanan besar lapan kali saiz badan de... wuuu~

ini memang nak kena keroke nih!
dan sememangnya status lagu dalam bas ni macam sesuai dengan rima hidup aku. driver aku pasang radio suria fm. xpernah lak aku layan channel nih, tapi lagu2 yg diputarkan cambest lahh! ok, nyanyi je jangan kesah ngan dengkuran atau ngauman enjin di sekitar anda.

"mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki.. berilah tanda bla bla bla ~"
[spider - mungkinkah terjadi]
___________________________________

No comments:

Post a Comment