aktiviti sosial malam jumaat maulidur rasul ~

26 February 2010

konsert2 malam jumaat memang menarek perhatian ramai. lebih2 lagi kalau konsert free. sebelum ni gua berkira2 jugak sama ada

A] nak menapak ke UKM bangi tengok konsert Nazrey Tahfiz Syahadah atau
B] loncat2 sampai bangunan sebelah ni, CAC UIA untuk tengok Ramli Sarip~

gua buat pertimbangan rasional ; gua fikirkan baik buruk setiap pilihan, baik dari pandangan mata pihak pertama kedua mahupun ketiga; gua bayangkan situasi semasa; gua dapatkan cadangan dan gua dengar luahan rakan2. info2 dan pengetahuan global gua gunakan dan manipulasikan mengikut peredaran arus kemodenan masa kini.

macapada menyaksikan jawapan kepada semua permasalahan di atas ialah C.
ya, C, menuju ke warung tepi jalan untuk melantak melahap mentekadaghah makan menjamu selera.

bercakap soal selera, beberapa hari ni gua hilang selera makan makanan tradisi gua... entah kenapa selera makan gua terhadap makanan ruji penduduk semenanjung Malaysia dah kurang . . . semenjak kelmaren, gua asek bantai melantak melahap mentekadaghah makan jamah Double Cheese Burger je~

tapi malam ni gua kawal nafsu, gua dah nekad untuk xlayankan aje gejolak nafsu dalam diri macam malam2 selalu.. aAa.. yelah, malam, siang pagi petang punye nafsu makan bege~

malam ni gua try to make it simple. <-- tips menjadi blogger femes, memasukkan sepatah dua kata2 dalam bahasa penjajah untuk mengumpan gadis. ini gua dapat dari tabloid~

malam ni gua jamah burger oblong. xpenah dengar ke?? saiz de macam bege prosperity mcD, tapi disebabkan ade yg xberapa bersetuju dgn penyaluran wang gua ke dana israel, gua beli bege macam ni, jual kat warung je tapi rasa sedap boleh tahan. sama sedap sama kenyang! boikot mcD, beli bege buatan Malaysia laa wey

sejurus menghabehkan bege gua, dan bege member gua yg xabes tu pon gua tolong jamahkan...

gua menuju ke CAC untuk program seterusnya. gua rasa terpanggil untuk menjenguk2 ke-havoc-an keadaan konsert malam jumaat ini. ternyata kedatangan malam ini adalah tahap pecah panggung. orang ramai dilihat teruja macam hari pertama pembukaan cereka sains fiksyen AVATAR haritu. ibu ayah & anak kecil berpusu2 memenuhkan kerusi. tak kurang juga anak2 gadis comel2 belaka baya2 gua yang duduk sebelah ehemm2, secara generalnya, CAC penuh kemaenn~

konsert yg gua tunggu2 xkunjung tiba lagi. ada lakonan bercorak penuh keinsafan yg diselang selikan dengan persembahan harmoni dan islamic dari penuntut2 universiti islam antarabangsa yg terdiri daripada pelbagai bangsa. tak lari dari kemeriahan menyambut maulidur rasul gua tengak persembahan malam ni, gua setuju sangat. dalam usaha kerajaan untuk mengetengahkan dan memperbanyak cerita2 berunsur keagamaan, ini dilihat sebagai salah satu medium yang paling tepat, mengambil kira bilangan penonton dan sasaran umur yang tepat, beserta bacaan bait2 ayat suci Al Quran yang bisa buat gua lembut hati.. memang baguih!

kemuncak persembahan, tidak laen dan tidak bukan selepas watak utama mati di atas kerusi roda di tepi pantai ketika melihat matahari senja... Ramli Sarip ikon rock zaman berzaman membuat kemunculan bergaya di atas pentas dan memberikan lantunan vokal 200% untuk peminat2 nya! YEAHH!! gua selaku peminat sejati beliau memang ada rasa macam nak terkinja2. tapi gadis di sebelah buat gua xhilang rasional diri. cukup sekadar tepuk2 tangan dan jerit2 serak hilang suara je. gua kenang2 semula saat gua mula2 minat suaraRamli Sarip... masa tu gua tengah pejam mata dalam buaian, pakai lampin kaen yang kena basuh tetiap pagi tu lagi.. mama gua enjut2 sambil nyanyi lagu Kamelia + bonus track, Bukan Kerana Nama~

gua dah ngantok, sok ada aktiviti hari kekeluargaan; hari keluarga/ femili dey~. gua sekeluarga, anak bini, kena siap sedia untuk cabaran2 yang bakal mendatang. ok, gua nak g cari bantal~

No comments:

Post a Comment