KHUTBAH AWAL RAMADHAN (tapi aku sampaikan dah nak kat akhir2 ramadhan...huu)

20 August 2011

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya: “Rasulullah SAW berkhutbah pada hari terakhir dari bulan Syaaban di hadapan kami. Maka baginda bersabda:


“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang hebat lagi penuh keberkatan iaitu bulan yg di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ini, Allah telah menjadikan puasa di siang harinya suatu kefardhuan dan ibadah sunat di malam harinya suatu tuntutan.


Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu amalan sunat di dalamnya, samalah seperti seorang yang menunaikan suatu amal fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu amal fardhu di dalam bulan Ramadhan samalah seperti seorang yang mengerjakan 70 amal fardhu di bulan yang lain.


Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan adalah bulan memberikan bantuan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa maka ganjarannya adalah pengampunan bagi dosanya, kemerdekaan dirinya dari neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun dikurangkan pahalanya.


Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah SAW, bukan semua kami mampu memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa?.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Allah tetap memberikan pahala ini kepada orang yang memberi walau sebiji kurma atau seteguk air atau sehirup susu.


Dialah bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu/pekerja), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.


Kerana itu, banyakkan 4 perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua daripadanya untuk kamu meraih redha Tuhanmu dan dua perkara lagi adalah keperluan kamu yang mendesak.
Dua perkara yang pertama adalah banyakkan mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah (ucapan LailahailLah) dan mohon ampun kepadaNya (ucapan istighfar).
Dua perkara lagi ialah banyakkan (berdoa) memohon syurga dan berlindung dari neraka.


Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan sekali minum yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga ia masuk dalam syurga
.”



Rujuk : Kitab At Targhib Wat Tarhib karangan Imam Hafiz Al-Munziri



__________________________________

artikel ni aku copy daripada Naqib Usrah, untuk kite semua~

No comments:

Post a Comment