OH YOU WANT TO DOWNLOAD SOFTWARE FROM MY WEBSITE? GOOD, NOW GO DOWNLOAD & INSTALL THIS INSTALLER FIRST TO DOWNLOAD THE SOFTWARE, DONT WORRY.. IT WILL TURN YOUR BROWSER INTO CRAP..and etc.

29 November 2013

aku cukup xsuke bile aku berdepan dengan perkara seperti di atas.

nak download software tapi kena paksa2 download installer jahat dia. installer jahat dia akan merosakkan pc gempak aku.

browser google chrome akan tetiba bertukar arah.. jadi xtentu arah.

biadap betul kalau jadi macam tu.

aku memang dah lama dah tinggalkan amalan meng'install' benda2 pelik yang x diketahui kebolehpercayaannye ni.. sebab dulu mase kecik2 aku pernah lakukan, dan ianya meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap diri aku... dan diri pc aku.

aku paling rasa nak meradang / mencekik trakea, bile satu hari tu aku, pada zaman dahulu kala la ni.. satu hari tu kan.. aku bukak pc aku dari sleep yang lena,

klik klik!

(imaginasikan jemari aku sedang mengklik ikon gugel chrome)

.
.
.

PASTU YANG KUA FRONT PAGE DIA BUKAN GUGEL !

hapetahname search engine tu tapi kaler nak tiru2 gugel gak la nak biru merah kuning bagai~

AKU HANGEN.. sape la pinjam pc pastu download benda2 jahat yang seterusnya dengan x dijemput2, sesuka hati je nak ubah2 pc aku..

lama gile weyh aku nak membuang kejadah search engine tu..

bukan setakat uninstall je, kene cek kat C:, kene search hidden, browser tu masih gak lagi haramjadah.. sampai kene reset browser pastu habehh hilang segala bookmarks kesayangan. pastu siap dia ade akaun tipu kat dalam gugel browser lah ape lah... penat aku menggugel kat entenet.. makan mase 2 hari gak. lepas 2 hari. simptom2 kejahatan tidak kelihatan dah. aku bersyukur ke hadrat Ilahi.

semenjak hari itu,

katakan tidak untuk pemerdownloadan installer2 yang jahat dan tidak dikenali!

No comments:

Post a Comment