KOSONG

24 June 2011

sudah lama tidak menaip di sini. sudah lama leka dengan perjalanan hidup yang baru. sesekali aku mengerling pada button 'new post' di blog aku nih. tangan terasa kurang berkeyakinan untuk membawa kursor menuju ke button tersebut. aku risau.

erghh persetankan perasaan yang buat aku terbelenggu ini!

tap tap tap...

aku mula menaip, sedikit demi sedikit rasa yakin terbit di hujung2 jari. aku gagahi setiap bait dengan perasaan baru. perasaan yang dahulunya selalu wujud tapi pergi meninggalkan aku. aku yang menghalau mungkin. aku yang membenarkan ia pergi mungkin. perasaan itu... perasaan teruja setiap kali menaip di blog ini~

rakan kata, usah menoleh ke belakang.
aku kata, kita menoleh ke belakang untuk melihat di mana kita suatu masa dahulu, dan di mana kita ketika ini.

wujudkah kemajuan dalam hidup aku setelah beberapa lama ini? adakah aku berada di haluan yang tepat? 'hari ini lebih baek dari semalam, esok lebih baek dari hari ini', mampukah aku ungkapkan dengan hati yang tenang? atau hanya sekadar kata2 harapan untuk hari esok?

hey kamu, mari berusaha untuk hari esok yang lebih baek..

No comments:

Post a Comment