06 February 2011

WHAT HAPPENS IN VIETNAM STAYS IN VIETNAM

ye..masih lagi bercerita tentang pengalaman di vietnam..

- (^0^)/
masa dalam bas, aku suke lambai tangan kat awek2 naek motor.. dorang sporting je, sume pon senyum n balas lambaian. pakwe dowang yg tengah bawak moto pon same. ade sorang tu, de angkat tangan semula sampai handle moto senget2 macam nak tlanggar moto sebelah. ahaha~

- "abang kacak.. beli beli, murah tak mahal.. banyak kaler banyak design"
Kat area pasar Ben Tanh memang tempat membeli belah barang.. macam uptown gak la. barang murah2 tahap lupe diri gak la dorang ni membeli belah aku tengok.. aku tengok je aku xmembeli belah pon.

- 1 US Dollar = RM3 = 20,000Dong Vietnam
Aku membeli belah masa kak elmi ade kat sebelah aku je.. sebab dia pegang kalkulator (kalkulator saintific tu~) dan dia macam dah pandai nego2.. dah pandai bajet2 harga barang mana yang murah, barang mana yang mahal.. aku ikutkan je~

- "this guy got plan.. he got plan"
situasi : jalanraya lebar gile, 4 lanes untuk 1 way kalo xsilap aku.. pastu ade 2ways la plak kan.. pastu xde vietnamese yang nak melintas jalan, yang ramai2 nih sume ialah kami segerombolan anak Mesia dan ade omputih 2 3 orang. tibe2 syapik angkat tangan dan terus aje jalan.. kenderaan laen sume start bagi laluan dan gerombolan tadi sume follow belakang syapik.. sambil melintas aku sempat dengar omputih tu cakap ayat kat atas tu~

pengalaman melintas jalan yang penuh sesak ngan kenderaan (motosikal mostly..) memang best.

- "hati2 sket ye, table tu kecik je tu.. kopi panas tu.." <--aku yang duduk kat blakang ni pon bole dengar kakak stewardess tu cakap pada piei.
dalam kapalterbang MAS masa perjalanan balik. suasana yang friendly. aku duduk tepi tingkap, sebelah aku ade dua seat kosong. (masa online check-in, aku dah set kan ahli2 group yang sama tiket ngan aku sume duk tepi tingkap..)

*grup aku = aku,hazim,hazwan,ajim,encem. yg laen duduk sebelah2~


jam pukul 8malam lebih2 sket kot mase tu. sejurus selepas aku melantak nasi+ayam sweet sour. eishh rase lapar lagi la plak.. hoho. long story cut short, aku dapat lagi satu set nasi+ayam sweet sour dari abang steward~ cukup la kot 2 set. aku ni xde la pelahap macam si piei tu sampai 3 set melantak pastu siap mintak tambah ferrero rocher lagi.. xsempat hilang penat stewardess tu ulang alik amekkan macam2, mintak lagi air jus lah.. kopi lah.. sampai stewardess tu tanye "coffee? betul ni?" ahahah~ (^0^)>



p/s : aku xtransfer lagi gambar dari dalam enset aku.. wire enset aku ilang la plak~ (-__-")>

2nd p/s : ye aku tawu.. mesti member aku yang sorang tu akan cakap "asek ilang barang aje!(>o<)O"

04 February 2011

"DIA BOLOT SEMUA!"

bersempena dengan trip anjuran subjek elektif
HISTORY AND CULTURE OF SOUTH EAST ASIAN ARCHITECTURE AND ITS BUILT ENVIRONMENT,
aku dan 12 rakan laen + 2 lecturers bersama keluarga masing2 bersemangat menuju ke Vietnam selama 4 hari 3 malam (30 Jan 2011 - 2 Feb 2011) untuk berjalan2 bersuka ria enjoy belajar tentang culture orang vietnam~ ehem2

TRIP TO HO CHI MINH, VIETNAM
bermula dengan perasaan 'eh kite ni pegi ke tak nih' + blur2 disebabkan tiket yg dibatalkan. baca post sebelum ini untuk berita selanjutnya <-- boleh klik sini

MALAYSIA AIRLINES
MH 758
KL - HO CHI MINH CITY
Sun 30 Jan, 1415 hrs


dalam kapalterbang MAS, aku teruja sebab ni 1st time naek kapalterbang~ ahaha.. dapat makanan pulak tu! ahaha aku suke~

__________________________________

flight lebihkurang 2 jam. sampai Tan Son Nhat International Airport +- 1645/4:45pm waktu mesia @ 3:45pm waktu Vietnam.

kua airport, ramai giler orang.. terasa macam orang femes jap. hahaha. ramai orang tunggu sanak saudara dan ahli keluarga sebab tengah musim raya; tahun baru cina.

waktu kami gi trip nih memang tepat2 dengan waktu semua orang vietnam balik ke vietnam dan menuju ke tengah2 bandar; Ho Chi Minh. so keadan memang sesak giler2 dan orang ramai xagak2! happening gile bandar nih!

Travelguider Mr Anh datang jemput kat airport, kami naek 2 van gi Hong Thien Loc Hotel, situated kat tengah2 bandar. nice!

dalam van, culture shock jap tengok banyak sangat2 motorsikal kat jalanraya.. memang sangat banyak dan trafik kat Vietnam agak gila2.. contohnya, kat junction, xde sape pon yang berentikan kenderaan.. semua bergerak ke 4 arah berbeza dengan hon masing2 taknak kalah. tapi xde accident atau maki memaki berlaku. bunyi hon memang banyak tapi lebih kepada cara untuk cakap 'tumpang lalu'.. kekadang ade kereta/van/bas yang amek jalan sebelah macam memotong la kan.. pastu kereta yang memotong nih siap hon lagi pada kenderaan yg lawan arus tu. gile.. dah la amek jalan orang, hon lagi pulak tu mintak orang yg kat lane yang betul tu ketepi! ahahaha

rata2 orang vietnam naek motor. aku perasan moto jual kat tepi jalan macam jual limau mandarin! letak rapat2 pastu kat area handle ngan seat ade tutup ngan corrugated paper/ kotak kertas pastu balut ngan plastik.

awek2 vietnam tengah ramai kat tetengah bandar~

sampai hotel, dapat kunci.. 2 orang sebilik. aku sebilik ngan encem. 201. sesampainya di bilik, budak2 laen nih bising2 bilik kecik.. ahahaha bilik aku besar lah weh!! rupa2nya, ade yang dapat bilik kecik; bilik tengah, betul2 muat 2 katil, xde tingkap,dapat bathtub.. dan ada yang dapat bilik ujung (macam aku); bilik besar, ade tingkap ngadap bandar, xde bathtub ade shower. hoho aku suke bilik aku~

lompat2 atas katil sambil pasang aircond dan bukak tv.. check channe kat vietnam . . . banyak gile channel dorang nih! 80 channel termasuk V Channel, HBO, MAX, DISNEY ntahape lagi ntah macam kat astro tu.. pastu aku stop kan kat channel yg tayang Wenthworth Miller..

eh ade Prison Break la~ tengok jap la. *sambil kuatkan volume*

jap lagi kua suara awek vietnam, alih bahasa rupenye.. (-__-")>
yang buatkan alihbahasa ni semakin xleh blah ialah, sorang pengalih bahasa je ade untuk satu cerita! hahahahah.. dah tu, xde intonasi jerit2 pon semua dia baca macam baca berita! ahahaha

"dia bolot semua" hahaha~

03 February 2011

"EHH? MACAM NI JE KE PERASAAN NAEK KAPAL TERBANG??"<--tanpa perasaan teruja

30 Januari 2011

4:00 pagi - waktu2 kritikal aku.. sambil2 final touch up. aku xtido mase nih sebab aku bz wat keje.

4:30 pagi - "pai bangun!" <--mesej dari ajim. aku tumpang kereta ajim nak gi LCCT, dah janji nak jumpe kat KAED tepat pukul 5pagi.

5:00 pagi - aku sampai KAED, ajim sampai KAED. memang nice.. xmacam janji melayu, tidak gagal! xcukup member lagi nih, amek Hakim/Encem kat mahallah Seman jap..

5:10 > 6:00 - zzZ z. disebabkan aku xtidur malam tadi.. memang senang2 je aku tido mati dalam honda civic. bangun2 dah sampai LCCT. muke sembab2 terus aje salam2 ngan ayah ajim, cakap terima kaceh dan g solat subuh.

lepak kat mcD..
sarapan sket.. 3 remaja nih memang yang 1st sampai, sebab flight pukul 9 konon2 kene sampai pukul 7pagi.. secara keseluruhan ade 3 flight berbeza utk kami semua; 9pagi, 2petang, 7maghrib...

AIR ASIA
AK 885 Economy
KL - HO CHI MINH
Sun 30 Jan 2011, 0910 hrs


aku duk perati je bende nih kat kertas yang aku print nih, travel itinerary...

__________________________________

sementara ajim ngan encem g kaunter nak amek tiket, aku g tukar duit jap.. aku tukar sampai dapat 100 USD. rugi sket la sebab tukar kat LCCT.. hmm

pergi mendapatkan ajim kat depan kaunter...

"ticket yang kite booked tu dah di cancel" encem jawab ringkas dan cool


sebenarnye tiket yg di booked tu dibayar pakai kad kredit member kepada member.. kad kredit de tu dah lebih limit ke ape tah, so kire xbayar la.. lepas tu tiket yg di booked tu pon lesap lahh~ hoho

huh. benda macam ni bukan boleh gelabah2. bukan mase untuk emo2. pikir option.. pikir option cepat... member laen sume haram xtau lagi.. tengah leka dan alpa lagi xsampai2 airport.

__________________________________

8:00 pagi - madam zuraini sekeluarga dah kua duit beli tiket Air Asia on de spot mase tu jugak. beberapa ribu keluar laju je~

madam aziah lagi cool "jakarta.. surabaya.. emm, nak gi mane ea? saya dah penat packing barang takkan xjadi pulak! cari je tiket g mane2~"
ahahah. madam aziah terrbaekk!

aku, jim, encem?
8:00 - 12:00 tghari - relax.. lepak kat mcD jap.. lepak2 kat old town jap.. lepak2 kat marrybrown jap.. lepak2 semula kat mcD... (hujan lebat la jugak kat lua tu..)

__________________________________

madam aziah g KLIA dan dapatkan tiket untuk kami semua! harga xsegilebab macam yg AirAsia letak.. harga RM650.. kurang sket kot.. pergi balik.

bersyukur gile!

aku xpernah naek kapalterbang lagi (-__-")> dan encem cakap untung gile sebab pengalaman pertama aku naek kapalterbang ialah naek kapalterbang MAS.

"kalo naek AirAsia, mesti kau akan cakap 'macam ni je ke naek kapalterbang?' <--tanpa perasaan teruja" jelas Encem~

hahahaha.. aku suke!

__________________________________

naek kapalterbang MAS ialah pengalaman terrbaekk!! ahahahah aku teruja! (tunggu aku cerita ape jadi masa tengah flight! ahahah~)

01 February 2011

SIN CHIAW~ (^0^)/

'sin chiaw' (Hello in Vietnam)

wiiwiii~ (^o^)/

TRIVIA : Ho Chi Minh tengah ramai gile orang skang nih sebab sume orang datang ke bandar bile nak masuk tahun baru~

hohoho~

p/s : oh ye, Vietnam xde FB

27 January 2011

COOLER THAN ICE COLD

cuba-cuba je..
kalau dapat baguslah,
kalau xdapat pon xpe . . .

"sekurang-kurangnye dah cuba" kate mama

yeahh.. mama memang cool lah. kite try la nih~

25 January 2011

MARI MELUKIS

Boat Quay



Marina Bay Sands


.

.

.

23 January 2011

AKU BUKAN VAMPIRE !!

walaupon aku nocturnal / aktif waktu malam

xmakan sayur

dan

.

.

.

alah pada bau bawang putih dalam sos thai.. (-__-")>

*hilang selera bile member tuang sos thai time makan KFC same2~*


p/s : tapi snack plate aku tetap abes.. jangan risau