17 August 2019

Arahan.

Satu sikap yang aku tidak suka ialah suka memberi arahan. Sesiapa yang dekat dengan aku patut sedar yang aku jarang memberi arahan.

Pada adik - beradik..
Pada rakan - rakan..
Even to my wife.

Buat sesuatu perkara dengan ikhlas. Nak buat, buat. Taknak buat, tiada paksaan. Kalau aku rasa perkara tu perlu dibuat, aku buat sendiri. Ye betul ada masa yang kita memerlukan bantuan / pertolongan orang lain. Tapi kita juga perlu ingat, bantuan atau pertolongan orang itu adalah optional. Dia boleh jadi nak tolong, dan dia juga boleh jadi tak nak tolong.

Tolong, "thank you"
Tak nak tolong, "ok takpe" dan perlu berlapang dada. Tak kira lah jika kita sudah lapan kali tolong dia tapi dia baru tolong dua kali.

Sebab in the end, kita tidak boleh mengharap balasan setimpal daripada manusia. Hanya perlu yakin, setelah kita tolong orang, Allah yang akan bagi balasan setimpal. Bukan daripada manusia yang kita tolong itu.

____________

Satu lagi sikap yang aku tidak suka:

A: Ada apa-apa yang perlu dibantu?

(bagus dah tu macam ringan tulang, bertanya nak bantu apa.. Tapi,)

B: Ok tolong tutup lampu bilik depan.

A: C, tolong tutup lampu bilik depan.

(tiba2 suruh C pula. Ingatkan nak buat sendiri...)

Mind you this is not the case in an office where A sees colleague C doesnt have work to do, and asking for work to be done by C. Itu lain cerita.

Dalam situasi di atas, jika C jawab dia tidak mahu tolong, A perlu terima kenyataan dan tutup lampu bilik depan sendiri. Dan berlapang dada.

Meminta pertolongan harus diikuti dengan penerimaan bahawa terdapat dua outcome:

Yes or no.

Belajarlah berlapang dada apabila orang tidak mahu menolong kita.