Showing posts with label biarkan 'BudakSekolahSains' berdakwah. Show all posts
Showing posts with label biarkan 'BudakSekolahSains' berdakwah. Show all posts

07 March 2012

MARCH MARCHING







____________________________
This year we aim to celebrate 30 March as an international event to demonstrate our solidarity with the Palestinians and to protect Jerusalem. GMJ will demand freedom for Jerusalem and its people and to call for an end to Apartheid and ethnic cleansing policies affecting the people, land and sanctity of Jerusalem, a crime not only against Palestinians but against all humanity.

GMJ will unite the efforts of civil society, getting the conscience of the world citizens to peacefully demand an end to Israel's defiance of International Laws and to end the occupation of Jerusalem and Palestine at large.

GMJ will mainstream the pristine cause of Jerusalem, the City of Peace, which holds the key to peace in the region and the world. Together we will all make history, inspired by our passion for peace, our conviction to a just cause and the spirit and determination of the young people in the “Arab Spring" who have overthrown autocratic regimes.

28 October 2011

25 September 2011

CAKAP BANYAK PON XGUNE...

Selamat sejahtera ke atas kamu,

aritu ade satu magrib, aku lepak kat area bazar AXIS/ KAEDFEST 2011.. (a'ah ye aku melepak time magrib2, bukan bagus pon aku nih untuk nak menegur orang..) tapi aku tegur gak la junior yg pakai nametag KAEDFEST mase tu... sebab pukul 7.30pm tetiba pasang lagu Bruno Mars kuat2 kat speaker besar..


member aku post nih kat group dalam FB...
sedikit sebanyak, ayat2 pedas beliau ade betulnye..





cakap banyak pon xgune.. jom~

20 August 2011

KHUTBAH AWAL RAMADHAN (tapi aku sampaikan dah nak kat akhir2 ramadhan...huu)

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya: “Rasulullah SAW berkhutbah pada hari terakhir dari bulan Syaaban di hadapan kami. Maka baginda bersabda:


“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang hebat lagi penuh keberkatan iaitu bulan yg di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ini, Allah telah menjadikan puasa di siang harinya suatu kefardhuan dan ibadah sunat di malam harinya suatu tuntutan.


Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu amalan sunat di dalamnya, samalah seperti seorang yang menunaikan suatu amal fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu amal fardhu di dalam bulan Ramadhan samalah seperti seorang yang mengerjakan 70 amal fardhu di bulan yang lain.


Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan adalah bulan memberikan bantuan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa maka ganjarannya adalah pengampunan bagi dosanya, kemerdekaan dirinya dari neraka dan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun dikurangkan pahalanya.


Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah SAW, bukan semua kami mampu memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa?.” Maka bersabda Rasulullah SAW: “Allah tetap memberikan pahala ini kepada orang yang memberi walau sebiji kurma atau seteguk air atau sehirup susu.


Dialah bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu/pekerja), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.


Kerana itu, banyakkan 4 perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua daripadanya untuk kamu meraih redha Tuhanmu dan dua perkara lagi adalah keperluan kamu yang mendesak.
Dua perkara yang pertama adalah banyakkan mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah (ucapan LailahailLah) dan mohon ampun kepadaNya (ucapan istighfar).
Dua perkara lagi ialah banyakkan (berdoa) memohon syurga dan berlindung dari neraka.


Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan sekali minum yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga ia masuk dalam syurga
.”



Rujuk : Kitab At Targhib Wat Tarhib karangan Imam Hafiz Al-Munziri



__________________________________

artikel ni aku copy daripada Naqib Usrah, untuk kite semua~

18 August 2011

ESEI PANJANG DI BULAN RAMADHAN

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR DI BULAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali 'Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza'ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza'ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza'ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud 'kemenangan' dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD S.A.W. KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL 'UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al 'Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al 'Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al 'Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH, PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa 'tidak dapat ditawan' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


_________________________________

Naqib usrah aku yang bagi ni.. semoga kita semua beroleh manfaat dari bahan bacaan ni.. insyaAllah. aminn.

Tenkiu Abang Muhammad Mubasyir Mohamed Hatta. <--hah! kenal x?

10 August 2011

USAHA DAN TAWAKAL

lepas solat istikharah bace doa nih.

* bole klik gambar untuk tengok besar2 punye~

28 June 2011

semakin lupa diri

alamak mennn~

usrah xbegerak semenjak aku masuk prektikal.. gile... dah lama xlepak2 tarbiyyah diri.. aceeeceh, xde la bagus sangat pon aku nih, xbagus langsung. cume, aku nih jenis yg follow the flow, ape yg ade depan mata tu aku kaut je.. so kalo xde pape xtvt cam tu (cm yg nak bagi insaf2 tu..) mmm, makin terawang2 la aku..

aritu ade gak la dua kali gua join macam talk2 kecik dalam LR kat... kat bangunan admin. penceramahnye senior2 usrah group besar. ni yg campur sume dak uia course laen2. hoho. wakil kaed ade aku ngn piei (junior 3rd year nak final heritage sian dorang bz).. kebetulan tgh boring mase tu.. oke la pengisian best! kelakar2.. dan disebab kan aku nih dah mencipta fenomena suatu masa dahulu, aku mmg femes sket. OHH! ahahaha. belagak~

xlah, aku ni memang antara yang bising2, perangai pening2, lawak tak beringat.. haa, kompem2 la nama aku kena sebut je~ ahaha.

terima kasih abang2 usrah sebab masih ingat ana walaupon lama dah kite xjumpe.

xsangka aku.. masuk dah la lambat sket, terus je abang tu cakap "fairuz.. fairuz geniuz.." <--sambil td dia bceramah kat depan class... hohoho. awek tudung labuh ramai duduk belah kanan class tu.. market2~ wahahaha.. <--tengok la tu perangai xmacam budak usrah.. malu lah weh pai! err oke2~(-___-")>

btw, usrah ni mengeratkan silaturahim antara aku ngan orang2 yg jauh lebih bagus dari aku.. dan walaupon aku cani.. cam pening2 gile cani, dorang masih melayan aku, dan xde double standard pon.. so xkesa siapa kita suatu masa dahulu, xkesah macamana kite sekarang, yg penting usaha yang kite buat untuk diri kite tu yg penting..

"orang tu kalau dia berkawan dengan penjual minyak wangi, sikit sebanyak dia pon akan terpalit dengan wangian tu jugak..."

terima kasih kawan2

03 June 2011

TENENET..TENENETT~ <--bunyi henset aku bila dapat mesej

Apabila masuk saja bulan Rejab kita digalakkan berdoa,
"Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikan aku ke bulan Ramadhan"

p/s : 3 Jun=1 Rejab :)

________________________________

tenkiu sebab mengingatkan aku~

11 April 2011

TISU SEPULUH RINGGIT

"assalamualaikum.. " ujar pakcik itu sambil dipimpin seorang makcik.

.

.

.

seraya itu jugak aku teringat,
ade member aku yang pernah cakap betapa dia rasa xpatut untuk orang mintak2 duit ni.. macam xberusaha.. ntah lah..

macam ni laa..
kalo kau xde keikhlasan, xpayah bagi.. kalau dalam hati ade terlintas rasa macam xbape nak puas hati bile pass duit tu.. xpayah la. kau pandang je member kiri kanan kau~ hahah

tapi,
xsalah untuk berfikiran positif.
macam kau beli barang ciput je bayar gune duit besar pastu cakap "nevemaen, kip de cen~" (hah! omputihh kemaenn! hebakk mu nihh~)
kau boleh jugak anggap yang kau sedang membersihkan harta kau dengan bersedekah. xpayah pikir panjang2 pasal ke mana duit tu pergi, siapa yang dapat keuntungan sindiket ke hape ke.. xpayah pikir susah2. pikirkan part kau aje (lelaki memang malas nak pikir2 bende panjang2 sampai jadi komplikated..)

lagipon,
ade sorang member aku cakap, dia kalo time2 tengah sengkek, mase tu dia akan lebihkan 'memberi'.. nape? sebab dia percaya nanti dia akan dapat pulangan berganda! *pulangan berganda - macam iklan pembiayaan rumah dan insuran bla bla bla aku taktau pon.. tibai je..* mungkin betul mungkin tidak tapi ini semacam satu daya semangat bagi dia. aku agak suke gak idea tu.
try lahh! (^-^)

.

.

.


*lalu John (bukan nama sebenar) membelek wallet Levi's <--yg beli kat Danau la tapi~ . . . ade satu jenis duit je. tapi dia xragu2, dia tawu ini pon salah satu dugaan, kalo kecik cani punye hal pon dah kalah ngan nafsu.. memang haramjadah~*

it's your call now~
_________________________________________





p/s: btw, best jugak beli tisu dalam plastik kecik2 yg cam orang pompuan selalu simpan dalam beg dorang tu~ bole lap hingus. hoho (srroooot2~)

19 February 2011

GO TO HELL !

sape dengar khutbah kat masjid sultan haji ahmad shah / masjid uia semalam?

hoho

khutbah semalam cakap BI, xde alih2 bahasa laen, dan sangat panjang sampai pukul 2.30pm baru habeh.. baru solat jumaat.

impak khutbah semalam agak boleh tahan gak la dari perspektif diri aku. ntah kenapa aku tak tidur langsung semalam kat masjid.. xngantuk lak tetibe. so dengar jelah..

mase aku masuk masjid mule2 tu khutbah dah start dah, aku macam xamek pot sangat.. sambil2 cari tempat nak bersandar, aku dengar khatib cakap pasal PLAN. PLANNING. IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL... macam biase2 punye peringatan..

pastu khatib cakap lagi pasal Rasulullah dulu plan gile2 setiap apa yang dilakukan.. contohnye mase nak berhijrah; dah plan elok2 siapa yang patut ikut, sape tinggal. sape sediakan makanan. bile bertolak. rehat kat mane, etcetera.

lepas tu khatib bercerita, cerita ni memang sume orang dah tau rasenye. cani;
seorang hamba Allah ni datang ke masjid naek unta pastu tak tambat pon unta dia, hamba Allah ni cume berserah je pada Allah.

aa semua pon tau kan?

so ape yg baru kali ni dalam khutbah?
khatib tu bitau pasal the nature of camel. kite kalau bela kuda, bela keldai.. sampai satu masa haiwan tu akan jinak dengan tuan dia.. tapi kalau unta, asal dia dapat lari je dia mesti lari.. they run like they never knew you. agak kelakar gak dia cerita nih..

ok. berkenaan cerita tadi, salah konsep berserah je tu, memula kena usaha dulu, baru boleh berserah. semua benda kena ada planning.. planning.. planning. aa camtu lah lebih kurang.

so what's the first thing to do? (khatib bertanya)

solatul fajr!
solat subuh! kenapa kat masjid nih mase solat subuh, dua row pon xpenuh? ini bukan khatib dengar2 aje, khatib tu sendiri dah solat subuh kat sini. (btw, khatib ni foreigner gelap2 sket, suara and pronounciation ada gaya2 ahmad deedat sket)

solat subuh dua row pon xpenuh, tapi sekarang (mase solat jumaat) penuh sampai ke luar! sampai ke kaki lima!

IS THIS A PHENOMENA THAT WE CALLED 'FRIDAY MUSLIM PHENOMENA'??


FRIDAY MUSLIM PHENOMENA. orang datang masjid masa hari jumaat aje.. ntah2 ada di kalangan yang datang ni xtau pon kenapa datang masjid. ntah2 ada yang datang ni sebenarnye xpasti pon Allah tu wujud, but just in case if Allah do really exist , and you're being called and ask what you've done while you're alive, you can say that "i have been to Friday prayer".

hoho.. ni ayat yang paling melekat kat kepala otak aku sampai sekarang.. macam sedap2 je ayat tu buat kau tersengih tapi dalam masa yang sama berbekas kat hati.

khatib sambung lagi, "all friday muslim will go to hell"

if you dont plan to go to paradise, then you must be planning to go to hell. there's only two options in the hereafter.

akimissolah!
set priority.
do planning.

_______________________________________

lepas dengar khutbah ni, buat ape? berubah x?
entahhlahhh~

aku gi solat subuh kat masjid pagi tadi. saje. selama ni gi masjid hari jumaat je~ selama ni aku friday muslim je.. tengok sket ape jadi pagi ni ramai x kat masjid.. 3 row.

habeh solatul fajr, ade ceramah.. dari orang yang jadi khatib semalam. isi ceramah? aa tu kat post laen pulak..

ape kau ingat aku ni rajen sangat?

14 February 2011

"JOM SAMBUT VALENTINE!!" *tiba2 kritikan datang bertubi2 pada anda... dan anda pon blur2 dan macam xdapat terima hakikat..lalu anda pon "apehalll?!"*

assalamualaikum,

aku ni kalau nak kate 'alim / berilmu tinggi mengenai hal2 agama' ni... agak jauh la sebenanye~
belajar2 gitu je..
dengar2 gitu je...
bace2 gitu je....

so penerangan aku biasenye macam orang2 kurang ilmu. maafkan aku.

topik hari ini ialah topik hangit setiap kali tiba tarikh 14 Februari.

ahahah VALENTINE DAY~

selaku orang Islam, kite follow guidelines dari Al-Quran dan Sunnah. dalam Quran Allah ade mention..

'kalau follow ritual satu kaum tu, kita akan jadi kaum tu'

..aAaa ni macam versi translate orang kurang ilmu macam aku ni la ye. siapa2 yang lebih arif boleh tolong betulkan aku.

ade member tanye :

xboleh ke nak wish2 mase 14hb Februari?
tukar2 hadiah mase 14hb Februari tu haram ea?
kalau xde sebut perkataan 'hepi valentine' tp bagi hadiah.. oke x?

ni kalau tanye kat orang alim2 ni jawapan dia mudah je.. "xboleh.. salah.. haram..negatif.. dan jawapan2 laen yg merujuk kepada ayat/ perkataan larangan"

jawapan aku?

emm... (disebabkan aku ni kurang ilmu..) pada pandangan aku, janganlah celebrate Valentine atau melakukan perbuatan yang dilakukan pada hari Valentine (cth : bagi2 hadiah.. wish2.. ) sebab kalau buat itu, nanti dah jadi 'memfollow ritual kaum laen'.. lawan larangan dlm Quran? dosa tuh..

so kalau nak bagi hadiah nak wish tunjuk kasih sayang sesama suami isteri contohnye, lakukan je pada hari laen.. selain 14hb Februari.. pilih jelah hari laen. ade lagi 364 hari bagi tahun biasa dan 365 hari bagi tahun lompat (2012 nanti tahun lompat..)

kalau buat camtu..... tak bercanggah lah kan? dah tentu mase kau bagi hadiah tu kau xde terdetik terniat dalam hati yg hadiah tu adalah bersempena 'hari valentine' yang kau tak sambut tu kan? kalau wish pon, mestilah wishing itu xde menyebut tentang 'valentine'...

oke x skang?

(plis lah kawal nafsu korang untuk memberi hadiah pada 14hb Februari.. korang lampiaskan lah nafsu memberi hadiah tu pada hari laen) haa hambek kau ayat-pakai-lepas~

sori laa kalau idea aku ni bangang2 sket di mata orang2 berilmu tinggi dalam bab2 agama.

aku dah pernah terangkan dulu tentang cara setiap orang berfikir tu xsama bergantung pada tahap ilmu dia. kalau lahir2 dah dalam keluarga imam, pastu belajar tinggi2 kat sekolah agama, memang orang tu akan dapat terima aje idea 'halal haram' - xpayah nak elaborate panjang2, ikut logik akal, dan xpayah bagi fakta2 duniawi.

penerangan aku bagi ni untuk orang2 macam aku. atau mungkin untuk aku sorang je..~

08 February 2011

SESI BERMUHASABAH BERSAMA SENIOR BERJIWA URBAN YG TINGGAL DI NEGARA OSTROLIA . .

hari ini ada usrah.
usrah ada domino piza.
hari ini ada usrah.
usrah ada Bro Ajil, naqib lama aku.

ini sesi muhasabah diri aku...


Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[al-Kahf 103-104]

- orang yang paling rugi ialah mereka yang buat amalan tapi sebenarnya amalannya xditerima sebab amalan tu salah.. orang yang tersesat bila melakukan amalan, rugi lah kan sebab buat3 amalan tapi xdapat pahala pon, lagi parah bila tetiba dapat dosa pulak.. itu kalau salah dari segi amalan tu. so, perkara pertama sekali ialah akidah perlu betul. daripada akidah yang betul.. baru la semua perlakuan kita yang diniatkan 'kerana Allah Ta'ala' jadi bermakna. dapat ganjaran.

macamane nak tau kite betul ke x?

ganjaran yang kite terima di akhirat kelak.

tapi macamane nak tau tu sekarang? ganjaran tu boleh nampak mase dah mati nanti, mase dah dibangkitkan semula nanti..

memang kita xtau Allah terima x amalan kita skang, tu yang usaha kita kena gila2 tu.

oke bayangkan situasi ni : kite jawab exam.. bile kite tau yang kite jawab tu betul atau x? kekadang tu memang la kite dah konfiden xberagak dah gebang panjang kemaen sebab banyak idea kan..

tapi bile kite tau kite jawab betul atau x?

"lepas dah fail (-__-")>" <--piei jawab soalan Ajil, spontan memecah keheningan malam.

ahaha. betul tu, lepas da kua result la. mase tu dah xleh watpe dah.. so berbalik kepada sikap mengulangkaji pelajaran tu.. berapa rajin kite sebelum jawab exam tu yang penting. makin rajin makin cerah la peluang.



- ape tujuan pergi usrah? usrah bukan macam kau pergi dengar ceramah kat masjid.


- hidup perlu ada tujuan. hidup perlu ada objektif. hidup perlu ada silibus yang kena dihabeskan. ape silibusnye? Nabi Muhammad dah ajar silibus tu selama 23 tahun jadi Rasul. semua ada dalam Quran tu.

silibus first, aqidah kena betul dulu..

mase zaman Nabi dulu, mase awal2, orang Islam memang kena tindas aje memanjang. bila tanya pada Nabi; kenapa kite x perang lagi nih? apesal x g perang lagi nih?

Nabi jawab; sabar dulu. Akidah kena betul dulu.


- Siapa pemimpin umat Islam sekarang?
. . . . *senyap je xdapat jawab*

memang pon sekarang kita xde satu pemimpin, bukan macam masa zaman Nabi dulu, Nabi Muhammad, lepas tu Khalifah 4 orang.. pastu Khalifah2 laen, Muawiyah.. pastu keturunannya pulak..
Skang ni macam dah balik ke zaman jahiliah, masa zaman sebelum datang Islam, datang Nabi Muhammad. ade kes orang bunuh anak sendiri? ade kes orang bunuh orang? riba' tipu sana sini.. macam zaman jahiliah x?

cerita klasik :
suatu hari isteri Nabi dapat daging orang bagi. daripada daging yang besar la jugak tu, isteri nabi sedekah2kan pada orang laen tinggalkan sikittt je, untuk nabi.
"wahai Muhammad, aku dah bagi2 daging, banyak2 pada orang laen. dan tinggalkan sikit aje untuk kau"

nabi jawab "sebenarnya, bahagian daging yang banyak yang dah di bagi pada orang laen tu lah bahagian aku, bahagian yang sikit nih bukan aku punya"

??

maksud nabi ialah, harta yang kite bagi masa sekarang ni lah sebenarnya harta yang bakal jadi milik kita bila kita dibangkitkan semula nanti.. so betul la ape nabi cakap; daging yang banyak2 yang dah bagi orang laen tadi tu yg daging milik nabi (ketika di akhirat kelak), daging yang nabi makan yg sikit tu pulak ialah milik orang laen (orang yg bersedekah pada nabi)

- (masuk semula bab objektif/ tujuan/ silibus tadi) Menyampaikan ceramah/ dakwah tanpa tujuan/ objektif/ silibus buatkan orang lost. macam pergi dengar ceramah, lepas tu bile balik xleh nak relate ngan kehidupan harian.. lost camtu je.

Ulama ada objektif dalam menyampaikan dakwah mereka.
contoh satu; Dr. Yusuf Al-Qardhawi fokuskan dakwahnya pada fiqh alawiyah. ape tu? fokus pasal fiqh.. pasal percanggahan orang ramai tentang hal2 agama, hal2 dalam mengerjakan ibadah..
contoh dua; Said Thabit fokuskan dakwahnya pada permasalahan tentang mazhab. percanggahan orang ramai tentang mazhab mane betul mazhab mane salah.. beliau study semua empat2 mazhab.. pastu ajarkan pada orang ramai bahawa semua mazhab betul mengikut konteks yang betul.. bila masa nak apply, kenapa wujudnya mazhab ni dll.

tau x ape objektif agama Yahudi?
objektifnye jelas, dan mereka betul2 capai... tau x? menguasai dunia!

tau x ape objektif agama Islam?
*krruuukk kruukk kruukk*

menguasai dunia jugak! tapi kite xtau pon...

masa nabi nak wafat dah, nabi arahkan Usamah, remaja umur 17tahun untuk g Rom, perang sebarkan Islam. kalau pemimpin skang nak mati, ade sebok2 nak pikir pasal nak sebarkan dakwah luaskan agama Islam? mesti dah bz pikir pasal diri sendiri je kan?

lepas tu nabi wafat.. mase tu ade yg mula berpendapat batalkan je dulu hal g Rom tu, sebab masih tengah bersedih dengan pemergian nabi kan.. tapi Umar kate, nabi dah bagi arahan, kena laksanakan.

- Siapa yang pencen? orang kerja opis.. orang ulama, orang berdakwah xde pencen die.. sebarkan agama sampai mati.

- Kita yg muda nih perlu ada objektif, bukan masa dah tua nanti. objektif ialah silibus.. perlu ada silibus, baru ada hala tuju. Quran turun ikut silibus. skang ni kalo tengok Quran dah susun leklok. tapi tau x surah mane yang turun dulu yg mne yg turun kemudian?

starting ngan al Alaq, (Iqra.. 'bacalah'..) pastu al Mudassir (maksudnye 'yg berselubung'.. isi de cakap pasal sekarang bukan masa untuk tido, bangun!).. lepas tu lagi al Muzammil ('yang berselimut'. cakap pasal bangun je xcukup.. kena menyampaikan..) . . . sampai la surah last, al Ma'idah (takutlah kamu kepada Allah, tempat kamu kembali)



buurrpp.. alhamdulillah~ kenyang makan domino piza banyak kemaenn xabes tu ha..


- tanya lagi sekali... ape tujuan pergi usrah? usrah bukan macam kau pergi dengar ceramah kat masjid. (nak tau? mari lah join~)


p/s : segala salah silap dalam penulisan di atas adalah dari kelemahan aku. kalau ade silap btau lah.

__________________________________

pesan Bro Ajil,

"Orang yang datang, berceritalah pada yang tidak datang.. kerana mungkin orang yang tidak datang itu lebih mengetahui daripada kita yang datang~" ini hadith.

selamat jalan bro Ajil. jumpe lagi bile bro balik Mesia semula bile dah lama2 nanti~ (^-^)/

18 December 2010

KADANG-KADANG KITE TERLUPA . . .

p/s : aku rase macam nak menulis pasal ni lepas aku
tengok post kat
blogserius ni
<--boleh klik


Kadang-kadang kite terlupa . . .
sebab tu la kite dianjurkan untuk saling mengingati sesama kita.

aku ni bukan bagus sangat, nak suh lawan bahas pasal agama pon xsegempak mana.. kalau salah cakap, jadi dosa lak karang.. kalau hujah xkuat, buat orang makin xpercaya pulak, kalau cakap sambil maki2, jadi macam sesetengah orang Islam kat luar sana yang konon nak tegakkan Islam, tapi pastu memalukan Islam semula sebab molot tu pakai lepas je maki2 carut2. ingat, nak berdakwah ni kene berhemah, baru orang respek. bile menulis bab2 menyentuh sensitiviti agama atau masyarakat, biar elok2.. kasi semua orang terkesan dengan penyampaian yang jelas dan berhemah tu.

aku nak cakap satu je, bende haram ni, kau pusing2 cemane pon de haram gak.. logik akal manusia tak mampu nak lawan hukum halal haram dari Allah.

Lecturer aku, mdm Zaiton cakap aritu berkenaan cara menangani masalah yang salah..contoh macam masalah buang bayi (adakan satu centre untuk jaga bayi tu), masalah HIV(bagi kondom pada remaja),

"ni la umat akhir zaman.. akhir zaman memang macam ni. keburukan tu dah terlampau berleluasa sampai kite kena macam bertolak ansur pulak.. macam, nak buat seks boleh, tapi kena pakai kondom"


di bawah ialah beberapa contoh benda2 yang boleh buat orang berfikir salah, macam 'ehh betul jugak tu, ape salahnye kan? dorang pon orang jugak.. let em speaks their mind bla bla bla pung pang pung pang'


SIKAP KONFIDEN GOLONGAN INI
<--jemput la klik.

penah dengar pasal kaum nabi luth? lupe dah ye?
<--boleh klik sini kalau lupe~


______________________________________


bahan bacaan ringan untuk kite2
<-- jemput laa klik sini jugak ye ;)

17 October 2010

STRESS IN : STRESS OUT ~

nak bagi nampak elemen islamic sket pada sesuatu bangunan tu, ambil kira la pasal level of openness de.. jangan bagi see through sangat~ kalau rumah stail islamic ni, kena amek kire pasal privacy. kalo dah bubuh dinding glass je sume, duduk dalam rumah pon sang gadis yang sudah akil baligh kena pakai tudung pakai baju lengan panjang seluar stoken siap2.. kesian x? kesian x?

___________________________________

aaa.. ini aplikasikan juge pada pakaian yang see through tu. yang nampak baju ketat dalam tu. seronokkkk je aku tengok ha~ (huu huu sonokknyeee2~) ahh nak salahkan aku usya pompuan camtu satu hal lah, satu hal lagi ialah tujuan nak bagi nampak dalam tu nak watpe? lelaki memang la ramai yang suke, kalau bole nak lepak same2~ pastu nanti kat neraka pon lepak same2 gak. ahaha

___________________________________


oke berbalik kepada bangunan islamic. toilet de tu jangan bagi mengadap atau melawan arah kiblat. *kiblat?? haa ye arah kiblat.. 292° 30' 00"* ade banyak lagi arah laen, pandai2 lah aplikasikannya.

dan disebabkan kite ni dapat pahala kalau masuk toilet kaki kiri, kite kena design bagi orang tu gune kaki kiri mase melangkah masuk. cemane wehh? buh signbod ke?

pintu toilet tuu.. kan kan, buat engsel de kat belah kanan. so daun pintu tu bile orang bukak/tolak, lepas tu kebiasaannye kite manusia yang berjalan dengan dua kaki ni akan melangkah pula dengan kaki kiri dulu ke dalam jamban itu. xpernah perasan ea? gi toilet kali ni try~


err bende gelap ni aku punye CAD embassy building 3rd year taun lepas.. tu pintu toilet tu camtu, so langkahan pertama mase masuk tu insyaAllah la kaki kiri. haa OKU lak kasi de kat depan2 aje, xkeje lak kan dowang nak lalu kat 'drop' tu.

emm lagi,

kalo wat bangunan besar2 megah2 tu musolla jangan la bagi kt basement terperuk kat ceruk, tambah lagi ngan tempat amek wuduk (ablution area) pompuan kat lua (wat de..!?) ohh ohh, jangan lupe circulation orang nak masuk surau tu. xkan nak bagi pintu masuk tu kat depan nanti orang lalu lalang la depan orang semayang.. xelok pulak dah jadinye. dan separation antara jemaah lelaki ngn pompuan tu pon bagi elok2 sket.

haa...ape lagi . . . ??

masukkan lahh mende2 passive design dan segala macam term rain water harvesting, photovoltaic roof, green roof atas dasar mengelakkan pembaziran menggalakkan penjimatan.
*membazir amalan . . . <--ha sambung sendiri*

ambil kira juga keadaan persekitaran (site analysis) agar jiran2 tak memaki bangunan tersebut kelak. kegembiraan neighbourhood, kebahagiaan tuan punye bangunan (dan consultantnye, arkitek) . . .

___________________________________

aaaaa... sambung ngadap CAD dan SKETCHUP lagiiii.. erghh dah penattt~ (-__-")>

v[-__- ]v "piss yaw~"

30 August 2010

aku tanye elok2 ni.. KALAU BENDE CANI BERLAKU KAT KAU, KAU CAKAP APE?!

hari ini dapat hadiah hari raya dari kawan. hepi aku. berbunga2 hati aku, bukan selalu dapat hadiah cani~

"ntah aku tibe2 trase nak beli utk kau" <--imaginasikan ini suara gadis hot


cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

member aku send ym panjang pada aku tadi ;

Jangan terlalu menghitung apa yg hilang dari hidup kita,
Jangan pula terlalu melihat sesuatu yang diimpikan kita namun telah dimiliki oleh org lain,
tapi hitung dan lihatlah apa yang sedang kita nikmati dan miliki,
insyaAllah pasti jiwa akan bersyukur,
hati akan terasa bahagia..
Kerna terlalu sedikit org2 yang bersyukur dan jarang sekali menemui hati yang bahagia..~



cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

buke tadi teman pakwe makwe makan,
nak makan kat Restoran Rumah Thai aje ~ (-__-")>
set keluarga bahagia plz



air bandung cincau





nasi sepinggan
ayam pandan
udang butter
brokoli cendawan sebagai penghias meja
tomyam ayam
dan nasi lagi sepinggan (-__-")>



*buurp*
alhamdulillah

em? piei belanje? ehh eyy yeyy~ (^O^)/


cakap ape?
cakap alhamdulillah

____________________________________

ini definisi hari murah rezeki~

cakap ape?
cakap alhamdulillah

18 August 2010

"I SEE DEAD PEOPLE"

semalam member aku ternampak kelibat yang anonimus kat toilet pompuan sebelah studio aku kat level 4 ni kat area yang tidak perlu disebutkan dengan spesifik. takut mengganggu emosi dan perasaan sesetengah pihak lak nanti...

______________________________________

bulan2 puasa pon ade hantu ke?

ahaha.. aku rase ade lahh~
sebab yang kena ikat tu setan je.. yang spesis laen ade je. makhluk2 laen macam jin ke, ade je

daripada pengetahuan seciput aku, bacaan ayat yang ke-255 dalam Surah al-Baqarah tu mampu mengelakkan kite dari sebarang gangguan. jom bace jomm~

14 August 2010

concept yang cool ~

hal2 kecil yang orang lain pandang remeh pada hari ini namun sebenarnye membawa kepada sesuatu yg lebih besar pada hari esok.

emm, rasa macam mahu bercakap tentang ini.

butterfly effect. pernah dengar ini? aku macam pernah bercakap tentang ini mase muda2 dulu . . .

*raba2 kat dalam stor gelap penuh sawang . . . *

oke dah jumpe. brief je aku cakap pasal butterfly effect nih~ <--buleh klik sini

_____________________________________


kisah setahun lepas, ptptn aku tiba2 stop. semua berpunca dengan sepucuk surat yang sepatutnya sampai ke rumah aku dan perlu di reply. surat tu sepatutnye sampai ke kawasan pedalaman seberang sungai ade buaye, Kampung Seri Mendapat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

macam bese lahh . . . xsampai~

so ttibe je xdapat ptptn, mase tu bulan pose. ahahah~

sedih2 pon xgune. perlu buat strategi tertentu agar hiudp aku sentiase ceria. selama satu bulan berpuasa, aku sentiasa rajen pergi ke masjid bile petang2 kul 630pm. ngee~

ADE MAKANAN FREE KOTT!! WOHA~

sebulan makan free kat masjid, bukan setakat berbuka, time2 balik masjid lepas solat aku siap bawak nasi bungkus lebih lagi, untuk sahur. gile jimat time tu~

seingat aku, 2kali je kot aku xmkn buke kat masjid...

sekali mase member studio ajak buke pose sesama kat studio, makan pizza.. kowang ingat x?? mkn piza duk atas lantai ramai2 mase tu... aku pinjam duit sape mase tu? timekaseh ye~

n lagi satu mase majlis khatam quran batch architeX.

haa ni jelah rasenye sebab untuk aku xpergi masjid bile maghrib~
memang laa mungkin ada yang akan cakap, aku punye niat nak g masjid bukan betul sangat pon, sebab nak makan buke free je~

memang tak dinafikan, tapi aku percaya setiap perkara yang berlaku ada sebabnya, setiap perkara yang kite lakukan, kita mengharapkan sesuatu sebagai balasan. seikhlas mana pon kau, mesti kau harapkan balasan pahala dan syurga kan?

haa.. alhamdulillah kau ada level ketakwaan yang tinggi macam tu. tapi kite kene ingat bukan semua orang lahir dan membesar dalam environment yang islamic macam tu. ada orang yang perlu booster untuk melakukan sesuatu.

contoh, nak suh anak kecil belajar berpuasa, mak ayah bagi duit ikut bilangan hari puase. betul x? sampai satu mase, anak kecil itu start digelar sebagai anak besar, dah xdapat duit dah mase tu.. tapi amalan puase tu still de teruskan jugak.. kan?

macam tu lah jugak anak remaja sekarang.
ada yang malas nak gerak gi masjid [macam aku]. jauh kot. tadi aku lalu masjid sebelum maghrib, aku tengok . . .

kruuk kruuukk <--bunyi cengkerik. kosong gile bebb~

nak tau kenape?

sebab sume orang pon buke pose kat bilik atau cafe masing2.[lom amek kire aku nih yang buke pose kat studio~]
sebab skang masjid uia dah xde provide makanan buke pose.
sebab uia xde bajet untuk buat semua tu skang.

aku sedikit sedih. skang orang akan tetap pergi ke masjid, tapi lepas solat maghrib laa kot baru ramai. untuk solat isya' ngan tarawikh. aku ingat dulu, time2 maghrib pon ramai.

sebab ape?

ohh ye~ sebab ramai yg buke pose kat masjid then terus solat maghrib, stay sampai ke tarawikh~

so pada aku, makanan berbuke puasa free mampu menarek perhatian orang ke masjid.

perlu lakukan sesuatu ye~

_____________________________________

emm... lagi satu, jangkamasa untuk manghabehkan solat tarawikh pon jadi salah satu sebab untuk orang menuju ke masjid atau tidak.

contoh,
keje studio belambak xagak2, submission bersepah,
studio kene kunci kul 11malam,
solat tarawikh abeh kul 10 ...

boleh emo gak kalau fikir2 bende cani kan?

terus jadi malas nak menunaikan solat sunat, dan terus aje dipandang serong lalu dikatakan sebagai "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia"

lalu si "pemalas solat tarawikh dan sentiase melebihkan hal dunia" ini akan berkata : kau nak fail studio?? nak kene maki ngan lecturer esok?? xnak submit kje??

oke2, mari berbalik kepada konsep equilibrium aka keseimbangan. jangan terlampau ekstrim sangat dalam hal2 macam ni. x cool lahh~ berdakwah itu perlu berhemah dan cool~ (^-^) <--dan senyum2 cani jangan emo sangat~


err... anggap je aku tidak merujuk kepada sesiapa~ err ehh. x.. memang xmerujuk pada sesape pon.. umum je nih~

11 August 2010

solat solat jugak, hal dunia jangan sampai terlupe lak~

relaks2, jangan gelabah sangat. 'reverse psychology' je tuh~

ni nak btau nih, bagi sape2 students kaed yg rase hal duniawi memenuhi segenap pelusuk hatinye sampai xde mase nak solat tarawikh kat masjid sebab rase solat tarawikh tu lama dan memerlukan masa yang panjang [macam aku], ni ade berita gembira buat korang [dan aku]...

SOLAT TARAWIKH EKSPRESS STAIL KAEDIANS
bertempat di SURAU KAED
masa BETUL2 LEPAS SOLAT ISYA'

insyaAllah ade tetiap malam

imam pon bertauliah dan akhlak terjaga. insyaAllah kite2 yg kaedians ni bole join penuhkan saf. sekejap je ponn~


*macam ni punye iklan kalau xteruja nak join aku pon taktau lahh (-__-")>*

04 June 2010

post sempena kehilangan pendrive sekejap...

insyaAllah kejap aje hilang pendrive nih..

selalu je de maen sembunyi2 dengan i nih, saje nak kan perhatian dari i lah tu, i paham.. selalu bile de ade pon i jarang peluk cium pendrive i tu, so kjap lagi bile i dah jumpe semula Pendrive purple 8giglabab yg ade tampal stiker kaler pink ade tulisan 'fairuz 3rd yr' + ade lukisan smile tu... before i copy 'folder preset adobe photoshop lightroom' dalam pc i, i akan peluk cium sayang kat u k~

mmuahhhhhhhHh~

baru aje selesai majlis makan-makan bersama ahli batch terchenta, batch i lahh~
a r c h i t e X

tentatif program
selepas azan maghrib - solat maghrib awal waktu same2 kat studio
lepas tu - bacaan yasin penuh tawaduk dan khusyuk
lepas tu lagi - sesi mendengar Siddiqi/ orang kuat HALUAN, badan NGO yg
lantang menyuarakan hak rakyat Palestin.

Banyak jugak input yg dikongsikan. i dengar pon boleh bergetar jiwa nih. salah satunye pasal pengalaman salah sorang wartawan Astro Awani yg ada dalam kapal laut Mavi Marmara, kapal laut LL4G [Lifeline for Gaza]. de kate, kiri kanan de orang turki kene tembak ngan tentera Israel.. u all bayangkan jelah, orang kiri kena tembak kat tangan, yg kanan kene tembak kat kepale.. (>o<)0 lepas tu pengalaman orang laen, de cerita pasal dalam masa 5minit tentera Israel tetiba nak ambil alih kapal laut tu, orang jahat tu tembak2 je sukarelawan. awal2 je dah mati 5orang.. pastu kalo tengok sendiri, salah sorang orang baek/ syahid tu kena tembak kat dada je 4das, pastu kat kepala 1 das.. sedangkan sume sukarelawan bukan ade pegang senjata pon.. huuu. satu2nye cara nak sekat kemaraan tentera israel mase kat atas kapal laut tu ialah dengan guna air pili bomba.. so jangan tutup mata pekakkan telinga bisukan mulut keraskan hati dengan hal2 ni.. saudara kita mati2 kat luar tu atas nama Islam.. kita ni wajib berdoa untuk keselamatan dan kejayaan umat Islam. Dan boikot 4 jenama yg paling true dalam membantu Israel : McD, Nestle, Maggi, CocaCola

klik la sini pliz dan jangan la jadi buta mata pekak telinga bisu mulut keras hati lagi

lepas azan isya' - solat isya' berjemaah
sambil2 ambik mee goreng+teh O ais - dengar kawan2 jawatan tinggi bagi kata2 semangat dan ucapan2 penuh ikhlas dari lubuk hati masing2, berpesan2 pada kebaikan, berjenaka untuk last2 time punye.. bermaaf2an pada keterlanjuran salah laku tutur bicara selama ini. ^-^

alhamdulillah~ <-- sebab i mase nih dah makan mee goreng 2 pinggan~ ohh. dan sebab kami semua sangat hepi jauh dari segala salah faham dielakkan dari permusuhan dan semangat ukhuwwah tu sentiasa aje berbunga2 dalam hati kami semua.
bak kata pepatah orang cina; Luar muka pembunuh, dalam hati ada taman~

. . .

ok kena sambung cari pendrive, nak siapkan invitation card laa~ pliz laa jumpe, jumpe laa jumpe laa jumpe laa







siang tadi ada demonstrasi aman kat Jalan Ampang. orang ramai berarak lepas solat Jumaat ramai2... >>bole klik sini kalau nak tengok bpe ramai~<<

_____________________________________________

berita yang baru aje tersebar sebentar tadi dan masih hangat lagi!

pendrive dah dijumpai semula dan kerja2 mengedit gambar2 bangunan heritage dah bermula~

27 May 2010

sessi basuh2

rabu
9malam
main auditorium UIA
_____________________

aku dan beberapa rakan satu studio melangkah menuju centre, gi dengar ceramah bertajuk '2012'.

2012. will the wolrd shut down ?

terpampang besar kat skrin atas stage tu... ahaha. aku xsalah taip, orang yg wat poster tu yg wat camtu.

secara generalnye, membincangkan tentang Dajjal, Freemason, Zionis, Agenda Barat... dan bukan soal kiamat. menurut Ustaz panel 1st, 2012 ni lebih kepada agenda orang barat untuk mula menakluk dunia, menghancurkan islam, mengeluarkan Dajjal, dan membuatkan dunia rasa takut... bila satu dunia rasa takut, keluar plak sorang yg kononnye dapat selamatkan semua orang, dikenali sebagai Saviour~

ni laa agenda yg nak dicapai oleh orang2 barat ni.

banyak sangatlah slide2 menarek yg menunjukkan perkaitan simbol2 yang cam double meaning, kes2 kematian orang2 yg cuba membongkar sumthing.. dan rahsia2 yg cube diselindungkan dari mata kita..

so ape solution nye?

ilmu pengetahuan, sejarah masa lalu perlu dikaji . . . emmm ape lagi ye? kena rajen membacalah. ade satu bancian tu kate, peratusan rakyat Malaysia membaca 2 buah buku je setahun. hahaha

k
gutnyte...