bodoh...bodohh...
carut2 kecil bermain di benaknya.
asal lak aku kene jalan memalam nih??!!
fikirannya menerawang sambil kakinya melangkah laju meredah kepekatan malam. lampu2 neon menerangi jalan dan deretan rumah kedai di kanannya. semuanya nampak tak kena malam ini. cahaya kekuningan dari lampu, bulan mengambang yang dilitupi awan kumulonimbus, deruan angin, dan keheningan malam ini. persekitaran yang kelam ini mengingatkannya kepada cerita2 seram rakan2 tentang . . . ahh, kau sengaja nak buat aku ingat kisah seram tu semula kan?!
langkahnya laju, bunyi tapak kakinya membelah kebeningan malam. matanya sekali sekala melilau ke sekeliling. fikirnya, tentu sahaja lebih lega jika ada orang lain di sekitarnya... TIDAK! lebih selamat jika sendirian, getus hati kecilnya.
lorong yang dilalui terasa begitu panjang malam ini, sesekali dikerlingnya jam di tangan kanannya...
11:54pm
sedikit pun tidak dapat membantunya melegekan gejolak di hatinya...
Tap..Tap...Tap . . .
err..bunyi orang berjalan . . . ??
ahh, sudah!
__________________________ _ _
bersambung