Showing posts with label corak pemikiran seorang kanak2 yang sudah akil baligh. Show all posts
Showing posts with label corak pemikiran seorang kanak2 yang sudah akil baligh. Show all posts

12 June 2011

KAN MUDAH KALAU MACAM TU~

"honey i love you.. i love you too.. see, it flows"

memorable quote by Charles (Riley Griffiths) in SUPER 8.

hahaha. aku suke muvi nih.. simple je. dan budak2 tu kelakar. sila tengok muvi ini.
:)

lalalaAaa..





oh ini Elle Fanning adek Dakota Fanning~ . . . terer blakon owh~

24 May 2011

'BILIK ITU'

"tadi gua tido kena hempap la beb..." member gua membuka bicara dengan muka baru bangun tidurnya.

"jom, cek jap" gua jawab ringkas..

gua dan member gi tido kat 'bilik itu'.
memang gua mengantuk pon time tu, so sesuai sangat la baru letak kepala jap dah nak melayang dah dibuai lena.

tiba2 gua terasa satu badan xleh gerak... ahh sudah.. betul la member gua cakap. gua sedar memang gua xdapat gerakkan satu badan, xde la macam kena hempap, sebab xde pon rasa force cm kena hempap, cuma xbole gerak je, jadi cam lumpuh.. telinga jadi bingit ngan bunyi yang gua taw gua sorang je dengar.. member gua dah selesa dah tido dalam toto dia..

sebenarnye bende ni takde la asing sangat pada gua.. banyak kali gak dah gua alami benda ni.. kat umah kat kampung sane la.. memula kena fokus, pastu baca ayat kursi dalam hati.. pastu oke la.

oke dah bole gerak badan dah..

sambung tidur lah~ lalalaAaa

________________________________________

1st time gua kena benda ni mase kat kampung, mase sekolah menengah kot.. gua sekolah asrama, balik sebulan sekali. bile balik, baring kat katil xterusik sebulan tetiba gua jadi lumpuh satu badan.. selama ni dengar citer je, bile kena tu rasa cuak gak.. gua laju2 baca ayat kursi dalam hati.. pastu oke..

gua tau memang kekadang tu sebab makhluk halus mengganggu, tapi . . .

disebabkan gua ni asal sekolah sains, aa ye, tu yang gua duk asrama sebulan sekali baru balik umah tu..

gua cuba la mengkaji benda2 yg macam paranormal ni dari sudut sains.

berdasarkan research gua, penjelasan sains terhadap perilaku 'dihempap' ni ialah 'sleep paralysis'.

sleep paralysis ni sebenarnye ialah lumpuh sementara yang boleh berlaku time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

senang cakap cani la; bile nak tidur, otak akan menghantar signal untuk stopkan fungsi2 tubuh, mase ni yang tak berenti ialah fungsi2 luarkawal je (cth macam bernafas dan fungsi jantung..xpayah nak suruh2 pon dia berdegup gak kan~). bile kite sedar dari tidur, automatik otak akan berfully function, means kite jadi sedar terhadap keadaan persekitaran.. tapi kalo otak xhantar signal untuk on kan semula fungsi tubuh, kita macam lumpuh la.. otak xdapat btau tangan untuk bergerak misalnye..

aAaa... merepek sangat ke? aa bace nih la (-___-)>
>klik sini pon ade penjelasan gak<

ha kalo lu klik situ taw la kan ape bende2 yang boleh menyebabkan 'sleep paralysis' nih...bace la sendiri kat link tu ha~

________________________________________

so relaks2 k, jangan taksub sangat ngan benda2 ghaib tp jangan sampai xpercaya plak.. haa selamat beramal~

dah, gua nak tidur kat 'bilik itu' skang... gudbai!

11 May 2011

weyh blog bile nak update?

eh jap... oh ye.. aku ade blog upenye . . .

(-___-")>

macam xde masa nak update blog.. bahan penulisan sebenarnye banyak je berserabut dalam kepala aku nih tapi masa yang best untuk menaip tu cam xde. bile xde mood nak menulis nanti penulisan tu xbest.. terlampau straight to the point.. xde kelakar2 setakat nak ade post je.. ugh rugi la camtu. xbest. nanti bile aku ade masa free pastu aku bukak post aku pastu baca semula... xrasa berbekas kat hati. xrase ape2.. xde feel.. hoho~

ni ntah bile tah ni aku nak bercerita pasal pengalaman aku lepak2 kat Iran selama 2 minggu . . . ??

ughh

*klik 'Publish Post'... ngadap CAD ngan SKETCHUP . . .*

(-____-")>

__________________________________________

oh ye...
perasaan aku ni jap hepi jap sedih jap hepi semula. papepon aku patut bersyukur. alhamdulillah..

hepi aritu dapat lepak ngan member2 gi Iran.. pastu cam sedih sket sebab...sebab 'itu'. pastu sedapkan gak la hati nih.. balik kampung nak tenangkan hati dan fikiran ecehhwah melankolik gile perjalanan hidup aku! kahkahkah.. pastu balik dan macam otak serabut sket pasal itu.. pastu macam sedih sket pasal yg laen pula.. tapi lepas tu dapat berita gembira plak, terus terasa hepi dan rasa macam kena bersyukur sangat2..

kau pernah rasa macam dah lama xberdoa yang gile2 punye mengharap dan gile2 punye bersyukur dengan segala apa yang berlaku pada diri kau, pastu tetiba ada benda yang best berlaku pada kau..lagi dan lagi?

emm.. rasa macam bersalah tau.. macam kau endah x endah.. lepas tu orang bagi kau bunga, kau cakap timekaseh relak2 je.. pastu orang tu bagi lagi kau cekolat.. kau cakap timekaseh relak2 lagi.. tetiba dia bagi pulak keta ferrari! hambekk kau! baek kan? xkan kau still nak relak2 macam layan x layan je kan?

aa paham x nih?


__________________________________________

huu.. thank you Allah

14 March 2011

HEROES OF JAPAN



aku google2 pasal jepun.. pastu terfikir... pasni nak kena update peta dunia.. jepun dah laen dah bentuk dia nanti xmacam kuda laut dah bentuk dia.. pastu skang jepun bz ngan evacuation sebab nuclear reactor meletup, kali ni yang kedua.. pastu efek dari nuklear radiation tu akan menyebabkan rakyat jepun sume jadi mutant.. sume2 start ade superpower.. macam citer Heroes.. macam citer X Men.. perghh. ha! macam alat2 elektronik bile terkena karen all-spark dalam trenpomes mungkin! gadget jadi robot! hoho~

oke mengarut




*edit2 buat poster untuk orang jepun sket~


show your support!

11 August 2010

sempena bulan mulia

aku nak mintak maap sebab selalu saketkan hati orang laen dan hanya mementingkan diri sendiri. mintak maap sebab aku selalu bersikap sarcastic. mintak maap sebab kekadang lawak aku menyakitkan ati orang laen. mintak maap atas segala salah paham..

09 August 2010

mitos tentang lelaki dan perempuan

ade orang cakap.. pompuan aje yang multi task... lelaki biasenye cume boleh buat satu kerja dalam satu2 masa. bajet cam fokus laa.. ntah laa.. xde laa nak cakap bendeni apply pada semua orang..

contoh laa..

situasi 1 :

sekumpulan lelaki gi kedai makan.
order makanan dan air.
cakap2 hal ehwal semasa, gelak2.. maen mesej . .

*pastu makanan sampai*

ngap... ngap... ngap... <--fokus gile ngadap makanan sendiri, kalau perlu alihkan perhatian pon, mungkin kepada brader-amek-order, untuk nasi tambah~

*habeh makan*

sambung borak mungkin, pastu bayar dan pergi jauh~
________________________________________

situasi 2 :

sekumpulan perempuan gi kedai makan.
order makanan dan air.
cakap2 hal ehwal semasa, gelak2.. maen mesej . .

*pastu makanan sampai*

ngap... borak2

ngap... borak2 lagi

ngap... borakkkk

*lame baru habeh makan*

sambung borak mungkin, pastu bayar dan pergi jauh~

multi-task nih contoh yg mudah laa.. hahah~

contoh laen tu macam mak2 kite punye keje yg belambak kat umah tuuu~
________________________________________

so hari ni aku try nak jadikan diri aku lebih efisien,
aku pon nak buleh buat banyak keje dalam satu mase jugak!
so, aku . . .

basuh baju gune washing machine
charge henset nokia 5130 xpressmusic
tidur lenaaaa sangat2 lepas kenyang makan kat umah madam hanita dari pagi sampai petang~

serentak beb
amacam?oke x?

08 May 2010

reality or fantasy ?

adakah mimpi anda selalu menjadi realiti?
ok, at least sekali dua laa dalam lebih kurang 20 tahun idup?

aku banyak kali dah!
deja vu~~~~

uu... so kekadang bile aku mimpi kene kejar denosor tyrannosaurus rex. . .
ahh sudah! ni nanti jadi realiti ke nih??
(-__-")>

antara mimpi dejavu yg aku xpernah lupe ialah
'aku berjalan masuk ke dalam makmal sains sekolah rendah aku yg kat kampung tu.. [aku still ingat lagi aku lalu sebelah pintu grill makmal.. kaler pintu kayu tu lak hijau mase tu..mmg sebijik] time sekolah rendah laa nih. duduk ramai2 ngadap depan ade cekgu ramai. dan aku hepi gile lepas tu...'

bile bangun . . .
blur. . . buat xkesah~

lama2 lepas tu... buleh tahan lama la macam sebulan ke...yg penting bukan 3 4 hari laa, benda tu berlaku betul2 sebijik

dan hari tu adalah hari cekgu nak btau result UPSR upenye~

AAAAA (-__-")/

aAaaa... dan tadi pon ade bende dah jadi realiti jugak lagi! kalo bende elok jadi realiti aku ok je. alhamdulillah. . .

tapi part kene kjar denoso tu aku xbape gemar kalo jadi realiti~ aku cakap serius nih (>_<)

01 March 2010

yang salah tu semuanya datang dari aku.. ye

entri emo sesaje rasa nak tulis. tapi aku ok je sebenarnye skang nih...

kau jenis yang lebih suka berdiam diri atau mudah melenting??

aku ada satu masalah berkenaan diri aku yang aku suka beritahu pada semua, biar semua tahu apa perasaan orang jenis yg macam aku ini. macam ni.

orang sekitar kita akan mudah aje salah faham. situasi sebenar bukan seperti yang mereka bayangkan dan daya penaakulan mereka dah terpesong sebab mereka cuma dengar satu pihak punye cerita aje, atau yg lebih parah, mereka tak tau pon cerita sebenar tapi sudah buat andaian. aku xnafikan ini dah macam norma masyarakat. aku sendiri pon xterkecuali dari membuat penaakulan sendiri nih.. [bongokk!]

tapi dari sini akan ada dua jalan berlainan yang akan diambil oleh 'orang yg disalahfahamkan'.. err ape ayat aku ni??

aAa.. mm, cani,

aku xboleh betul laa kalau kau salah anggap pada aku. nak taknak, aku akan cuba cari jalan untuk bagitau jugak perkara sebenar, taknak perkara tentang salah faham tu berlanjutan. aku memang tak reti diamkan aje.

mama aku laen,
mama aku sangat cool.
orang salah faham?? cakap2 belakang tentang perkara yg kite xbuat??
biarlah, mereka tidak tahu perkara sebenar dan, biarlah kite berdiam diri dan bersabar aje..
janji kite taw perkara yg kita buat tu betul, dan Allah sesungguhnya yang lebih tahu tentang perkara sebenar yg berlaku, biarlah orang nak judge..misjudge macamane pon...

cool mama nih

aku lak hangenn je..
mm.. pada aku macam xsah laa kalau aku xbitau perkara sebenar konon2 macam nak clearkan benda2 yg salah la. aAaa... ideologi manusia memang berbeza. dan aku rasa macam aku perlu contohi orang2 cool macam mama. diamkan aje laa, biar aje orang pandang buruk pada aku mungkin. [tu balasan dunia gk tu kot.. aku buat jahat kat orang, aku pon kene laa~]

__________________________________

ok meeting!

27 February 2010

someone came to me and said "kenapa mesti nak tunggu aku?"

tibe2 rasa terpanggil untuk menulis tentang . . . mmm, sifat manusia. pada aku, bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi leader. ada yang selesa menjadi follower. aku follower. jadi aku ingin back up follower kali ini.

leader ialah orang yang mampu membimbing dan membawa banyak perubahan dan benda2 baru. kalau kau buat sesuatu yg baru, xsemestinya kau leader, kau leader jika kau buat benda baru dan kau tunjukkan pada orang ramai. mau tak mau akan ada orang yang mula mencontohi kau. ini belum masuk bab baik atau buruk sesuatu perkara tu, ini hanya menyentuh bab kebolehan dalaman individu untuk menarek perhatian orang untuk mengikut jejaknya. ok, dalam usaha seorang leader untuk membawa individu laen mengikut jejak langkahnya, macam aku cakap tadi, leader ada kelebihan yg kadang2 de sendiri tidak sedar, kelebihan menunjukkan sesuatu yg baru itu. itu baru jadi leader.

as for followers, they're the side kick, they're the helper for the leader in achieving the main objective, such as conquering the world or saving Gotham City. in the real world, i found that people follow not because of it is the right thing to do, but rather following those who can make them looks better + they think the same. dah kalau kau follow orang yg kau tak suka, dalam hati kau pon pasti ada terdetik rasa gusar dan ragu, kan?? haa~

kepada leader, jangan lah kerek sangat dan anggap diri kau segalanya pulak. x x, aku xmaksudkan kau, jangan mudah perasan. dalam diam2 kau sebenarnya memerlukan sidekick kau tu. so hargailah follower yg ada di sekeliling kau sebab pada aku mereka2 inilah yg kalau kau mintak tolong, with no hesitation, dowang tolong ko.. sesuai dengan sifat follower, mereka gemar membuat sesuatu bersama leader atau sekurang2nya, dalam pengetahuan dan pengawasan leader. ini membawa kepada sikap menarik diri jika leader menarik diri. ahaa.. dah makin jelas tentang hal yg macam ni?? macam mula2 leader cakap 'jom makan', ramai gile yg angkat tangan nak ikut.. [dalam situasi ni kau patut sedar kebolehan mengajak orang bukan ada pada semua orang.. orang macam aku ni xmampu pon nak kumpulkan orang..so bersyukurlah kau ada kelebihan itu] berbalik pada situasi tadi, leader cakap 'aku xjadi g makan'. kau rasa apa rasa hati follower? ok kepada leader yg baca post ini, tolong berfikir secara rasional dari pandangan mata seorang follower.. follower itu follow kau sebab kau centre of attention yg mereka mahukan. kalau xde kau dah hambar dah keadaan, dah bosan dah. dah xde rasa connection dengan follower yang laen.. sebab connection nye itu through leader.

natijahnya, kita tidak boleh salahkan sesiapa. bukan salah leader kalau mereka tidak faham perasaan seorang follower. bukan salah follower kalau mereka bersifat kurang keyakinan diri dan tiada sifat seperti seorang leader. benda ini perlu dipupuk. sedikit sebanyak, apa yang aku mampu katakan ialah, kita beri peluang untuk follower tonjolkan atau belajar menjadi leader, dengan bantuan leader itu sendiri. perkara paling penting sekali ialah sifat yakin diri.

ok habess bab bosan. petikan umum macam ni perlu aku selitkan kadang2. sebab label kat bawah ni selalunye cuma 'bercerita tentang masa kini, dulu2 dan masa depan', sekali sekala aku perlu update under label 'corak pemikiran kanak2..'

-tamat-
_______________________________


"V [bukan nama sebenar], kau xdatang ke tadi??" sayup2 je suara member aku kedengaran, macam maen bisik2 dalam kelambu.

aku diam.
aku tau aku tido xhengat dunia pagi tadi, dan xjoin femili dey... aku hantar anak bini je wakil, sudahlah~

"patutla xbising sangat batch kite tadi . . ." member mengakhiri perbualan satu halanya denganku.

adehh! ini serius buat aku terasa. aku rasa macam aku lari dari tanggungjawab aku selaku watak riuh rendah dalam batch. aAaaa...

maafkan aku rakan2
aku akan cuba sedaya upaya lepas ni

susah jadi leader nih, kalao xdatang satu batch terasa. hahaha *wink2*

16 February 2010

plan perbankan remaja lelaki [bahan bacaan santai tidak perlu berpeluh sejuk]

keluar makan tengahari ~

borak2 tentang kawen berlanjutan dari dalam perodua kembara sampai ke meja kfc sampai ke kaed semula. duit hantaran merupakan salah satu subtopik, selain subtopik mencari pasangan.ohh~ memang perlu buat plan sekarang . . .

tap! tap! taptap! tap! [bunyi button kalkulator]

ok, perlu puasa bermula esok + kerja sambilan tapi tidak sambil lewa + bakal isteri maintenance rendah

selamat mengumpul duit kawen semua

06 February 2010

berkarat~ [ ape kau pikir?aku cakap pasal blog nih! bukan pasal aku jiwang karat !!]

ohh..blog dah tersadai macam bangkai kereta berkarat kat workshop2 murah. adehh laa~ kalau macam ini baek kau tukar saja nama blog kau ni... x 'hahaha' langsung, lebih kepada hahahancur~

rase macam xde benda berlaku dalam hidup aku.. ohh sungguh xde life ini budak ye!

ok ade bende best sangat2 berlaku pada diri aku, tapi xboleh pulak nak tulis kat sini. kang jadi gosip lak dan yang lagi best bile satu dunia mula tau tentang saat2 bahagia aku. wehh, aku sukakan privasi bila ia menyentuh bab hidup aku. hahaha, biar aku korek rahsia bab hidup orang laen saje~

wiiwii *joget2 seorang diri saje sudah memadai bagi aku yang nerd ini~*

ok berbalik kepada point utama gua menulis malam ni!
. . . .

jap, gua tengah cari point~

ahah! gua tengok video ceramah pasal jodoh2 kelmarin.. [pehal? lu ingat gua ganas2 rambut pacak seluar jeans koyak2 tangan parut2, xlayan ceramah ke? novel 'Habiburrahman El Shirazy - Di Atas Sajadah Cinta' pon gua layan gak, sembunyi2 bace dalam kelas..yang cm mate berkaca2 tu bukan sebab gua sedih ea! tu gua ngantuk!]

ape yang gua belajar?

dr. masyitah kate mase balajo kat U pon kena berusaha cari pasangan hidup gak dah. sebab kang dah kerja cam susah la plak.. pastu lagi payah kalo lu sambung master laa hape nanti, makin sikit kau punye peluang tu.ahaa.. patut pon lecturer gua pon pernah bagitau benda lebih kurang same nih...

bla bla bla [kalau lu orang nak video nih kontek gua.. blackbenny gua tu sentiasa on tetiap mase, kalau mesej manje2 memang gua xlayan.. malam2 baru gua call semula] cari gua kat studio laa senang.. bawak pendrive yg buleh muat 436mb skali~

dah, gua kena gi bersukan supaya stamina sentiasa tinggi, kecergasan tubuh meningkat dan kasi badan keluar peluh2 macho. gua perasan ramai awek usya member gua yg berpeluh2 tu, dalam hati gua pikir 'ini xbuleh jadi!' gua pon kena tarek perhatian anak gadis jugak! [<--ayat tu memang nak bagi awek gua jeles.. lu orang pon doa2 laa de jeles k, gua bahagia nanti~]

*berlari kecil ke depan studio dan bermaen pingpong~*

baru lu taw ganas tak ganas gua nih!

assalamualaikum~

09 January 2010

macamana mahu menghilangkan rasa rindu dan bagaimana mahu membuang memori? mm..bukan buang tapi simpan elok2 utk satu hari nanti mungkin . . .

aku tau.
aku dah tengok sendiri
dan aku dah lihat dengan terperinci, aku jelas dengan setiap bait ayat2 tu...

aku tidak langsung macam itu
aku bukan jenis yg macam kau lihat, baca, dengar dan boleh simpan elok2 itu..
yup, aku langsung xmacam dia...

manusia memang xkan sama
macam mana mau jumpa dua orang yg sama?
terpulang laa mau jenis suka cakap atau yg jenis suka tunjuk...

tapi aku tau apa yg aku cari,
cuma sekarang . . .
cermin mata mungkin dah lama, jadi mungkin pandangan aku tentang masa depan agak kabur *lap2 cermin mata*

ade orang kata,
'apa yg kite nak tak semestinya apa yg kite perlukan'
'kita xsemestinya dapat apa yg kita hajatkan'


salah
ayat kat atas tu salah

'apa' ialah kata tanya, tidak boleh wujud dalam ayat penyata ye~
kirenye, kalau ada kata tanya macam 'apa', 'siapa', 'bila', 'mana' dan laen2, mesti ada tanda soal kt hujung ayat...

ok, kalau macam tu, apa yg betul? <--ayat ini betul~

macamane nak betulkan ayat di atas tadi?
gandakan kata tanya atau tukar dengan perkataan laen...

aku rindukan saat itu
_______________________________________

cukup merapik untuk masa ini . . . entri tahun baru macam kurang memberangsangkan. aku memang membosankan, aku sedar dari dulu lagi. azam? ahaha ini lagi satu benda yg aku jarang bualkan atau sebutkan atau bincangkan atau perkatakan tapi xbermakna aku tidak fikirkan. otak aku ligat mencerna resolusi2, xkiralah sama ada itu kemahuan tahun dulu2, kehendak minggu lepas mahupun hajat2 rakan2. pada pandangan aku, semua pon berkait rapat sekarang ini. macam2. itu yg buleh aku perkatakan sekarang ini... ok, tidak perlu taip tentang perkara bosan ini, ada banyak perkara laen yg lebih bosan untuk aku sibukkan.
_______________________________________

hormon tidak stabil,
_______________________________________

aAaaaaa... bile nak kaya nih? <--kaya? haha lama lagi laa beb~
hutang berlambak bila nak dapat duit ni?
memang xstabil . . .

26 December 2009

sudah berapa lama ?? ohh~




hari ini buat ape??

tidur

solat jumaat

dan pergi teman kawan beli barang. pergi teman ajim dan ayahnya beli
wacom
intuos4 - sejenis gajet elektronik bersaiz A4.. disertakan sekali dengan sebilah pen acah2 untuk sketch depan pc kau. gempak tuu~ kebetulan harga pon murah je, ayah ajim cool aje belikan menda tu..

wiiwiii~

aku tumpang gembira. pasni mungkin buleh maen sketch2 jugakk!!

seronok. . . yupp, seronok tengok orang ada abah ni. memacam hal kawan aku ni borakkan dengan abah de.. termasuklah hal kawen2. haha, nice~ ajim panggil ayah de abah. . . dah lama aku xdengar atau sebut perkataan ABAH. dulu kecik2 sangat dulu pon aku panggil ayah aku abah gak. best la kau ade abah, cool* pulak tu. aku dah besar nanti nak jadi cool gak ngan anak aku! wahhaaha!

bukan semua orang bertuah macam kau. kau je tak sedar. . . <--bukan pada siapa2. lebih kepada sesi mengingati diri sendiri


*
cool dalam konteks ini ialah sangat sporting, sentiasa ada untuk mereka yang tersayang, bersahabat baek dan boleh berkongsi apa2 cerita dan rahsia, boleh dipercayai dan pandai menjaga hati. aku rasa kalau ada sifat macam ini tentu saja akan dihormati orang. apa lagi ye ciri2 ayah yg cool? mempunyai sifat humor? aa ye jugak~ lagi? lagi?

_________________________________________

err..terasa cam nak makan makaroni bakar~
xpernah lagi rase tapi nampak cam sedap gile . . .

16 December 2009

cun kemaenn!! haihh, saje nak bagi aku cair~

lelaki memang ego. . . <--kombinasi perkataan 'ego' dan warna pink macam pelik sedikit, tapi aku teruskan jugak~

haha.. ini salah satu ciri seorang lelaki. bila ego, mereka akan kelihatan seperti cakap besar sedikit kadang2. tapi satu perbezaan dengan jantina lawan ialah, bila dah cakap.. mereka seboleh - bolehnya akan berpegang pada apa2 yg mereka cakap..

mmm.. pelik? xpaham?

ok, contoh.. Johnny seorang lelaki. dia pernah beritahu yg dia xsuka makan pisang goreng cecah ngan sambal kicap. kau buleh cek sendiri laa, kau ada ke terserempak nampak Johnny makan pisang goreng cicah sambal kicap?? de seboleh2nye xkan makan pisang goreng cecah sambal kicap.

contoh dua : Johnny, masih seorang lelaki.. cakap depan gadis yg dia xsuka makan pisang goreng cecah ngan sambal kicap. ini lagilah buat si Johnny betul2 ikut apa yg dia dah cakap!wahaha~

'dah ludah xjilat balik' atau.. 'dah koyakkan kertas, xambil balik dari tong sampah dan tampal semula guna selotape'.. atau . . 'dah baling kunci kereta jauh2, xcari semula' *contoh2 peribahasa dan/atau perumpamaan di sini tidak boleh digunapakai dalam kertas peperiksaan bertulis mana2 sekolah atau universiti. tapi dalam blog kau buleh~*

ini memang lelaki dan sifat egonya. oh ya satu lagi, bila lelaki sanggup meminta maaf atas satu2 situasi.. tolong hargainya. bukan senang seorang lelaki untuk letak tepi sifat ego. bukan nak suruh menangkan lelaki je, tapi bila lelaki have choose to move on to another page.. well, untuk kebaikan setiap pihak kan, elok laa kita2 ni pon start a new one~

perempuan?? aku xnak cakap.. kalau xbest, nanti ramai xpuas hati pastu cakap aku xtau pape pasal orang perempuan.. semua pon cakap pakai emosi bile tiba mase2 camni/ masa2 percanggahan ideologi.. otak letak tepi. nanti dah cool down, ambil semula otak kat tepi tu plug in balik ke USB port.. connected~ pastu tiba2 rase ada banyak perkara dah terlepas cakap.. dan sebab xego, nanti tetap buat sesuatu perkara tu even time emosi2 tu cakap xnak buat perkara tu..

jadi, apa yang buleh kita belajar dari sini?

lelaki boleh jadi pendengar setia untuk setiap masalah perempuan, dan.. kalau nak jaga hati dan tenangkan gadis itu, kau lelaki just bagi dia menang masa de bercerita tu.. macam de cakap tu semua betul.. dan berkelakuan prihatin.. dan xperlu ambil pusing sangat tentang betul atau tidak si gadis akan laksanakan apa2 yg dia cakap masa tu. itu emosi de yang bercakap masa tu~

ohh, lupe.. ini xperlu ajar kau semua.. sudah selalu apply kan?

___________________________

aku perasan sesuatu pada kau,
muka kau terlampau serius masa baca entri atas tadi ~

hahah, gotcha!






macam geli2 sket mase awal2 dengar lagu nih.. sama r lagu 'plis plis plis' tuh. kadang2 sebab lagu tu 'catchy', buat kite terminat..

ok, aku mahu jadi 'catchy'.haha~

12 December 2009

melancholy of V~

"There is melancholy in the wind and sorrow in the grass"


bukan setiap masa kita boleh buat benda2 yang kita suka. paling x best ialah bila kita terpaksa lakukan sesuatu yang akhirnya buat kita sedih. haha.. xpe, aku memang akan tetap tolong orang selagi boleh, walaupon kadang2 pertolongan tu akan merugikan aku.

contohnya, tolong orang laen melarikan diri dan menghilangkan diri.

ok, skang de dah hilangkan diri . . .

tata~
_______________________________

sifat dan perilaku pelik dari makhluk jantina berlawanan... umm, mereka ini ada semacam satu anggapan yg tak masuk dek akal lelaki. mereka selalu harap orang lelaki akan faham diri mereka tanpa perlu mereka meluahkan isi hati mereka itu.

pelik x bagi kau??

jangan jawab ikut emosi.. fikir dahulu guna otak, dan jawab.

bercakap mengikut emosi. ini satu lagi... cakap xagak2, jap lagi telan balik air liur yang dah diludah itu.

haha. xpuas hati dengan statement aku?

jangan jawab ikut emosi.. fikir dahulu guna otak, dan jawab.

sebab tu laa cume satu jantina je yang boleh lafaz talak mintak cerai tu...aku taknak bitau laa jantina mane..kang ade lak yang tak puas hati~

_______________________________

favourite music?
all i here laa

hahah. manglish + bolog siapp!
_______________________________

ok. boleh sambung tengok movie ~

08 December 2009

people change . . . so does the heART~

ape buat kite berubah??

betul ke kite buleh tetiba bangun pagi pada satu hari dan tibe2 aje jadi matang.. dah x gelak2 besar.. dah tak kelakar bodoh.. dah tak berkelakuan xsenonoh . . . dah xsame macam hari semalam??

mmm..ntah..

aku rasa x . . .

untuk berubah, perlu ada semacam satu daya perangsang.. katalis.. pemangkin.. orang putih gelar booster~

tragedi yang dahsyat mungkin??
mimpi ngeri ?
kecelakaan tahap tinggi??

ok, positif sikit . . .

hidayah?
petunjuk dari Tuhan kau ?
kejadian yang menimpa orang laen yang mampu buat mata hati kau terbuka ?
nazar?
sifat suka mencuba??
'seseorang' . . . 'that' special someone?




ape yang buatkan kau berubah??

__________________________________

Through The Trees by Low Shoulder

All alone in an empty room
nothing left but the memories of when I had my best friend
I don't know how we ended up here
I don't know but it's never been so clear
We made a mistake, dear.
And I see the broken glass in front of me
I see your shadow hanging over me
and your face, I can see...

*Through the trees
I will find you
I will heal the ruins left inside you
cuz I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
until I'm set free.
Go quiet through the trees

I remember how we used to talk
about the places we would go when we were off
and all that we were gonna find
And I remember watching our seeds grow
and how you cried when you saw
the first leaves show
The love was pouring from your eyes

So can you see
the branches hanging over me?
Can you see
the love you left inside of me?
in my face
can you see?

*

Cuz you're not coming back
And you're not coming back
No-oo.. No-oo.. No
You're not coming back...
You're not coming back...

Take my breath as your own
Take my eyes to guide you home

Cuz I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
And I'm still here...

But you're not coming back
And you're not coming back
Cuz you're not coming back
until I'm set free
Go quiet through the trees

11 November 2009

apa khabar kau di sana?

pagi tadi exam Theory Of Architecture..

ok lah, semua pon dah baca, walaupon xhafal sgt tapi sekurang kurangnye tau sket2 untuk menggoreng... dan soalan tadi macam sedang2 elok untuk digoreng.. yupp! mmg aku tak lepaskan peluang yg ade~
so hari ini lenguh2 tangan jawab soalan berbentuk esei...soalan 3markah pon setengah mukasurat? apahal beb?? hahahaah~
____________________________

macam biasa, xde apa yg menarik berlaku dalam hidup aku... (-__-")
makan, baca notes berlambak, makan, tido sket... hmm.. makan . . . aku ada satu teori;

"semakin bahagia seseorang tu, semakin banyak de makan"

boleh percaya ke?

haha..ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap rakan2 sekeliling aku aje dan aku rasa ramai je yg akan cakap waktu dowang stress nonggeng pon dowang hilangkan stress tu ngn makan jugak. hihi. ok, berlainan laa kan setiap orang punye selera. ada yang datang selera masa bahagia.. ada yang mmg sentiasa berselera.. dan ada yang kekadang tu x berselera pon tapi sebab macam nak lepaskan geram, g makan dengan 'hebab'nye~[itu bukan salah eja.. itu untuk bolog kawan aku suatu masa dulu]

aku??

mm..aku ok je. xbahagia sangat tapi takde laa patah hati pon.hahah~ ape2 pon, tahniah laa pada kawan2 yg hepi2 selalu dan berbahagia senantiasa hendaknye.
____________________________

kawan2 aku dah habes exam . . . tata~

04 November 2009

baca nota untuk exam memang best kalau ada bantal ngan toto~

ok.. benda yang aku post sebelum ini.. bagi aku ia berakhir dengan keadaan masih menyebelahi aku. tapi aku rasa aku dah mengalah tadi.. aku dah tangok sendiri apa akan jadi kalau aku buat pilihan yang mementingkan diri aku... aku mungkin akan hepi kemaen tapi orang akan bersusah payah disebabkan aku. dan aku rasa ini bukan apa yang terbaek untuk aku. jangan terlalu ikut emosi.. ye aku ingat ini, so aku sekadar menggertak je. last2 tu aku mengalah k. dan alhamdulillah, keputusan akhir pada isu ini ialah tiada perubahan dibuat. mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira. aku pon nak menang.. kau pon nak menang...haihh, aku xharap pon akan ada perasaan sedih2 antara kawan2 aku. mestilah kan? kalau kau betul2 kawan, kau xkan nak de sedih kan? aku harap semua orang akan hepi2 aje... kite xmungkin dapat semua yg kite nak, tapi kite bukan xdapat pape langsung kan?

kadang2 aku hyper dan kuat huha2... kau semua mungkin nampak aku macam menggelabah dan saiko kau. sebenarnye aku buat benda tu untuk elak diri aku rasa tersaiko. aku bersikap macam tu untuk cuba tenangkan diri aku yg tersaiko itu..

*entri kali ini lebih kepada entri untuk bahan bacaan persendirian. sekadar untuk aku.. bagi sesiapa yg kurang arif tentang situasi ini, bolehlah sekadar baca2 pastu cari blog laen yg lagi seronok.. blog aku blog serius.. boleh tengok nama blog~

nak hepi ke nak cemburu? pilihan di tangan aku~

ok.. dah lama xupdate blog...

dan skang aku terasa macam ada benda yg perlu dikeluarkan untuk meringankan beban dalam kepala aku.

aku ada masa untuk berfikir dan membuat pilihan... sampai pukul 330ptg ni..

macam mana nak membuat pilihan??
dulu masa sekolah masa muda2 dulu ada belajar langkah2 membuat pilihan... ada sesiapa dapat recall?? ok. selama ni aku punye jawapan ialah :
setiap pilihan yg kite buat itu akan ada akibat. there is always consequence..there is always damage happens to both of our choises.. tapi kite pilih laa yg less damaging~

ok part ini nampak macam memudahkan kan?
aku fikir pendek aje...macam orang lelaki biasa2 fikir... tapi aku bukan orang biasa, so aku dah dapat soalan seterusnye yang akan buat aku terus berfikir . . .

less damaging to who?

which one will i chose?
is it important that i just keep it to myself, meaning that it will make others happy but not me for at least 2 sems??

or me being happy instead? and ignoring what others will feel~

"Pasni takm0 em02 lg k..Fikir dlu sblum bertindak..Lebihkan pk tntg perasaan org len..Bkn biar org lyn kita mcm smpah,tp just treat ppl how we want to be treated..N if ppl dont treat us how we treat them,takpe..Bila niat baik,hati sntiasa tenang..Allah slalu ade..Biarkan..K?"

ini someone special yg mesej aku suatu masa dulu.. aku akan sentiasa ingat ini dan cube sedaya upaya untuk apply ini~

10 October 2009

kerja banyak tapi ade rasa macam nak balik rumah tengok nenek pulak...(-_-')>

orang kate hidup ni macam roda, kadang2 kat atas kadang2 kat bawah.. kekadang kau hepi kekadang kau down sket.. ade mase best ade mase tak best sangat. . .

"dah tu asal aku rase cam 'roda aku asek kat bawah' je nih??"

sabarlah...roda keta kebal kot~
[nanti2 kau dah kat atas, lame kot kat atas!! (^-^)/ chill la k~]

yeahhhh~ berusaha!!