18 December 2010

KADANG-KADANG KITE TERLUPA . . .

p/s : aku rase macam nak menulis pasal ni lepas aku
tengok post kat
blogserius ni
<--boleh klik


Kadang-kadang kite terlupa . . .
sebab tu la kite dianjurkan untuk saling mengingati sesama kita.

aku ni bukan bagus sangat, nak suh lawan bahas pasal agama pon xsegempak mana.. kalau salah cakap, jadi dosa lak karang.. kalau hujah xkuat, buat orang makin xpercaya pulak, kalau cakap sambil maki2, jadi macam sesetengah orang Islam kat luar sana yang konon nak tegakkan Islam, tapi pastu memalukan Islam semula sebab molot tu pakai lepas je maki2 carut2. ingat, nak berdakwah ni kene berhemah, baru orang respek. bile menulis bab2 menyentuh sensitiviti agama atau masyarakat, biar elok2.. kasi semua orang terkesan dengan penyampaian yang jelas dan berhemah tu.

aku nak cakap satu je, bende haram ni, kau pusing2 cemane pon de haram gak.. logik akal manusia tak mampu nak lawan hukum halal haram dari Allah.

Lecturer aku, mdm Zaiton cakap aritu berkenaan cara menangani masalah yang salah..contoh macam masalah buang bayi (adakan satu centre untuk jaga bayi tu), masalah HIV(bagi kondom pada remaja),

"ni la umat akhir zaman.. akhir zaman memang macam ni. keburukan tu dah terlampau berleluasa sampai kite kena macam bertolak ansur pulak.. macam, nak buat seks boleh, tapi kena pakai kondom"


di bawah ialah beberapa contoh benda2 yang boleh buat orang berfikir salah, macam 'ehh betul jugak tu, ape salahnye kan? dorang pon orang jugak.. let em speaks their mind bla bla bla pung pang pung pang'


SIKAP KONFIDEN GOLONGAN INI
<--jemput la klik.

penah dengar pasal kaum nabi luth? lupe dah ye?
<--boleh klik sini kalau lupe~


______________________________________


bahan bacaan ringan untuk kite2
<-- jemput laa klik sini jugak ye ;)

17 December 2010

TARBIYYAH MEMBAWA KECEMERLANGAN !



!$%@^#$dx^ (bukan carutan)



haritu kat rumah kampung.
sedara datang kampung lepak2 umah nenek gua.
sepupu gua, gadis awal remaja, sedang sibuk mentelaah matapelajaran matematik untuk SPMnya.

gua?
gua xamek pot sangat subjek yang gune otak kiri otak logik nih. gua tanya2 pasal subjek seni beliau ape tajuk2nya. *subjek yang mana soalannya dah kua dulu sebelum examnye bermula...hoho*

ikan dalam ekorium . . .
pemaen bola bla bla. . .
alat mekap kat atas meja bla bla bla . . .

gua cepat2 nak ambik bahagian. gua cari buku lama nak guna untuk sketch2 bagi idea pada si gadis.


"wow.. soalan susah2 pon dapat jawab nih"
si gadis menarek perhatian aku ketika beliau belek2 isi buku matematik tambahan gua, buku kotak2 kecik2 yang dah berzaman tu.





gua rilek. gua letak elok2 buku tu depan gua, supaya mak gadis tadi pon dapat join tengok sama. satu persatu muka surat buku tu memang penuh ngan hasil kerja gua berkenaan subjek addmath..

gua tarbiyyah sket berkenaan subjek add math,

"xsuke xbermakna tak boleh buat.. study tetap study dik, kalau ada peluang belajar, kite belajar je xkesah la susah ke, xminat ke.. pung pang pung pang "

sambil tangan gua belek satu persatu helaian buku, gua dapat perhatikan memang penuh ngan tanda 'right' je kat setiap jalan kerja gua. gua cool x riak xmembangga diri. sesi tarbiyyah terus berlangsung.

gua agak yakin ngan diri gua masa tu. kalau sebelum ni selalu gua tekankan pasal bosannya gua ngan subjek add math, dan betapa susahnya gua nak score, sekarang ni sume tu nampak macam xrelevan. banyak betul soalan gua jawab dalam buku math kotak2 kecik tu, dan semuanya betul2 belaka. memang sah lah selama ni gua merendah diri, kata hati makcik dan anak gadisnya serentak.

sesi tarbiyyah gua tamatkan dengan
"belajar rajen2, kalau xminat pon kena lawan.. mase belajar memang camtu"
acehwahh~

sadaqallahul azim,

dari mata si gadis, gua perhatikan timbul semacam semangat berkobar. si gadis kembali bersemangat mengadap Buku Latihan Matematik Skor SPM.



gua tutup elok2 'Buku Matematik Tambahan - Pembetulan' gua.

15 December 2010

DEFINISI 'STYLO' ~










aku xtau sangat pon amende nih, tapi aku suke gile tengok poster2 nih wehh!
serius aku teruja~


NICE POSTAHH!!


dapat dari sini

14 December 2010

asam GARAM kehidupan di hostel~

malam tadi gua balik bilik dalam pukul 12 gitu.. gua dah bajet2 elok punye waktu tido gua, gua nak bangun awal sebagai persediaan untuk

ONE DAY SEMINAR ON THE APPLICATION OF MALAYSIAN STANDARDS FOR SUSTAINABLE BUILT ENVIRONMENT


jengjeng jeng jeng (intro movie)<--speaker rumet gua John bukak taknak pelan pulak kan~

gua menjengah tunjuk muke, 'silent warning' orang tua2 kate

5 minit kemudian
,


ngap ngapngap ngap... gluk glukgluk <--sambil sandar2 ngadap pc tengok movie, tangan gua tak lupa untuk mencapai biskut mahal rumet gua John. disamping John juga ialah sebungkus air dan seorang Gary. kami bertiga layan movie SALT uncut version..plus ade tambah2 babak best.

secara keseluruhan reviu gua terhadap movie nih ialah, GUA PUAS HATI. berbanding versi yang kua kat wayang.. ini lagi puas hati.

oke malam ni gua dah booked tiket tengok moviesesama, seat sama lagi~ ahaahah


*
John dan Gary (bukan nama sebenar..nama sebenar lebih kemelayuan dan islamic) ialah pelajar Econ... kalau xsilap aku la~ alaa kami baru nak masuk dua sem lepak sesama..logik la kan~


*Gua tido pukul 2 setengah pagi~

11 December 2010

YEYY!! MARI BERCERITA TENTANG PERCUTIAN DI MELAKA!!

*bus rosak..terkandas 3 jam di hiway.. baru sampai uia pukul 930 malam tadi...adehhh*

zZzz..


sori penat sangat la nak menaip malam ni.. (-__-")>
gua simpan dulu ea..

07 December 2010

MUSIM-MUSIM CUTI NIH MEMANG PENUH LA DENGAN UNDANGAN KE MAJLIS-MAJLIS KAWEN.. WALIMATUL URUS.. DAN SEMINAR~

cuti kali nih banyak betul seminar yang aku join! tu lom tambah ngan yang 'aku-patut-join-tapi-aku-balik-rumah' lagi tuh! hahaha

Seminar2 bercorak hospital dan klinik dah lepas dah 3..

Khamis sampai Sabtu ni ade seminar bercorak OKU plak under Dr Asiah; lecturer kaed merangkap arkitek berjaya. kat Melaka. oh lupe nak bagitau part best... MAKAN, TIDO HOTEL SUME FREE

oke, selasa minggu depan ade
SEMINAR : APPLICATION OF MALAYSIAN STANDARD IN THE BUILT ENVIRONMENT by Dr Asiah lagi
14 DEC 2010
AZMAN HASHIM COMPLEX, UIAM

free lagi~

Menurut Dr Asiah, 3rd year disarankan untuk join workshop ini~

PENGETAHUAN UMUM BERKENAAN DUNIA HARI INI

terjumpe kat page facebook member..
oke gak! good to know ait?!


1. UAE - $0.37/liter = RM1.22/liter
2. Bahrain - $0.27/liter = RM0.89/liter
3. Qatar - $0.22/liter = RM0.72/liter
4. Kuwait -$0.21/liter = RM0.69/liter
5. Libya - $0.14/liter = RM0.46/liter
6. Arab Saudi - $0.12/liter = RM0.39/liter
7. Iran - $0.11/liter = RM0.36/liter
8. Nigeria - $0.10/liter = RM0.33/liter
9. Turkmenistan - $0.08/liter = RM0.26/liter
10.Venezuela - $0.05/liter = RM0.16 /liter

Malaysia
RON97 - RM2.30
RON95 -
RM1.90
____________________________________

p/s : agak mendahului di situ ye~