31 May 2009

let's be part of THE WORLD






aku selalu dapat email dari CARE2 PETITION selepas aku pernah sign petition sekali dahulu..kini aku selalu sign petition seperti ini. walaupun aku tak nampak faedahnya pada diri aku sekarang, suatu hari nanti tentu akan ada suatu macam balasan yang aku akan dapat.

"just have a little faith..."

michael scofield cakap ini dalam Prison Breaks

ps: jangan segan2 untuk klik pada gambar teddybear ngan ikan bilis tuh

30 May 2009

adehh~

aku ingin membuat entri panjang sekarang ni tapi otot badan sengal2.. bisep dan trisep kiri sakit...tak biasa menggerudi dan menukul, tiba2 je lakukan program ini...terkejut tubuh i taw...

ahaa,
ye..
aku bertukang dari petang tadi dan malam ni hingga menuju ke pagi. ni skang nih tengah ponteng pastu laju je ngadap pc...walhal dak2 laen tungkus lumus bertukang lagi. Deng, Kache, Azri, Piei...dak2 rajen bertukang sampai sesi
pagi bute. adek2 junior dah kene kerah ngan aku untuk buat kerja pertukangan masa sesi malam hingga tengah malam. ada Atiqah Nisfu [saje aku letak namanye awal2 untuk jeleskan kowang], Ahnaf, Deli...sape lagi ha? Gadis2 laen buat banner..ade Elmi, Paah, Yasin, Nab, Jah, Qil... Capik multimedia.Ajim sibuk dengan design competition.. aku sibuk2 kan diri dengan kerja design2 depan pc saje. aku suke design2 gune photoshop...
sape2 nak khidmat wat poster, banner, logo, papelahh...aku on je. untuk semester ni, memang banyak kerja cani aku kene dan akan lakukan... penat perah otak dan penat mata ngadap pc tapi puass hati kalau hasilnya terpampang kat dada kowang..tepi pusat..atas punggung [ahh kau fikir kotor je..aku maksudkan design pada baju lahh]...kat beg kowang [ini badge/button].. kat dinding2 bangunan [ini poster]..
'wiiwiii' rasanya!! 'yeeba' pon rase gak!!

haha..
dah panjang dah ni aku menaip walaupon awal2 tadi cam tanak tulis pape sebab sakit otot.


tadi saket pale..pening, perut rase xsedap, tekak mual2... rasa ngidam nak minum 'ais belendet Mocca'
hmmm... aku seorang jejaka,getus hati aku perlahan bila teringat sindrom wanita mengandung... kakak aku suruh aku makan gula2 pedas...huhh??perisa sambal??
gegula hacks oren ajim bagi dah lame dulu ade dalam poket salah satu baju aku lagi!!hahaha...

aku terfikir,
setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, ada lanjutan peristiwa yang membawa kepada sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan... perkara remeh hari ini mungkin akan menyelamatkan kau pada esok hari. perkara remeh hari ini mungkin akan membawa impak besar pada kau suatu hari nanti. aku hampir pasti dengan teori ini. orang putih gelarkannya BUTTERFLY EFFECT.

dari pengetahuan sejengkal aku ni, 'Kesan Rama2' ini datang dari teori seorang profesor yang cakap cani [tapi aku tak ingat sangat taw...kau carilah sendiri di internet untuk penjelasan lanjut]
"seko rame2 yang berkepak di *belakang umah ko, akan menyebabkan ribut taufan kat area **Costa Rica"
* dan **[nama tempat telah diubahsuai mengikut citarasa penulis]

stop..
aku dah saket tangan kiri.aku sedang mnaip gune tgn knn sj,tata

29 May 2009

21st architectureWORKSHOP '09

sila support ye...

jemput laa datang ke UiTM SHAH ALAM
pada 7-12hb JUN 2009

kite same2 gegarkan UiTM dengan kehadiran dak2 UIA..

PERFORMANCE NITE ialah pada 8 dan 9hb JUN 2009
datang lah sapot aku . . .


RUMI architectureworkshop'09

www.rumi2009.com

27 May 2009

SEKSI kan ? ~

ahaaa...
ahahaa . . .
hahaha ha

26 May 2009

anonymous yang cemburu pada AKU~

apsal ko bodoh sgt?ha?
dah la muke buruk
muke cm tayar lori berkaca mata aje

*ini komen dari 'anonymous' kepada aku melalui blog ini, dah lame dulu...

takpelah aku buruk macam tayar lori berkaca mata pon... engkau pon bukan ada hak untuk mengutuk ciptaan ALLAH.. hal kutuk2 belakang2 cani ko memang berani laa kan~ manusia tipikal. hahaha

tak sabar aku nak tau sape yang tulis ini...
aku tunggu kau kat akhirat nanti ye

25 May 2009

SI HODOH, SI MISKIN & SI BADUT . . .

selamat pagi.

hari ini seperti hari laen... ahad yang penuh dengan masa lapang yang tidak diisi apa2 perkara berfaedah....macam ahad2 yang selalu2 juga.

latihan menari masih dilakukan . . . tapi tanpa adek2 junior dan tanpa choreographers [cikgu mira] & [cikgu nash]. esok adek2 ade perkara besar perlu dilakukan... takpe, malam tadi ialah sesi berlatih riak wajah dan kelenturan tubuh sahaja.

sekarang dah lebih kurang pukul 0440...
aku pandang kiri...
[kak] elmi dah tertidur di kerusi
kaknab dan kakpa'ah dan kakjah dah nak balik ke bilik selepas puas menonton video klip tarian korea, jepun, et cetera . . .
____________________________

"jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya sebab keelokan dapat menyesatkan,
jangan pula tertarik kepada kekayaan kerana kekayaan dapat musnah,
tertariklah kepada senyuman seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerana hanya senyum yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah
.."
*ini aku ambil dari status seorang rakan gadisku . . .

aku ekstrak ungkapan di atas...

bunyinya begini,

cari orang yang tak hensem,
cari orang yang tak berduit,
cari orang yang sentiasa rajin membuat lawak hingga kau boleh tersenyum...

~berfikir seketika~
kruk . . .kruuk . . . kruk . . .[bunyi cengkerik]

orang itu AKU . . .

23 May 2009

BERPELUH2 SETIAP MALAM~ohhh ohhh saket2 badan

selamat pagi semua..
[ok, sebenarnya sekarang ini tengahari . . . tapi aku baru saja bangun dari tidur] jangan salah sangka ya. aku tidur selepas solat subuh pukul 530am tadi.

sudah beberapa hari aku amalkan gaya hidup sehat dengan beriadah dan mengeluarkan peluh setiap malam.[ouhh, jangan fikirkan yang bukan2] otot2 tangan, kaki dan tengkuk pon sudah mula terasa membesar dan sengal2. yupp! bangun dari tidur bukan seperti dulu lagi, kini satu badan terasa saket2 dan pergerakan semacam semakin terbatas. semuanya bermula apabila aku berlatih untuk membesarkan otot badan untuk memikat hati seorang gadis ini...

err, semuanya bermula apabila aku melibatkan diri dalam rutin harian yang aku lakukan setiap malam tepat jam 9malam jam 9 lebih2 membawa ke pukul 1o malam sehingga terlebih sikit dari pukul 12 tengah malam.

apa yang aku lakukan tiap2 malam dengan penuh istiqamah ni??

MENARI . . .

aku menari sampai berpeluh peluh. menari sampai sakit sengal2 satu badan. menari sampai tengah malam. menari sampai perut jadi lapar semula walaupun makan lebih kurang pukul 8malam, elok2 sebelum memulakan rutin harian...

untuk apa??

saja2 nak jaga kesihatan~


[aku memang suka menulis tentang rutin harian aku dalam blog aku. jika ada sesiapa yang macam ada masalah dengan ini, mungkin kau patut stop melawat ke sini. aku anggap blog aku sebagai diari aku]