25 January 2011

MARI MELUKIS

Boat Quay



Marina Bay Sands


.

.

.

23 January 2011

AKU BUKAN VAMPIRE !!

walaupon aku nocturnal / aktif waktu malam

xmakan sayur

dan

.

.

.

alah pada bau bawang putih dalam sos thai.. (-__-")>

*hilang selera bile member tuang sos thai time makan KFC same2~*


p/s : tapi snack plate aku tetap abes.. jangan risau

"hai semua".. oh silap.. "hai sedikit sahaja"

rating orang ramai ke blog dah semakin menurun sebab facebook dah berwajah baru.

skang ni dah xde terpampang link blog kat bwah profile picture. skang de jauh2 kat bawah sekali dalam ruangan info..

hohho

21 January 2011

CITYSCAPE - SILA GORENG SAMPAI 2000 PATAH PERKATAAN SEKAGHANG!!

spidey new costume and new cosplayer~


ahaha aku dapat gambar resolusi tinggi untuk first photo of upcoming spiderman movie~
boleh klik pada gambar kalau xpuas nak tengok baju baru beliau...

____________________________________


ehem2..

kawan perempuan aku pernah tanya, kenapa orang lelaki tiba2 diam. si gadis tahu teman lelakinya marah tapi xnak cakap pape, xmesej pape. eeii xpaham lahh..

aku cakap "biarkan.. cukup sekadar kau cakap 'sori' atau 'i ade kalau u perlukan pape' "

lelaki memang ego. kalau de salah pon de xnak ngaku kalah. kalau de ade masalah pon bukan senang2 de nak bukak cerita. cukup sekadar kau bagitau kau ada kalau2 si lelaki nak berkongsi pape.. atau kau diam aje jugak. lagi2 kalau kau, si gadis bergaduh dengan lelaki. kau nak mintak maaf ke kau xnak ke, tu sukehati kau, tapi xpayah ulang2 banyak kali sebab nak reply atau nak si lelaki bagi respon. diam bile orang lelaki dah start diam.

dan satu sikap orang lelaki nih, kalau kau perasan, lelaki ni jarang mintak maaf; ego punye pasal. salah satu cara kau nak tengok lelaki tu sedar de buat salah pada kau ialah, pada keesokan harinya (ya memang akan tunggu sampai besok!) si lelaki memulakan perbualan yang ringan2 tanpa sedikit pon mengungkit pasal semalam.

masa ni, para gadis di luar sana kena paham, maksudnya lelaki tu dah lupakan dah perkara semalam gado2 ke emo2 ke ape2lah.. de dah moved on. de nak starts new macamlah semalam itu tidak berlaku langsung. jangan nak sebut2 ungkit2.. cakap 'mintak maaf pasal semalam' pon xpayah. go with the flow aje.. kalau si lelaki start perbualan pagi tu dengan pertanyaan, jawab je dengan hati yang riang. kalau respon si gadis adalah positif, perkara seterusnya akan berlaku seperti hari normal yang laen..

jika respon si gadis agak sinis seperti ada ura2 ingin membangkitkan hal semalam yang kononnya si gadis betul, ini akan membawa kepada sikap dingin lelaki. mungkin juga hangin. masa ni, kite tengok betapa penting si gadis dalam hidup si lelaki itu. kalau penting mungkin lelaki akan mengalah dan mengambil pendekatan berjenaka atau meminta maaf sambil tersengih2 macam its not a big deal..laa, chill laa, xkan marah lagi kottt. tapi kalau si gadis kurang penting dalam hidup lelaki itu, lelaki tidak akan merendahkan egonya, lalu laju aje si lelaki akan menyirap semula. impaknya, mungkin lelaki akan beredar pergi.. atau akan ada marah2 keluar dari mulut lelaki sikit. sikit aje. sikit aje kalau xdicurah minyak.

hmm.. bila lelaki dah mengambil inisiatif untuk memulakan komunikasi pada hari berikutnya, itu bermaksud si lelaki dah moved on. itu cara lelaki ego mintak maaf. oh ye lupe nak btau, semua lelaki ego! yang buat mereka rendahkan ego ialah siapa di hadapan mereka. makin sayang pada orang tu, makin rendah egonya.

so, untuk tidak memanjangkan sesuatu perselisihan, eloklah kau tunggu esok pagi dan buat aje macam xde pape. kalau rasa2 macam si lelaki terlalu kaku pagi tu.. xnak tegur pon apahal nih ego gile??!.. kau boleh tegur de dulu TAPI BUKAN BERKENAAN PERKARA EMO SEMALAM atau MEMBERI TEGURAN SINIS SARCASTIC.. mungkin boleh tanya pasal 'ada nampak mana charger aku x?' atau 'buku dragonball yang ilang aritu dah jumpe semula x? nak pinjam laa'

dari jawapan si lelaki nanti, kau boleh baca sendiri ape mood de. samada de jawab bersungguh2 macam xde pape langsung.. atau de still jawab layu2 aje. ahaha. biarkan... nanti hilang la layu de tu.

____________________________________


salah satu polisi hidup gua ialah gua xpukul pompuan so langkah terbaek masa tu ialah berambos dari tempat kejadian dan tidur.


____________________________________


ustaz mase gua gi kursus kawen aritu ingatkan,
"sabar.. lepas sabar, sabar.. lepas sabar? sabar lagi.."

serius gua kena selalu ingat nih

15 January 2011

CAM COMEL-COMEL JE


INTERCULTURAL ACTIVITY

d e a k i n . u i t m . i i u m

______________________________________

malam tadi, ade makan2 ngan dak2 nih.. macam cultural nite la nih. malam hepi2 makan2 buat persembahan sket. hahah. seronok~

acee aku cakap ni macam la aku join kan?

hoho, aku xterpilih pon untuk program nih. oke2, mari bercerita secara ringkas tentang program selama 2minggu la lebih kurang.. yang berlangsung di KAED, UIAM.

ni 1st time punye program, iaitu 10 pelajar blondes and brunettes deakin university, Australia, datang ke Mesia dan bersama2 ngan 10 pelajar KAED dan 1o pelajar archi UiTM ; mendesign Gallery/ Australian Centre. mereka ni sume dicampur adukkan dan di bahagikan kepada 3 group. lepas tu . . . . design lahh~

best gile tengok presentation boards dorang, nanti la aku dapatkan kebenaran untuk upload kat sini ke mungkin.. atau aku bagi link.

p/s : group piei menang~ (aaa kawan2 aku tau la sape de nih)

______________________________________

berbalik kepada sesi makan2 malam tadi, sebenanye aku patutnye xjoin la kan, dorang2 30 orang je la ngan lecturers sket2.. tapi tetiba mamber aku call, tanye aku kat studio x.. kalo ade kat studio, turun Kaed Gallery cepat~ ahahahaah.. makan free bersama2 mereka, dan akhirnye berpeluang tengok dorang punye performance. dak uitm wat video dah siap2, so xde la nak naek2 pentas menari2 xpayah dah. video tunjuk dorang ketika mendesign, memaen, berjalan2, dan present..sambil diiringi lagu nyanyian seorang awek. aa kompem awek nih.

pastu dak2 deakin punye persembahan lagi cool siap ngan prop. cikgu dorang yang siang tadi jadi assessor malam ni dah jadi kenggeru ngan ... lagi sorang jadi burung kot.. emm. ade joget2 clubbing sket.ahaha. ade tunjuk keadaan berhepi2 di tepi pantai.. senonoh je sume~

pastu dak2 kaed yg terlibat nih naek pentas pegang kertas ade lirik, nyanyi lagu 'Count On Me - Bruno Mars'... jangan risau, kat blakang dah pasang lagu nih siap2, so kalo nak miming je pon dah oke dah~ comel...

______________________________________


haa.. boards dak2 nih akan di exhibit kat PAMCENTRE esok. datang la tengok sendiri dan hayati kehebatannya!

______________________________________





ni mase welcoming and briefing session awal2 dulu



kenggeru.. nampak x?



deakin nyanyi2 lalalalaAa



13 January 2011

Pourtant quelqu'un m'a dit... Que tu m'aimais encore

petang rabu gua penuhi dengan aktiviti riadah di pasar malam berdekatan. disamping gua ialah beberapa member / watak pipih, abaikan. seperti tiap2 kali berada di pasar, gua akan bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan anonimus2 yang mengenali gua secara ringkas. contohnya sapaan dari member semukhayyam tahun lepas.

"nape xjoin mukhayyam aritu? xde dak kaed langsung"

memang dah dijangka. kami bizi dengan hal duniawi~

usai berjenaka ringan, gua meneruskan perjalanan menelusuri pasar yang kian sesak dengan masyarakat setempat.

dari kejauhan gua mendengar si penjual air kelapa menghebahkan tentang air kelapanya..

elok2 sedang gua melepasi brader penjual air kelapa 1, beliau melaungkan kalimat "air kelapa satu seringgit.. ops" gua lantas tersedar kekhilafan si penjual dalam meletakkan harga minuman.

"betul seringgit? heheh"
selamba gua beraksi memerli sambil melepasi kedai air kelapanya. gua kerling papan tanda harga.. Seringgit Lima Puluh Sen.

dalam kekalutan si penjual air kelapa 1 membetulkan kata2, rakannya, si penjual air kelapa 2 lantas menawarkan gua air kelapa seringgit.

"bang sini bang. oke bang, seringgit! xpe bang, ni rezeki abang" <--lebih kurang macam tu lah

_________________________________


gua meneruskan perjalanan sambil menghirup air kelapa murah lima posen daripada orang laen, gua bangga

_________________________________

alhamdulillah

12 January 2011

hantu kua dari tv ade dah.. hantu yang kua dari pc screen ade x??




















hee~


____________________________________

post aku sebelum nih panjang gile.. bagi yang tak minat membaca tu xpe, ni ade comic strip aku dapat dari . . .ahaa xbole btau dah. sebab aku hamba yang hina ini baru disedarkan yang kalau berkongsi bende2 xelok nih, nanti kongsi dosanye jugak.. hoho.

alhamdulillah ade yang komen. tenkiu~