26 March 2010

56.4 kg & 165.5 cm ~


hari ini hari jumaat.

pagi2 ada internal portfolio.. secara umumnya, madam hanita hepi dengan anak2 studionye. aku join hepi skali. mudah2an semuanya elok2 belaka. macam orang barat kata, berjaya dunia akhirat~


aku bukan manusia sempurna,
but im trying

______________________________________

solat jumaat..
khutbah cam bese minggu nih khatib bersemangat xhengat dalam usaha menyampaikan mesej ke seluruh pelusuk hati ahli2 masjid. jerit2 semangat khatib aku tak tolak tepi hari ni, aku dengar satu persatu. . . memang boleh buat hati kau berdegup kencang jugak laa kalao kau ambil inisiatif untuk xtidur dan khusyuk duduk bersila mengadap kiblat dengar bait2 kata2 penuh hikmah dan pengajaran tersebut. memang boleh buat kita rasa nak dekatkan diri dengan Yang Maha Esa, buatkan diri ini terasa kerdil.. sentiasa perlu mengingatkan antara satu sama laen, kalau tak kite2 ni yg rugi.

jap, lupe nak bitau, khutbah dalam bahasa arab tadi aku xpaham pape pon, layan game susun2 sushi dalam iphone Yas, kalo dapat wat sushi sederet 3 atau lebih nanti de hilang... tadi aku dah berjaya dapat highest score..seratus lebih, ok laa tu minggu depan try lagi~


aku bukan manusia sempurna,
but im trying

______________________________________

balik solat terus ke IKEA~
wohha!
xpayah susah2 nak cover2 line pakai baju orang barat, baju melayu biru gelap + selipar tapak haus aje dah cukup.

rm10 - 10 meatballs

ok not bad~

tambah sket kek da'im sebagai side dishes . . . dan beberapa jenis kek laen courtesy of kawan2 yg banyak duit lebih. tenkiu2~

ngap3 laju je toksah kao nak pertikaikan. xkesah laa g kua makan ngan gadis lapan orang ke hape ke, emosi dan selera makan aku tak sikit pon terganggu. aku konsisten~




perut kenyang!
ok kite ke tentatif seterusnya...

maen boling!

prestasi aku semenjak awal2 lagi dah memberangsangkan. di pertengahan aku lihat sekeliling ramai cube mengejar dan merapatkan jurang di antara kami. aku hepi je dengan perlumbaaan sehat macam ni, aku hormati semangat setiap anak gadis dan anak teruna. bola boling kali ni macam biasa aku pakai yg ringan2 aje 7 ngan 8... lubang2 jari tu sempit xhengat aku sumbat je.. ni skang ni dah saket2 dah ni kuku tapi aku berpuas hati dengan kemenangan tempat ketiga dengan poin ala2 budak baru belajar 104~.

farah nadiah memang persis profesional - 111
ewa diam2 berlatih dengan zura[bakal bininye] memang mengejar rapat aku - 105

ahahaha.. tahniah semua, bersemangat betul walaupun semua pakai baju kurung n skirt labuh~ ahahaha


reviu keseluruhan tentang hari ini, alhamdulillah semua perkara berjalan dengan lancar dan insyaAllah semuanya akan baek2 belaka.


yang penting kite dah berusaha kan?

25 March 2010

nak buat ape nih?

berkemas~

adehh, aku punye pc ni da kne virus... pastu keje studio aku yg sem ni baru je aku present tu da corrupted! ahahaha... abeh dah hilang sume keje cad, skecap, artlantis aku...

harini patutnye aku present untuk UAC Competition... tapi aku xdapat nak wat pape pon.. adehh..

tido je laa ilangkan stress..

satu bende pon xcompile lagi untuk sem ni, da hilang lak keje aku. uhuhuuu..

hmm, nak buat ape ye??
maen layang2 jomm!!~

yeyeyeyy~
^^

23 March 2010

jangan gado2~ [aku lapar sekarang ni . . .]

balas dendam?

hoho..

mengikut pemerhatian aku, ada 2 bentuk pembalasan yang dilakukan oleh orang sekeliling.

1. balas dalam bentuk yg mampu dilihat oleh pandangan mata kasar. contoh macam kau sagat kereta pakgad dengan kunci motor kau. contoh 2: libasan melintang di dada, tumbukan tepat di muka, dan tusukan tepat di area ginjal.

2. balasan psikologi. contoh: api2kan sifat amarahnya dengan kata2 pedas menyengat. contoh lagi: kata2 random yang umum tapi mampu menusuk hati pihak musuh dari dalam.

aku bukan nak ajar kau macamane untuk bergaduh dan saling bermusuhan. aku cume nak beritahu dalam dunia ni ada banyak ragam manusia. bukan semua manusia kuat macam kau untuk lawan dengan cara 'pukulogy'. tapi semua makhluk ada cara counter attack masing2. dan sila berhati2 dengan mereka yang kelihatan lemah dan tiada muscle ini kerana mereka juga ada cara untuk menjatuhkan kau yg kuat bermuscle2 tu.

akhir kata,
hormatilah setiap orang ye~

^^
hepi2lah selalu~


22 March 2010

balun

yo wassap?

berkulat dah blog nih.. penduduk setempat dan masyarakat minoriti dah start buat teguran membina, nak suh aku update sumthing... aku blur2 nak cakap pasal ape. orang kate aku kuat mengarut, orang kate~



hari sabtu, tapi aku bangun awal solat subuh kire awal gak nih. mengikut tentatif program yang dirangka oleh pihak atasan malam tadi sebelum tidur, kami akan bertolak tepat jam 6pagi . . . + - laa

tunggu punye tunggu . . .

ok pukul 7pagi baru kelamkabut xhengat.. kereta kancil berada dalam keadaan pecutan sekata menuju ke jambatan sri wawasan, tempat belon panas berada.

ok xde laa lambat sangat . . . tapi orang ramai dah beratur panjang gile! nasib laa ade wakil dah tolong beraturkan semenjak jam 6pagi lagi~ hahahah... err kire potong barisan ke? lalalaaAaa

da beratur beli tiket kene beratur nak naek belon lak! ok... sila berdiri lagi 3jam

________________________________

orang kate nama tu melambangkan sifat.

belon udara panas . . .
memang panas gile bile duk kat dalam bakul de tuh!! api yang de kuakan tu bahang de tu wat kulit aku jadi sawo matang ni haa.. asal2 aku datang tu kulit cerah kemaenn~

lalalaAaa

bende panas~




wahh tingginyeeee~[sila imaginasikan ini ~]



________________________________

bosan lahhh~
terasa macam nak makan . . . dan tidur. . . weh kalau ade ape2 xtvt seronok ajak aku! kalao xseronok pon boleh je ajak, mane taw aku boleh ubah persepsi kau hahahah

penulisan kali ni cam boring... cam selalu2 laa~

09 March 2010

aku nak propose pada pihak2 berkuasa UIA untuk buat pulak Quality Week~

dengar cerita bile tibe Quality Day xde kelas bile pagi2 . . macam pagi harini ^^

ceramah pagi - pagi ~

assalamualaikum dan salam sejahtera,

alhamdulillah bertemu lagi kite dalam ruangan ceramah pagi2.
berabuk gak laa ruangan ni dah aku tengok~

insyaAllah dengan berkat dan kehendakNya, dapatlah saya selaku penceramah undangan di ruangan ini, menyampaikan sedikit ilmu... lebih kepada sekadar cuba berkongsi pengalaman yang harap2nye dapat meningkatkan semangat dan keimanan kite bersama.

alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi kita satu hari lagi untuk hidup di muka bumi ini, peluang untuk menambahkan bekalan buat hari esok.. bekal iman ye adek2, bekal nasik lemak yg bawak gi sekolah tu lebih kepada bekalan buat hari ini~

cerita bermula dengan suasana pagi hening. seorang hamba Allah ni bersiap2 awal untuk kelas pukul 9nya. pagi tu tak macam pagi2 laen yg mana watak utama ini kebiasaannya tidur. pagi ini selesai solat subuh, hamba Allah ni tak tidur.. alhamdulillah. pergi ke kelas awal. ade presentation jap lagi.. lebih kurang macam tu lah.

seketika kemudian, cikgu panggil watak utama;

"awak belikan saye dan cikgu2 laen air, nah duit"

lalalaaAa~ watak utama ni pergi belikan air kat cafe Kaed kentin.

selesai beli air, beliau pon bagi air dengan hati girang pada cikgunya.

cikgu : cepatnye, awak xminum dulu? duit baki tu simpan buat minum2

habess dah cerita ni. best x?

.

.

.

kruuk krukk *bunyi cengkerik*

err...

ok, ok.. nak bagitau ini je. orang kate, xelok tidur lepas subuh.. sebab waktu tu rezeki banyak. kalo tido rugi laa xdapat rezeki. contoh paling jelas, hamba Allah /watak di atas, tiba2 dapat duit belanje lebih pagi2. kan elok je tu Allah nak bagi si watak utama tu sedar betapa jelasnya konsep murah rezeki kalau xtidur lepas subuh ~

yeayy

selamat beramal

zZzz ehh x x.. xtido pagi dah~ ngeEe :)