22 March 2010

balun

yo wassap?

berkulat dah blog nih.. penduduk setempat dan masyarakat minoriti dah start buat teguran membina, nak suh aku update sumthing... aku blur2 nak cakap pasal ape. orang kate aku kuat mengarut, orang kate~



hari sabtu, tapi aku bangun awal solat subuh kire awal gak nih. mengikut tentatif program yang dirangka oleh pihak atasan malam tadi sebelum tidur, kami akan bertolak tepat jam 6pagi . . . + - laa

tunggu punye tunggu . . .

ok pukul 7pagi baru kelamkabut xhengat.. kereta kancil berada dalam keadaan pecutan sekata menuju ke jambatan sri wawasan, tempat belon panas berada.

ok xde laa lambat sangat . . . tapi orang ramai dah beratur panjang gile! nasib laa ade wakil dah tolong beraturkan semenjak jam 6pagi lagi~ hahahah... err kire potong barisan ke? lalalaaAaa

da beratur beli tiket kene beratur nak naek belon lak! ok... sila berdiri lagi 3jam

________________________________

orang kate nama tu melambangkan sifat.

belon udara panas . . .
memang panas gile bile duk kat dalam bakul de tuh!! api yang de kuakan tu bahang de tu wat kulit aku jadi sawo matang ni haa.. asal2 aku datang tu kulit cerah kemaenn~

lalalaAaa

bende panas~




wahh tingginyeeee~[sila imaginasikan ini ~]



________________________________

bosan lahhh~
terasa macam nak makan . . . dan tidur. . . weh kalau ade ape2 xtvt seronok ajak aku! kalao xseronok pon boleh je ajak, mane taw aku boleh ubah persepsi kau hahahah

penulisan kali ni cam boring... cam selalu2 laa~

09 March 2010

aku nak propose pada pihak2 berkuasa UIA untuk buat pulak Quality Week~

dengar cerita bile tibe Quality Day xde kelas bile pagi2 . . macam pagi harini ^^

ceramah pagi - pagi ~

assalamualaikum dan salam sejahtera,

alhamdulillah bertemu lagi kite dalam ruangan ceramah pagi2.
berabuk gak laa ruangan ni dah aku tengok~

insyaAllah dengan berkat dan kehendakNya, dapatlah saya selaku penceramah undangan di ruangan ini, menyampaikan sedikit ilmu... lebih kepada sekadar cuba berkongsi pengalaman yang harap2nye dapat meningkatkan semangat dan keimanan kite bersama.

alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi kita satu hari lagi untuk hidup di muka bumi ini, peluang untuk menambahkan bekalan buat hari esok.. bekal iman ye adek2, bekal nasik lemak yg bawak gi sekolah tu lebih kepada bekalan buat hari ini~

cerita bermula dengan suasana pagi hening. seorang hamba Allah ni bersiap2 awal untuk kelas pukul 9nya. pagi tu tak macam pagi2 laen yg mana watak utama ini kebiasaannya tidur. pagi ini selesai solat subuh, hamba Allah ni tak tidur.. alhamdulillah. pergi ke kelas awal. ade presentation jap lagi.. lebih kurang macam tu lah.

seketika kemudian, cikgu panggil watak utama;

"awak belikan saye dan cikgu2 laen air, nah duit"

lalalaaAa~ watak utama ni pergi belikan air kat cafe Kaed kentin.

selesai beli air, beliau pon bagi air dengan hati girang pada cikgunya.

cikgu : cepatnye, awak xminum dulu? duit baki tu simpan buat minum2

habess dah cerita ni. best x?

.

.

.

kruuk krukk *bunyi cengkerik*

err...

ok, ok.. nak bagitau ini je. orang kate, xelok tidur lepas subuh.. sebab waktu tu rezeki banyak. kalo tido rugi laa xdapat rezeki. contoh paling jelas, hamba Allah /watak di atas, tiba2 dapat duit belanje lebih pagi2. kan elok je tu Allah nak bagi si watak utama tu sedar betapa jelasnya konsep murah rezeki kalau xtidur lepas subuh ~

yeayy

selamat beramal

zZzz ehh x x.. xtido pagi dah~ ngeEe :)

04 March 2010

quick review mengenai hari ini.. *aku pon buleh taip laju gak utk reviu aku nih..xsampai seminit~*

hari ini tidur sepanjang hari dan makan sepanjang malam~

*wink2*

mari bersemangat melangkah bersama booster baru anda

gua rase gua dah makin jelas ngan matlamat ke arah kejayaan gua. skang nih tengah mode : gua terasa macam gua orang paling penting dalam dunia, kalau xde gua dunia jadi xlengkap dan semua orang xpandai nak gelak untuk hepikan diri sendiri. yeahh!!

haha, jangan cakap gua kerek xtentu pasal, tengah nak naekkan semangat juang dalam diri gua laa. lu layankan je laa.. kalo rase2 geli2 kat ulu hati baca entri ni, lu boleh g maen jauh2.

gua rasa setiap orang pon ada potensi untuk menjadi seseorang yang hebat, yang selama ni jauh tersimpan dalam diri.

the time will come... kate member tu. well i think, the time has come. yepp, its my time to shine, its our time bebehh [khas buat kawan2 seangkatan aku, dont worry lahh, you got me~ hahaha]

_____________________________________

berita tidak berkaitan,

aku suka hujan, ketam banyak isi~



03 March 2010

gua brutal camni~

sayangi gua.. bagi gua makan dan tidur yg lebih dari mencukupi ye~

01 March 2010

yang salah tu semuanya datang dari aku.. ye

entri emo sesaje rasa nak tulis. tapi aku ok je sebenarnye skang nih...

kau jenis yang lebih suka berdiam diri atau mudah melenting??

aku ada satu masalah berkenaan diri aku yang aku suka beritahu pada semua, biar semua tahu apa perasaan orang jenis yg macam aku ini. macam ni.

orang sekitar kita akan mudah aje salah faham. situasi sebenar bukan seperti yang mereka bayangkan dan daya penaakulan mereka dah terpesong sebab mereka cuma dengar satu pihak punye cerita aje, atau yg lebih parah, mereka tak tau pon cerita sebenar tapi sudah buat andaian. aku xnafikan ini dah macam norma masyarakat. aku sendiri pon xterkecuali dari membuat penaakulan sendiri nih.. [bongokk!]

tapi dari sini akan ada dua jalan berlainan yang akan diambil oleh 'orang yg disalahfahamkan'.. err ape ayat aku ni??

aAa.. mm, cani,

aku xboleh betul laa kalau kau salah anggap pada aku. nak taknak, aku akan cuba cari jalan untuk bagitau jugak perkara sebenar, taknak perkara tentang salah faham tu berlanjutan. aku memang tak reti diamkan aje.

mama aku laen,
mama aku sangat cool.
orang salah faham?? cakap2 belakang tentang perkara yg kite xbuat??
biarlah, mereka tidak tahu perkara sebenar dan, biarlah kite berdiam diri dan bersabar aje..
janji kite taw perkara yg kita buat tu betul, dan Allah sesungguhnya yang lebih tahu tentang perkara sebenar yg berlaku, biarlah orang nak judge..misjudge macamane pon...

cool mama nih

aku lak hangenn je..
mm.. pada aku macam xsah laa kalau aku xbitau perkara sebenar konon2 macam nak clearkan benda2 yg salah la. aAaa... ideologi manusia memang berbeza. dan aku rasa macam aku perlu contohi orang2 cool macam mama. diamkan aje laa, biar aje orang pandang buruk pada aku mungkin. [tu balasan dunia gk tu kot.. aku buat jahat kat orang, aku pon kene laa~]

__________________________________

ok meeting!