27 February 2010

someone came to me and said "kenapa mesti nak tunggu aku?"

tibe2 rasa terpanggil untuk menulis tentang . . . mmm, sifat manusia. pada aku, bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi leader. ada yang selesa menjadi follower. aku follower. jadi aku ingin back up follower kali ini.

leader ialah orang yang mampu membimbing dan membawa banyak perubahan dan benda2 baru. kalau kau buat sesuatu yg baru, xsemestinya kau leader, kau leader jika kau buat benda baru dan kau tunjukkan pada orang ramai. mau tak mau akan ada orang yang mula mencontohi kau. ini belum masuk bab baik atau buruk sesuatu perkara tu, ini hanya menyentuh bab kebolehan dalaman individu untuk menarek perhatian orang untuk mengikut jejaknya. ok, dalam usaha seorang leader untuk membawa individu laen mengikut jejak langkahnya, macam aku cakap tadi, leader ada kelebihan yg kadang2 de sendiri tidak sedar, kelebihan menunjukkan sesuatu yg baru itu. itu baru jadi leader.

as for followers, they're the side kick, they're the helper for the leader in achieving the main objective, such as conquering the world or saving Gotham City. in the real world, i found that people follow not because of it is the right thing to do, but rather following those who can make them looks better + they think the same. dah kalau kau follow orang yg kau tak suka, dalam hati kau pon pasti ada terdetik rasa gusar dan ragu, kan?? haa~

kepada leader, jangan lah kerek sangat dan anggap diri kau segalanya pulak. x x, aku xmaksudkan kau, jangan mudah perasan. dalam diam2 kau sebenarnya memerlukan sidekick kau tu. so hargailah follower yg ada di sekeliling kau sebab pada aku mereka2 inilah yg kalau kau mintak tolong, with no hesitation, dowang tolong ko.. sesuai dengan sifat follower, mereka gemar membuat sesuatu bersama leader atau sekurang2nya, dalam pengetahuan dan pengawasan leader. ini membawa kepada sikap menarik diri jika leader menarik diri. ahaa.. dah makin jelas tentang hal yg macam ni?? macam mula2 leader cakap 'jom makan', ramai gile yg angkat tangan nak ikut.. [dalam situasi ni kau patut sedar kebolehan mengajak orang bukan ada pada semua orang.. orang macam aku ni xmampu pon nak kumpulkan orang..so bersyukurlah kau ada kelebihan itu] berbalik pada situasi tadi, leader cakap 'aku xjadi g makan'. kau rasa apa rasa hati follower? ok kepada leader yg baca post ini, tolong berfikir secara rasional dari pandangan mata seorang follower.. follower itu follow kau sebab kau centre of attention yg mereka mahukan. kalau xde kau dah hambar dah keadaan, dah bosan dah. dah xde rasa connection dengan follower yang laen.. sebab connection nye itu through leader.

natijahnya, kita tidak boleh salahkan sesiapa. bukan salah leader kalau mereka tidak faham perasaan seorang follower. bukan salah follower kalau mereka bersifat kurang keyakinan diri dan tiada sifat seperti seorang leader. benda ini perlu dipupuk. sedikit sebanyak, apa yang aku mampu katakan ialah, kita beri peluang untuk follower tonjolkan atau belajar menjadi leader, dengan bantuan leader itu sendiri. perkara paling penting sekali ialah sifat yakin diri.

ok habess bab bosan. petikan umum macam ni perlu aku selitkan kadang2. sebab label kat bawah ni selalunye cuma 'bercerita tentang masa kini, dulu2 dan masa depan', sekali sekala aku perlu update under label 'corak pemikiran kanak2..'

-tamat-
_______________________________


"V [bukan nama sebenar], kau xdatang ke tadi??" sayup2 je suara member aku kedengaran, macam maen bisik2 dalam kelambu.

aku diam.
aku tau aku tido xhengat dunia pagi tadi, dan xjoin femili dey... aku hantar anak bini je wakil, sudahlah~

"patutla xbising sangat batch kite tadi . . ." member mengakhiri perbualan satu halanya denganku.

adehh! ini serius buat aku terasa. aku rasa macam aku lari dari tanggungjawab aku selaku watak riuh rendah dalam batch. aAaaa...

maafkan aku rakan2
aku akan cuba sedaya upaya lepas ni

susah jadi leader nih, kalao xdatang satu batch terasa. hahaha *wink2*

26 February 2010

aktiviti sosial malam jumaat maulidur rasul ~

konsert2 malam jumaat memang menarek perhatian ramai. lebih2 lagi kalau konsert free. sebelum ni gua berkira2 jugak sama ada

A] nak menapak ke UKM bangi tengok konsert Nazrey Tahfiz Syahadah atau
B] loncat2 sampai bangunan sebelah ni, CAC UIA untuk tengok Ramli Sarip~

gua buat pertimbangan rasional ; gua fikirkan baik buruk setiap pilihan, baik dari pandangan mata pihak pertama kedua mahupun ketiga; gua bayangkan situasi semasa; gua dapatkan cadangan dan gua dengar luahan rakan2. info2 dan pengetahuan global gua gunakan dan manipulasikan mengikut peredaran arus kemodenan masa kini.

macapada menyaksikan jawapan kepada semua permasalahan di atas ialah C.
ya, C, menuju ke warung tepi jalan untuk melantak melahap mentekadaghah makan menjamu selera.

bercakap soal selera, beberapa hari ni gua hilang selera makan makanan tradisi gua... entah kenapa selera makan gua terhadap makanan ruji penduduk semenanjung Malaysia dah kurang . . . semenjak kelmaren, gua asek bantai melantak melahap mentekadaghah makan jamah Double Cheese Burger je~

tapi malam ni gua kawal nafsu, gua dah nekad untuk xlayankan aje gejolak nafsu dalam diri macam malam2 selalu.. aAa.. yelah, malam, siang pagi petang punye nafsu makan bege~

malam ni gua try to make it simple. <-- tips menjadi blogger femes, memasukkan sepatah dua kata2 dalam bahasa penjajah untuk mengumpan gadis. ini gua dapat dari tabloid~

malam ni gua jamah burger oblong. xpenah dengar ke?? saiz de macam bege prosperity mcD, tapi disebabkan ade yg xberapa bersetuju dgn penyaluran wang gua ke dana israel, gua beli bege macam ni, jual kat warung je tapi rasa sedap boleh tahan. sama sedap sama kenyang! boikot mcD, beli bege buatan Malaysia laa wey

sejurus menghabehkan bege gua, dan bege member gua yg xabes tu pon gua tolong jamahkan...

gua menuju ke CAC untuk program seterusnya. gua rasa terpanggil untuk menjenguk2 ke-havoc-an keadaan konsert malam jumaat ini. ternyata kedatangan malam ini adalah tahap pecah panggung. orang ramai dilihat teruja macam hari pertama pembukaan cereka sains fiksyen AVATAR haritu. ibu ayah & anak kecil berpusu2 memenuhkan kerusi. tak kurang juga anak2 gadis comel2 belaka baya2 gua yang duduk sebelah ehemm2, secara generalnya, CAC penuh kemaenn~

konsert yg gua tunggu2 xkunjung tiba lagi. ada lakonan bercorak penuh keinsafan yg diselang selikan dengan persembahan harmoni dan islamic dari penuntut2 universiti islam antarabangsa yg terdiri daripada pelbagai bangsa. tak lari dari kemeriahan menyambut maulidur rasul gua tengak persembahan malam ni, gua setuju sangat. dalam usaha kerajaan untuk mengetengahkan dan memperbanyak cerita2 berunsur keagamaan, ini dilihat sebagai salah satu medium yang paling tepat, mengambil kira bilangan penonton dan sasaran umur yang tepat, beserta bacaan bait2 ayat suci Al Quran yang bisa buat gua lembut hati.. memang baguih!

kemuncak persembahan, tidak laen dan tidak bukan selepas watak utama mati di atas kerusi roda di tepi pantai ketika melihat matahari senja... Ramli Sarip ikon rock zaman berzaman membuat kemunculan bergaya di atas pentas dan memberikan lantunan vokal 200% untuk peminat2 nya! YEAHH!! gua selaku peminat sejati beliau memang ada rasa macam nak terkinja2. tapi gadis di sebelah buat gua xhilang rasional diri. cukup sekadar tepuk2 tangan dan jerit2 serak hilang suara je. gua kenang2 semula saat gua mula2 minat suaraRamli Sarip... masa tu gua tengah pejam mata dalam buaian, pakai lampin kaen yang kena basuh tetiap pagi tu lagi.. mama gua enjut2 sambil nyanyi lagu Kamelia + bonus track, Bukan Kerana Nama~

gua dah ngantok, sok ada aktiviti hari kekeluargaan; hari keluarga/ femili dey~. gua sekeluarga, anak bini, kena siap sedia untuk cabaran2 yang bakal mendatang. ok, gua nak g cari bantal~

24 February 2010

matlamat perlu jelas

hari ini aku ingin bercerita sedikit tentang matlamat hidup. macam tajuk post kali ini, matlamat hidup perlu jelas. ok kadangkala tidaklah jelas sangat tapi sekurang2nya perlu juga berfikir sikit2 macam kau ingin hidup lama lagi. . . ok bosan kalau panjang sangat berceramah macam ini, perlu isi gambar



yeyeeeyyy~


yeyeyy lagi~





xberape nak yeyeyy lagi.. tidak ada duit untuk ini~




ini matlamat jangka masa panjang ~




bersikap humble, dapat ini lagi sekeping pon sudah cukup~
[nVidia GeForce 9600GT]


dan rase macam nak pakai processor i7... tapi motherboard xsupport la plak... membawa kepada angan2 ingin membeli motherboard baru~ ahahaaha.

ok stop berangan skang!

18 February 2010

16 February 2010

plan perbankan remaja lelaki [bahan bacaan santai tidak perlu berpeluh sejuk]

keluar makan tengahari ~

borak2 tentang kawen berlanjutan dari dalam perodua kembara sampai ke meja kfc sampai ke kaed semula. duit hantaran merupakan salah satu subtopik, selain subtopik mencari pasangan.ohh~ memang perlu buat plan sekarang . . .

tap! tap! taptap! tap! [bunyi button kalkulator]

ok, perlu puasa bermula esok + kerja sambilan tapi tidak sambil lewa + bakal isteri maintenance rendah

selamat mengumpul duit kawen semua

15 February 2010

si kecil pulang petang ~

ok, perlu balik ke rumah ketika cuti raye cina ye~

so, pagi2 sabtu tu aku dah ready dah segala, dari persiapan mental, fizikal, jasmani, rohani, rohayu dan rozana . . . err~

sarapan nasi lemak sg. pusu free, courtesy of ajim-punye-duit-besar-makcik tokey kedai-takde-duit-pecah ~

menuju ke Pudu naek LRT. pagi2 cuaca cerah.. mood terasa senonoh dan elok pagi ini ye

ohh ye, sebelah aku gadis separuh umur,
aku xambil kesah sangat, . . . err, maksud aku, aku xambil kesah langsung.
kecuali aku memang terperasan dia ni gadis yang duduk depan aku dalam bus T231 tadi.
yang naek mase kat bus stop depan engin tu.
yang namenye elok lah kalau aku sekadar sebutkan di sini sebagai 'Zura', tanpa perlu nama penuh seperti dalam kad pengenalan, atau nombor telefonnya sekali.
xperlu.
yang bole..STOP! dahh!
de g klcc bertiga
ok janji xsebut lagi pasal ni.
lalalaaaAa<--berpeluh, harap2 x dibabab oleh awek aku
___________________________________

berbalik kepada motif asal ; membeli tiket bas ekspres di Puduraya

tiket pukul 630pm??!!

urghh...
ini memang bahana buat mereka yg xrajin untuk beli tiket awal. cehh, jangan salahkan aku, aku seorang lelaki~

wait, jangan pandang rendah pada sikap lelaki terlampau awal, aku juga punya perkataan 'optimistik' dalam kamus hidup aku. sifat tidak mudah mengalah memang sesuai kalau aku nak apply dalam situasi macam sekarang ini. tengok tu, xsia2 aku pupuk sifat ni semenjak kecil2 lagi.

bas pukul 630pm..
apa barang bai? [nada sinis macam kau biasa tuturkan pada rakan sebaya kau]

aku keluarkan iphone dari poket kanan seluar jeans ketat ngan koyak2 kat lutut, jam 11pagi sekarang ni. otak aku ligat memikirkan jalan.. jalan ke platform bas aku, orang ramai gile! kamon laa... aku bukan nak pon berhimpit2 ngan bangsa laen yg ntah ade permit ke tak duk kat Malaysia nih..

xbuleh jadi,

aku kena kawal sifat rasional aku. Tingkahlaku luarkawal seperti menggelabah xtentu pasal memang jauh sekali dari diari hidup aku, itu aku memang pasti. Sekarang pukul 1130 pagi dan aku ada satu peluang xlama lagi. Apa perlu aku lakukan?? Ok, aku perlu berada di tempat yg betul pada masa yg tepat dengan bait2 ayat yg penuh santun!! Wohha~

awal2 lagi aku dah berada di pintu depan bas ekspres pukul 12 tengahari. lalalaaAa~
bagi orang laen naek dulu. . . xpe, jangan berebut... lalalaaaAa

ok dah lengang, dah xde orang nak naek bus.

"err assalamualaikum, bang.. cam ade tempat kosong je tu saye tengok nih,pekate saya penuhkan seat ni . . ."


tak payah tunggu lama untuk dapat jawapan dari abang konduktor bas, dan jawapannya positif~

yeayy.. naek bus pukul 12pm!!

ok, tidur~
___________________________________

uhh..huarghh.. macam dah tertidur [ter?? sengaja tidur okay~] selama 45 minit...
. . . . .
asal cam still kat kolumpo?? arghhh jemmmmmm~

aku dah laa duk seat paling depan [sebelah aku lelaki, baguslah,kang awek aku jeles lak], betul2 belakang driver aku. oleh itu, memang jelas lah aku boleh nampak keadaan persekitaran. dalam sekilas pandang, aku dah dapat ramal masa depan aku. . .

situasi : pergerakan bas slow sikit kalau nak dibandingkan dengan semut api time bawak makanan besar lapan kali saiz badan de... wuuu~

ini memang nak kena keroke nih!
dan sememangnya status lagu dalam bas ni macam sesuai dengan rima hidup aku. driver aku pasang radio suria fm. xpernah lak aku layan channel nih, tapi lagu2 yg diputarkan cambest lahh! ok, nyanyi je jangan kesah ngan dengkuran atau ngauman enjin di sekitar anda.

"mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki.. berilah tanda bla bla bla ~"
[spider - mungkinkah terjadi]
___________________________________

11 February 2010

must.. stay . . . awake . . . (x__x")

design macam xgerak2.. macam xberkembang.. idea ade, tapi stucked lama gile bila dah start berfikir...

adib bagi aku tips ringkas,
"kena cepat buat keputusan.. desicion making bebb~"

ok ok (-__-")>

dan masalah bila asek ngantuk je nih..
yelaa, pagi bute makan nasi lemak je tetiap hari~

aAAaaaaaa

takboleh jadi nih . . .
aku kena start ambik dadah ni
sape ade jual dadah aku nak beli 2kati