13 May 2009

HAIHH~

sekarang pukul 4:15am...

aku dengar lagu Lily Allen-Who'd Have Known yang aku letak di blog aku ini...

"it's 5 o clock in the morning..conversation got boring . . ." bait2 lagu berkumandang, seperti menceritakan tentang diri aku kan?

aku ingat kembali apa yang aku lakukan hari ini... ouhh, bangun lambat setelah tidur semula. kakpaah kejutkan aku, pergi mandi, makan bersama kak elmi di cafe.. mencari dan muat turun video klip tarian... tidur petang [sudah lama tidak tidur petang...orang kata tidur petang buleh membawa kepada gila...aku tidak mahu itu sebenarnya...] makan malam, menonton Bee Movie, maen lari2 di dalam studio... maen baling selipar sebenarnya! agak kelakar dan menyemputkan. membaca komik online. . . ahh, tidak ada perkara besar yang aku lakukan hari ini. hanya hari yang biasa. bosan seperti biasa. aku teringat satu iklan Singapura...begini,

watak utama, seorang remaja lelaki keluar rumah dan menuju ke pondok bas dan terlihat watak pipih 1, sedang membaca surat khabar. salah satu iklan pada surat khabar ialah wayang yang ada gambar watak utama!! belum habis rasa terkesima, bas sampai. dinding bas ditampal dengan poster wayang terbaru, tertera gambar si watak utama dalam poster itu!! owhh . . .
babak seterusnya, watak utama berada dalam panggung wayang untuk melihat sendiri wayang tentang dirinya.
wayang tersebut menunjukkan dirinya sedang melakukan rutin harian yang biasa2 sahaja seperti bangun tidur, gosok gigi, pergi pondok bas, bekerja, et cetera... watak utama terlihat orang di sekeliling dan dapati mereka semua tertidur, huu... diari hidup watak utama sangat membosankan [seperti aku] tiada yang extraordinary . . .

bagaimana dengan hari engkau??

hari ini aku belajar perkataan baru
REVERIE = day dreaming

11 May 2009

WHAT's THIS ??


ini aku buat pukul 3pagi. dah nak tido...tetibe leh lak bukak photoshop dan nak design bende laen sebenanye.... last2 ade tulisan WHAT's ART...

niat asal aku nak design mural kat sekolah tadika abim area perumahan mama aku...

well,
aku pon tataw laa kowang nak cakap ape pasal mende nih... tapi aku suke warna warni ini! wiii~

nak aku gorengkan makna untuk setiap objek pada logo ini??? hihi...nantilah. aku nak tido dah ni

____________________________
aku lupe ingin beritahu ape ini..
What'z art ialah motto untuk KAEDfest 09 yang bakal menjelang nih..

10 May 2009

perempuan TERHEBAT !

ahhh~

perempuan hebat ialah bila beliau mampu berdikari dan menjalani kehidupan dengan baek setelah ditimpa musibah. perempuan terhebat ialah perempuan yang dapat mengatasi emosinya untuk membuat pertimbangan yang terbaek dan rasional. perempuan terhebat ialah seseorang yang banyak belajar tentang kehidupan dari hari ke hari. perempuan terhebat perlu belajar dari kesilapan orang lain, bukan sekadar diri sendiri. perempuan terhebat ialah perempuan yang mampu membahagikan masa 24 jam sehari dengan sangat efektif. untuk menjadi perempuan terhebat, perlu ada daya kesabaran yang tinggi dan tidak mudah melatah. perempuan terhebat bijak membuat perancangan tentang masa depannya.

engkau perempuan terhebatkah??

aku telah jumpa seorang,

MAMA...
pergilah tanya beliau tentang diari hidupnya . . .

KAU INI BODOH KE HAPE ? ? ! !

satu sikap yang aku tidak suke engkau semua lakukan ialah membuang puntung rokok merata2 tempat. entah kau memang bodoh atau jadi bodoh selepas hisap rokok itu aku tak tahu tapi aku tak mahu dengar ada sesiapa yang cuba berani2 back up orang pengotor seperti ini...
aku kurang hormat sama orang yang begini.

aku tahu ada saja orang baik yang merokok... baeklah, aku tidak halang itu..cukup sekadar aku beritahu bahawa merokok membahayakan kesihatan dan selanjutnya kau sebagai seorang yang telah akil baligh patut tahu langkah seterusnya.

yang bikin aku hangin ini apabila engkau merokok di tempat awam dan asap rokok itu siap lalu2 kat area ventrikel, paru2, vena pulmonari dan laen2 tempat dalam badan aku...
aku akan batuk2 lah..
.jahat kau!

lagi satu aku tak puas hati dengan orang yang buang puntung rokok merata2...berbau lah, bo**h!! kat lantai ceruk2 KAED . . . kat tepi tangga. . . KAT DALAM TOILET!! ini memang menyakitkan hati aku... sila buang dalam tong sampah lah!! kau kan dah akil baligh, ini pon taktaw ke?? [
imaginasikan aku mencarut sekarang...]

kalau kau tidak hormat orang lain hari ini, esok lusa orang akan pijak kepala engkau pula

08 May 2009

KADANGKALA ~

kadangakala kita rasa seperti kita telah jumpa orang yang begitu sepadan dengan kita... tapi tidak sebenarnya...

wow...agak berat dan emosi penulisan kali ini bukan?? haha.. sebenarnya bukan semua benda berkisar tentang diri aku sahaja. aku hanya terasa ingin bercakap tentang ini secara kebetulan . . . [anggap saja begini ok??]

aku lihat siri komedi tadi dan ia berkisar tentang hubungan antara pasangan yang seperti 'perfect' di mata masing2 namun sebenarnya dari sudut pandangan yang lebih luas atau dengan pemikiran yang lebih jauh ke hadapan [tentang hubungan tersebut pada masa hadapan setelah sampai satu masa...], sebenarnya hubungan itu akan menemui jalan buntu...

perlu berfikir panjang dahulu...

lihat perkara dari setiap aspek...kelebihan, kekurangan, kesan dan akibat. . .apa lagi??hmmm...

wahh, pemikiran aku matang kah??~ lalalaaa

07 May 2009

korek-korek gambar lame ~



aku & elmi [lihat betul2 dan kau akan nampak aku]


ini fawi sedang nyanyi

dan kenape tetibe nak letak kat sini?? . . .
mmmm...
eh,sukeati akulah

hahaha

06 May 2009

perbualan hari SABTU ~

"adehh, owang karen nih, patutnye nak tup karen tuh bio r mase hari bekerja...ini time owang sume ade kat umah, nak lepak2, tup eletrik!" aku mulakan perbualan dengan pakcik aku, pukul 11pagi hari SABTU.

"eh, bukan macam tu Yus"


aku pandang tepat ke muka Acik
minta penjelasan . . .

"kalau de keje mase ari bekerja, rugi... kalau de wat kerja mase SABTU AHAD, lepas abeh waktu keje ke, dowang leh dapat duit lebih wat O.T."
jawab Acik, belia yang matang

DEMM~ he's rite!

[btw, de baru dapat bebi pompuan yang pipinye sangatlaa gemokk!! baru beberape bulan lepas...aku takde gambo laa, xde kemere. . .hukhuk]