BERDASARKAN KISAH BENAR

19 February 2013

Jam 6 petang. Langkahan gua tersusun.. Gua sedar situasi yang bakal menanti. Perlahan, gua gagahi niat, "gua nak ke surau KAED petang ni . . ."

Menuju ke tempat wudhuk lelaki di level 2, gua dapat dengar laungan azan, suara seorang lelaki baya abah2 yang ade anak sulung mungkin dalam umur 14 tahun gitu. gua tak gelabah.

"Aaaarghh... Huuarghhh... Erghhhh"

Jeritan gadis remaja berselang selang dengan laungan azan memecah kesunyian petang itu. Gua dah jangka benda ni. gua masih cool dan tertib mengambil wudhuk.

dalam keseriusan, minda gua kembali teringat kata2 Pokjak di studio sebentar tadi.

"ade dak pompuan histeria kat surau.. menjerit2.."

Usai mengambil wudhuk, gua melangkah masuk ke dalam surau. kosong. cuma terdengar sekali sekala suara ustaz menelefon rakan ustaz yg lebih taiko meminta pandangan dan buah fikiran. Gua solat keseorangan.

"LEPASKAN AKU!" ahh sudahh.. meremang pulak tetiba bulu tengkuk gua. makin erat genggaman tangan gua.. oke, relax.. gua boleh handle benda ni. solat laju.. solat laju...




TAMAT BAHAGIAN SATU

___________________________

Jangan ketinggalan untuk mengikuti sambungan cerita suspen berdasarkan kisah benar ini!

No comments:

Post a Comment