MULUT LONGKANG vs HATI LONGKANG

23 December 2012

assalamualaikum.

ramai orang cakap aku 'mulut longkang'. macam2 terminologi keluar.

dari dulu lagi aku dah di cop sebagai jenis yang cakap lepas aje, xde nak tapis2 sangat nak bagi sedap telinga pendengar. kalau aku rase xpuas ati aku cakap. supaya setel. supaya xterpendam lama2 bernanah.

mula2 aku fikir, emm ye aku salah. ye aku xpatut cakap macam tu..

tapi bagi aku kadang2 kata2 pedas yang staight forward tu yang berbekas dan buat kau berubah. ye aku tahu tentang berhemah dalam berkata2/ menegur. aku bukan keluarkan kata2 carutan. jangan mencarut k. cuma straight to the point, berterus terang.

oke skang tengok situasi ini. rakan A xpuas hati pada B. tapi depan2 senyum aje macam xde pape masalah. belakang start la citer itu ini.. tau x sape ni? perempuan~

aha xpayah nak angkat2 kening sangat macam xpuas ati ngan statement aku.


then there's me, yang jenis kalau xpuas hati pada B, terus aje cakap ape yang aku xpuas ati. aku akan dicop mulut longkang.. xreti jaga hati.. mulut laser.. cakap x berlapik.. et cetera.

lalalaAAaaa~

dengan cakap depan2 ini lah si B tu akan tau kesilapan dia. n kalau sebenarnye hanye salah paham, si B akan bg penjelasan supaya clear.. lepas tu salam. jangan ade simpan2 dalam hati. setel.

atau kau boleh jadi si hati longkang - depan2 senyum macam xde pape masalah, belakang esok bercerita apebende yang kau xpuas hati.. hari ni citer, esok citer.. lusa update lagi.. 

"aku xsuke lah tgk dia pakai seluar jeans kaler biru"

"eh eh weyh, harini dia pakai lagi seluar jeans kaler biru weh.serabut lahh"

"weyh serius dia apesal pakai seluar jeans kaler biru hah? aku nampak semalam"

dah kau xpenah halang dia dari pakai seluar jeans kaler biru, kau nak expect dia tetiba pakai seluar jeans kaler maroon cmane pulak? dia tak tahu~

natijahnye, si mulut longkang tu lah yang buat perubahan.. manakala si hati longkang hanya memburukkan nama orang dengan bercakap belakang.. memburukkan saham akhirat sendiri dengan bercakap belakang..

be the one who make the change in people's life.
jangan sekadar menyebarkan keburukan dia dari belakang..

so, kekadang aku mulut longkang kerana aku menyampaikan isi hati orang yang pandai tersenyum di bibir. aku macam batman taw, he takes the blame~ kesian batman. wuuwuu *window kecik tengah tayang citer DARK KNIGHT RISES ni~ hihi*

now you get to choose which is more sincere as a friend, 
si mulut longkang yang menegur. 
atau si hati longkang yang sentiasa tersenyum di bibir di hati siapa yang tahu~

peace. maafkan kelongkangan aku. aku menegur sebab aku ambil kesah..



__________________________________



:)

2 comments: