MACAM KAMBENG~

24 July 2011

malam tadi,
________________

jari jemari gua bersemangat menaip-naip kata kunci 'isohunt'.. tempat paling kerap gua lawati bile nak mencari movie yang gua nak download. semenjak gua dah berjinak2 dengan dunia jalur lebar yang serba pantas ni, gua memang rajen memuat turun movie.

pap pap pap! *bunyi kibod berperang dengan jari*

gua sebenarnye baru je layan movie nih kat wayang seberang jalan dari tempat kediaman gua nih semalam. kalau ikutkan hati gua, xde la nak bersemangat sangat tetiba nak terus cari kat intenet pastu beria nak download pulak kan~ tapi sebab cekgu boling gua dah kecik ati gua layan movie sorang2 (lagii~) . . . gua xbole la kalo cekgu gua kecik ati nih.. nanti ilmu yang gua belajar semua xmasuk. cekgu ni ibarat pelita, hot ehemm.. maksud gua, cekgu ni penerang hidup laa disebabkan ilmu2 dan jasa2nya yang tidak terhingga. haa!

okeh so gua taip elok2 tajuk movie nih . . .

gua search elok2, scroll baekkk punye gune mouse baru gua.. Gygabyte GM 6800 Mouse For Gaming; 'Upgrade Your Life'.. <--macam iklan dia kat low yat tu~

HAHH!!!


gua jumpe satu link yang tersangat winrar! wowwooh! wowwohh!!

'Hanna 2011...bla bla bla...Bluray...bla bla bla..'
eishh macam xpercaye... tengok skett saiz!
4.8 Giglabab!!

owh!! klikklikklik! <--aktiviti menklik pada kadar yang terlalu laju dek kerana keterujaan tahap tinggi gua

*tunggu....tunggu lagi . . . tunggu . . . *

.
.
.
tinggalkan g tido~
________________



hari ini,
________________

gua bingkas bangun mencari konklusi.. eh x, gua cek bittorent gua, dah abeh muat turun ke lom.. YESS!!! SUDAHH!! gua cepat2 dabel klik kat ikon muvi Hanna. . . format '.mkv'...

gua forward2 nak tgk kualiti . . .
memang tidak mengecewakan~


(seperti dalam visual berikut . . .)



dalam hati gua yang berbunga2 nih, gua dah dapat bayangkan dah cemana gempaknya soundtrack movie nih, pastu gua berpeluang layan banyak kali ngan video yang super cool nih..

*haa trivia sket; muzik dalam citer Hanna ni sedap weh! bagi gua laa... dia cam penuh ngan beat2 rancak yang cam retro2 sket (amende gua cakap pon gua xpasti, lu orang cek sendiri lah~)

dalam keterujaan, gua capai earphone..(a ah ye, pc gua xde speaker dah bezaman dah semenjak ilang dulu.. entri taun bile tah gua penah tulis dulu~) gua sematkan elok2 dalam cuping telinga gua. fuuu... sedap2 je sound dia . . . xsabar nak dengar suara Yohanna lakonan Saoirse Ronan, awek protagonis dalam muvi nih~

"stohl zick vareichs aggqwerefca enske scienikitz..."
"eshhhoell"
"dfguhaoifuwhhefrge rohtprtbwg lfnebs trhjreaes"

.

.

.

.

(0_O)
Oww menn!!! Saoirse Ronan cakap bahase ape daaa~

fuuu...



_________________________________________

ini entri dan gambar berkenaan speaker gua yang hilang tu <--bole klik

2 comments:

  1. bagusnyaa hormat cekgu.. eh2. nk paw movie tuhh~ n teh tarik laagi~ hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha.. cekgu hot macam pelita~ OHH! ahaha

    ReplyDelete