SESI BERMUHASABAH BERSAMA SENIOR BERJIWA URBAN YG TINGGAL DI NEGARA OSTROLIA . .

08 February 2011

hari ini ada usrah.
usrah ada domino piza.
hari ini ada usrah.
usrah ada Bro Ajil, naqib lama aku.

ini sesi muhasabah diri aku...


Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[al-Kahf 103-104]

- orang yang paling rugi ialah mereka yang buat amalan tapi sebenarnya amalannya xditerima sebab amalan tu salah.. orang yang tersesat bila melakukan amalan, rugi lah kan sebab buat3 amalan tapi xdapat pahala pon, lagi parah bila tetiba dapat dosa pulak.. itu kalau salah dari segi amalan tu. so, perkara pertama sekali ialah akidah perlu betul. daripada akidah yang betul.. baru la semua perlakuan kita yang diniatkan 'kerana Allah Ta'ala' jadi bermakna. dapat ganjaran.

macamane nak tau kite betul ke x?

ganjaran yang kite terima di akhirat kelak.

tapi macamane nak tau tu sekarang? ganjaran tu boleh nampak mase dah mati nanti, mase dah dibangkitkan semula nanti..

memang kita xtau Allah terima x amalan kita skang, tu yang usaha kita kena gila2 tu.

oke bayangkan situasi ni : kite jawab exam.. bile kite tau yang kite jawab tu betul atau x? kekadang tu memang la kite dah konfiden xberagak dah gebang panjang kemaen sebab banyak idea kan..

tapi bile kite tau kite jawab betul atau x?

"lepas dah fail (-__-")>" <--piei jawab soalan Ajil, spontan memecah keheningan malam.

ahaha. betul tu, lepas da kua result la. mase tu dah xleh watpe dah.. so berbalik kepada sikap mengulangkaji pelajaran tu.. berapa rajin kite sebelum jawab exam tu yang penting. makin rajin makin cerah la peluang.



- ape tujuan pergi usrah? usrah bukan macam kau pergi dengar ceramah kat masjid.


- hidup perlu ada tujuan. hidup perlu ada objektif. hidup perlu ada silibus yang kena dihabeskan. ape silibusnye? Nabi Muhammad dah ajar silibus tu selama 23 tahun jadi Rasul. semua ada dalam Quran tu.

silibus first, aqidah kena betul dulu..

mase zaman Nabi dulu, mase awal2, orang Islam memang kena tindas aje memanjang. bila tanya pada Nabi; kenapa kite x perang lagi nih? apesal x g perang lagi nih?

Nabi jawab; sabar dulu. Akidah kena betul dulu.


- Siapa pemimpin umat Islam sekarang?
. . . . *senyap je xdapat jawab*

memang pon sekarang kita xde satu pemimpin, bukan macam masa zaman Nabi dulu, Nabi Muhammad, lepas tu Khalifah 4 orang.. pastu Khalifah2 laen, Muawiyah.. pastu keturunannya pulak..
Skang ni macam dah balik ke zaman jahiliah, masa zaman sebelum datang Islam, datang Nabi Muhammad. ade kes orang bunuh anak sendiri? ade kes orang bunuh orang? riba' tipu sana sini.. macam zaman jahiliah x?

cerita klasik :
suatu hari isteri Nabi dapat daging orang bagi. daripada daging yang besar la jugak tu, isteri nabi sedekah2kan pada orang laen tinggalkan sikittt je, untuk nabi.
"wahai Muhammad, aku dah bagi2 daging, banyak2 pada orang laen. dan tinggalkan sikit aje untuk kau"

nabi jawab "sebenarnya, bahagian daging yang banyak yang dah di bagi pada orang laen tu lah bahagian aku, bahagian yang sikit nih bukan aku punya"

??

maksud nabi ialah, harta yang kite bagi masa sekarang ni lah sebenarnya harta yang bakal jadi milik kita bila kita dibangkitkan semula nanti.. so betul la ape nabi cakap; daging yang banyak2 yang dah bagi orang laen tadi tu yg daging milik nabi (ketika di akhirat kelak), daging yang nabi makan yg sikit tu pulak ialah milik orang laen (orang yg bersedekah pada nabi)

- (masuk semula bab objektif/ tujuan/ silibus tadi) Menyampaikan ceramah/ dakwah tanpa tujuan/ objektif/ silibus buatkan orang lost. macam pergi dengar ceramah, lepas tu bile balik xleh nak relate ngan kehidupan harian.. lost camtu je.

Ulama ada objektif dalam menyampaikan dakwah mereka.
contoh satu; Dr. Yusuf Al-Qardhawi fokuskan dakwahnya pada fiqh alawiyah. ape tu? fokus pasal fiqh.. pasal percanggahan orang ramai tentang hal2 agama, hal2 dalam mengerjakan ibadah..
contoh dua; Said Thabit fokuskan dakwahnya pada permasalahan tentang mazhab. percanggahan orang ramai tentang mazhab mane betul mazhab mane salah.. beliau study semua empat2 mazhab.. pastu ajarkan pada orang ramai bahawa semua mazhab betul mengikut konteks yang betul.. bila masa nak apply, kenapa wujudnya mazhab ni dll.

tau x ape objektif agama Yahudi?
objektifnye jelas, dan mereka betul2 capai... tau x? menguasai dunia!

tau x ape objektif agama Islam?
*krruuukk kruukk kruukk*

menguasai dunia jugak! tapi kite xtau pon...

masa nabi nak wafat dah, nabi arahkan Usamah, remaja umur 17tahun untuk g Rom, perang sebarkan Islam. kalau pemimpin skang nak mati, ade sebok2 nak pikir pasal nak sebarkan dakwah luaskan agama Islam? mesti dah bz pikir pasal diri sendiri je kan?

lepas tu nabi wafat.. mase tu ade yg mula berpendapat batalkan je dulu hal g Rom tu, sebab masih tengah bersedih dengan pemergian nabi kan.. tapi Umar kate, nabi dah bagi arahan, kena laksanakan.

- Siapa yang pencen? orang kerja opis.. orang ulama, orang berdakwah xde pencen die.. sebarkan agama sampai mati.

- Kita yg muda nih perlu ada objektif, bukan masa dah tua nanti. objektif ialah silibus.. perlu ada silibus, baru ada hala tuju. Quran turun ikut silibus. skang ni kalo tengok Quran dah susun leklok. tapi tau x surah mane yang turun dulu yg mne yg turun kemudian?

starting ngan al Alaq, (Iqra.. 'bacalah'..) pastu al Mudassir (maksudnye 'yg berselubung'.. isi de cakap pasal sekarang bukan masa untuk tido, bangun!).. lepas tu lagi al Muzammil ('yang berselimut'. cakap pasal bangun je xcukup.. kena menyampaikan..) . . . sampai la surah last, al Ma'idah (takutlah kamu kepada Allah, tempat kamu kembali)



buurrpp.. alhamdulillah~ kenyang makan domino piza banyak kemaenn xabes tu ha..


- tanya lagi sekali... ape tujuan pergi usrah? usrah bukan macam kau pergi dengar ceramah kat masjid. (nak tau? mari lah join~)


p/s : segala salah silap dalam penulisan di atas adalah dari kelemahan aku. kalau ade silap btau lah.

__________________________________

pesan Bro Ajil,

"Orang yang datang, berceritalah pada yang tidak datang.. kerana mungkin orang yang tidak datang itu lebih mengetahui daripada kita yang datang~" ini hadith.

selamat jalan bro Ajil. jumpe lagi bile bro balik Mesia semula bile dah lama2 nanti~ (^-^)/

4 comments:

  1. "Orang yang datang, berceritalah pada yang tidak datang.. kerana mungkin orang yang tidak datang itu lebih mengetahui daripada kita yang datang~"

    tq gtau ;)

    ReplyDelete
  2. aku lah yang xdatang tuhhh~
    kena setepekkkkk!!apsal xajak pun?xtawuuu pun???(alasssannn :p )

    ReplyDelete
  3. pai.ini serius.tolong guide aku.kusut lah pai.macam lost dua tiga menjak ni.

    ReplyDelete