GO TO HELL !

19 February 2011

sape dengar khutbah kat masjid sultan haji ahmad shah / masjid uia semalam?

hoho

khutbah semalam cakap BI, xde alih2 bahasa laen, dan sangat panjang sampai pukul 2.30pm baru habeh.. baru solat jumaat.

impak khutbah semalam agak boleh tahan gak la dari perspektif diri aku. ntah kenapa aku tak tidur langsung semalam kat masjid.. xngantuk lak tetibe. so dengar jelah..

mase aku masuk masjid mule2 tu khutbah dah start dah, aku macam xamek pot sangat.. sambil2 cari tempat nak bersandar, aku dengar khatib cakap pasal PLAN. PLANNING. IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL... macam biase2 punye peringatan..

pastu khatib cakap lagi pasal Rasulullah dulu plan gile2 setiap apa yang dilakukan.. contohnye mase nak berhijrah; dah plan elok2 siapa yang patut ikut, sape tinggal. sape sediakan makanan. bile bertolak. rehat kat mane, etcetera.

lepas tu khatib bercerita, cerita ni memang sume orang dah tau rasenye. cani;
seorang hamba Allah ni datang ke masjid naek unta pastu tak tambat pon unta dia, hamba Allah ni cume berserah je pada Allah.

aa semua pon tau kan?

so ape yg baru kali ni dalam khutbah?
khatib tu bitau pasal the nature of camel. kite kalau bela kuda, bela keldai.. sampai satu masa haiwan tu akan jinak dengan tuan dia.. tapi kalau unta, asal dia dapat lari je dia mesti lari.. they run like they never knew you. agak kelakar gak dia cerita nih..

ok. berkenaan cerita tadi, salah konsep berserah je tu, memula kena usaha dulu, baru boleh berserah. semua benda kena ada planning.. planning.. planning. aa camtu lah lebih kurang.

so what's the first thing to do? (khatib bertanya)

solatul fajr!
solat subuh! kenapa kat masjid nih mase solat subuh, dua row pon xpenuh? ini bukan khatib dengar2 aje, khatib tu sendiri dah solat subuh kat sini. (btw, khatib ni foreigner gelap2 sket, suara and pronounciation ada gaya2 ahmad deedat sket)

solat subuh dua row pon xpenuh, tapi sekarang (mase solat jumaat) penuh sampai ke luar! sampai ke kaki lima!

IS THIS A PHENOMENA THAT WE CALLED 'FRIDAY MUSLIM PHENOMENA'??


FRIDAY MUSLIM PHENOMENA. orang datang masjid masa hari jumaat aje.. ntah2 ada di kalangan yang datang ni xtau pon kenapa datang masjid. ntah2 ada yang datang ni sebenarnye xpasti pon Allah tu wujud, but just in case if Allah do really exist , and you're being called and ask what you've done while you're alive, you can say that "i have been to Friday prayer".

hoho.. ni ayat yang paling melekat kat kepala otak aku sampai sekarang.. macam sedap2 je ayat tu buat kau tersengih tapi dalam masa yang sama berbekas kat hati.

khatib sambung lagi, "all friday muslim will go to hell"

if you dont plan to go to paradise, then you must be planning to go to hell. there's only two options in the hereafter.

akimissolah!
set priority.
do planning.

_______________________________________

lepas dengar khutbah ni, buat ape? berubah x?
entahhlahhh~

aku gi solat subuh kat masjid pagi tadi. saje. selama ni gi masjid hari jumaat je~ selama ni aku friday muslim je.. tengok sket ape jadi pagi ni ramai x kat masjid.. 3 row.

habeh solatul fajr, ade ceramah.. dari orang yang jadi khatib semalam. isi ceramah? aa tu kat post laen pulak..

ape kau ingat aku ni rajen sangat?

2 comments: