"DIA BOLOT SEMUA!"

04 February 2011

bersempena dengan trip anjuran subjek elektif
HISTORY AND CULTURE OF SOUTH EAST ASIAN ARCHITECTURE AND ITS BUILT ENVIRONMENT,
aku dan 12 rakan laen + 2 lecturers bersama keluarga masing2 bersemangat menuju ke Vietnam selama 4 hari 3 malam (30 Jan 2011 - 2 Feb 2011) untuk berjalan2 bersuka ria enjoy belajar tentang culture orang vietnam~ ehem2

TRIP TO HO CHI MINH, VIETNAM
bermula dengan perasaan 'eh kite ni pegi ke tak nih' + blur2 disebabkan tiket yg dibatalkan. baca post sebelum ini untuk berita selanjutnya <-- boleh klik sini

MALAYSIA AIRLINES
MH 758
KL - HO CHI MINH CITY
Sun 30 Jan, 1415 hrs


dalam kapalterbang MAS, aku teruja sebab ni 1st time naek kapalterbang~ ahaha.. dapat makanan pulak tu! ahaha aku suke~

__________________________________

flight lebihkurang 2 jam. sampai Tan Son Nhat International Airport +- 1645/4:45pm waktu mesia @ 3:45pm waktu Vietnam.

kua airport, ramai giler orang.. terasa macam orang femes jap. hahaha. ramai orang tunggu sanak saudara dan ahli keluarga sebab tengah musim raya; tahun baru cina.

waktu kami gi trip nih memang tepat2 dengan waktu semua orang vietnam balik ke vietnam dan menuju ke tengah2 bandar; Ho Chi Minh. so keadan memang sesak giler2 dan orang ramai xagak2! happening gile bandar nih!

Travelguider Mr Anh datang jemput kat airport, kami naek 2 van gi Hong Thien Loc Hotel, situated kat tengah2 bandar. nice!

dalam van, culture shock jap tengok banyak sangat2 motorsikal kat jalanraya.. memang sangat banyak dan trafik kat Vietnam agak gila2.. contohnya, kat junction, xde sape pon yang berentikan kenderaan.. semua bergerak ke 4 arah berbeza dengan hon masing2 taknak kalah. tapi xde accident atau maki memaki berlaku. bunyi hon memang banyak tapi lebih kepada cara untuk cakap 'tumpang lalu'.. kekadang ade kereta/van/bas yang amek jalan sebelah macam memotong la kan.. pastu kereta yang memotong nih siap hon lagi pada kenderaan yg lawan arus tu. gile.. dah la amek jalan orang, hon lagi pulak tu mintak orang yg kat lane yang betul tu ketepi! ahahaha

rata2 orang vietnam naek motor. aku perasan moto jual kat tepi jalan macam jual limau mandarin! letak rapat2 pastu kat area handle ngan seat ade tutup ngan corrugated paper/ kotak kertas pastu balut ngan plastik.

awek2 vietnam tengah ramai kat tetengah bandar~

sampai hotel, dapat kunci.. 2 orang sebilik. aku sebilik ngan encem. 201. sesampainya di bilik, budak2 laen nih bising2 bilik kecik.. ahahaha bilik aku besar lah weh!! rupa2nya, ade yang dapat bilik kecik; bilik tengah, betul2 muat 2 katil, xde tingkap,dapat bathtub.. dan ada yang dapat bilik ujung (macam aku); bilik besar, ade tingkap ngadap bandar, xde bathtub ade shower. hoho aku suke bilik aku~

lompat2 atas katil sambil pasang aircond dan bukak tv.. check channe kat vietnam . . . banyak gile channel dorang nih! 80 channel termasuk V Channel, HBO, MAX, DISNEY ntahape lagi ntah macam kat astro tu.. pastu aku stop kan kat channel yg tayang Wenthworth Miller..

eh ade Prison Break la~ tengok jap la. *sambil kuatkan volume*

jap lagi kua suara awek vietnam, alih bahasa rupenye.. (-__-")>
yang buatkan alihbahasa ni semakin xleh blah ialah, sorang pengalih bahasa je ade untuk satu cerita! hahahahah.. dah tu, xde intonasi jerit2 pon semua dia baca macam baca berita! ahahaha

"dia bolot semua" hahaha~

4 comments:

  1. dekat bali,batam,jakarta sume pun sama je.jalan simpang siur~

    ReplyDelete
  2. kakdonad dah selalu g jalan2.. saye ni 1st time tgk dunia luar. kakdonad cerita la jugak pasal pengalaman g ovesi.. kesian saye orang kampung nih xpernah tau cmne kat ovesi

    ReplyDelete
  3. wah best lah.. kat syria pon same gak dulu~ sme pmandu becakap bahse hon... pastu teksi bawak mcm haram laju gile siap bleh race lagi...(ini pengalaman)...tp teksi kete wira pon ade kat saner

    ReplyDelete
  4. hehe.dh lupe la adik phy..

    oh fami,,btol2..bahasa hon tu sangat laaa betol!

    ReplyDelete