Pourtant quelqu'un m'a dit... Que tu m'aimais encore

13 January 2011

petang rabu gua penuhi dengan aktiviti riadah di pasar malam berdekatan. disamping gua ialah beberapa member / watak pipih, abaikan. seperti tiap2 kali berada di pasar, gua akan bertegur sapa dan berbalas senyuman dengan anonimus2 yang mengenali gua secara ringkas. contohnya sapaan dari member semukhayyam tahun lepas.

"nape xjoin mukhayyam aritu? xde dak kaed langsung"

memang dah dijangka. kami bizi dengan hal duniawi~

usai berjenaka ringan, gua meneruskan perjalanan menelusuri pasar yang kian sesak dengan masyarakat setempat.

dari kejauhan gua mendengar si penjual air kelapa menghebahkan tentang air kelapanya..

elok2 sedang gua melepasi brader penjual air kelapa 1, beliau melaungkan kalimat "air kelapa satu seringgit.. ops" gua lantas tersedar kekhilafan si penjual dalam meletakkan harga minuman.

"betul seringgit? heheh"
selamba gua beraksi memerli sambil melepasi kedai air kelapanya. gua kerling papan tanda harga.. Seringgit Lima Puluh Sen.

dalam kekalutan si penjual air kelapa 1 membetulkan kata2, rakannya, si penjual air kelapa 2 lantas menawarkan gua air kelapa seringgit.

"bang sini bang. oke bang, seringgit! xpe bang, ni rezeki abang" <--lebih kurang macam tu lah

_________________________________


gua meneruskan perjalanan sambil menghirup air kelapa murah lima posen daripada orang laen, gua bangga

_________________________________

alhamdulillah

No comments:

Post a Comment