CITYSCAPE - SILA GORENG SAMPAI 2000 PATAH PERKATAAN SEKAGHANG!!

21 January 2011

spidey new costume and new cosplayer~


ahaha aku dapat gambar resolusi tinggi untuk first photo of upcoming spiderman movie~
boleh klik pada gambar kalau xpuas nak tengok baju baru beliau...

____________________________________


ehem2..

kawan perempuan aku pernah tanya, kenapa orang lelaki tiba2 diam. si gadis tahu teman lelakinya marah tapi xnak cakap pape, xmesej pape. eeii xpaham lahh..

aku cakap "biarkan.. cukup sekadar kau cakap 'sori' atau 'i ade kalau u perlukan pape' "

lelaki memang ego. kalau de salah pon de xnak ngaku kalah. kalau de ade masalah pon bukan senang2 de nak bukak cerita. cukup sekadar kau bagitau kau ada kalau2 si lelaki nak berkongsi pape.. atau kau diam aje jugak. lagi2 kalau kau, si gadis bergaduh dengan lelaki. kau nak mintak maaf ke kau xnak ke, tu sukehati kau, tapi xpayah ulang2 banyak kali sebab nak reply atau nak si lelaki bagi respon. diam bile orang lelaki dah start diam.

dan satu sikap orang lelaki nih, kalau kau perasan, lelaki ni jarang mintak maaf; ego punye pasal. salah satu cara kau nak tengok lelaki tu sedar de buat salah pada kau ialah, pada keesokan harinya (ya memang akan tunggu sampai besok!) si lelaki memulakan perbualan yang ringan2 tanpa sedikit pon mengungkit pasal semalam.

masa ni, para gadis di luar sana kena paham, maksudnya lelaki tu dah lupakan dah perkara semalam gado2 ke emo2 ke ape2lah.. de dah moved on. de nak starts new macamlah semalam itu tidak berlaku langsung. jangan nak sebut2 ungkit2.. cakap 'mintak maaf pasal semalam' pon xpayah. go with the flow aje.. kalau si lelaki start perbualan pagi tu dengan pertanyaan, jawab je dengan hati yang riang. kalau respon si gadis adalah positif, perkara seterusnya akan berlaku seperti hari normal yang laen..

jika respon si gadis agak sinis seperti ada ura2 ingin membangkitkan hal semalam yang kononnya si gadis betul, ini akan membawa kepada sikap dingin lelaki. mungkin juga hangin. masa ni, kite tengok betapa penting si gadis dalam hidup si lelaki itu. kalau penting mungkin lelaki akan mengalah dan mengambil pendekatan berjenaka atau meminta maaf sambil tersengih2 macam its not a big deal..laa, chill laa, xkan marah lagi kottt. tapi kalau si gadis kurang penting dalam hidup lelaki itu, lelaki tidak akan merendahkan egonya, lalu laju aje si lelaki akan menyirap semula. impaknya, mungkin lelaki akan beredar pergi.. atau akan ada marah2 keluar dari mulut lelaki sikit. sikit aje. sikit aje kalau xdicurah minyak.

hmm.. bila lelaki dah mengambil inisiatif untuk memulakan komunikasi pada hari berikutnya, itu bermaksud si lelaki dah moved on. itu cara lelaki ego mintak maaf. oh ye lupe nak btau, semua lelaki ego! yang buat mereka rendahkan ego ialah siapa di hadapan mereka. makin sayang pada orang tu, makin rendah egonya.

so, untuk tidak memanjangkan sesuatu perselisihan, eloklah kau tunggu esok pagi dan buat aje macam xde pape. kalau rasa2 macam si lelaki terlalu kaku pagi tu.. xnak tegur pon apahal nih ego gile??!.. kau boleh tegur de dulu TAPI BUKAN BERKENAAN PERKARA EMO SEMALAM atau MEMBERI TEGURAN SINIS SARCASTIC.. mungkin boleh tanya pasal 'ada nampak mana charger aku x?' atau 'buku dragonball yang ilang aritu dah jumpe semula x? nak pinjam laa'

dari jawapan si lelaki nanti, kau boleh baca sendiri ape mood de. samada de jawab bersungguh2 macam xde pape langsung.. atau de still jawab layu2 aje. ahaha. biarkan... nanti hilang la layu de tu.

____________________________________


salah satu polisi hidup gua ialah gua xpukul pompuan so langkah terbaek masa tu ialah berambos dari tempat kejadian dan tidur.


____________________________________


ustaz mase gua gi kursus kawen aritu ingatkan,
"sabar.. lepas sabar, sabar.. lepas sabar? sabar lagi.."

serius gua kena selalu ingat nih

6 comments:

  1. tak smua laki mcm tu...mgkin apa yg kau mksdkan 'lelaki mmg mcm tu' adalah lebih kepada diri kau sndiri.

    bila kau set mind kau mcm tu, kau susah nak berubah. Tak semua laki tinggi ego, tak semua laki susah nak minta maaf.

    Bukan?

    sekadar mmberi pendapat...

    Sekian sahabt

    ReplyDelete
  2. hai anonimus~

    bukan! hahahah. kau kes terpencil~ try letak nama sket, biar aku kenal kau, kate sahabt~

    ReplyDelete
  3. salam,benar. siapa yang rajin baca buku2 psikologi terpaksa mengakui kenyataan tersebut. majoriti(x semua) lelaki melayu memberikan kemaafan dengan perbuatan yang x nak mengungkit hal tersebut lg dan lagi. perasaan x nak kehilangan insan tertentu dalam hidup juga menjadi sebab mereka sanggup turunkan ego. bagi perempuan, hal itu x dapat memuaskan hati mereka. perempuan perlukan komunikasi dan penjelasan walaupun sekecil2 perkara. x da masalah kecil atau besar bagi perempuan. setiap masalah adalah masalah. berbezakan? itulah pentingnya tolak ansur bg kedua-dua pihak. yang penting memaafkan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas penjelasan anda. so orang pompuan nak penjelasan yang jelas ye... em oke2 boleh dpertimbangkan

    ReplyDelete
  5. nice.. mcm ada gaya2 penulis buku men are from mars, women are from venus je. bravo..kupasan yg menarik..mostly true la. tp spt yg org len komen, betul la, x semua laki macam dinyatakan atas. (tapi majoriti mcm tu la)..hehe..

    ReplyDelete
  6. bukan senang orang lelaki nak mengaku bende kat atas tu.. dalam banyak2 post V pon, sket je yg cerita pasal sikap lelaki.. malas lah nak reveal~ ahaha

    ReplyDelete