post sempena kehilangan pendrive sekejap...

04 June 2010

insyaAllah kejap aje hilang pendrive nih..

selalu je de maen sembunyi2 dengan i nih, saje nak kan perhatian dari i lah tu, i paham.. selalu bile de ade pon i jarang peluk cium pendrive i tu, so kjap lagi bile i dah jumpe semula Pendrive purple 8giglabab yg ade tampal stiker kaler pink ade tulisan 'fairuz 3rd yr' + ade lukisan smile tu... before i copy 'folder preset adobe photoshop lightroom' dalam pc i, i akan peluk cium sayang kat u k~

mmuahhhhhhhHh~

baru aje selesai majlis makan-makan bersama ahli batch terchenta, batch i lahh~
a r c h i t e X

tentatif program
selepas azan maghrib - solat maghrib awal waktu same2 kat studio
lepas tu - bacaan yasin penuh tawaduk dan khusyuk
lepas tu lagi - sesi mendengar Siddiqi/ orang kuat HALUAN, badan NGO yg
lantang menyuarakan hak rakyat Palestin.

Banyak jugak input yg dikongsikan. i dengar pon boleh bergetar jiwa nih. salah satunye pasal pengalaman salah sorang wartawan Astro Awani yg ada dalam kapal laut Mavi Marmara, kapal laut LL4G [Lifeline for Gaza]. de kate, kiri kanan de orang turki kene tembak ngan tentera Israel.. u all bayangkan jelah, orang kiri kena tembak kat tangan, yg kanan kene tembak kat kepale.. (>o<)0 lepas tu pengalaman orang laen, de cerita pasal dalam masa 5minit tentera Israel tetiba nak ambil alih kapal laut tu, orang jahat tu tembak2 je sukarelawan. awal2 je dah mati 5orang.. pastu kalo tengok sendiri, salah sorang orang baek/ syahid tu kena tembak kat dada je 4das, pastu kat kepala 1 das.. sedangkan sume sukarelawan bukan ade pegang senjata pon.. huuu. satu2nye cara nak sekat kemaraan tentera israel mase kat atas kapal laut tu ialah dengan guna air pili bomba.. so jangan tutup mata pekakkan telinga bisukan mulut keraskan hati dengan hal2 ni.. saudara kita mati2 kat luar tu atas nama Islam.. kita ni wajib berdoa untuk keselamatan dan kejayaan umat Islam. Dan boikot 4 jenama yg paling true dalam membantu Israel : McD, Nestle, Maggi, CocaCola

klik la sini pliz dan jangan la jadi buta mata pekak telinga bisu mulut keras hati lagi

lepas azan isya' - solat isya' berjemaah
sambil2 ambik mee goreng+teh O ais - dengar kawan2 jawatan tinggi bagi kata2 semangat dan ucapan2 penuh ikhlas dari lubuk hati masing2, berpesan2 pada kebaikan, berjenaka untuk last2 time punye.. bermaaf2an pada keterlanjuran salah laku tutur bicara selama ini. ^-^

alhamdulillah~ <-- sebab i mase nih dah makan mee goreng 2 pinggan~ ohh. dan sebab kami semua sangat hepi jauh dari segala salah faham dielakkan dari permusuhan dan semangat ukhuwwah tu sentiasa aje berbunga2 dalam hati kami semua.
bak kata pepatah orang cina; Luar muka pembunuh, dalam hati ada taman~

. . .

ok kena sambung cari pendrive, nak siapkan invitation card laa~ pliz laa jumpe, jumpe laa jumpe laa jumpe laa







siang tadi ada demonstrasi aman kat Jalan Ampang. orang ramai berarak lepas solat Jumaat ramai2... >>bole klik sini kalau nak tengok bpe ramai~<<

_____________________________________________

berita yang baru aje tersebar sebentar tadi dan masih hangat lagi!

pendrive dah dijumpai semula dan kerja2 mengedit gambar2 bangunan heritage dah bermula~

No comments:

Post a Comment